Itu lah text yang di terima oleh Ali vokalis kumpulan Masdo menurut account Instagram beliau. Ingatkan main lagu Masdo dengan Masdo, tapi rupanya ganti Noh vokalis kumpulan Hujan yang admit ke hospital dan bermain dengan Hujan untuk persembahan mereka di SoundValley Festival 2017 itu.

Menurut page Junklist, ini merupakan sesuatu yang amat positif untuk scene muzik tanah air sebab ini umpama “passing the torch” daripada band lama yang seringkali menjadi headliner. Ini juga merupakan perkara yang positif kerana ini menunjukkan band lama pun mengiktiraf band-band dari generasi baru pada masa sekarang. Kami dari Rukun pun agak excited melihat perkara ini kerana jarang sekali kita dapat melihat interaksi positif antara band-band lama dan band-band baru.

Harap dengan adanya perkara positif antara band lama dan band baru ini, kita boleh menarik nafas lega bahawa scene muzik indiependent masih boleh bergerak kehadapan meskipun berdepan dengan pelbagai cabaran di era kini.

Untitled-1
Sumber gambar: Instagram Ali
Untitled-2
Sumber gambar : Instagram Ali

Kami dari Rukun juga berharap Noh Salleh akan segera sembuh dan dapat beraksi semula di atas pentas. Yang penting, kami peminat muzik indiependent tanah air, berbangga melihat interaksi silaturahim positif antara 2 buah band dari generasi yang berbeza ini dan seharusnya menjadi inspirasi kepada anak-anak muda yang bermain muzik di tanah air kita ini.

Untitled-3
Sumber gambar: Instagram Noh
Untitled-4
Sumber gambar: Instagram Noh

Sumber: Junklist

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *