New Release

Kolektif Rappers A MOVEment, Knowno, FxZZ, MC Fix, Wayne, Mokha, JrZ dan Haziq Pakman Rilis Muzik Video “Sar A Wak Vol.2”

Gabungan Rappers-rappers dari Sarawak, Knowno, FxZZ, MC Fix, Wayne, Mokha, JrZ dan Haziq Pakman telah meriliskan sebuah muzik video untuk single terbaru mereka iaitu Sar A Wak Vol.2 yang boleh di tonton di platform YouTube channel Knowno Hornbill Official. Mereka juga merupakan sebuah kolektif Hip-Hop di Sarawak yang dikenali sebagai A MOVEment. Sebuah kolektif yang lahir daripada sekumpulan individu yang cinta terhadap sub-budaya dan muzik Hip-Hop.

Sedikit info mengenai A MOVEment, mereka merupakan sekumpulan individu yang mempunyai minat yang sama terhadap sub-budaya dan muzik Hip-Hop. Berkongsi visi dan menggunakan muzik sebagai bukan sekadar hiburan, tetapi sebagai alat penyampaian suara dan perjuangan yang disatukan oleh kesedaran kolektif. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk muzik video ini, “Kami membuat karya-karya yang membawa mesej, adab dan sopan, hormat tanda budaya kita orang Sarawak khususnya walaupun saingan sehat dalam industri.”

Seperti sedia maklum, A MOVEment membawa muzik dari sub-budaya Hip-Hop dan irama muzik Hip-Hop mereka adalah pengaruh dari 90s Conscious Hip-Hop, Boom Bap, dan element eksperimental Asian Hip-Hop dengan sentuhan element muzik budaya dari Sarawak. Menurut Wayne, “Kami mengekspresikan diri melalui lirik berisi mesej, beat yang mentah dan suara jalanan yang tidak berkias dan agak kasar, tetapi memang cara Orang Sarawak macam ya.

Pengaruh dan inspirasi muzik mereka pula adalah dari Tupac Shakur, Eminem, The Notorious B.I.G, Wu-Tang Clan, Outkast, Bone Thugs-N-Harmony, N.W.A, untuk antarabangsa dan pengaruh lokal pula adalah seperti, Notorious Maximus, Poetic Ammo, Too Phat, At Adau, Teh Tarik Crew, Ruff Edge, V.E, Nico G, 4U2C dan KRU.

A MOVEment juga percaya bahawa seni yang di bawa oleh mereka adalah senjata kepada perubahan. Mereka menggunakan muzik sebagai medium untuk menyampaikan kesedaran, protes, dan refleksi sosial. Tema-Tema kepada karya mereka juga adalah meliputi tentang sistem yang korup, identiti dan perjuangan dalaman, kehancuran budaya, pencerahan melalui seni dan spiritualiti dan mencipta gelombang.

Setiap invividu di dalam A MOVEment juga telah banyak melakukan persembahan di sekitar Sarawak dan berkolaberasi bersama beberapa artis tempatan. A MOVEment juga terbuka untuk apa-apa projek kolaberasi dengan visual artist, pemuisi, filemmaker dan komuniti NGO dan untuk misi jangka panjang mereka, adalah untuk menubuhkan ruang seni bebas dan studio kolektif bagi mengembangkan bakat di akar umbi. Ini adalah komitment A MOVEment sebagai menggunakan seni untuk platform kesedaran sosial dan pembinaan identiti.

Jangan lupa untuk tonton muzik video terbaru daripada kolektif Rappers-Rappers di Sarawak iaitu “Sar A Wak Vol.2“. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!