Category

Uncategorized

Uncategorized

Rapper Irfan Aniq Rilis 4 Track EP “Chevron di Setiap Platform Streaming Muzik

Rapper muda dari Kuching, Sarawak Irfan Aniq telah meriliskan EP terbaru beliau yang berjudul “Chevron” dan boleh di dengari di setiap streaming platform online. EP ini merupakan sebuah kenyataan tentang Underground Hip-Hop di Borneo.

Menurut Irfan Aniq melalui hebahan akhbar yang di hantar mengenai EP ini, “EP ini adalah tentang halatuju. Ia bukan sahaja tentang ke-arah mana saya akan pergi, tetapi tentang pendirian saya juga. Setiap track di dalam EP ini adalah penanda peribadi, politikal atau emosi. Chevron membawa setiap point ini kehadapan.

Selepas kejayaan debut album Irfan Aniq yang pertama iaitu “Detour” pada tahun 2024, EP “Chevron” ini merupakan evolusi di dalam kerjaya seni Irfan Aniq. Terdapat 4 buah lagu di dalam EP ini dan pelbagai jenis irama yang ada didalam penciptaan beat Hip-Hop untuk EP ini. Antara bunyi-bunyian yang ada adalah sentuhan muzik Trap, Jungle dan sedikit pengaruh sonic lokal. Dengan produksi beat-beat ini yang di buat oleh Zai dan nicXL, Chevron memaparkan kematangan Irfan Aniq didalam penulisan lirik dan perjalanan kreatif beliau.

4 track yang terdapat di dalam EP ini adalah:

  1. Yute
  2. Astana
  3. CA$H ON ME (feat. Ziji.Q)
  4. Lay Low

Dengan rilisnya EP Chevron ini, Irfan Aniq telah mengukuhkan lagi tempat nya di dalam scene muzik dan sub-budaya Hip-Hop di Malaysia.

Teruskan stream EP terbaru dari Irfan Aniq “Chevron” yang boleh di dengari di setiap platform streaming muzik seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music dan sewaktu dengan nya.

Uncategorized

Acara Sukan Ekstreme Pertama Di Sarawak Bakal Berlangsung di Waterfront Central Kuching

Sebuah acara sukan extreme iaitu CanRoll: Pro Action Sports Festival akan berlangsung di Waterfront Central Kuching pada 23 – 25 May 2025(Jumaat – Ahad). Kemasukan adalah percuma! Acara ini akan menggabungkan sukan ekstreme, makanan, gaya hidup, muzik dan budaya belia, semuanya di dalam satu acara. Acara ini dianjurkan oleh Canard Group .

Acara ini dianjurkan khas untuk peminat-peminat sukan ekstreme seperti Skateboard, Roller Blade, Riders, pencipta kandungan(content creators) dan siapa-siapa sahaja yang mempunyai semangat yang mendalam untuk apa-apa perkara yang mereka lakukan.

Menurut Nik Mohd Suhaily, yang juga merupakan founder untuk Canard Media, “CanRoll adalah bukan sekadar festival, ia adalah gerakan budaya. Kami membawa ekspresi belia, sukan lasak, dan keusahawanan tempatan untuk bersama-sama berada pada satu platform yang berkuasa.

Acara ini mendapat sokongan daripada Tourism Malaysia, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif & Seni Persembahan Sarawak, Kementerian Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan(MySED), dan banyak lagi. CanRoll 2025 sedang membentuk menjadi salah satu acara yang paling dinanti-nantikan oleh belia pada tahun ini.

Jangan lupa untuk datang ke Waterfront Central Kuching pada 23-25 May 2025(Jumaat – Ahad) untuk acara ini dan jangan lupa bawa kawan-kawan, keluarga dan teman, kerana kemasukan adalah PERCUMA!

Uncategorized

XIBO All Stars Rilis Lagu Sempena Hari Gawai, “Aram Kitai Gawai”

Sebuah label agensi hiburan dan pengurusan artis serta pempengaruh media sosial iaitu XIBO Entertainment telah meriliskan sebuah muzik video untuk lagu baru mereka iaitu ‘Aram Kitai Gawai‘, yang menampilkan XIBO All Stars, sempena hari Gawai yang akan datang tidak lama lagi. XIBO All Stars merupakan gabungan artis-artis dan pempengaruh yang bernaung di bawah XIBO Entertainment dan kesayangan rakyat Sarawak. Mereka terdiri daripada; Hairee Francis, Melissa Francis, Julai Billie, Sherry Ebbie, Shirly Nomi, dan Jeffdom.

Maksud ‘Aram Kitai Gawai‘ dalam bahasa Iban jika di terjemahkan ke bahasa Melayu adalah ‘Mari Kita Gawai‘. Menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh XIBO, lagu ini adalah bukan sekadar lagu. Lagu ini merupakan satu penghormatan kepada generasi terdahulu dan merupakan satu simbol perpaduan untuk masyarakat pelbagai kaum di Sarawak. Setiap artis dan pempengaruh ini juga membawa lagu ini dengan gaya vokal mereka yang tersendiri dalam menyampaikan mesej kebersamaan, rasa syukur, dan kebanggaan terhadap warisan Dayak.

Iringan irama tradisional yang digabungkan dengan elemen muzik kontemporari menghidupkan semula warisan Dayak dalam rentak yang segar namun masih tetap ada akar identiti asalnya. Ia bukan sekadar alunan muzik, tetapi ia adalah sebuah perjalanan emosi: meriah, disulami elemen nostalgia, dan rasa syukur kepada adat yang terus hidup.

Menurut Hairee Francis, “Lagu ini adalah satu penghargaan kepada siapa kita – bahasa, cerita dan kasih sayang yang kita kongsi ketika Gawai.” Lagu ini merupakan hasil karya ciptaan Hairee Francis dengan penerbitan oleh Francis Five Production.

Untuk muzik video pula, JayC Panganiban bertindak sebagai penerbit dan pengarah kreatif, Jasmine Riyana sebagai penerbit barisan yang menyusun produksi dengan penuh teliti. Sinematografi pula adalah diarahkan oleh Danish Busmah dari 21 Ways dan dibantu oleh penolong pengarah Nazmi Mik bagi memastikan setiap detik dirakam dengan sempurna.

Bagi melengkapkan lagi pengalaman muzik video ini supaya ia sarat dengan visual budaya, muzik video ini dirakam di rumah panjang dengan sentuhan nadi bandar moden. Setiap cebisan video ini menampilkan keindahan busana tradisional, gemalai tarian ngajat, dan semangat perayaan sebagai sebuah penghormatan sinematik kepada Gawai dan jiwa masyarakat Dayak.

Para penari yang ada didalam muzik video ini pula adalah Rovia Wilson, Sebiien Santih, Moltyrina, Mark Cassidy, dan Phillex Addy. Turut ada untuk kemunculan istimewa di dalam muzik video ini adalah Larissa Ping, Lanny Ho, dan Mag Johari.

Jangan lupa untuk tonton MV ‘Aram Kitai Gawai‘ daripada XIBO All Stars di platform YouTube mereka dan boleh didengari di setiap platform streaming muzik digital. Juga jangan lupa untuk like, subscribe dan share!

Uncategorized

Band Stoner Rock Raksar Rilis MV Tumpor dengan menggunakan bahasa Perak

Sebuah band yang memainkan genre irama Heavy Metal/Fuzz Rock yang berasal dari Perak, Malaysia iaitu Raksar telah meriliskan muzik video(MV) ‘Tumpor‘ pada beberapa 22 April 2025 yang lepas. Muzik video ini tampil dengan konsep yang lebih santai dan bersahaja. Lagu ini juga merupakan lagu experimentasi mereka dalam menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu bahasa loghat Perak.

Buat pengetahuan umum, Raksar telah melancarkan album kedua mereka pada tahun 2024 dan di dalam album tersebut memuatkan sebanyak 10 buah lagu termasuk lagu Tumpor. Walaupun bermain muzik berirama Heavy Metal/Fuzz, untuk lagu Tumpor ini, Raksar telah menggunakan melodi dan struktur yang lebih kearah bunyi-bunyian Punk-Rock sambil masih mengekalkan bunyi Fuzz. Ini kerana Raksar ingin bereksperiman untuk mencipta sebuah lagu yang rancak, padat dan menggunakan bahasa/loghat Perak. Tidak dinafikan, menurut hebahan akhbar Raksar, mereka mendapat inspirasi daripada band Punk-Rock dari Kelantan iaitu No Good di dalam penciptaan lagu Tumpor.

Muzik video Tumpor ini difilemkan di rumah manager Raksar sendiri iaitu Zariq Muhaimin. Direktor dan editor untuk muzik video ini pula adalah Azzim Luqman sendiri, yang juga merupakan vokalis dan gitaris untuk Raksar. Jurukamera untuk MV ini pula adalah Bakh. Konsep untuk MV ini pula adalah agak simple dan straightforward kerana mereka menggunakan kamera yang di letakkan di satu sudut di atas bilik, drum tanpa cymbal sambil Raksar jamming angin memainkan lagu Tumpor.

Menurut hebahan akhbar yang di hantar oleh Raksar, kali ini mereka menggunakan bahasa Perak sebab mereka ingin bereksperiment dan ingin membuktikan bahawa dengan menggunakan bahasa/loghat negeri masing-masing juga boleh dijadikan lagu yang catchy dan fun jika direka dengan gerak hati yang tepat. Untuk Raksar, bahasa Perak adalah pilihan mereka kerana mereka berasal dari Perak dan lagu Tumpor merupakan lagu home tribute bagi Raksar.

Sedikit info mengenai Raksar, mereka terdiri daripada Azzim(vokal/gitar), Apek(gitar), E(bass/vokal), dan Awie Joe(drum). Mereka di kenali sebagai band yang memainkan muzik berirama Stoner Rock untuk pendengar mereka, tetapi bagi Raksar, meraka hanya sekumpulan jejaka yang suka menulis lagu yang seronok untuk dimainkan secara live dengan bunyi-bunyian 70’s Rock di iringi dengan bunyi gitar yang Fuzz, gaya drummming yang bingit dan bertenaga. Raksar juga pernah bermain di pentas live seperti Rock The World dan Atas Angin Festival. Meraka telah meriliskan album kedua mereka berjudul ‘Sattira‘ pada tahun 2024 dan majalah/online portal Juice Malaysia menggelar bunyi yang Raksar bawa adalah “Fuzz, Feral & F*cking Loud!

Jangan lupa untuk tonton muzik video Raksar di bawah dan yang paling penting sekali, jangan lupa untuk like, subscribe dan share di platform media sosial anda!

Uncategorized

Gig Malam Ahad di Smoke of Borneo

Sebuah gig anjuran The Sunday Night Gig akan berlangsung di Smoke of Borneo pada 6 April 2025, bermula dari jam 3.00pm sampai habis. Gig ini dianjurkan dengan kerjasama bersama oleh Rock Knight Event dari BS TwentyTwo dan Ensara Timang Studio. Mereka telah bersama menganjurkan gig sejak bulan Ogos 2024 dan banyak terlibat di dalam penganjuran gig-gig underground di sekitar Kuching.

Acara yang berjudul Sunday Rock Night Gig Volume 3 ini dianjurkan pada 6 April 2025(Ahad) bermula dari jam 3.00pm sampai habis dan terletak di Smoke of Borneo Kuching. Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah Majestic Rhythm, Rossevelt, Underwall, Counterback, Night With Wolves, Popang, Baksidik, Left Alive, Voneka, Fire Bomb, Cry For Her, In Rising Affliction, dan Ignites Of Phobia.

Tiket dihadapan pintu dijual dengan harga RM25 sahaja dan untuk mendapatkan tiket gig, boleh lah hubungi nombor-nombor di bawah;

https://wa.me/601113079187 (Ms. Ann)

https://wa.me/60126909172 ( Ms. Vanessa)

https://wa.me/60166490954 (Mr.Robi)

Untuk mendapatkan lebih banyak maklumat mengenai penganjur, boleh lah pergi ke page facebook mereka di Sunday Rock Night Gig.

Featured, New Release, Uncategorized

Band Deathcore Exhale My Ozone, Rilis MV terbaru ‘Euthanasia’ feat Joel dari Nimang Ensera

Band yang di kenali sebagai raja/sultan Deathcore Sarawak Exhale My Ozone telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Euthanasia‘ dan boleh di tonton di channel youtube Eden Records. Lagu ini ada featuring bersama Joel daripada band Tribal Metal iaitu Nimang Ensera.

Lagu ini direkodkan di Seventh Tribe Studio dan muzik video ini dirakamkan di Backdoor Studio. Muzik video ini diarahkan oleh Theta Imaginary dan bertemakan kemusnahan diri dan perasaan ingin putus asa. Band Exhale My Ozone terdiri daripada Mag(vokal), Wahtson(gitar), Brendan(gitar), Gary(Bass) dan Immanuel(drum). Muzik video ini memaparkan model Alezxandria Kapple sebagai pelakon utama.

Menurut Mag, ‘Lagu Euthanasia ini menerokai tentang kemusnahan diri, perasaan ingin putus asa, dan seorang yang sentiasa terperangkap dalam persekitaran yang hidup yang negatif. Tanpa penebusan, sinar mereka mula perlahan-lahan menjadi gelap.‘ Tambah Gary pula, ‘Istilah Euthanasia adalah penderitaan dan kesengsaraan yang berterusan dan tidak dapat diubati. Dalam kes ini, ia bermakna perjuangan dengan suara hitam yang berada di dalam diri sendiri.

Check out music video terbaru daripada Exhale My Ozone ‘Euthanasia‘ featuring Joel daripada Nimang Ensera. Jangan lupa, like dan subscribe!

Uncategorized

Band Alternative Rock Radak Nyawa Rilis Live Album

Band yang bermain irama Alternative Rock iaitu Radak Nyawa telah mengeluarkan Live Album mereka yang berjudul ‘RadakNyawa;Live Rehearsal @ Studio 23‘ pada tahun 2024 lepas. Live Album tersebut mengandungi 7 buah lagu yang energetik dengan lagu-lagu seperti, “Tu Meh RadakNyawa Kami” yang mempunyai irama seperti muzik Punk era 80-an dengan pengaruh dari band seperti Sex Pistols.

Sedikit info mengenai band Radak Nyawa; mereka dianggotai oleh 3 orang ahli iaitu Ben. Jr selaku vokalis dan gitaris, T-Rence sebagai pemain drum dan Barraw sebagai pemain bass. Semua ketiga-tiga mereka mempunyai latar belakang muzik yang berbeza dan dengan kombinasi ini, mereka telah membentuk bunyi yang unik untuk Radak Nyawa. Semua lirik yang dihasilkan oleh Radak Nyawa adalah 100% menggunakan bahasa ibunda mereka iaitu Bahasa Iban. Menurut Ben. Jr, beliau berharap lagu-lagu yang dinyanyikan di dalam Bahasa Iban akan berjaya mencapai tahap di mana ia akan menjadi Universal untuk dijadikan sebagai sebuah karya seni yang boleh diguna pakai dalam pelbagai bentuk jenis seni yang wujud di dunia.

Radak Nyawa sudah bermain di pelbagai pentas sama ada kecil atau besar seperti Coco Rocks di Coco Cabana, dan di WAK (What About Kuching) Music Portal. Bercerita sikit tentang salah satu lagu mereka yang berjudul ‘Tu Meh RadakNyawa Kami‘, lagu ini merupakan lagu terpendek di dalam Live Album ini, dan lagu ini juga memainkan rentak yang laju serta susunan kod yang ringkas dan sesuai untuk di mainkan dan menjadi antara lagu yang boleh di belajar oleh sesiapa sahaja yang baru hendak belajar bermain gitar. Lirik lagu ini pula mengisahkan tentang pengenalan diri Radak Nyawa sebagai satu kugiran yang harus diberikan perhatian tidak kisah lah sama ada mereka bermain di pentas kecil ataupun besar, kerana setiap persembahan mereka sudah pasti menjanjikan tenaga yang mantap dan menarik.

Uncategorized

Tayangan Perdana Muzik Video ‘Riuh Raya’ dari Arabyrd, Ila Damiaa dan Safar Ghafar

Sempena Hari Raya Aidilfitri yang akan datang tidak lama lagi, sebuah muzik video sempana Hari Raya iaitu ‘Riuh Raya‘ akan di tayangkan buat pertama kalinya di The Hills, Kuching pada 16 March 2025 (Ahad). Tayangan muzik video ini akan di lancarkan seiring sempena acara ‘Sekoh Raya‘ yang sedang berlangsung di The Hills. Acara ini merupakan sebuah pop-up event yang menampilkan pelbagai vendor yang akan mempamerkan pelbagai ciri-ciri traditional dan moden bersempena raya dari segi pakaian, aksesori dan sebagainya. Acara tersebut akan bermula jam 4.30pm dan di buka untuk orang ramai.

Lagu Riuh Raya merupakan sebuah projek hari raya daripada artis Arabyrd dan akan menampilkan penyanyi Ila Damiaa dan juga penyanyi dan juga pelakon veteran Sarawak iaitu Safar Ghafar. Menurut Arabyrd, idea asal lagu ini adalah untuk menggabungkan yang lama dan yang baru sambil sama-sama meraikan perayaan, budaya dan adat. Lagu ini juga di producekan oleh seorang Rapper dan producer muda iaitu Emansushii.

Tambah Arabyrd lagi, “Saya ingin mencipta lagu di mana apabila orang mendengarnya, akan merasa perasaan ‘feel good’ dan tidak terikat dengan formula viral dan sampling chorus lagu-lagu lama dan diubah dengan cara baharu. Jadi, saya, Ila dan abang Safar, kami sama-sama cuba mencipta lagu baru yang original dan setelah lagu ini siap, kami cuba menghantar lagu ini ke Universal Music Malaysia dan kami bersyukur mereka menerimanya. Berbekalkan dengan keseluruhan lineup produksi lagu ini awal penciptaannya, sehingga lah ke muzik video, di mana semua yang terlibat merupakan 100% anak jati Sarawak. Kami berharap lagu ini akan dapat didengari oleh setiap rakyat Malaysia dan pada masa yang sama, kami dapat mempromosi budaya dan bahasa kita di Sarawak. Dalam pendek kata, kami ingin membuktikan Sarawak pun boleh!

Penciptaan muzik video ini pula adalah di buat oleh Koh Khai, seorang pengarah muda yang berbakat. Mereka yang terlibat didalam pembikinan muzik video ini juga adalah dari 20 orang artis-artis local dan influencer iaitu Rifdean Masdor (Muay Thai), Bob Yunus (penyanyi), Fir dan Afick (influencer), Puan Dayang Mariana (CEO Majlis Seni Sarawak), Sharifah Elya (announcer CATS FM), Thorus (influencer), Asyraf Hardy (rapper), Emansushii (rapper/producer), Irfan Aniq (rapper), Nofik (rapper), Ain Suhada (Influencer), Iqbal Harun (pengarah filem), Cikgu Sabri, Ir Radzi (penyanyi), Mazlan Hipni (pelakon) dan ramai lagi.

Lagu Riuh Raya ini di tulis oleh Arabyrd, Ila Damiaa, & Safar Ghafar, komposisi pula adalah dari Emansushii. Lagu ini di rekodkan di studio AOK Records dan di mix dan master sepenuhnya oleh Emansushii. Produksi muzik video pula adalah dari ASA ESA FILMS. Projek muzik video ini mendapat sokongan sepenuhnya daripada Majlis Seni Sarawak (MSS) berserta dengan Kek Lapis Mama Su, Swinburne Sarawak dan Sarawak Metro. Turut sama dalam membantu kejayaan muzik video ini adalah, Tom Abang Saufi, Seri Gedong Songket, Jarum Berlian, D’Keringkam, Yarn Wild & Free, Restoran Rabuyah, Hypervision, Paradise Borneo dan Anak Kapal 47

New Release, Uncategorized

MC Wayne, Knowno & Fazz One D Rilis Lirik Video, ‘SAR-A-WAK (VOL.1)’

Duo Rapper yang sudah berjuang lama di dalam scene Hip-Hop Sarawak iaitu Knowno dan MC Wayne telah berkolaberasi meriliskan single berjudul ‘SAR-A-WAK‘ dan lirik video untuk lagu tersebut boleh didapati di platform youtube. Lagu ini turut memaparkan seorang lagi rapper yang mempunyai lirik dan flow unik iaitu Fazz One D.

Sedikit info mengenai MC Wayne, beliau merupakan salah seorang daripada ahli kolektif Hip-Hop yang telah lama wujud di Sarawak iaitu The Family Man dan mereka popular dikalangan peminat muzik Hip-Hop tempatan melalui lagu-lagu seperti Tok Bok Nya, Distrix Tigabelas dan S Kuasa 3, manakala Knowno merupakan lagenda di kalangan scene Hip-Hop Sarawak dengan lagu-lagu seperti Nospen, Matahari, Kisah Cinta Liya dan pelbagai lagi.

Menurut MC Wayne, beliau dengan Knowno pernah berhasrat hendak merakam lagu bersama sejak dari 2007 lagi, namun pada ketika itu mereka hanya berhubung menggunakan SMS dan tidak pernah bersemuka. Mereka juga pernah bersaing antara satu sama lain di dalam scene Hip-Hop Sarawak dan pada tahun 2023, ketika bermain show bersama di Bintulu, Sarawak, itulah merupakan kali bertama MC Wayne dan Knowno berjumpa. Pada saat itu juga lah bermula niat bersama-sama untuk membuat single bersama iaitu ‘Sar-A-Wak‘.

Lagu ‘Sar-A-Wak‘ ini diciptakan dan di arrange oleh beatmaker JRZ dan menurut MC Wayne, ini baru sahaja Vol.1 dan dalam masa terdekat mereka akan meriliskan Vol.2 yang akan menampilkan beberapa rapper-rapper lain yang ada di seluruh Sarawak. Menurut MC Wayne, “Jika ada single Vol.1 muncul, akan ada Vol.2. Untuk Vol.2 sudah siap dirakam menampil­kan rapper yang ada di seluruh Sarawak. Rakaman untuk lagu ini tidaklah mengambil masa yang lama disebabkan masing-masing berpengalaman dalam dunia rakaman. Rakaman me-ngambil masa selama sehari di Studio JRZ tetapi mixing dan mastering mengambil masa seminggu.”

Tambah MC Wayne lagi, “Single ini pasti memberi semangat kepada anak Sarawak yang berada di luar negara disebabkan liriknya menampilkan loghat Sarawak. Saya berharap lagu ini diterima oleh orang Sarawak dan menjadi pengajaran kepada golongan belia. Pesanan saya jagalah adab kita sebagai orang Sarawak.”

Uncategorized

Bunuh Diri di Appleseeds Studio Kuching

Sebuah gig metal iaitu, Death to Decay bakal berlangsung di Appleseeds Studio, Kuching, Sarawak pada 12 Januari 2025 (Ahad), bermula dari jam 6.30pm sampai habis! Gig ini dianjurkan oleh Inferno Stage Entertainment dan akan menampilkan band Bunuh Diri. Mereka merupakan sebuah band Technical Brutal Death Metal dari Kuala Lumpur.

Antara band-band lokal dari Sarawak yang akan turut memeriahkan gig tersebut adalah Kolbenfaust, Rotting Century, Exhale My Ozone, We The Leader dan Needless To Be Forgiven.

Bagi peminat muzik irama Death Metal di Malaysia, band Bunuh Diri bukanlah nama yang asing. Dikenali dengan riff yang kejam, vokal yang ganas dan hentakan drum yang padu, Bunuh Diri bukan sahaja di kenali di pentas Malaysia. Mereka juga banyak bermain di pentas-pentas antarabangsa. Bunuh Diri juga akan menjadi opening band untuk lagenda Death Metal dari Belanda iaitu Sinister, ketika mereka bertandang di Kuala Lumpur pada 24 Januari 2025 nanti.

Jangan lupa untuk menyaksikan Bunuh Diri di Appleseeds Studio, Kuching, Sarawak pada 12 Januari 2025 (Ahad), bermula dari jam 6.30pm sampai habis. Tiket kemasukan pula adalah hanya RM50 di hadapan pintu.