Tag

Reaksi

Reaksi, RukView

RukView React to, 한량 ‘Hanryang’ by Min Kyung Hoon X Kim Hee Chul feat BiBi (Prod, DinDin)

RukView React bersama host JayC & Mousthofa kali ini memaparkan mereka react kepada lagu 한량 bermaksud ‘Hanryang‘ daripada Universe Cowards feat BiBi. Hanyryang merupakan slang dalam bahasa Korea Selatan yang membawa maksud seseorang yang tiada pekerjaan tetapi membelanjakan wang sewenang-wenangnya dan mengamalkan hidup ala hedonistic. (sumber).

Sumber: Google Image

Min Kyung Hoon, merupakan ahli kumpulan sebuah band Rock dari Korea Selatan yang bernama Buzz. Beliau juga sering muncul dalam rancangan Korea seperti Knowing Bros dan Problem Child in House.

Sumber: Google Image

Kim Hee Chul pula bagi peminat Kpop awal 2000’s sudah tentu mengenali beliau dari kumpulan Super Junior manakala BiBi pula adalah penyanyi yang di jumpai oleh lagenda hip-hop wanita Yoon Mirae di Soundcloud.

Sedikit info tentang muzik video ini, ia di produce di kawasan perkampungan di Korea agar ia kelihatan seperti di era dynasty Joseon. Para artists pula menggunakan pakaian traditional Korea yang di modenkan agar ia kelihatan sealiran dengan zaman. Lagu ini pula di produce oleh DinDin

Sumber: Google Image

Checkout video RukView React di bawah ;

Akhir sekali, kami ingin berterima kasih kepada Amirah Basuandi kerana rekomen kami untuk membuat reaksi kepada lagu ini dan membuat listing nota yang memudahkan pihak kami untuk membuat rujukan. TERIMA KASIH AMIRAH!

Video apa lagi bagi anda yang kami patut buat reaksi? Sila komen di bawah. Tak kisah la muzik, film, skits dan apa-apa lah. Video yang terpilih akan dimasukkan kedalam sesi RukView React kami yang seterusnya. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share channel kami kerana kami masih ada beberapa konten yang akan di lepaskan. Lesgo!

Reaksi, RukView

NON METAL VS METALHEAD REACTS TO SOG “SAILORS OF SORROW”

Bersama dengan host JayC dan Mousthofa, episode RukView kali ini membuat reaksi untuk lagu ‘Sailors of Sorrow‘ dari sebuah band post-hardcore/metalcore lokal iaitu Sekumpulan Orang Gila (SOG).

Band ini telah mula bergiat aktif sejak dari tahun 2005 dan merupakan antara band yang masih bergiat aktif di dalam industri muzik tanah air baik underground ataupun mainstream.

Mereka telah meriliskan beberapa material iaitu Civilization Is On Trial(EP) (2013), Bahtera (2014), dan Dermaga (2014). Mereka bakal meriliskan album terbaru mereka tidak lama lagi.

Lagu ini di kompos oleh Raja Nazrin Shah dan Raja Nazmin Shah (Adek). Lirik pula adalah daripada Zainuri Shaharin daripada band Cycryptic. Producer lagu ini pula adalah dari band Chunk! No, Captain Chunk, Bert Poncet, Eric Poncet dan di mix oleh Bastien Lafaye.

Muzik video pula di direct dan produced oleh Nadeem A. Salam dan di support oleh Cultural Economy Development Agency (CENDANA). Check out reaksi JayC dan Mousthofa di bawah!

Reaksi, RukView

RukView : Reaksi Metal Cover, ‘Mimpi, K-Clique Cover’ Transitions x Rudeen x Servants x Orked

Episod RukView kali bersama dengan host JayC dan Mousthofa reaksi kepada video metal cover untuk lagu K-Clique ‘Mimpi’ .

Video MV cover ini di lakukan oleh Transitions, Rudeen, Servants dan Orked. Check out reaksi video tersebut di bawah ;

Lagu ini di mix dan master oleh Nash Muhandes dan video di rakam dan edit oleh Aiman Aqwa, Andrew Tan dan aperforatedsphere prod.