Tag

mousthofa

Reaksi, RukView

rukview : reaksi mv Cik B, ‘Tolonglah’

Episode kali ini RukView akan react kepada video ‘Tolonglah’ dari Cik B bersama dengan host JayC, Mousthofa dan kemunculan istimewa daripada Harun iaitu salah seorang daripada founder RukunTV.

Sumber gambar : Google image

Sedikit info tentang Cik B. Nama sebenar adalah Nur Edlynn Zamilleen Muhammad Amin tapi lebih di kenali sebagai CIk B, beliau merupakan anak kepada pengasas produk kosmetik Datuk Seri Vida. Seperti ibu beliau, beliau di minati ramai kerana perwatakan dan gaya hidup yang sempoi. Cik B juga merupakan CEO termuda untuk perniagaan beliau dengan mak beliau di bahagian F&B(Food & Beverages).

Dato Seri Vida(kiri) Cik B(kanan)

Hobby Cik B juga adalah dengar muzik dan menyanyi rap dan beliau telah meriliskan debut single pertama ‘Tolonglah’ di youtube channel Seventeen Eleven Music. Check out reaksi dan pendapat JayC, Mousthofa dan Harun untuk episode RukView kali ini untuk lagi ‘Tolonglah’ dari the one and only, Cik B!

Reaksi, RukView

RUKview : kpop react, “resonance”, dari nct

Untuk episode kali ini, host JayC dan Mousthofa akan react kepada lagu ‘Resonance’ dari sebuah kumpulun kpop iaitu NCT.

Sedikit info tentang NCT, mereka merupakan kumpulan kpop dari Korea Selatan yang di tubuhkan oleh SM Entertainment. Kumpulan NCT terdiri daripada 23 ahli dari lingkungan umur remeja sehingga pertengahan 20an. Kumpulan ini merupakan kumpulan idol pertama dari SM Entertainment setelah 2 tahun sejak Red Velvet.

Check out, reaksi dan pandangan host JayC dan Mousthofa dengan kumpulan kpop yang ada 23 ahli ini.

Reaksi, RukView

RukView : Reaksi muzik video naim daniel ‘Purnama’

Episode ke-3 RukView kali ini kita memaparkan reaksi kepada muzik video terbaru Naim Daniel ‘Purnama’.

Sedikit info tentang Naim Daniel, beliau di lahirkan pada 9 September 1997 di Kuala Lumpur, Malaysia. Beliau mula terlibat dalam dunia hiburan seawal usia 11 tahun dan jenis muzik yang beliau minat adalah Pop dan R&B. Beliau merupakan graduan dalam bidan Pengajian Muzik di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam dan bernaung di bawah syarikat rakaman World Peace Entertainment.

Sumber gambar : iluminasi

Naim Daniel juga pernah membintangi filem ‘2 Hati 1 Jiwa’ arahan Prof A.Razak Mohaideen di bawah produksi Grand Brilliance Sdn Bhd dan Lineclear Motion Picture Sdn Bhd, ‘Bisik Pada Langit’ arahan Kabir Bhatia terbitan Astro Shaw dan Nusantara Seni Karya. Beliau juga ada terlibat dalam drama ‘Jelma musim pertama dan kedua’, ‘Cucu Betong’, ‘Gemilang’, ‘Cinta Elysa’, ‘Jangan Ambil Pedang Kami’, ‘Ayam’, ‘Ema Emyliana’, ‘Wadi’ dan ‘PIA’. Telefilem yang beliau terlibat juga adalah, ‘Sebelum Kiamat’, ‘Menanti Hari Itu’, ‘Dari Asar Ke Isyak’, ‘Ketika Daun Berzikir’ dan ‘Vlog Laura’.

Sumber gambar : iluminasi

Naim Daniel pernah tercalon dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik menerusi filem 29 Februari di Festival Filem Malaysia ke-25 dan Artis Baru Lelaki Popular serta Pelakon Filem Lelaki Popular di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2017.

Check out reaksi kepada muzik video ‘Purnama’ dari Naim Daniel bersama host JayC Ho dan Mousthofa.

Sumber : Iluminasi

Reaksi, RukView

Rukview ; lirik video reaction, purbawara – “servants of alamin”

RukView adalah sebuah rancangan dari RukunTV dimana ia akan memaparkan video-video reaction dan review untuk apa-apa perkara kreatif(muzik, film, seni lukis, etc etc) yang ada di Malaysia dan antarabangsa.

Untuk episode pertama RukView, host kita Jay-C Ho dan Mousthofa akan melakukan reaksi lirik video untuk lagu “Servants of Alamin” dari band Purbawara.

Sedikit info tentang Purbawara, mereka merupakan band Death Metal dari Johor Bahru, Malaysia dan pada awalnya mereka di kenali sebagai Bloody Situations sebelum menukar nama ke Purbawara pada awal tahun 2018. Pada tahun 2018 juga mereka telah meriliskan album pertama mereka iaitu. APHORISM.

Purbawara sekarang dalam prosess untuk menyiapkan album ke-2 mereka iaitu “Withering” dan telah meriliskan single pertama mereka iaitu World of Nifaq pada februari lepas dan baru sahaja meriliskan lirik video untuk single terbaru mereka iaitu ” Servants of Alamin” .

Bunyian yang di bawa oleh Purbawara mengandungi unsur-unsur timur tengah, lebih kurang seperti band Progressive Metal Shokran dari Russia/Ukraine. Cuma Purbawara menggunakan perisa Death Metal untuk mengekspresi seni muzik mereka.

Band Purbawara terdiri daripada Zid(vocalist), Mohd Syafiq(lead gitaris), Nazreen Bazli(rhythm gitar), Muhammad Yusnor Aliff(bassist) dan Mohd Nur Yusuf(drummer).

Ini merupakan episode pertama untuk rancangan RukView dari RukunTV. Sekiranya kalian ada idea tentang video apa untuk di reaksi atau di review seterusnya, nyatakan cadangan anda di ruangan komen video. Kami akan cuba sedaya upaya untuk merialisasikannya. Tak kisah la muzik, film, drama, series atau apa-apa lah. Komen je apa-apa idea. Kita bersedia mempertimbangkannya.

Sementara itu, check out, episod pertama untuk RukView bersama dengan host kita Jay-C dan Mousthofa :