New Release

Duo R&B, Zhe Kamil & Guccimith Rilis Muzik Video dan Single Terbaru, ‘Independent’

Dua R&B Guccimith dan Zhe Kamil telah kembali dan meriliskan single terbaru mereka iaitu ‘Independent‘ dan boleh di dengar di setiap platform streaming serta muzik video untuk lagu ini boleh di tonton di channel YouTube Zhe Kamil.

Guccimith & Zhe Kamil

Sedikit info tentang duo R&B ini. Guccimith dan Zhe Kamil kedua-dua mereka berasal dari Kuching Sarawak dan telah bermastautin di Kuala Lumpur untuk meneruskan karier mereka sebagai artis dan producer. Walaupun muzik mereka berada pada aliran bunyi-bunyian R&B, Trap dan Ambient Soul, namun kedua-dua mempunyai gaya individu yang tersendiri sebagai vokalis. Bersama, mereka merupakan generasi baharu di Asia Tenggara yang menyajikan para pendengar dengan gaya mereka yang tersendiri.

Zhe Kamil & Guccimith

Jangan lupa, untuk tonton muzik video Independent di platform YouTube Zhe Kamil dan dengar lagu terbaru Guccimith dan Zhe Kamil iaitu ‘Independent‘ di setiap platform streaming!