Band Metal, Kolbenfaust Telah Meriliskan MV ‘Pusara Di Awan Biru” feat Joel Gilsdorf
Band yang memainkan muzik berirama Metal(Death Metal, Alternative Metal, Metalcore) Kolbenfaust telah meriliskan sebuah muzik video untuk single terbaru mereka iaitu “Pusara Di Awan Biru” featuring Joel Gilsdorf pada 13 March 2026 (Jumaat). Muzik video ini di arahkan oleh Aldo dari Horizon Entertainment dan producer untuk muzik video ini pula adalah Jay Adam. Artwork untuk lagu ini pula dibuat oleh Mell Korega Lagu ini juga boleh di steam di setiap platform streaming muzik digital (Spotify, Apple Music, YouTube Music, etc).

Lagu ini juga merupakan lagu pertama dari Kolbenfaust yang menggunakan penggunaan bahasa kebangsaan Malaysia. Lagu ini menceritakan tentang perjalanan emosi yang menyentuh tema kesedihan, kehilangan dan tekanan perasaan yang sering di alami di dalam kehidupan manusia.

Jangan lupa untuk menonton muzik video Kolbenfaust – Pusara di Awan Biru bersama dengan Joel Gilsdorf. Like, subscribe, follow dan share karya Kolbenfaust untuk mengetahui tentang apa-apa perkembangan mengenai mereka.