IME Group of Companies, salah sebuah syarikat pembuatan produk dan rekabentuk terkemuka di Malaysia baru sahaja selesai melancarkan secara rasminya program IME SOLIDWORKS Innovation Day (IMESWID) di Sarawak.

1

En Lau membagi pembuka kata

22

Prof Abdul Rahman Deen membagi ucapan seterusnya

Program ini dijalankan selama sebulan merangkumi beberapa negeri di sekitar Malaysia seperti di Pulau-Pinang, Selangor, Johor, Perak, Kuantan, Melaka dan yang terakhir sekali di Sarawak. Program IME untuk tahun ini telah melihat seramai 1,200 orang peserta dari seluruh negeri yang terlibat. Tujuan program ini adalah untuk memupuk budaya innovasi di kalangan industri, menyediakan platform untuk mengumpul para innovator, pemimpin pemikir industri dan juga ahli akademik untuk berkumpul bersama. Program ini di lakukan di 7 lokasi sekitar Malaysia dan telah mendapat sambutan lebih daripada 9000 peminat teknologi- sepanjang setiap tahun program ini di jalankan.
3

Para peserta

IME menyediakan bantuan kepada komuniti pembina di Sarawak dengan satu penyelesaian penuh untuk CAD design, simulasi, realistic rendering, prototype dan menyediakan akses lesen secara percuma untuk sofrware 3D design SOLIDWORKS berserta dengan mesin 3D printer yang boleh di dapati di TEGAS Digital Innovation Hub (TDIH).

5

Semasa proses pembuatan produk 3D

SOLIDWORKS merupakan salah satu daripada alat di bawah Dassault Systemes (sebuah syarikat software dan sains yang mengembangkan teknologi 3D dan sebagainya untuk klien di serata dunia) untuk pengguna merekabentuk, menjalankan simulasi maya dan pembuatan maya sebelum memulakan pengeluaran produk. 3D printer membolehkan para pencipta untuk menghasilkan sebarang produk mereka secara langsung dari fail CAD mereka. Dengan adanya teknologi sebegini, ianya membolehkan para pencipta untuk menghidupkan idea mereka tanpa kekangan daripada pembuatan konvensional.

6

Mesin 3D daripada IME Solidworks dan hasil produk

7

Hasil produk dari rekabentuk 3D

8

Antara booth pameran IME

Menarikkan? Dengan teknologi pencetakan 3D ini, jika anda mempunyai band dan mungkin merupakan artist solo, anda tak perlu mencari jauh lagi sekiranya anda nak mencipta Merchandise band atau sebagainya untuk anda. Dengan harga yang berpatutan dan tak perlu nak order peralatan merch dari jauh-jauh yang boleh memakan perbelanjaan yang besar, lebih-lebih lagi kalau benda yang di order tu nak dapatkannya terletak di luar pulau Borneo. Memang konfirm mahal lah jawapannya.

Persoalannya sekarang, macam mana hendak menggunakannya? Tak perlu risau, anda boleh sahaja berkunjung ke TDIH dan staf di sana boleh menetapkan temu janji atau sebagainya dengan staf IME Solidworks tentang bagaimana hendak menggunakan mesin tersebut.

Ternyata ini salah satu daripada perkara menarik untuk para ahli muzik yang hendak menghasilkan produk band/artis dan sebagainya untuk mencipta sesuatu yang hip mengikut imajinasi mereka sendiri. Anda juga boleh menjualnya untuk para peminat muzik anda dan menghasilkan sesuatu untuk para peminat anda supaya mereka boleh simpan dan hargai salah satu hasil dari titik peluh anda sebagai ahli band atau artis solo yang melakukan pelbagai benda untuk memasarkan bukan sahaja muzik anda, tapi produk hasil dari muzik anda juga.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *