Berapa Banyak Artis/Band Di Bayar Dalam Platform Digital?

Hello apa khabar semua. Maaf kerana lama menyepi. Lama tak menulis artikel sebab ada kerja lain. Rasa bersalah memang banyak, sebab passion untuk menulis terpaksa di tangguh untuk tanggungjawab lain demi nak bayar bill dan isi perut. Hahaha. Tapi takpa, sekarang ada free sikit dan ini topik kita untuk entri ini. Platform streaming mana yang bayar artis/band paling banyak?

Tentu banyak antara anda pendengar muzik terutamanya pada era sekarang jarang sekali nak beli CD lagi kan? Kalau ada pun yang beli, mungkin sebab nak simpan CD tersebut untuk nilai sentimental ataupun untuk support artis/band yang anda minat. Itu pun anda kena fikir berkali-kali nak beli ke tak sebab di era internet sekarang ini platform untuk dengar muzik ada di mana-mana. Dari YouTube, Spotify, Apple Music, Soundcloud, Joox dan sebagainya. Dalam fikiran masa tengah nak beli CD pun terfikir, “berbaloi tak aku beli ni? Dalam Spotify ada, YouTube pun ada. Kalau aku beli pun, bukan setiap hari setiap masa aku dengar. Lain lah kalau artis ni aku minat, memang aku rembat terus CD ni.”

who-remembers-places-called-record-stores-10627405

Sumber gambar : Google Image

Antara dilemma yang aku sendiri pun pernah rasai. Bukan untuk artis/band mainstream je. Yang indie pun buat aku fikir 2 kali nak beli ke tak dengan duit yang terhad. Kalau aku nak beli CD pun antara sebab aku nak beli adalah kerana band/artis tersebut tak ada platform Spotify atau lagu belum masuk Spotify. Satu-satunya nak dapatkan muzik diorang adalah dari CD je. Kalau ada dalam Spotify pun, aku beli CD sebab nilai sentimental. Kalau cakap pasal demi support tak payah lah. Aku bukan ada banyak duit nak beli semua CD band/artis kegemaran aku. Kalau aku kaya memang aku borong dah  semua CD dari band dan artis kegemaran aku. Nasib baik ada platform macam Spotify. Aku hanya perlu bayar Rm15 sebulan untuk Spotify(Aku guna Digi) dan dengan Rm15 tu, macam-macam artis dan band kegemaran aku boleh dengar dan pada bila-bila masa. Tapi persoalannya, macam mana artis dan band yang ada letak lagu di platform digital tu dapat bayaran diorang? Kalau beli CD memang direct lah tahu berapa banyak hasil yang dapat. Tapi bagaimana pula dengan platform muzik dalam internet?

Sekarang dah masuk tahun 2018, dan berapa banyak artis/band boleh dapat hasil dari platform muzik internet untuk tahun ini? Menurut laporan dari Digital Music News tahun ini, platform yang paling banyak bayar artis/band untuk anda main satu lagu dari platform mereka adalah X-Box Music iaitu sebanyak $0.02730 dan platform yang paling rendah bayar artis/band pula adalah YouTube iaitu sebanyak $0.00074. Yup, anda baca dengan betul. Tiada typo dalam penulisan. Tidak sampai 10 sen pun dan ianya adalah dalam bentuk dollar.

graph

Sumber gambar : Digital Music News

Untuk X-Box Music dengan jumlah $0.02730 kalau di tukar ke matawang Malaysia hanya lah berjumlah RM0.11sen selepas di convert ke Rm. Untuk YouTube pula jumlah $0.00074 selepas di tukar ke matawang Malaysia hanya lah berjumlah RM0.0029. Pasti anda terkejutkan? Tapi apa boleh buat, itu lah realiti industri muzik pada zaman ini. Itu pun untuk SEKALI MAIN untuk satu lagu. 10 kali main baru dapat RM1. (Oleh itu, rajin-rajin lah beli merch dari band/artis dan bayar tiket persembahan diorang kalau taknak beli CD dan sembang support. Kalau tak dapat beli, satu share dan like di media sosial anda pun dah cukup).

Untuk pejuang muzik, jangan menyerah kalah. Teruskan berjuang, jangan mengalah apabila melihat angka tersebut. Main muzik era sekarang bukan setakat main muzik, tapi perlu ada ilmu dalam keusahawanan juga. Untuk pendengar muzik, gig goers, fest goers dan sebagainya, teruskan membeli tiket dan bergaya dengan merch-merch dari artis dan band kegemaran anda. Lantak lah apa orang nak kata macam “kau ni tak tau band ni, tapi pakai baju dia. Kau tu poseur!” Ataupun “kau ni tak true betul lah, terlalu bergaya dan terikut-ikut dengan gaya band/artis ni. Dengar muzik je cukup lah. Tak perlu lah poyo nak bergaya pakaian macam diorang. Poyo betul lah budak-budak zaman sekarang. Hmmh!”

4315girl

Sumber gambar : Google image

Kau bergaya ikut cara band/artis kegemaran kau tu pun sebenarnya satu bentuk support dan marketing untuk band/artis tu. Kalau orang lain tengok kau macam stail, tentu diorang pun nak ikut jugak. Lepas tu diorang pun beli merch dari artis/band tu, walaupun tak pernah dengar pun lagu diorang. So what? Tu pun support jugak kan? Haha.

think

Sumber gambar : Google image

Baik lah, Sampai sini saja entri untuk kali ini. Tunggu di masa lain jikalau masa mengizinkan. Maaf dari kami pihak Rukun sekali lagi kalau jarang post. Rajin-rajin lah like dan share post kami, kami nak juga benda ni jadi full time kami dan dapat makan buat benda yang kami suka. Huhu. Salam sejahtara semua dan peace out!

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

w

Connecting to %s