Kebahagiaan Datang daripada Apa yang Kita Miliki Sekarang. Dari MV Band Melodic/Pop-Punk ‘For Us’ ‘With Time I’ll Fly’
Sebuah band Melodic/Pop-Punk daripada Indonesia For Us telah meriliskan sebuah muzik video berjudul ‘With Time I’ll Fly’ yang telah di lancarkan beberapa bulan lepas. Lagu ini di tulis sebagai refleksi tentang bagaimana kebahagian tidak semestinya hadir daripada pencapaian besar atau impian tentang masa depan. Akan tetapi, ia merupakan kemampuan di dalam menghargai tentang apa yang telah dimiliki pada saat ini ataupun melalui pendekatan yang leibih jujur, authentik dan lebih bersifat didalam memupuk semangat keberanaian dan terus memandang ke arah masa hadapan.

Bagi mereka yang baru mendengar band For Us, lagu ‘With Time I’ll Fly’ menampilkan identity muzik For Us dengan pengaruh-pengaruh irama Japanese Melodic Punk, dengan alunan elemen Bossa Nova di bahagian bridge lagu bagi menambahkan emosi di dalam lagu tersebut. Setiap lirik didalam lagu ini membicarakan tentang proses melepaskan perkara yang hilang, menerima realiti kehidupan, dan mencari kekuatan untuk terus bergerak ke hadapan. Kesuluruhan lagu ini bukan hanya bakal menawarkan pengalaman muzik kepada siapa-siapa yang mendengarnya, malahan, lagu ini juga menyampaikan masej tentang menghadapi alam dewasa, meneguhkan kekuatan hati, jangan putus asa dengan harapan dan menjadikan ia sebuah lagu yang sangat susuai bagi siapa-siapa yang mendengar dan sendang mencari makna kehidupan dan hala tuju ke arah masa hadapan.

Lagu ini dirakamkan di Rambpage Recording dan mixing & mastering lagu ini dilakukan oleh Rambo Permana. Muzik video ini pula diarahkan oleh Javas Aryadinata. Muzik video ini boleh di tonton di channel YouTube For Us. Jangan lupa untuk, komen, like dan subscribe!
Sedikit info mengenai For Us, mereka merupakan sebuah band yang memainkan irama Melodic/Pop-Punk yang berasal dari Sidoarjo, Indonesia. Mereka ditubuhkan pada tahun 2022 dan terdiri daripada Yudha(bass dan vokal utama), Axl(gitar dan vokal), Plensky(gitar dan vokal), dan Avic(drum). Walaupun teras dan akar muzik mereka adalah Melodic/Pop-Punk, For Us seringkali juga memasukkan elemen-elemen genre lain seperti Bossa Nova, Swing serta macam-macam lagi. Pada tahun 2024, For Us telah meriliskan EP pertama mereka iaitu Heartache Station yang boleh di strim di setiap streaming platform. Band ini terbuka untuk apa-apa invitation ke mana-mana untuk bermain live. Untuk apa-apa komunikasi bermain live, band ini boleh dihubungi di maklumat berikut:
📧 Email : foruspoppunk@gmail.com
📱 WhatsApp/Handphone : (+62) 813-3584-4027 (Yudha)
📩 DM melalui Instagram : @forus_poppunk













