1. Jared Leto

Siapa tak kenal Jared Leto? Penyanyi 30 Seconds To Mars dan juga pelakon yang pernah membintangi film-film seperti Fight Club, American Psycho, Alexander dan yang terbaru, sebagai Joker dalam film DC terbaru iaitu Suicide Squad. Kami dari RukunTV kalau zaman 2005 ke 2007, seringkali jamming lagu The Kill dari 30 Seconds To Mars. Pada masa tu, kitorang pun tak tau Jared pun pada masa yang sama merupakan seorang pelakon. Bakat beliau dalam nyanyian memang tak dapat di sangkalkan lagi, begitu juga dengan lakonan.

Walaupun mendapat pelbagai reaksi campuran tentang lakonan beliau sebagai Joker dalam film DC Suicide Squad, mungkin di sebabkan beban yang harus di bawa beliau untuk sambung legasi Heath Ledger, telah membuatkan beliau terlalu dibayangi watak Joker bawaan Heath Ledger. Like come on man. Dua buah film dari dunia yang berbeza dan pelakon yang berbeza, membandingkan antara dua pelakon hebat ini ianya seperti cuba membandingkan antara The Beattles dan juga Oasis. Oasis walau sehebat mana pun band tersebut, mereka tidak akan dapat berdiri sama gah dengan The Beattles seperti dakwaan oleh beberapa orang. Begitu juga Jared, walaupun beliau seorang pelakon yang hebat, beliau tidak akan berada pada level yang sama dengan Heath Ledger.

Walau apa pun, kami di RukunTV respect dekat Jared kerana berani membawa watak Joker dan tidak terikut-ikut dengan pembawaan Joker oleh Heath Ledger walaupun ramai yang masih nak Joker macam Heath. Come on people. MOVE ON!

2. Mark Wahlberg

Kalau anda pernah menonton film Planet of the Apes, Deepwater Horizon, Transformers dan Ted, pasti kenal beliau dan tak akan pernah menyangka bahawa beliau juga sebelum menceburi bidang lakonan, merupakan seorang penyanyi/rapper untuk kumpulan Marky Mark and the Funky Bunch. Ahli kumpulan Marky Mark and the Funky Funk terdiri daripada Mark Wahlberg (Marky Mark), Scott Ross (Scottie Gee), Hector Barros (Hector the Booty Inspector), Terry Yancey (DJ-T) dan Anthony Thomas (Ashey Ace). Mereka dulu pernah popular dengan lagu Good Vibrations.

3. Russel Crowe

Untitled-6
Russel dengan The Ordinary Fear of God (Sumber gambar : Google image)

Pernah membintangi film seperti Gladiator, Robin Hood, American Gangster, Les Misérables, Man of Steel, Noah dan sebagainya. Kumpulan music beliau adalah 30 Odd Foot of Grunts dan The Ordinary Fear of God. Kaay.

Pages: 1 2 3

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *