Band alternative rock, Bunch of People telah melancarkan muzik video mereka berjudul ‘Uncertain’ di platform YouTube. Muzik video ini di arahkan oleh Reemy Saleh, yang juga merupakan vokalis kepada Bunch Of People. Pengarah fotografi adalah dari Jojo dan penolong pengarah fotografi pula adalah Ashadi. Producer untuk muzik video ini adalah Jojo dan Ashadi, dan Jojo juga terlibat sepenuhnya di dalam proses penyuntingan. Jurugambar pula adalah Zai Zaidi. Rekoding untuk lagu ini di rekod di AOK Records dan mix & mastering untuk lagu ini di lakukan sepenuhnya oleh Farouk Kamil. Lirik lagu pula di tulis oleh semua ahli kumpulan Bunch Of People.
Sedikit maklumat mengenai Bunch Of People, mereka ditubuhkan pada tahun 2018 dengan hanya Reemy dan Badol sahaja sebagai ahli kumpulan, tetapi di bantu oleh Hairul yang juga merupakan pemain bass untuk kumpulan Retreo. Beliau kemudiannya di serap menjadi ahli kumpulan tetap. Pada tahun 2020 Hazri pula masuk sebagai pemain drum dan ahli terbaru kumpulan ini adalah Jimi sebagai pemain gitar kedua. Pada permulaan tahun 2020 mereka mula bergiat aktif melakukan persembahan di beberapa buah gig lokal. Tetapi akibat pandemic Covid-19 yang melanda dunia ketika itu, segala live show mereka terpaksa dihentikan seketika. Tetapi itu tidak menghalang mereka untuk terus aktif mengeluarkan material dan terus menggunakan peluang yang ada untuk menghasilkan material dalam bentuk digital.
Gaya muzik yang di bawa oleh Bunch Of People adalah beriramakan alternative rock inspirasi dari kumpulan seperti Radiohead, Coldplay, Stereophonic dan beberapa bunyian rock dari tahun 80an dan 90an. Setakat ini mereka telah mengeluarkan 2 lagu original iaitu ‘Couldn’t Live Without You’ dan ‘I Found You’ sebagai live demo pada tahun pandemic Covid-19 melanda dunia. Live demo tersebut boleh di dapati di channel YouTube mereka dan video serta audio persembahan live tersebut adalah di lakukan sepenuhnya oleh ahli kumpulan Sang Rawi. Persembahan live pertama Bunch Of People adalah di Emillies Diner pada Valentine’s Day Celebration Gig tahun 2020 anjuran Open Mic KCH. Bunch Of People juga pernah di interview di sebuah rancangan television dari TV Sarawak(TVS) berjudul “Nembiak Takorang Tok”. Host kepada rancangan tersebut merupakan penyanyi kepada kumpulan South China Sea dan Meruked. Antara gig-gig yang pernah mereka sertai adalah ‘Cat City Fest’, ‘MeowCity Bundle Fest 01’ dan ‘Keep It Real Fest!’.