Tag

cozykidd

New Release

Rapper Duo Jazzli dan Cozykidd Telah Meriliskan Muzik Video Single Terbaru Mereka ‘Like Woah’

Duo rapper Jazzli dan Cozykidd telah meriliskan sebuah muzik video terbaru mereka iaitu ‘Like Woah‘ yang boleh di tonton di channel YouTube MetroCity Boyz. Lagu ini di produce, compose, mix & master sendiri sepenuhnya oleh Jazzli dan Cozykidd sendiri. Muzik video untuk lagu ini pula di arahkan sepenuhnya oleh Jazzli dan editing untuk muzik video ini di buat oleh Jazzli, AJ & M Project Visual.

Cozykidd & Jazzli

Menurut Jazzli, prosess rakaman muzik video ini di buat dengan konsep membuat muzik sambil mengembara. Jazzli turut ingin mengucapkan terima kasih kepada M Project Visual, Cozykidd serta keluarga yang menyokong usahanya di dalam memastikan lagu ini dan muzik video ini berjaya disiapkan dengan jayanya.

Jangan lupa untuk tonton dan dengar muzik video terbaru dari Jazzli dan Cozykidd ‘Like Woah‘ di channel youtube MetroCity Boyz dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

New Release

Eksperimen 2 Product. Jazzli dan Cozykidd Rilis MV ‘Produa’

Duo rapper Jazzli dari kumpulan Hip-Hop MetroCity Boyz dan Cozykidd telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Produa‘. Lagu ini diproduce dan di compose oleh Jazzly dan Cozykidd sendiri. Muzik video di arahkan oleh Jazzli sendiri dan di produce oleh M Project Visual. Mix dan master lagu ini juga dibuat oleh Jazzli, Cozykidd, M Project Visual dan Alfie J.

Menurut Jazzli, idea untuk lagu Produa ini muncul ketika Jazzli dan Cozykidd tengah lepak dan bersembang tentang budaya lokal dan kereta rakyat Malaysia, terutamanya Perodua. Namun lagu ini bukan lah tentang kereta Perodua, akan tetapi ini hanya lah tentang permainan kata iaitu ‘Produk Dua’, yang juga bermaksud, dua individu, dua gaya, dua kepala dalam satu karya. Maka terjadi lah tajuk lagu ini iaitu Produa.

Konsep muzik video ini pula adalah metafora tentang perjalanan dua individu dari dunia berbeza akan tetapi mempunyai satu destinasi yang sama. Segalanya adalah tentang pilihan, perubahan dan kesatuan. Proses pengembaraan pula dijalankan selama 2 hari dan antara cabaran yang paling besar sepanjang proses pengembaraan muzik video ini adalah cuaca hujan. Akan tetapi pada momen seperti itulah magis tercipta.

Dari segi lagu pula, penciptaan nya terjadi antara Jazzli dan Cozykidd yang menulis sehingga jam 2-3 pagi dan idea sepeti penambahan bunyi enjin kereta adalah dari Cozykidd. Berbeza dengan lagu-lagu mereka sebelum ini, lagu Produa adalah lebih eksperimental. Ini adalah kerana, lagu-lagu Jazzli sebelum ini adalah lebih ke arah Soul/Jaz dan Cozykidd pula adalah lebih kepada Lo-Fi dan Dark Trap.

Jazzli dan Cozykidd juga berharap untuk berkolaberasi dengan lebih ramai artis dari pelbagai genre kerana mereka mahu mengembangkan lagi sayap mereka di dalam muzik mereka dengan menggabungkan pelbagai bunyi yang ada sambil masih memastikan originality lagu masih dapat di terima di persada muzik mainstream.

Checkout, muzik video dan single terbaru dari Jazzli dan Cozykidd di YouTube, dan jangan lupa untuk like, subscribe dan share!