Atas Angin Festival 2026 kembali menggegarkan Rooftop @7, MyTOWN KL pada 14 February 2026(Sabtu). Kali ini mereka kembali dengan pengalaman yang lebih besar, lebih berbeza dan lebih luar biasa berbanding dengan tahun-tahun sebelumnya.
Setelah dianjurkan selama empat tahun berturut-turut, Atas Angin Festival kali ini akan menampilkan 50 artis/band tempatan dan dua pentas utama. Atas Angin MY terus mencipta sejarah yang tersendiri kerana setiap tahun, mereka berjaya menganjurkan sebuah festival Indie terbesar di Asia Tenggara dan para pengunjung yang datang dari sekitar Malaysia dan juga meraka yang datang dari negara-negara jiran yang lain telah di perkenalkan dengan pelbagai band-band serta artis-artis lokal yang hebat dan bebakat. Malahan, Atas Angin Festival juga telah menjadi salah satu platform pentas pengenalan kepada artis dan band lokal kepada kebanyakan para pengunjung yang ingin mengetahui dan menerokai dunia muzik dan kreatif tanah air.
Festival muzik ini akan berlangsung selama 15 jam tanpa henti, bermula dari 9.00am sehinggalah tamat pada 12.00pm tengah malam. Para pengunjung akan di hiburkan dan di perkenalkan dengan artis-artis dan band-band lokal yang hebat.
Menurut pengarah projek iaitu Atas Angin Festival iaitu Arif Imran, berkata, “Festival ini berbeza daripada yang lain. Ia bukan sahaja dapat mengubah corak pertunjukan festival di Malaysia, tetapi juga berpotensi memberi impak di peringkat antarabangsa. Perjalanan Atas Angin MY selama enam tahun telah membuktikan bahawa kami semakin matang dalam merancang dan melaksanakan acara, dan festival kali ini adalah bukti kepada perkembangan itu.“
Antara artist-artist dan band-band yang akan membuat persembahan ketika acara ini nanti adalah 6ixth Sense, Aboi, Armpunk Sindicate, Bel V, Belia Benci Club, Bittersweet, Budak Nakal Hujung Simpang, Couple, Da Vagabonds, Dependent, Dj Soulie, Drasska, Fynn Jamal, Gerhana Ska Cinta, Grey Sky Morning, Hacktick!, Hujan, Ibliss, Iqbal. M, Jemput Dengar, Johnny Comes Lately, Lost Control, Luz Maria, Mai Tummada, Masdo, Moneybag x Krusty, Monoloque, Naratu, No Good Sound System, Gallagher, Pascasini x Panasejook, Plague of Happiness, Raksar, Rumpelskin, Sadkl, Salammusik, Seberang, Servants, Skudap Skudip, Smesta x Teh Tarik Senja, Soulboss, Tebabo x Emmet, The Times dan Zu.
Tiket di jual dengan harga RM150 untuk 1x(solo) manakala untuk tiket 2x(duo) pula di jual dengan harga RM280 dan dapat di tempah di laman web www.atasangin.com . Ayuh, sama-sama kita datang, meriahkan festival muzik ini dan sebarkan kepada orang ramai akan Atas Angin Festival. Sama-sama kita mengangkat industri seni dan muzik tanah air sehingga ia dapat menjadi sebuah ekosistem sihat yang dapat menjana peluang pekerjaan kepada penggiat seni, crew dan buktikan kepada orang ramai bahawa muzik dan seni kita juga boleh berdiri seiring dengan industri muzik antarabangsa yang lain.
