Cincai Pedal Sarawak dan Purrfect Studio telah berkolaberasi untuk melancarkan Music Shop; bukan sekadar kedai muzik, tetapi merupakan sebuah brand yang bertujuan untuk menjadi sebuah hub yang menyokong para musisi dengan bukan sahaja menjual instrument-instrument muzik pre-loved, tetapi juga untuk para peminat apa-apa jenis instrument muzik untuk berkumpul di suatu tempat dan berbincang dan berkongsi ilmu mengenai gear-gear mereka.
Perlancaran Music Shop ini akan berlaku di Purrfect Studio pada 28 February 2026 (Sabtu), bermula dari jam 5.00pm – 6.00pm. Perlancaran ini akan memaparkan pameran gear, demonstrasi teknikal, networking sesama para musisi, producer dan peminat gear.
Antara para kolaberasi yang terlibat dengan perlancaran ini adalah Cincai Pedal Sarawak, Purrfect Studio, dan CatSound.co. Sedikit info mengenai para kolaberasi ini, Cincai Pedal Sarawak merupakan pakar di dalam servicing gitar, bass, pedal, custom, teknikal, pemulihan dan sebagainya. Purrfect Studio pula merupakan sebuah space kreatif untuk jamming, penganjuran gig, rekoding dan apa-apa yang berkaitan. CatSound.co adalah sebuah organisasi yang mengadvokasikan pembangunan bakat dan mengexport bakat Borneo-Malaysia serta media liaison untuk perlancaran ini.
Penyanyi berasal dari Padawan, Carrie Geres telah melancarkan sebuah muzik video baru iaitu “Dayung Bidayuh” versi baharu remix 2026 yang boleh di dapati di setiap platform streaming muzik. Lagu ini pada mula nya telah di terbitkan pada tahun 2015 dan liriknya pula menggunakan dialek Biperoh dengan penggunaan bahasa moden serta slanga dari Kampung Garung dan Kampung Jambu. Lagu ini di tulis dan digubah oleh Lester Geres dan di rakam dan di mix & master oleh Bernie Joel Geres di studio Tsitra Music
Menurut Carrie, lagu “Dayung Bidayuh” bertemakan tentang pemerkasaan wanita di dalam kalangan wanita Bidayuh. Walaupun sebahagian daripada lirik untuk lagu ini merujuk kepada Dayung Biperoh yang juga merupakan penghormatan kepada sub-kumpulan Biatah, lagu ini juga sebenarnya meraikan wanita Bidayuh secara kesuluruhan sama ada mereka datang dari Padawan, Bau, Serian, Lundu dan juga Kalimantan Barat, Indonesia.
Lagu ini pernah dinobatkan sebagai juara Anugerah Carta Lagu Bidayuh 2019 oleh Wai FM Bidayuh. Lagu ini di keluarkan pada mulanya selepas kejayaan single pertama Carrie iaitu “Tenggie Ku” dan juga pernah memberi impak yang besar serta membawa pembaharuan yang nyata di dalam landskap muzik Bidayuh.
Menurut Lester yang juga merupakan penulis dan penggubah untuk lagu ini, pemilihan bahasa Bidayuh di dalam lagu ini adalah bertujuan untuk mempromosikan warisan budaya dan identiti masyarakat Bidayuh moden agar ia berkembang seiring dengan peredaran zaman. Walaupun penggunaan bahasa adalah tidak tulen sepenuhnya dari segi dialek, tetapi ia mencerminkan cara pertuturan masyarakat Bidayuh masa kini dan pada masa yang sama, masih tetap mengekalkan unsur warisan budaya yang tersendiri.
Lester yang juga merupakan peminat kepada genre Hip-Hop dan R&B, dan dengan menggunakan bahasa Bidayuh sebagai bahasa utama di dalam lagu ini, Lester berharap dengan pendekatan sebegini, ia akan dapat menarik lebih banyak minat daripada generasi muda untuk menerokai dan menjiwai lagu dan muzik ini dengan lebih mendalam.
Dengan versi remix 2026 pula, sempena dengan ulang tahun ke-10 lagu ini, Carrie dan Lester membuat keputusan untuk menstruktur semula susunan muzik lagu ini. Beberapa elemen baharu juga telah ditambah di bahagian Rap dengan beberapa bahagian di dalam bahasa Inggeris yang di persembahkan oleh Carrie sendiri. “Dari sini, kita dapat melihat sisi bakat Carrie bukan hanya pada nyanyian, tetapi beliau juga boleh Rap juga. “Saya menambah versi Rap untuk buktikan kepada orang ramai bahawa saya bukan hanya boleh menyanyi, saya juga boleh rap. Satu perkara tentang saya yang ramai orang tidak tahu. Untuk remix 2026 ini, saya ingin menampilkan rap saya.“
Untuk muzik video Dayung Bidayuh yang di arahkan oleh pengarah GX, muzik video ini menampilkan gabungan elemen tradisional dan moden dari segi fesyen tradisional, kontemporari, couture dan juga streetwear. Sebahagian daripada rekaan busana yang digunakan di dalam muzik video ini juga selain menggunakan element Bidayuh, turut ada adalah elemen etnik Dayak yang lain sebagai penghormatan kepada kepelbagaian budaya yang terdapat di Sarawak dan Kalimantan. Busana-busana yang di gunakan di dalam muzik video ini adalah daripada MG Couture dan juga HafizDressmaker.
Muzik video ini juga turut menampilkan kemunculan khas dari Dashin Anak Ngalong. Beliau merupakan salah seorang wanita Bidayuh Ring Ladies yang terakhir dari kampung Semban. Muzik video ini juga akan menampilkan artis jemputan iaitu Pearl dan Rendall daripada band Swaiv. Penyanyi dan penulis lagu Jasmine John dan Michael Gayut MG juga akan berada di dalam muzik video ini.
Carrie Geres (kiri), Dashin Anak Ngalong (kanan)
Apa yang uniknya mengenai pembikinan muzik video ini, proses pengembaraannya berlaku di sepanjang durasi 9 tahun merentasi 3 fasa berbeza. Pada tahun 2018, muzik video ini di ambil berhampiran Annah Rais menggunakan iPhone, pada tahun 2023 di Kuching di rumah Carrie Geres sendiri dan penggambaraan ke-3 berlaku di awal tahun 2026 di Semadang dan Kampung Garung.
Jangan lupa untuk tonton muzik video ini dan like, subscribe dan follow Carrie Geres di setiap media sosialnya untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai beliau.
Rapper dan juga penyanyi R&B Ziji.Q telah meriliskan sebuah visualizer video untuk lagu terbaru beliau berjudul Juwita, featuring dengan Razsick. Lagu ini di producekan oleh Jiqoflame, mix dan master pula dilakukan sendiri oleh Jiqoflame dan Piltahansakit. Model di dalam video tersebut adalah Ntshadnia.
Ziji.QRazsick
Ziji.Q yang sebelum ini pernah viral dengan lagu S*x With Me telah banyak meriliskan pelbagai material di platform youtube dan juga streaming muzik platform. Ziji.Q juga merupakan sebahagian daripada kolektif Hip-Hop Biak Ijal.
Check out visualizer video Juwita dan jangan lupa untuk like subscribe follow dan dengar lagu-lagu Ziji di setiap platform streaming seperti Spotify, Youtube Music, Apple Music dan pelbagai lagi.
Band yang memainkan genre Garage-Rock iaitu Roncas telah meriliskan sebuah muzik video berjudul Jahal yang boleh di tonton dan di dengari di platform YouTube. Lagu Jahal ini juga merupakan judul untuk EP mereka yang juga bernama Jahal. Muzik video ini di record secara live di Iseekmusic Studio, mix & master oleh Boyrazli & Magicroom Studio. EP Jahal ini juga di riliskan oleh Lyme Studios.
Roncas telah mengumumkan pelancaran EP Jahal secara rasmi pada 8 September 2025 yang lepas di HooHaa Studio, yang juga merupakan sebuah ruang kreatif untuk pemuzik bebas dan alternatif lokal. EP Jahal mengandungi 6 buah trek dan muzik-muzik di dalam EP ini menggabungkan beberapa elemen dari Psychedelic dan Euphoric. Dengan bunyi-bunyian Garage–Rock menjadi bunyi utama untuk EP ini yang sarat dengan keresahan, perjuangan, kebebasan, serta harapan. Tambahan pula dengan lirik yang jujur serta susunan muzik yang segar, pasti membawa para pendengar dapat menyelami sebuah pengalaman serta emosi yang lebih mendalam.
Menurut Roncas lagi, “EP Jahal adalah ruang ekspresi kami yang paling jujur. Ia bukan sekadar muzik, tetapi sebuah perjalanan emosi yang kami mahu kongsikan dengan peminat,” kata Roncas dalam kenyataan rasmi.“
Sedikit info mengenai band Roncas, mereka ditubuhkan pada tahun 2022 dengan ahli-ahli asalnya adalah terdiri daripada Mesir(vokal/gitar), Boyrazli(lead gitar), Kojek(bass), dan Baan(drum). Mereka semua berkongsi minat yang sama di dalam mendalami muzik yang eksperimental. Sejak penubuhan mereka, Roncas telah bermain di beberapa gig underground dan juga di festival Indie tempatan. Kemudiannya pada tahun 2024, Boyrazli dan Kojek berundur dari band ini dan posisi mereka diganti pula oleh Dino(gitar utama) dan Azri(bass).
EP Jahal ini juga boleh di dapati di setiap platform streaming seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan sebagainya. Dengan perlancaran EP ini, ia telah menandakan sebuah fasa baharu di dalam perjalanan seni Roncas dan turut bersama di dalam mengangkat potensi muzik Alternatif di Malaysia.
Selain daripada platform streaming muzik, muzik Roncas juga boleh di tempah melalui Bandcamp. Sekiranya anda adalah penggemar produk fizikal, keset Roncas juga boleh di tempah dengan hanya RM25 dan tambahan postage pula adalah RM10(EM) dan RM17(WM).
Atas Angin Festival 2026 kembali menggegarkan Rooftop @7, MyTOWN KL pada 14 February 2026(Sabtu). Kali ini mereka kembali dengan pengalaman yang lebih besar, lebih berbeza dan lebih luar biasa berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Setelah dianjurkan selama empat tahun berturut-turut, Atas Angin Festival kali ini akan menampilkan 50 artis/band tempatan dan dua pentas utama. Atas Angin MY terus mencipta sejarah yang tersendiri kerana setiap tahun, mereka berjaya menganjurkan sebuah festival Indie terbesar di Asia Tenggara dan para pengunjung yang datang dari sekitar Malaysia dan juga meraka yang datang dari negara-negara jiran yang lain telah di perkenalkan dengan pelbagai band-band serta artis-artis lokal yang hebat dan bebakat. Malahan, Atas Angin Festival juga telah menjadi salah satu platform pentas pengenalan kepada artis dan band lokal kepada kebanyakan para pengunjung yang ingin mengetahui dan menerokai dunia muzik dan kreatif tanah air.
Festival muzik ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti, bermula dari 9.00am sehinggalah tamat pada 12.00pm tengah malam. Para pengunjung akan di hiburkan dan di perkenalkan dengan artis-artis dan band-band lokal yang hebat.
Menurut pengarah projek iaitu Atas Angin Festival iaitu Arif Imran, berkata, “Festival ini berbeza daripada yang lain. Ia bukan sahaja dapat mengubah corak pertunjukan festival di Malaysia, tetapi juga berpotensi memberi impak di peringkat antarabangsa. Perjalanan Atas Angin MY selama enam tahun telah membuktikan bahawa kami semakin matang dalam merancang dan melaksanakan acara, dan festival kali ini adalah bukti kepada perkembangan itu.“
Tiket di jual dengan harga RM150 untuk 1x(solo) manakala untuk tiket 2x(duo) pula di jual dengan harga RM280 dan dapat di tempah di laman web www.atasangin.com . Ayuh, sama-sama kita datang, meriahkan festival muzik ini dan sebarkan kepada orang ramai akan Atas Angin Festival. Sama-sama kita mengangkat industri seni dan muzik tanah air sehingga ia dapat menjadi sebuah ekosistem sihat yang dapat menjana peluang pekerjaan kepada penggiat seni, crew dan buktikan kepada orang ramai bahawa muzik dan seni kita juga boleh berdiri seiring dengan industri muzik antarabangsa yang lain.
Sebuah band Modern Metal, Six Odd Figures telah meriliskan sebuah muzik video feat dengan Dreadth dari Lost Infidel bertajuk Nyata. Muzik video ini di arahkan oleh Adam, Abraham Amos, Anderson Empaling, dan Faried Zair. Lokasi muzik video Nyata ini di rakam di Purrfect Studio, Kuching, Sarawak. Lagu pula di mix & master oleh Sonic Heresy Production.
Sedikit info mengenai Six Odd Figures, sebelum ini mereka di kenali sebagai band The Rambos yang di tubuhkan pada tahun 2014 bertempat di Kuching, Sarawak, Malaysia oleh Amir dan beberapa lineup yang lain. Mereka telah meriliskan sebanyak 5 single, 3 muzik video, dan telah bermain di beberapa gig underground di sekitar negeri Sarawak. Namun di sebabkan komitment kehidupan dan keluarga, The Rambos mengambil keputusan untuk berada dalam keadaan hiatus sebelum mereka kembali beraksi di dunia muzik underground Sarawak.
Dikenali sebagai The Rambos pada awalnya, band ini mula menyepi dari scene underground lokal di Sarawak sejak 2021. Dengan rilisan muzik video terbaru mereka berserta dengan nama baharu, Amir yang dahulu merupakan vokalis utama mereka ketika mereka masih The Rambos sekarang telah menukar posisi menjadi pengurus serta co-producer, untuk band yang masih sama tetapi hanya menukar nama kepada apa yang di kenali sekarang sebagai Six Odd Figures.
Pengaruh muzik Six Odd Figures adalah dari band-band seperti, Killswitch Engage, As I Lay Dying, Parkway Drive, Atchitects, Trivium, In Flames, Erra, Sylosis, Architects, Bring Me The Horizon, Massacre Conspiracy, Sekumpulan Orang Gila(SOG), Ballad For Layla, Naratu, Restraint, Incarnation dan macam-macam lagi yang sewaktu dengannya.
Menurut Amir mengenai lagu Nyata, “Ia adalah sebuah nukilan daripada kehidupan setiap manusia yang menginginkan keadilan, keharmonian dan kebebasan untuk jiwa-jiwa terpelihara namun sedar bahawa tiada yang telus, tulus serta benar.” Tambahan beliau lagi, “Tindakan harus dilakukan untuk membalikkan situasi tetapi tiada yang mampu dilakukan bila terbabitnya kuasa-kuasa yang lebih kaya dan berkuasa. Ketika itulah, semut-semut mula berkumpul, membentuk gergasi membawa ombak dan rombakan harus dilakukan!”
Lagu Nyata adalah bukan sekadar falsafah, tetapi ia adalah seruan dan tindakan untuk jiwa-jiwa yang merasakan diri mereka adalah seperti ditindas untuk behenti meratap dan mula bersatu untuk meruntuhkan tembok ketidakadilan.
Jangan lupa untuk follow Six Odd Figures di setiap platform media sosial dan tonton muzik video Nyata. Jangan lupa untuk like, subscribe dan share!
Kepada yang suka menonton live streaming, sebuah livestream akan di pertontonkan secara LIVE di channel YouTube Harry Ang pada 31 Januari 2026 bermula dari 3.30pm sampai habis! Live stream IRL(In Real Live) ini yang akan di hostkan oleh salah seorang Rapper dari kolektif SAUH Familia yang berasal dari Sri Aman iaitu Ejump, dan juga seorang pencipta konten yang juga daripada Sri Aman iaitu Ayak Ahui. Mereka akan memperkenalkan Sri Aman sebagai sebuah daerah di Sarawak Malaysia yang mempunyai nilai sejarah, budaya dan identiti yang tersendiri. IRL stream ini akan memaparkan Sri Aman yang walaupun adalah sebuah bandar yang kecil, tetapi ia tetap mempunyai keunikan tersendiri yang patut di kongsi dengan masyarakat luar.
Harry Ang
Initiatif ini juga bertujuan untuk membawa kelainan di dalam dunia penstriman di Sarawak. Walaupun dia online streaming bukan lah sesuatu yang baharu, tetapi konsep pentriman ini masih belum lagi di terokai secara meluas oleh para streamer tempatan khususnya di Sarawak. Dengan adanya konsep IRL ini di adakan, initiatif ini diharapkan dapat membuka ruang baharu dan menjadi perintis kepada dunia penstriman IRL di Sarawak.
Ejump
Live stream IRL ini akan memaparkan suasana kehidupan dan apa yang terdapat di bandar Sri Aman. Kepada mereka yang belum pernah berkunjung ke Sri Aman, live stream ini akan menggambarkan bagaimana kehidupan di Sri Aman secara lebih autentik, santai dan para penonton akan dapat mendapat gambaran tentang bagaimana keadaan kehidupan sebenar masyarakat setempat di Sri Aman.
Penganjuran IRL ini tidak akan terhenti setakat di Sri Aman sahaja kerana selepas Sri Aman, IRL akan berkunjung juga di bandar-bandar lain di sekitar negeri Sarawak. Selepas edisi Sri Aman berakhir, IRL akan berkunjung di beberapa bandar utama terlebih dahulu seperti di Sibu, Kuching dan beberapa lokasi lain di masa yang akan datang.
Ayak Ahui
Pada siapa-siapa yang berminat untuk menyertai IRL live stream ini, semua orang yang berminat adalah di galakkan untuk datang menyertai live stream ini dan memeriahkan suasana. Untuk mendapatkan maklumat dengan lebih lanjut tentang bagaimana hendak menyertai live stream ini, boleh lah hubungi secara terus pada admin Harry Ang di akaun TikTok beliau di @prryjinx atau di akau Instagram @prryys13.
Ayuh warga Sarawak yang berada di Sri Aman, bersama memeriahkan suasana IRL live stream ini dan tunjukkan kepada dunia bahawa Sri Aman adalah sebuah bandar yang meriah dan patut di terokai dengan lebih mendalam dan lebih meluas. Ini kerana projek ini merupakan satu usaha daripada warga Sri Aman sendiri di dalam usaha untuk membuka ruang baharu dan menjadi perintis kepada penstriman IRL di Sarawak.
Festival Atas Angin akan membuat Atas Angin Tour dan lokasi terakhir akan di adakan di Star On Stage (S.O.S) Kuching, Sarawak. Acara ini akan dibuka secara percuma kepada orang ramai sebagai tanda penghargaan Atas Angin Malaysia kepada peminat dan penyokong muzik tempatan yang berada di Borneo. Acara ini akan diadakan pada 24 Januari 2026(Sabtu) bermula dari jam 4.00pm sampai habis. Kemasukan adalah PERCUMA!
Jelajah Festival Atas Angin 2026 merupakan salah satu inisiatif khas oleh pihak penganjur sebagai pemanas badan untuk acara kemuncak iaitu Atas Angin Festival 2026: ONE LAST SHINE, yang akan berlangsung pada 14 February 2026(Sabtu) bertempat di Rooftop @ 7, MyTown Cheras. Siri jelajah Atas Angin ini di anjurkan bukan sahaja untuk memperkenalkan festival Atas Angin kepada khalayak ramai tetapi ia diharapakan dapat menjadi platform untuk mendekatkan komuniti muzik Indie tempatan dengan peminat muzik bukan Indie secara lebih intim.
Edisi Atas Angin Kuching akan membawa 6 pemuzik tempatan iaitu Heroine, The Rollers, Drasska, Adruce Azman, Jon Kennedy & Harith serta Huza. Pada acara ini juga promosi untuk tiket Atas Angin 2026 akan di jual dengan harga semurah RM105 seorang berserta dengan merchandise untuk para pengunjung.
Menurut penganjur Atas Angin 2026, “AAF26 Tour bukan sekadar persembahan pentas, tetapi satu pergerakan untuk membawa semangat Atas Angin MY ke seluruh komuniti muzik tempatan. Kuching menjadi penutup yangsangat bermakna sebelum kami melangkah ke ONE LAST SHINE di Kuala Lumpur“.
Antara visi jangka panjang Atas Angin adalah untuk mencipta satu ekosistem muzik bebas yang mampan, inklusif, dan merentasi sempadan geografi. Ayuh, jum memeriahkan Atas Angin Festival 2026 Tour di Kuching pada 24 Januari 2026(Sabtu) bermula dari jam 4.00pm.
Rapper berasal dari Kuantan, Malaysia, Rudeen telah meriliskan album terbaru beliau iaitu ‘Offline‘ yang telah diriliskan pada 1 Januari 2026. Rudeen di kenali sebagai seorang Rapper yang versatile kerana beliau boleh menggabungkan muzik beliau dengan Hip-Hop/Rap, R&B, sehinggalah ke muzik Rock. Album ini di mix & master oleh Exactesy.
Sedikit info mengenai Rudeen, sebelum menjadi seorang Rapper, beliau bermula di dalam scene muzik bermain band di dalam scene-scene muzik Underground tempatan. Setelah bermain di arena Rap pula, Rudeen telah membuktikan bahawa beliau boleh beradaptasi dan berexperiment dengan apa jua jenis muzik dan menghasilkan karya yang unik dan experimental.
Selain daripada membuat muzik, Rudeen juga merupakan seorang Founder dan Direktor untuk Sailang Visuals. Sailang Visuals merupakan syarikat kreatif yang dimulai oleh Rudeen dengan bertujuan untuk mencipta visual, kualiti cinematic dan sebagainya melalui jalan cerita. Sekiranya anda merupakan seorang artis yang ingin mencari solusi kreatif, boleh lah hubungi Sailang Visual untuk apa-apa jenis kolaberasi bersama. Atau sekiranya anta merupakan sebuah brand lokal, syarikat pemula tempatan atau event organizer yang mencari apa-apa solusi kreatif, juga di galakkan untuk hubungi Sailang Visuals.
Album ‘Offline‘ mempunyai sebanyak 9 buah lagu di dalam nya dan di dalam album ini, Rudeen telah berkolaberasi dengan beberapa artis-artis tempatan di dalam menjayakan projek ini. Antara artis-artis tempatan yang bersama menjayakan pembikinan album ini bersama Rudeen adalah, Airliftz, Akkimwaru, Quai, Qhalid, Freed, Syntax, Nielnoi, Oceansight, Caspr, dan Riko Agus.
Check out, karya-karya Rudeen di setiap platform striming muzik dan follow, like dan subscribe Rudeen di setiap platform media sosial beliau untuk apa-apa perkembangan terbaru dari Rudeen.
Sebuah band yang membawa genre Visual Kei iaitu Nameless Crown daripada Indonesia telah meriliskan single kedua mereka ‘Houkai‘ dalam bentuk muzik video yang boleh di tonton di channel YouTube mereka. Single ini adalah sambungan daripada perjalanan muzikal Nameless Crown setelah debut single pertama mereka iaitu ‘Throne of Disgrace‘.
Lagu ‘Houkai‘ ini membawa maksud kehancuran dan lagu ini juga bertemakan keruntuhan emosi, identiti dan realiti kehidupan yang dibangunkan di atas luka dan kekecewaan. Lagu ini menampilkan sisi Nameless Crown yang lebih matang, sengit, jujur, baik dari segi susunan muzik dan juga penyampaian lirik.
Sedikit info mengenai band Nameless Crown, mereka ditubuhkan pada tahun 2024. Pada ketika itu ahli-ahli band mereka adalah terdiri daripada Dju’en(vokal), Guro(gitar), Zhouna(bass), dan Sai(drum). Ketika memasuki tahun 2025, Nirn menyertai band ini sebagai gitaris kedua.
Dengan rilisnya lagu ‘Houkai‘ Nameless menegaskan komitment mereka untuk terus berkembang dengan menghasilkan dan memperjuangkan seni Visual Kei di Indonesia dan juga di seluruh Asia Tenggara.
Lagu ini di rekodkan di Gehenna Studio, vokal dan editing di rekod di RAWxSON Record dan mix & master lagu ini dibuat di Hiatus Records. Jangan lupa untuk tonton muzik video ‘Houkai‘ dan like, subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial mereka untuk mengikuti perkembangan lanjut daripada Nameless Crown.