Tag

kpop

Reaksi, RukView

RUKview : kpop react, “resonance”, dari nct

Untuk episode kali ini, host JayC dan Mousthofa akan react kepada lagu ‘Resonance’ dari sebuah kumpulun kpop iaitu NCT.

Sedikit info tentang NCT, mereka merupakan kumpulan kpop dari Korea Selatan yang di tubuhkan oleh SM Entertainment. Kumpulan NCT terdiri daripada 23 ahli dari lingkungan umur remeja sehingga pertengahan 20an. Kumpulan ini merupakan kumpulan idol pertama dari SM Entertainment setelah 2 tahun sejak Red Velvet.

Check out, reaksi dan pandangan host JayC dan Mousthofa dengan kumpulan kpop yang ada 23 ahli ini.

Reaksi, RukView

RUKVIEW : pertama kali Kpop react, “LIFE GOES ON” BTS

Untuk episode RukView kali ini bersama dengan host Jay-C dan Mousthofa, mereka akan membuat reaksi untuk muzik video BTS (방탄소년단) “Life Goes On“.

Sejujurnya, admin tak tau sangat pasal kpop. Admin hanyak tahu kumpulan-kumpulan yang popular seperti Blackpink, BTS, TWICE, DBSK/TVXQ, Girls Generation dan CNBLUE(tapi ni bukan kpop kan?). Tu pun kalau ada dengar lagu kluar dekat iklan, member bukak or admin sendiri nak bukak youtube and check out lagu-lagu baru yang kluar. Dalam episode kali ini, host kita Jay-C dan Mousthofa, akan dengar dan react lagu BTS yang terbaru, Life Goes On buat pertama kalinya.

Sedikit info tentang BTS, (ni pun info banyak ambik dari wikipedia). Nama penuh Bangtan Sonyeondan atau dalam bahasa english nya Bangtan Boys dan lebih di kenali sebagai BTS. Mula ditubuhkan pada tahun 2010 dibawah naungan syarikat Big Hit Entertainment dan melakukan debut pertama mereka pada tahun 2013. Mereka terdiri daripada 7 orang anak muda iaitu Jin, Suga, J-Hope, RM, Jimin, V dan Jungkook.

BTS merupakan kumpulan pertama dari Korea yang mendapat 2 certifikasi Gold dari Recording Industry Association of America (RIAA) untuk single mereka ‘Mic Drop (Steve Aoki Remix)‘ dan ‘DNA‘. Gold record hanya akan di anugerahkan kepada artists/bands di mana jualan single atau album mereka mencecahi 500, 000 unit. Manakala untuk digital streaming pula kiraan dia dibuat dengan 150 stream untuk 1 lagu bersamaan dengan 1 download berbayar, manakala 10 download berbayar pula bersamaan dengan 1 album. (Sumber : Forbes)

Dalam masa kurang dari 2 tahun, BTS juga merupakan kumpulan pertama sejak The Beatles yang mendapat 4 album nombor satu di carta US dan mereka juga merupakan kumpulan dari Korea yang pertama untuk mencecah nombor 1 dalam Billboard Global 200 dan US Billboard Hot 100.

Dari segi muzik pula, lirik-lirik BTS banyak menceritakan tentang sosial, belia dan perkara-perkara yang berkaitan tentang masyarakat, hubungan dalam percintaan, penekanan terhadap pelajaran dan keperluan untuk penggubalan sistem edukasi di Korea Selatan yang menjurus kepada jangkaan sosial yang terlalu menekan anak muda. Ini kerana pada abad ke-21 ini, rata-rata generasi muda terlalu fokus berlumba untuk menjadi berjaya di mata masyarakat sehingga memilih untuk melupakan tentang hubungan kekeluargaan. Disebabkan perkara-perkara ini serta dengan populariti dan pengaruh BTS terutamanya di kalangan anak-anak muda, dengan kerjasama dengan UNICEF, BTS telah di jemput untuk berucap di majlis Umum PBB untuk mengetengahkan tentang isu-isu ini.

Check out reaksi video BTS (방탄소년단) “Life Goes On” bersama host kita Jay C dan Mousthofa untuk episode kali ini di bawah. Jangan lupa like, subscribe dan share!