Setelah Hampir Setahun, Tim Lambesis Akhirnya Bersuara.

Setelah Hampir Setahun, Tim Lambesis Akhirnya Bersuara.

 

Tim Lambesis, penyanyi kepada sebuah band Metal terkenal iaitu As I Lay Dying akhirnya membuat kenyataan rasmi di Facebook rasmi As I Lay Dying setelah hampir setahun di lepaskan dari penjara.

Tim Lambesis, di penjarakan pada tahun 2013 atas tuduhan cubaan mengupah pembunuh upahan untuk membunuh isteri beliau. Dia telah di hukum penjara selama 6 tahun pada awal 2014. Walau bagaimanapun beliau di bebaskan hanya setelah 2 tahun di penjara (dalam parol mungkin?) pada hujung tahun 2016.

Baru-baru ini, Tim telah menyatakan di laman Facebook rasmi As I Lay Dying menyatakan bahawa beliau memohon maaf ke atas bekas isteri beliau dan anak-anak beliau dan tidak ada alasan untuk menafikan sebab apa beliau berbuat demikian di masa lalu. Tim juga memohon kepada sesiapa yang membaca posting beliau tersebut untuk hentikan perlakuan dan mengeluarkan kata-kata negative terhadap bekas isteri dan anak-anak beliau yang sepatutnya di tujukan kepada dia sahaja. Menurut Tim, dia yang harus di persalahkan dalam hal ini dan bukan nya bekas isteri dan anak-anak beliau.

Tim juga memohon maaf kepada kesuluruhan band mates As I Lay Dying, crew, managers, peguam, ejen, label dan banyak lagi kerana mereka yang harus menanggung kesusahan dan kepayahan di sebabkan oleh tindakan dia.

Menurut Tim lagi, dia telah beusaha untuk menunjukkan sifat dia yang terbaik melalui lirik-lirik yang di tulis akan tetapi, dia menidakkan sifat negative dia yang menggambarkan diri dia sendiri.

metalmayhem_final-12091-e13511379056711

Sumber gambar : Google Image (Tim Lambesis)

 

Di bawah adalah keseluruhan texts yang di ambil dari laman rasmi Facebook As I Lay Dying berkenaan kenyataan Tim Lambesis.

Capture

Sumber Gambar : Facebook (As I Lay Dying)

 

Yup. Apa kata anda? As I Lay Dying merupakan salah sebuah band metal lagenda sekitar tahun 2000’s. Sememangnya ramai peminat-peminat metal terkejut dengan berita yang Tim hendak membunuh isteri beliau sendiri dengan mengupah pembunuh upahan (di mana ia merupakan pegawai polis yang menyamar) di sebuah gym tempat beliau berlatih. Sudah pasti ramai yang kecewa kerana pemergian Tim Lambesis untuk menjalani hukuman penjara bermakna tiada lagi As I Lay Dying.

Sekarang ini, status As I Lay Dying setelah Tim keluar dari penjara masih belum pasti lagi. Ramai yang mengharapkan As I Lay Dying akan kembali, akan tetapi setelah kes Tim dan bekas ahli kumpulan As I Lay Dying yang lain pula telah move on dan melalui jalan sendiri, itu, sesuatu yang tidak pasti dan kita tunggu dan lihat saja lah.

C1zjd7mvyOS._SL1000_.png

Sumber gambar : Google Image (As I Lay Dying)

Ahli kumpulan As I Lay Dying yang lain telah menubuhkan kumpulan Wovenwar setelah Tim di penjarakan. Phil Sgroso, pemain guitar untuk As I Lay Dying juga pernah menganggotai Wovenwar akan tetapi beliau akhirnya menarik diri dari Wovenwar dan focus dengan project band beliau iaitu Poison Headache.

 

Wovenwar-2016

Sumber gamber : Google Image (Wovenwar)

 

7474264

Sumber gambar : Google Image (Poison Headache)

 

Advertisements

One comment

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out /  Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out /  Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out /  Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out /  Change )

Connecting to %s