Miss May I Live in Kuching @ Borneo 744 BlackBox

Miss May I, sebuah band yang membawa muzik ala Metalcore yang berasal dari Troy, Ohio telah datang ke Kuching untuk membuat persembahan sempena promosi album baru mereka yang berjudul Shadows Inside. Ianya merupakan sebahagian daripada tour Asia mereka.

Pintu di buka tepat jam 9 malam dan persembahan pembukaan pertama di mulakan oleh Trophy Knives, sebuah band yang membawa genre punk rock yang berasal dari Kuala Lumpur. Mereka di anggotai oleh 4 orang anak muda iaitu Vinesh(vokal/gitar), Syamir(vokal/bass), Sani(Vokal/gitar) dan Khairi(dram). Mereka baru sahaja meriliskan Ep mereka pada June lepas dan anda boleh check out muzik video mereka berjudul Amputated  di YouTube. These guys are awesome! Sememangnya pembukaan yang terbaik!

1

Persembahan kedua pula merupakan daripada band Punk lokal Sarawak iaitu Dance On Your Grave. Mereka di anggotai oleh Jane(vocal), Calvin(gitar), Lawrence(bass) dan Adud(dram). Pada tahun 2011 mereka telah meriliskan EP mereka yang berjudul Paper Guns. Apa yang menariknya tentang kumpulan ini, gitaris mereka Calvin dan vokalis mereka Jane merupakan pasangan suami isteri. Yes, exactly. Impian setiap rockers lelaki dan perempuan. Mendapat cinta hidup dan bermain sama band lagi tu. Sama-sama merupakan comic nerds dan ada baby yang cute! Ni baru relationship goals!

2

Selepas Dance On your Grave, As Our Throne pula mengambil alih pentas. Mereka berasal dari Kuala Lumpur dan membawa muzik jenis Metalcore. Mereka terdiri daripada Faz(vokal), Ezki(gitar), Raja(gitar), Iqbal(bass) dan Awe(dram). Bulan ogos lepas mereka baru sahaha meriliskanEP mereka yang berjudul “30:30”. Muzik video mereka ada di YouTube yang berjudul System. Semamangnya antara band metalcore Malaysia yang harus di ambil perhatian.

3

Dark Clown pula mengambil alih pentas selepas As Our Throne. Mereka berasal dari Bintulu Sarawak dan membawa muzik jenis Nu-Metal. Terdiri daripada 5 orang anak muda iaitu Fontaine(vokal), Evan(bass), Dayvies(gitar), Sevensins(gitar) dan Bary(dram). Anda boleh mendengar lagu-lagu mereka dalam Soundcloud  mereka dan anda pasti akan berpuas hati. Sebab jarang kita dengar anak muda yang membawa muzik Nu-Metal lagi pada masa kini. Mereka memastikan Nu-Metal akan tetap hidup dan akan terus hidup!

4

Band pembukaan terakhir sebelum headline, giliran Wings Of Areilia pula untuk memastikan Borneo744 terus bergegar. Membawa muzik Post-Hardcore/Metalcore, band ini merupakan salah satu daripada band extreme yang besar dan amat di kenali di dalam scene muzik ekstreme Sarawak pada masa kini. Dengan tenaga dan semangat yang mereka bawa ketika membuat persembahan, anda pasti tidak akan berdiri dengan lena. Salah sebuah band yang pasti akan membuat anda merasa puas hati jika menonton mereka bermain live. Mereka baru sahaja merilis 2 buah single baru yang anda boleh check out lagu mereka dalam YouTube berjudul Make Your Move dan Restart Reborn Renew. Mereka terdiri daripada Eturn(gitar/vokal), Tomy(gitar), Fredd(bass), Vyner(dram), Alden(vokal) dan Edlie(vokal).

5

Akhirnya, yang di nanti-nantikan oleh para peminat, Miss May I, headline pada malam itu. Persembahan yang mereka bawakan ketika beraksi di atas pentas memang jelas menggambarkan bahawa sememangnya mereka bukan sahaja professional, tetapi merupakan antara band metalcore yang sudah mencapai status lagenda pada usia yang muda. Mereka telah bersama sejak di bangku sekolah lagi dan the rest, is history.

6

Sememangnya persembahan yang di bawa oleh Miss May I pada malam itu adalah sesuatu yang tidak mungkin para peminat yang berada di Borneo744 dapat lupakan. Dari awal sehingga ke penghujung, mereka seolah-olah tidak putus stamina dan berterusan memberi yang terbaik untuk para peminat mereka.

Miss May I. Berasal dari Troy, Ohio dan terdiri daripada Levi(vokal), Ryan(bass/vocal), BJ(gitar), Justin(gitar) dan Jerod(dram) bermula pada tahun 2007 dan telah menandatangani dengan label Rise Records pada tahun 2008. Pada ketika itu mereka masih lagi berada di sekolah menengah. Lagu mereka Forgive and Forget telah dimasukkan di dalam soundtrack untuk filem Saw 6.

7

Sekarang ini mereka tengah menjelajah sekitar Asia untuk mempromosi album terbaru mereka iaitu Shadows Inside. Sebuah album yang anda harus dengar dan anda tidak akan menyesal. Sayang sekali mereka tidak ada membawa sekali CD mereka sepanjang tour tersebut. Tetapi anda boleh mendengar keseluruhan album mereka di dalam Spotify.

8

Terima kasih kepada SOLID BRICK CO kerana Berjaya membawa band besar seperti Miss May I untuk datang dan bermain Live in Kuching. Di harapkan selepas ini, lebih banyak lagi band bertaraf antarabangsa dapat datang ke dunia bahagian ini dan pada masa yang sama, dengan opening daripada band-band lokal, akan dapat mengexposekan band-band lokal kepada band luar yang bermain di sini. Pada masa yang sama juga dapat memperkenalkan dan meluaskan lagi akan kewujudan band-band lokal kepada peminat muzik independent tempatan yang baru ataupun lama.

More photos at : https://rukuntv.com/portfolio/miss-may-i-shadows-inside-asia-tour-live-in-kch-sarawak/

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s