Crown The Empire Jelajah Ke Kuching Sempena Promosi Album Retrograde Untuk Jelajah Asia 2018

 

Pada 12 May 2018, band Post-Hardcore dari Texas Crown The Empire (CTE) telah bertandang ke Kuching Sarawak, Malaysia sebagai salah sebuah tempat perhentian mereka untuk jelajah Asia. Ini merupakan sebahagian daripada promosi album terbaru mereka iaitu Retrograde.

content_crowntheempire-asia

Crown The Empire telah menjelajah ke 6 buah bandar di asia untuk tempoh 2 minggu iaitu :

29 April – Taipei, Taiwan @ Heartown Festival

2 May – Bangkok, Thailand @ Rockademy

5 May – Manila, Philippines @ Pulp Summer Slam

10 May – Singapore @ EBX Live Space

12 May – Kuching, Sarawak Malaysia @ Stampark

13 May – Kuala Lumpur, Malaysia @ The Bee

Di tubuhkan pada tahun 2010 dan percaya atau tidak, pada awal penubuhan CTE semasa mereka membuat ujibakat untuk mencari pemain guitar, antara orang yang pernah menjalani ujibakat untuk posisi tersebut adalah Post Malone. Yes, “the Post Malone”. Semasa ujibakat, tali guitar Post Malone tiba-tiba terputus dan akibatnya beliau tidak dapat meneruskan ujibakat tersebut.

post-malone-heavy-metal-rock-scene

Album ketiga CTE Retrograde di keluarkan pada tahun 2016 dan pernah mendapat nombor 15 di dalam Billboard 200. Tour mereka kali ini adalah untuk mempromosi Album Retrograde mereka di sekitar Asia. Sepanjang tour tersebut turut mendapat penampilan istimewa daripada band Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Antara band yang beraksi semasa di Kuching untuk tour CTE adalah :

Ovtfall. Mereka merupakan band metalcore yang berasal daripada Kota Kinabalu Sabah, Malaysia. Bermula dari tahun 2003, mereka telah melalui beberapa pertukaran lineup. Ahli-ahli terkini untuk band Ovtfall adalah :

Api – Vocal

Daryl Murray – Vocal

Fabian Juior – Lead guitar

Hunganan J – Guitar

Dixon Jones – Bass

Barry Bryen – Drums

Ovtfall

Mereka mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam dunia muzik underground dan pernah berkongsi stage bersama beberapa band antarabangsa dan lokal yang ternama seperti A Better Hope Foundation (US), Antagonist AD (New Zealand), Driven Fear (Australia), Piss Christ (Australia), Siksa Kubur (Indonesia), Krupskaya (UK), Killeur Calculateur (Malaysia), Inquiry Last Scenery (Malaysia), Ruins & Remains (Singapore), Deadscore (Malaysia), Infinite Delay (Malaysia), Nine Eleven (FRA), Mouthful of Air (Singapura), Deja Voodoo Spells (Malaysia), Oh Chentaku (Malaysia), Plague of Happiness (Malaysia), Monoloque (Malaysia) dan ramai lagi.

Single pertama Ovtfall Sleeping through life mula keluar pada tahun 2013 dan single kedua mereka pula pada tahun 2016.

Anda Boleh dengar lagu mereka di bawah :

 

Sleeping Through Life

Motivation

Chugs On Deck. Sebuah lagi band yang berasal dari Kota Kinabalu Sabah turut bersama memeriahkan lagi malam tersebut dengan bunyi-bunyian easycore mereka. Mereka terdiri daripada :

Eyon – Vocal

Jordan – Guitar

Calvin – Guitar

Bobby – Bass

Rafi – Drum

Chugs on deck

Mereka juga pernah beraksi di atas pentas-pentas besar seperti di Rock The World, Raku, The Rebel Union, Paling Ngam Music Fiesta, Turn Up The Volume (Bersama Pee Wee Gaskins), Borneo Attack dan macam-macam lagi.

Sempena Kaamatan, Gawai dan Hari Raya yang tidak lama lagi, jom dengar lagu mereka di bawah :

Notasi Aidilfitri

Dan ini pula adalah single terbaru mereka :

Kotak Cahaya

Seterusnya pula adalah daripada band lokal Kuching yang membawa muzik jenis Progressive Deathcore / Djent iaitu Mountains. Bermula pada tahun 2012, mereka merupakan antara pelopor awal yang membawa muzik ala Djent di sekitar Kuching.

Mereka juga telah bermain dalam beberapa event ternama seperti di Meetup Kuching, Shout It Right, Seeing Through Our Eyes, I Killed The Prom Queen Live in Kuching, Sarawak Metal Regime dan sebagainya.

Mereka terdiri dari beberapa orang anak muda iaitu  :

Johnathan Cleverley – Vocal

Fitz Alvin – Guitar

Ganeson Son – Guitar

Ferdinand – Drum

Nickolai Nasharudin – Bass

Mountains

Sememangnya antara band yang harus di beri perhatian dan mereka merupakan antara admin punya favorite lokal band. Hehe. Anda boleh check out lagu mereka di page Soundcloud mereka.

https://soundcloud.com/mountains-4/mountains-relapse-official

Mountains – Relapse

Antara band Post-Hardcore yang di kenali ramai di Malaysia dan antara yang di nanti-nantikan oleh peminat, Sekumpulan Orang Gila (SOG) membuat persembahan sebelum main event. Mereka berasal dari Kuala Lumpur dan terdiri daripada :

Riko – Vocal

Nazrin – Guitar, Vocal

Amsyar – Guitar

Qayyum – Bass

Nazmin – Drum

SOG

Bermula seawal tahun 2009, mereka semamangnya sebuah band yang cukup di kenali di Malaysia. Mereka juga pernah memenangi anugerah Kulit Album Terbaik pada Anugerah Industri Muzik 22 (AIM 22).  Kalau korang tak pernah dengar lagi lagu diorang, jum check out di bawah :

Sekumpulan Orang Gila – Dermaga

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s