Death Returns, adalah sebuah event yang di mulakan oleh Zid(bekas vokalis Daarchlea) pada 2017. Menurut Zid, tujuan beliau membuat event ini adalah untuk membangkit kan semula scene Metal di Malaysia terutama sekali dalam kategori “core”. Menurut beliau lagi berdasarkan pemerhatiannya, jumlah kehadiran orang ramai ke gig-gig metal tahun demi tahun semakin berkurangan dan band-band yang ada sekarang pun semakin kurang mendapat sokongan. Setiap tahun juga kita akan mendapat berita bahawa ada sahaja band yang sudah mula mendapat tempat di hati peminat dalam scene underground/indie di Malaysia tiba-tiba berpecah (cthnya, Artefacts, Tres Empre dan sebagainya). Band yang di kenali ramai yang masih tinggal pun seperti Massacre Conspiracy dan Sekumpulan Orang Gila (SOG). Mereka antara band-band yang masih bergiat aktif di dalam scene metal lokal di Malaysia. Harap mereka pun akan kekal sampai bila-bila.

(Gambar kiri : Massacre Conspiracy) (Gambar kanan : Sekumpulan Orang Gila)

Maka, dengan harapan dan impian untuk mengembalikan kegemilangan dan mendapatkan semula minat terhadap muzik keras di kalangan anak-anak muda di zaman sekarang, di mana muzik metal langsung semakin kurang mendapat minat di kalangan generasi post-millennial, Zid beserta rakan-rakan beliau pun memulakan Death Returns pada 19 Ogos 2017 dan di adakan buat julung kali nya di Ultimate Blast Studio, Puchong.  Band-band yang bermain untuk Death Returns yang pertama terdiri daripada Exhale My Ozone, Bloody Situations, Upon Arrival, 66Roads, Aspersions, Behind The Death, Arrival Ov Ma’asym, Dexolated Asylum, Murder MY, The ZeanceOrphelisk, PROJECTUMBRA, Sky Screams Band dan Down Of The Ethic.

2

(Sumber gambar : Legacy Lensa)(Gambar ketika Death Returns Chapter 1, 2018)

Malang sekali event tersebut telah di sabotaj oleh beberapa orang yang tidak bertanggungjawab yang di syaki kemungkinan akibat dengki (jauhilah sifat-sifat dengki, lagi-lagi dalam scene kita yang kecil ini) dan akibatnya event tersebut telah mendapat serbuan daripada pihak polis. Zid telah membuat statement dan statement tersebut mendapat perhatian daripada beberapa media. Nak tahu jalan cerita kes tu, click sini dan sini. Update terbaru menyatakan bahawa kes tersebut telah di selesaikan dan identiti sebenar si pelaku(pendengki) di rahsiakan.

Walaupun berhadapan dengan masalah untuk Death Returns yang pertama, event tersebut telah mendapat feedback yang cukup positif dari pelbagai pihak dalam dunia underground. Malah peminat muzik keras dari negeri-negeri lain pun turut menyatakan hasrat mereka agar Death Returns turut diadakan di tempat mereka. Zid pun buat 2 lagi Death Returns pada tahun yang sama di Johor dan Ipoh.

5

(Sumber gambar : Legacy Lensa)(Gambar ketika Death Returns Chapter 1, 2018)

Setelah mendapat pelbagai respond yang positif, Zid pun menubuhkan Xonorous Entertainment, sebuah pergerakan/organisasi event yang bertujuan untuk mempromosi apa-apa yang berkaitan dengan scene muzik underground lokal. Xonorous Entertainment bukan lah one man show. Organiser dan label lain seperti Metal Warfare, Ethereal Hereath dan Whimsicalxyouth pun turut serta berkolaberasi agar pergerakan mereka dapat bergerak dengan lebih efficient. Kalau anda ingin turut serta mengetahui apa-apa event lokal underground, boleh lah join group whatsapp di link di bawah ini. Cepat! Sebelum group full! (Hanya admin saja yang dapat post, jadi anda tak perlu risau kalau banyak sangat orang chat atau semak dalam group whatsapp).

https://chat.whatsapp.com/AHVvxn4cT9aE5cAeWTIlLt

Akhirnya, pada tahun 2018, Xonorous Entertainment telah mengisytiharkan “Death Returns 2018” tour dengan kerjasama Desdemona Apparel. Gig ini di adakan di sekitar Malaysia dan sebanyak 6 negeri telah menjadi destinasi gig tour ini. Destinasi-destinasi dan tarikh-tarikh untuk gig Death Returns 2018 adalah :

 

Death Returns Chapter 1 : Conquest (5 Ogos 2018, Ultimate Blast Studio, Puchong)

1

 

 

Death Returns Chapter 2 : War (1 September 2018, Localhauz Hall Penang)

2

 

 

Death Returns Chapter 3 : Famine (22 September 2018, Flying Rock, Sarawak)

3

 

Death Returns Chapter 4 : Death (5 October 2018, Nagarakota, Ipoh)

4

 

Death Returns Chapter 5 : Aphorism ( Purbawara’s Album Launch Edition ) 20 October 2018, Rockin Hall Jamz Johor)

5

 

Death Returns Final Chapter : Apocalypse (3 & 4 November 2018, InTun Nation, TTDI KL)

6

 

 

(Sila follow Facebook Death Returns untuk update yang terkini)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *