CISKA, SOS & HOMER Skateboard Competition @ Borneo 744

Civic Centre Skateboarding Club (CISKA) sekali dengan kolaberasi bersama School of Skateboarding (SOS) dan HOMER telah menganjurkan pertandingan Skater of the Year (S.O.T.Y)  & CISKA Skateboarding League(CSL) 2017 Grand Finale pada 31 December 2017 yang lepas bertempat di Borneo 744.

Poster depan

(Poster lama. Event di pindah ke B744 sehari kemudian di sebabkan masalah cuaca)

CSL 2017 merupakan acara bulanan sukan Skateboard yang di anjurkan oleh CISKA yang di lakukan sebulan sekali dalam tempoh satu tahun. Setiap bulan, skateboarders akan bertanding dalam kategori BEST/LINE ataupun dalam A Game of S.K.A.T.E untuk melayakkan diri ke top-10 untuk bulan-bulan berikutnya sehingga lah ke grand finale yang di adakan pada hujung tahun December 2017 di mana pemenang membawa pulang gelaran Grand Champion dan Grandprize untuk CSL 2017. Bagi pemenang untuk Skater of the Year, Best Rookie, dan Video of the Year 2017 pula adalah berdasarkan undian daripada skaters-skaters tempatan.

Champion – Gavin Jordan Nuek

1st Runner up – Ezra Syah

2nd Runner up – Ezmith Syah

Gnarliest Skater 2017 – Agung Ramaahdan

Skater of the Year – Ezra Syah

Best Video – Gavin Jordan Nuek

Rookie of the year – Wan Azizi

IMG_7069

Menurut En Clifton secretary untuk CISKA dan juga merupakan orang lama dari generasi terawal di dalam scene sukan Skateboard di Kuching, “biasanya para skateboarders ni bila bermain dengan kawan-kawan, macam-macam teknik yang hebat dan dahsyat kita dapat lihat. Sangat mengkagumkan. Tetapi bila mereka berada di dalam pertandingan, segala kehebatan itu seolah-olah kabur. Kami membuat pertandingan sebegini setiap bulan adalah untuk menggalakkan para skateboarders dan berharap mereka sebagai peminat sukan ekstreme untuk mencabar diri mereka ketika berada dalam tekanan pertandingan. Dengan cara ini, mereka akan dapat membiasakan diri dengan suasana pertandingan dan pada masa yang sama dapat menajamkan lagi focus dan semangat mereka ketika bermain sukan ekstreme.”

IMG_7081

En Farouk, president untuk CISKA juga menambah, “waktu kami sudah berlalu. Saya pun sudah tua dan saya tak dapat lagi nak skate macam waktu muda-muda saya dahulu. Jadi kami (bersama dengan skaters-skaters generasi pertama di Kuching) pun menubuhkan CISKA untuk mencungkil bakat-bakat baru di dalam scene skateboarding dan membantu mereka agar mereka dapat menjadi juara dan menyertai lebih banyak pertandingan sukan skateboard dan bukan hanya yang di anjurkan oleh CISKA sahaja.”

IMG_7084

En Farouk juga menyatakan mereka berharap dapat membina/renovate skatepark yang baru yang kini berada di Civic Centre dan berharap akan mendapat sokongan daripada pihak-pihak korporat dan kerajaan dalam menaja initiatif yang bagus ini untuk anak-anak muda. Ini adalah kerana kos perbelanjaan menurut En Farouk boleh menelan belanja sehingga Rm12 juta dan skatepark yang sedia ada sekarang akan di perbesarkan dan akan ada penambahbaikan.

Yang akan membina skatepark baru ini adalah kumpulan Convic dari Australia. Mereka merupakan pakar di dalam membuat beberapa skatepark berkualiti tinggi di dunia dan mereka telah melakukan sebanyak 700 space untuk komuniti di seluruh dunia. Berikut merupakan gambar-gambar skatepark yang telah di bina oleh Convic.

Alexandra headland skate park qld australia

Alexandra Headland Skate Park QLD, Australia

holborn skate plaza wollongong australia

Holborn Skate Plaza, Wollongong NSW, Australia

valonia-skate-park-842x545

Valonia Skate Park Auckland, New Zealand

 x-dubai kite beach

X-Dubai Kite Beach Dubai, UAE

smp skate park shanghai china

SMP Skatepark Shanghai China

singapore national extreme sport park

Singapore National Extreme Sport Park East Coast Park, Singapore

Pergh! Menarik. Tak sabar rasa nya nak tengok skatepark baru di Kuching. Ternyata a lot is happening around the youth scene di tempat kita. Cuma mereka memerlukan perhatian yang lebih dari pihak media dan juga sosial. Ya la, takkan la setiap kali bukak media sosial kalau tengok viral pages keluar berita mesti berita jenayah, politik yang entah apa-apa, masalah sosial dan etc etc. Semua berita NEGATIVE. Sebab tu la netizen kita pun jadi negative dengan di suapkan dengan berita-berita negative. Why not pada masa yang sama, selain berita-berita negative, kita focus juga dengan perkara yang lebih menguntungkan dan sudah pastinya lebih positif dalam perkembangan sosial, lebih-lebih lagi untuk anak-anak muda kita kan? Mereka pun boleh juga bergaul dan berkongsi pengalaman dengan mereka yang sudah lama dalam scene. Dapat mengeratkan silaturahim dari generasi yang berbeza yang mempunyai minat yang sama. EXTREME SPORTS!

IMG_7097

Gavin, skateboarders yang telah menang 3 kategori iaitu Monthly Winner, Grand Finale Champion dan Best Video of the Year. Beliau juga merupakan juara bertahan yang memegang gelaran Skater of the Year 2016, dan untuk tahun 2017 pula posisi itu telah di ambil alih oleh Ezra pula sebagai pemenang baru untuk Skater of the Year 2017. Ezra merupakan 1st runner up untuk Monthly Winner, dan 1st Runner Up untuk Grand Finale Champion.

Gavin pemenang keseluruhan kategori 2017 telah mula terlibat dalam sukan skateboard sejak dia dari sekolah rendah dan of course, game Tony Hawk. Abang dia juga merupakan pengaruh utama minat dia terhadap sukan skateboard ini timbul. Gavin juga merupakan skaters yang di taja oleh Unloving Co, Homer Skateshop, dan Spoil Devil Skateboard.

gavin

Gavin (Sumber gambar CISKA Facebook)

Ezra runner  up dan pemenang  untuk Skater of the Year 2017, mula bermain bersama adik beliau Ezmit. Beliau juga telah di taja oleh Homer Skateshop, Sk8Saok, dan BED.CO. Beliau juga meminta agar para peminat sukan ekstreme dan mereka yang ingin tahu tentang Skateboarding culture boleh check out brand-brand skateboard lokal yang lain seperti Sk8Saok, Hensemco, THA INSTITUDE, SPOIL DEVIL SB dan BED.CO.

ezra

Ezra (kiri) dengan adik dia Ezmit (Sumber gambar CISKA Facebook)

 

 

Sumber gambar ;

: Civic Centre Skateboarding Club (CISKA)

: Convic

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s