DIRGAHAYU Kembali Buat Kali Terakhir?

Dirgahayu Kembali Buat Kali Terakhir?

Minggu lepas kami ada release artikel tentang Dirgahayu dalam entri berjudul “Dirgahayu Takkan Layu“. Minggu ini pula, lagi cerita tentang Dirgahayu. Tapi kali ini berbeza dari minggu lepas. Minggu lepas dunia muzik bebas di kejutkan dengan berita bahawa Zulhezan telah meninggalkan Dirgahayu dan segala show yang telah di jadualkan untuk Dirgahayu bermain terpaksa di batalkan. Tapi jangan bimbang, mereka bukan berpecah.

Minggu ni ada kejutan lagi datang dari posting page facebook Dirgahayu. Mereka akhirnya telah memutuskan untuk bermain. Ini merupakan persembahan Dirgahayu untuk kali terakhir bersama guitarist mereka Zulhezan. Mereka akan bermain di Kuching untuk gig Noise of Borneo dan di Singapura untuk gig Cross Border Series.

1

Ini akan menjadi farewell show untuk Dirgahayu bersama Zulhezan. Kami dari Rukun berharap Dirgahayu akan terus kekal dan terus berjuang di dalam muzik. Untuk Zulhezan pula, walau apa pun keputusan, anda, kami peminat sentiasa mendoakan yang terbaik dan whatever you do, we wish you the best and success all the way!

Seperti yang di nyatakan dalam artikel kami yang lepas, Dirgahayu merupakan antara band-band yang sangat berbakat yang pernah wujud di Malaysia. Kewujudan mereka bagi kami, jika di beri perhatian, boleh jadi warning untuk industri muzik mainstream di Malaysia bahawa, jangan pandang rendah industi muzik independent. Dunia independent/underground ada banyak band-band dan artis-artis yang lagi layak berada di kaca television, radio dan menang apa-apa jenis anugerah. Sebagai contoh, dari zaman OAG, ke Butterfingers, ke Too Phat, ke Hujan dan sekarang, ke era Masdo pulak. Of course banyak lagi band yang berbakat dan power, tapi nama-nama ini lah yang paling common dan general dan lebih di kenali yang datang dari dunia independent/underground.

BeFunky Collage (1)

(Sumber gambar : Google image)

Turutan gambar, dari sebelah kanan di atas OAG, sebelah kiri, Butterfingers, tengah Masdo, bawah dari kiri Too Phat, dari sebelah kanan bawah Hujan.

Bagi peminat-peminat Dirgahayu, jangan lepaskan peluang ini untuk menyaksikan Dirgahayu  pada event Noise of Borneo di Kuching dan Cross Border Series di Singapura. Percaya lah, anda tidak akan menyesal kalau tengok show mereka secara live!

26000983_10215293385470203_2586128138176848671_n

26231388_1665844973458371_1459329665443810533_n

 

 

 

 

 

Su

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s