Golongan Muda di Amerika Ramai Yang Membayar Untuk Muzik.

Ramai golongan muda di Amerika yang membayar untuk muzik. Itu menurut satu kajian daripada Cowen’s John Blackedge dan Tim Arcuri. Kajian mereka juga menunjukkan bahawa golongan muda dalam usia 18 hingga 24 tahun membayar untuk mendengar muzik dari artis dan band kegemaran mereka jika di bandingkan dengan mereka yang berumur antara 45 hingga 54 tahun ke atas yang enggan membayar untuk muzik.

12

Sumber gambar : Cowen proprietary Consumer Internet Survey. N=~2500, May 2016 (Business Insider)

Dunia industri muzik seakan tiada penghujung dan tiada had nya semenjak pengenalan servis stream muzik secara online daripada Spotify dan Apple Music. Berbeza dengan download muzik secara online, servis stream muzik secara online adalah membayar untuk mendapatkan access untuk mendengar muzik tersebut dari aplikasi-aplikasi seperti Spotify, Apple Music dan Joox Music.

123

Sumber gambar : Google Image

Gambaran graf pada gambar pertama di atas juga menunjukkan semakin meningkat umur semakin kurang jumlah mereka yang sanggup membayar untuk muzik. Adakah ini bermaksud mereka yang berumur dalam lingkungan 18 hingga ke 45 tahun ke atas, mereka akan membatalkan subskripsi akaun mereka dan tidak membayar untuk muzik lagi apabila mereka sudah tua? Besar kemungkinan tidak. Sebab mereka berada pada generasi berbeza yang lain-lain, dan jika trend ini berterusan, besar kemungkinan mereka yang merupakan golongan muda pada masa kini, apabila mereka sudah tua nanti, mungkin mereka akan terus membeli atau membayar untuk mendengar dan mendapatkan muzik kegemaran mereka. Adakah trend itu akan di sambung oleh generasi muda pada masa hadapan? Itu masih menjadi persoalan.

1234

Sumber gambar : Google Image

Beberapa pakar analisis juga menjangkakan dengan adanya aplikasi muzik seperti Spotify, Apple Music dan sebagainya, ia menjangkakan mampu meningkatkan penjualan muzik pada abad ini yang di ancam dengan muat turun secara percuma dan tidak sah. Peningkatan hasil jualan muzik di sebabkan aplikasi-aplikasi ini telah di lihat sebagai penyalamat kepada industri muzik.

Hasil kajian juga mendapati bahawa muzik yang di stream secara online menjangkaui hasil jualan muzik yang di bayar secara muat turun.

1235

Sumber gambar : Company data, RIAA, PwC, RAB, Morgan Stanley Research (Business Insider)

Pada abad ke-21 ini, pada era Ekonomi Digital, era Revolusi Industri 4.0, perkembangan teknologi yang semakin pesat telah banyak mendatangkan kebaikan dan keburukan kepada kita dari pelbagai aspek. Seterusnya, terpulanglah lagi dengan kita bagaimana kita akan adapt dengan pertukaran masa. Tidak ketinggalan juga dengan industri muzik yang jika dibandingkan dengan 20 ke 50 tahun lepas, mereka merupakan antara entiti gergasi dalam dunia perniagaan hiburan. Syarikat-syarikat seperti EMI, Universal Music Group, Warner Music Group dan sebagainya yang banyak memonopoli industri hiburan pada suatu ketika dahulu pun harus akur dengan perubahan teknologi dan harus mencari strategi-strategi baru untuk mengekalkan status mereka sebagai label muzik gergasi di dunia. Lebih-lebih lagi pada era ini, kemunculan pemuzik-pemuzik bebas(Indie) yang tumbuh bagaikan cendawan dan enggan melibatkan diri dengan sebarang label tapi mampu membuat duit yang banyak tanpa bantuan label pun sedikit sebanyak telah membuat label-label besar tergugat dan mencari jalan dan sistem yang baru untuk mengekal atau mempertahankan status mereka sebagai gergasi dalam industry hiburan dalam muzik.

Anda sebagai peminat muzik, pemain muzik dan melakukan perniagaan dalam industri hiburan, apa pendapat anda tentang perkara perkara ini? Kami ingin dengar pendapat anda. 😊

Source link :

http://www.businessinsider.my/older-people-dont-pay-for-music-2016-7/?r=US&IR=T

http://nordic.businessinsider.com/apple-music-has-much-higher-churn-than-spotify-2016-7/

http://www.businessinsider.my/why-the-music-industry-will-grow-2016-6/?_ga=2.242154049.2114165478.1509353739-487493412.1509353738&r=US&IR=T

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s