Sovth China Sea, sebuah band alternative experimental rock dari Kuching Sarawak telah meriliskan arkib perjalanan aktiviti mereka berserta dengan muzik video terbaru mereka sepanjang mereka mula di tubuhkan pada 2015.

Arkib tersebut di namakan #iseaxlation dan projek tersebut dilakukan sempena dunia berada dalam keadaan isolasi disebabkan oleh pandemik Covid-19. Arkib 6 bahagian ini bermula pada 15 april 2020, ketika Malaysia masih berada dalam situasi kuarantine dan ia memaparkan perjalanan band Sovth China Sea ketika meraka sedang melakukan tour di seberang laut China selatan di Malaya.

Pada bahagian ke-6 iaitu bahagian terakhir, band Sovth China Sea memaparkan lagu terbaru mereka iaitu Horology. Muzik video yang di cipta semasa mereka di dalam perintah kawalan pergerakan ini sangat menarik dan kreatif.

Sedikit info tentang band ini, di tubuhkan di Kuching Sarawak pada tahun 2015, hampir setengah daripada ahli kumpulan band ini sekarang tinggal di seberang laut China selatan di semenanjung Malaysia. Sesuai dengan nama band mereka South China Sea.

Sepanjang penubuhan mereka, mereka telah bermain di beberapa buah negeri di Malaysia di pelbagai gig dan juga pernah beraksi di House of Vans Musicians Most Wanted 2017, melakukan tour sekitar Malaysia & Singapura untuk Salam Pecah Laut tour.

Media sosial band Sovth China Sea ;

YouTube

Facebook

Twitter

Instagram

Checkout muzik video terbaru mereka yang berjudul Horology di youtube ;

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *