New Release

Kolektif Hip-Hop dari Kuala Lumpur, TT.13 Rilis Album ‘RUSOH’

Setelah menyepi selama beberapa tahun, kolektif Hip-Hop paling dynamic di Malaysia iaitu TT.13 telah kembali didalam scene underground Hip-Hop, dengan debut album mereka iaitu, “RUSOH” yang telah di riliskan pada 21 Februari 2025 lepas. Album ini mengandungi 10-buah lagu daripada ChronicalZ, maatjet, JAYSTATION, B-Heart, Rudeen dan H1k.

Lagu-lagu di dalam RUSOH menggabungkan beat yang bertenaga, dan lirik-lirik nya pula adalah didalam Bahasa Kebangsaan dan Bahasa English. Tema-tema di dalam album ini pula bekisarkan tentang cita-cita, ketabahan dalam mengharungi kehidupan, dan menentang pelbagai jenis halangan dan rintangan.

Album ini dilancarkan dengan jayanya pada 20 February lepas bertempat di BOX KL. TT.13 berkolaberasi dengan ALCHE.MY untuk penganjuran pop-up launch party ini, dan mereka juga ada menjual limited-edition merchandise iaitu 50 embroidered caps dan 50 beanies. Setiap penjualan merchandise ini akan disalurkan kepada pihak gelandangan dan tidak berkeupayaan pada bulan Ramadhan yang akan datang.

TT.13, BOX KL, dan ALCHE.MY, akan bersama-sama di dalam mengedarkan makanan-makanan untuk mereka yang memerlukan pada bulan Ramadhan nanti. Kepada mereka yang tinggal di sekitar Kuala Lumpur dan hendak turut sama bersama mereka didalam pengedaran makanan-makanan ini, bolehlah menghubungi pihak TT.13, BOX KL, atau ALCHE.MY secara terus untuk sebarang pertanyaan.

Dengan rilisnya album RUSOH, TT.13 akan menganjurkan sebuah konsert istimewa selepas sambutan Hari Raya. Untuk sebarang maklumat, boleh lah follow page IG TT.13. Segala info-info berkaitan akan diumumkan di page media sosial rasmi mereka.

Jangan lupa untuk stream album RUSOH daripada TT.13 di setiap platform streaming dan show-show mereka yang akan datang!