Category

News

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Konsert Satu Malam Bersama Andmesh Kamaleng di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak

Penyanyi terkenal Indonesia Andmesh Kamaleng akan mengadakan sebuah konsert istimewa iaitu ‘A Night With Andmesh Kamaleng‘ pada 28 November 2025(Jumaat), bermula dari jam 8.00pm sampai habis. Konsert ini akan diadakan di Stadium Perpaduan Kuching, Sarawak. Konsert ini dianjurkan oleh Wazai Creative Solution (WCS) denga sokongan daripada Kementerian Pelancongan, Industri Kreatif, dan Seni Persembahan (MTCP).

Konsert bertaraf antarabangsa ini di jangka akan dapat menarik peminat dan pengunjung bukan hanya di sekitar kepulauan Borneo, tetapi juga buat peminat dan pengunjung daripada Semenanjung Malaysia, Sabah, Brunei, dan Indonesia. Setakat ini, tiket telah dilapor terjual sebanyak 3000 orang dan ke atas. Dengan sokongan produksi pentas dan sistem audio visual berteknologi tinggi yang di reka khas, konsert ini dijamin akan dapat memberikan pengalaman persembahan yang lebih immersif, eklsklusif dan intim dengan peminat Andmesh.

Kehadiran artis serantau seperti Andmesh Kamaleng bukan sahaja memperkukuh kedudukan Sarawak sebagai destinasi seni dan hiburan, tetapi turut membuka peluang besar kepada pemain industri kreatif tempatan. Ini adalah selaras dengan usaha kerajaan membangunkan Sarawak sebagai hab acara dan persembahan.” kata YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah, Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, dalam sidang media pengumuman konsert berkenaan yang diadakan di Star On Stage.

Sidang media ini turut dihadiri oleh YB Datuk Snowdan Lawan, Timbalan Menteri Pelancongan, Industri Kreatif dan Seni Persembahan Sarawak, yang mewakili Menteri, YB Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah yang tidak dapat bersama-sama kerana perlu menghadiri sesi perbahasan di Dewan Undangan Sarawak..

Menurut YB Datuk Snowdan Lawan, “Beliau sangat berbesar hati dan teruja dengan kehadiran penyanyi kelahiran Alor, Indonesia ke Sarawak dan buat julung kali memilih bandaraya Kuching untuk mengadakan Konsert berskala besar, dengan persembahan di jangka berdurasi 1 jam 30 minit dengan lagu- lagu popular yang akan dipersembahkan di hadapan penonton. Pastinya ini adalah konsert yang akan meninggalkan kenangan yang besar buat Andmesh Kamaleng serta peminatnya di Sarawak.

Antara artis-artis lain yang turut membuat persembahan pembukaan pada konsert ini nanti adalah, Hasty, Zah Amirul, Hairie Francis, Ramles Walter, Gretchen Quirina dan Ryenald Guntabid(Pemenang Artis Baharu & Vokal Terbaik AIM 2025). Selain persembahan utama, Andmesh juga akan menampilkan tiga artis jemputan khas dari Indonesia dalam sebuah segmen kejutan eksklusif yang hanya akan didedahkan pada malam konsert.

Penganjur konsert ini iaitu WCS berharap agar konsert ini dapat menjadi batu loncatan bagi penganjuran konsert bertaraf antarabangsa di Sarawak pada masa akan datang. Dengan sokongan MTCP serta para penaja, WCS yakin dapat membawa lebih ramai artis ternama antarabangsa dan Malaysia ke Sarawak.

Tiket konsert boleh dibeli terus melalui laman web Saratic, platform tiket rasmi yang dimiliki dan diurus sepenuhnya oleh Wazai Creative Solution (WCS) dan kategori tiket adalah terdiri daripada:

• Anugerah Terindah – RM339 (Rockzone Standing)

• Hanya Rindu – RM259 (GA Standing)

• Cinta Luar Biasa – RM219 (Seating)

• Andaikan Kau Datang – RM189 (Free Seating)

• Nyaman – RM189 (Free Seating)

Penaja dan rakan-rakan strategik untuk konsert ini adalah terdiri daripada:

Sokongan

Ministry of Tourism, Creative Industry, and Performing Arts (MTCP)

CO-SPONSORS

• Planet Borneo

• Kek Lapis Mama Su

• Hazami Niaga Sdn Bhd

• MCP Resources Sdn Bhd

Rakan Kongsi Hotel

• Riverside Majestic Hotel Kuching Puteri Wing

• Riverside Majestic Hotel Kuching Astana Wing

• Sky Lounge

Rakan Kongsi Logistic

• Kiffah Travels & Tours

Rakan Kongsi Cetakan

• Printing Genius

Rakan Kongsi Photobooth

• Perfetto

Rakan Kongsi Media

• TVS

• Cats FM

• Suara Sarawak

• Sarawak Edition

Rakan Kongsi Strategik

• Star On Stage (S.O.S)

Rakan Kongsi Tiket

• Saratic

Rakan Kongsi Katering

• Icafe

• RJ Cafe

• Cangkir Cafe

• Three Tea by Greenleaf Food & Beverages Sdn Bhd

• Warong 2000

Penghargaan

• DMG Ninety Enterprise

• Asz Bridal

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Ruang Acara Lek., Menjadi Lokasi Persembahan Duo Post-Punk, Sukatani

Sebuah band duo New-Wave/Post-Punk daripada Purbalingga, Indonesia iaitu Sukatani akan bertandang ke Kuching, Sarawak pada 30 November 2025(Ahad). Mereka akan membuat persembahan di ruang acara Lek. dan persembahan pertama akan bermula pada jam 8.00pm. Gig ini dianjurkan oleh Klab77 dan akan memaparkan 3 buah band tempatan sebagai persembahan pembukaan.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pembukaan nanti adalah Kelibat, Schiv dan Mortara. Sukatani merupakan sebuah band duo New-Wave/Post-Punk di mana lagu-lagu mereka banyak menyuarakan tentang kritikan sosial yang sering di alami dan di lalui oleh masyarakat setempat yang tidak dapat menyuaraka suara mereka. Kelibat pula merupakan sebuah band Alternative Rock dimana bunyi yang mereka bawa akan membawa para pendengar kembali seperti ke era 90-an. Schiv pula membawa bunyi-bunyian gabungan Hardcore dan Punk yang keras dan Raw yang pasti membuat telinga, kepala dan badan anda bergerak melepaskan segala amarah yang telah lama terpendam di dalam diri. Mortara pula merupakan sebuah band baru dan acara ini merupakan debut untuk Mortara dan mereka pula membawa bunyi-bunyian Post-Punk dan Deathrock.

Jangan lupa untuk datang ke ruang acara Lek. dan dapatkan tiket anda di link ini. Tiket dijual dengan harga hanya RM50 sahaja dan tidak akan di jual di hadapan pintu.

Featured, Gig/Concert/Tour/, New Release, News

Showcase Album Baru An Honest Mistake iaitu ‘The Lonely Hearts Club’ Akan Berlangsung Di Purrfect Studio

Band Pop-Punk dan Alternative Rock An Honest Mistake (AHM) akan kembali ke Kuching untuk sebuah acara bagi mempromosi album baru mereka iaitu ‘The Lonely Hearts Club‘ yang akan bertempat di Purrfect Studio. Acara ini akan bermula dari jam 7pm sampai habis! Tiket di hadapan pintu akan di jual pada harga RM49 dan early bird pula akan di jual dengan hanya RM39(sehingga 21 November).

Setelah hampir sedekad berjuang di dalam dunia muzik Independent Malaysia iaitu sejak tahun 2008, AHM telah berkembang dari sebuah band yang diminati oleh para pelajar suatu ketika dahulu sehinggalah kini sudah menjadi antara nama yang cukupd di kenali di arena industri muzik Independent Malaysia. Dalam masa hampir sedekad kewujudan AHM, mereka telah membua persembahan di pelbagai pentas dari domestik sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Evolusi muzik AHM adalah sangat menarik dan unik kerana mereka memainkan dan menggabungkan pelbagai jenis bunyi-bunyian untuk untuk muzik mereka. Dari genre Pop-Punk, kolaberasi bersama producer EDM(Electronic Dance Music), dan macam-macam lagi.

Untuk acara di Purrfect Studio nanti, AHM akan memaparkan reunion bersama bekas vokalis AHM sendiri iaitu Sheryl yang akan turut bersama di dalam membuat persembahan. Sheryl merupakan vokalis asal AHM dan pada malam tersebut dan ini pastinya akan menjadi sebuah malam yang istimewa.

Antara band-band dan artis lokal yang akan beraksi pada acara ini nanti adalah Space BIrd, sebuah band yang memainkan genre Post-Rock. Hey! Leave A Message, sebuah band yang memainkan genre Pop-Punk dan Faith Fiance, seorang artis berbakat yang memainkan genre R&B.

Ayuh datang ke acara ini yang akan bertempat di Purrfect Studio. Untuk mendapatkan tiket boleh lah klik di link ini https://ahmpurrfect.peatix.com 

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Memperingati Mendiang Oliver Di Backdoor Studio

Sebuah gig sempena dengan memperingati mendiang Oliver Duk bakal berlangsung di Backdoor Studio pada 15 November 2025 (Sabtu). Mendiang Oliver Duk merupakan antara orang yang sering menghadiri gig-gig local underground/independent di sekitar Kuching dan beliau juga sangat aktif di dalam memastikan ruang gig sentiasa aktif dan meriah dengan kehadiran beliau.

Gig ini di anjurkan kan dengan kerjasama antara 93K in Pain dan Skon Crew. Mendiang Oliver Duk juga merupakan salah satu daripada ahli 93K in Pain dan sudah pasti kemangkatan mendiang meninggalkan kesan yang mendalam bukan sahaja untuk komunitas-komunitas underground/independent lokal tetapi sudah pasti untuk rakan-rakan beliau bersama di dalam 93K in Pain.

Mendiang Oliver Duk

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada hari kejadian adalah We The Leader, Blindsided, Iris, Path To Survive, Serangga, dan Hate & Live. Seperti apa yang selalu di ungkapkan oleh mendiang Oliver Duk, “Style, Style Never Unstyle

Bukan sahaja para kenalan, dan gig goers lokal, orang ramai juga di jemput datang ke gig ini kerana setiap pembelian tiket ini akan di sumbangkan secara terus ke arah ahli keluarga mendiang. Tiket di jual dengan hanya berharga RM20 sahaja.

Discovery, Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Suara Seni, Inspirasi dan Muzik. Kenali Agusto, Seorang Artis Berbakat dari Sabah yang Mencipta Pelbagai Poster Gig Yang Menarik

Artis dari Kota Kinabalu, Sabah Agusto merupakan seorang artis yang banyak membuat poster untuk gig-gig underground di sekitar asia. Beliau mula melukis, menconteng sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau muncul dari membeli album-album dari band Hardcore Punk dalam bentuk kaset, CD, vinyl, dan seterusnya beliau mula melibatkan diri ke acara-acara D.I.Y(Do It Yourself) Hardcore Punk. Minat dan cinta beliau terhadap karya-karya dan sub-budaya Hardcore Punk mula melonjak naik. Antara kaset pertama yang di beli oleh Agusto adalah dari band Operation Ivy untuk album berjudul ‘Energy

Agusto

Pada masa itu juga, kawan-kawan Agusto juga adalah sebab minat dan cinta terhadap seni di dalam scene Punk semakin mendalam. Waktu itu juga, salah seorang daripada rakan sekolah menengah Agusto banyak berkongsi ilmu dengan nya dan ada membuat lukisan untuk kulit cover mix-tape .

Agusto mendapat inspirasi melalui seni-seni yang bersifat Dadaism, Avant-Garde, Constructivism Art, Anarcho-Punk, Japan Showa Era, serta Citypop. Antara artis-artis yang beliau jadikan sebagai rujukan adalah seperti Stenberg Brothers, Alexander Rodchenko, Winston Smith, Gee Vaucher, John Heartfield, Yamamura Toyonari, Shohei Otomo, Sean Fitzgerald, Stiv Bar-itch, dan Akihiko Sugimoto.

Bercakap mengenai bagaimanakah Agusto menggambarkan seni-seni yang di buat oleh beliau dan prosess pembuatannya, ini adalah apa yang di katakan oleh Agusto;

Media tools seperti photoshop dan illustrator adalah tools yang saya guna untuk meng-edit warna serta pemilihan typograhy (& susunan). Namun, satu perkara penting bagi saya sebelum mula menghasilkan sesuatu ilustrasi ialah mencapai keseimbangan dalam perkadaran pada lakaran visual — dengan mengambil kira dimensi komposisi serta hubungan antara ketinggian, kelebaran, dan kedalaman. Komunikasi juga adalah kuncinya. Saya mendapati bahawa menghasilkan ilustrasi yang hebat memerlukan peningkatan komunikasi dengan klien, sama ada individu atau band muzik. Saya sentiasa menyediakan beberapa pilihan lakaran kepada klien supaya mereka dapat membuat pilihan dan memberi maklum balas. Saya biasa nya meminta band muzik atau individu menilai lakaran saya terlebih dahulu sebagai proses kritikan dalam seni bagi tujuan membimbing proses kreatif saya. Walaupun menerima kritikan boleh menjadi sesuatu yang mencabar, ia adalah sebahagian penting dalam dunia seni. Jika saya tidak dapat menerima kritikan, saya percaya karya seni saya tidak akan seiring dengan semangat punk yang menghargai pemikiran kritikal. Oleh itu, proses kritikan yang membawa kepada pemikiran kritikal amat penting bagi saya. Saya sentiasa mengemas kini lakaran dan arah karya seni untuk memastikan kedua-dua pihak berpuas hati dan mencapai keputusan bersama dalam tugasan projek.

Menurut Agusto. Antara karya-karya yang paling beliau bangga sekali adalah membuat kolaj design termasuklah susun atur layout untuk buku Pangrok Sulap iaitu, ‘Sedekad Seni Merakyat‘. Agusto membuat kerja ini secara sepenuh masa dan beliau juga bekerja di kedai rekod kawan beliau iaitu Kambai Record Store bersama dengan kawan-kawan beliau yang lain iaitu Rizo, Ray dan Ian. Menurut Agusto juga, antara cabaran yang beliau hadapi di dalam dunia seni adalah mencari idea dan inspirasi untuk berkarya. Beliau banyak meluangkan masa menonton filem-filem yang dicipta dari tahun 70-an dan 80-an, dari era Zaman Edo di Jepun dan sehinggalah ke genre Sains Fiksyen Pasca-Apokaliptik. Agusto juga merupakan peminat filem-filem kultus karya Alejandro Jodorowsky kerana banyak mempunyai imej yang menggerikan, ganas, surealis serta gabungan unik antara mistik dan provokasi keagamaan.

Apabila di tanya berkenaan penggunaan Artificial Intelligence (A.I) di dalam dunia seni sekarang, Agusto tidak menafikan bahawa dengan perkembangan teknologi sekarang, memang mudah sekiranya siapa-siapa hendak membuat seni yang dijana oleh AI. Akan tetapi, mencipta seni dengan menggunakan hasil tangan sendiri adalah masih sangat memuaskan kerana; apabila pensel atau pen di lakar di atas kertas, perasaan itu adalah seolah-olah seperti Shikigami ataupun roh Yokai yang muncul dalam bentuk kertas tetapi boleh berubah rupa dan kadang-kadang tidak kelihatan. Agusto mengungkap kata-kata daripada Hayao Miyazaki yang juga merupakan founder untuk Studio Ghibli iaitu, “Do everything by hand, even when using the computer.” (Buat segalanya menggunakan tangan, walaupun menggunakan komputer).

Agusto pada ketika ini juga sedang meneruskan karya-karya peribadi beliau yang menumpukan pada lukisan tradisional tentang dunia Pagan Borneo yang lama iaitu Bobohizan dan sekiranya ada masa dan peluang, mungkin boleh menyertai apa-apa pameran seni yang ada. Untuk hasil karya Agusto yang terbaru ketika ini adalah rekaan poster untuk gig POGOWOLVES RIOT: KUCHING INFERNO yang akan berlangsung pada 25 October 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sehingga habis! Bertempat di ruang acara VIBIN’ by Lek.. Tiket di jual pada RM30 di hadapan pintu dan gig ini juga akan menampilkan beberapa band-band lokal seperti, Dilarang Melarang, Serangga, dan Breath In Ocean. Gig ini dianjurkan oleh kerjasama bersama Noise Not Bomb, dan Skon Crew.

Gig/Concert/Tour/, News

Halloween Gig Di Purrfect Studio, di Anjurkan oleh 3Dinda

Gig Halloween bakal berlangsung di Purrfect Studio Kuching, Sarawak pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sampai habis! Gig ini dianjurkan oleh 3Dinda dan bersempena dengan bulan Horror iaitu bulan sambutan Halloween, gig ini dinamakan The Purrfect Horror Show. Dengan tagline ‘Dance With The Dead‘, gig ini merupakan prelude untuk Pre-Halloween Party dan menjanjikan suasana yang di penuhi dengan music, persembahan, keunikan Kuching yang penuh dengan kepelbagaian di dalam scene kreatif.

Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah; Brookes, Automatic The Remote, Carrie Geres, Hey! Leave A Message, Pearl, Gena Sim, Steff Fleur, persembahan tarian daripada Danceversity, dan sesi penglipur lara(bercerita) kisah seram bersama dengan Gena Sim. Bukan itu sahaja, para pengunjung yang bertuah berpeluang untuk menyertai acara Memburu Labu(Pumpkin Hunt), di mana para perserta berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.

Tiket dijual dengan hanya RM35 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu dan boleh di beli secara online di http://bit.ly/purrfecthorror. Para pengunjung juga di galakkan untuk menggunakan kostum. Apa-apa jenis kostum adalah di galakkan kerana tiada orang digalakkan untuk menghakimi cara seseorang itu berpakaian di gig-gig underground. Sekiranya anda adalah orang yang suka menghakimi orang lain, gig underground adalah bukan tempat untuk anda.

Jangan lupa untuk menghadiri gig ‘The Purrfect Horror Show‘ ini yang di anjurkan oleh 3Dinda dengan kerjasama bersama Purrfect Studio. Ayuh hadiri dan sama-sama memeriahkan acara yang di anjurkan oleh pejuang-pejuang scene kreatif di Kuching untuk satu malam yang tidak akan anda lupai.

Gig/Concert/Tour/, News

VBN: KLUBNACHT: Malam Techno, Hardgroove, Hypnotik dan Seni Visual

Malam Techno, kembali lagi di ruang acara Lek. pada 18 October 2025(Sabtu), bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tiket dijual pada harga RM25 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu. Acara yang dinamakan VBN: KLUBNACHT ini yang di bawa oleh VIBIN’ by Lek. kembali dengan Dj-Dj yang akan memainkan muzik elektronik di dalam bunyi-bunyian Techno di alam Minimal, Hardgroove, dan Hypnotic. Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian nanti adalah XO 6alloons dan KAÏ. Malam ini juga akan memaparkan permainan visual daripada Bima Tanaka dan juga Rahaf.

Sedikit info mengenai Dj-Dj yang akan memutarkan irama di lantai tarian nanti, KAÏ merupakan seorang Dj yang berasal dari Johor Bahru dan beliau sangat aktif di dalam membentuk scene underground elektronik di sana. Beliau adalah founder untuk Kai Invites, sebuah platform yang menghubungkan Dj, artis dan komuniti-komuniti melalui minat yang di kongsi bersama. Melalui muzik dan kerja-kerja beliau, KAÏ terus membawa dunia muzik elektronik underground di Malaysia melalui eksperimentasi dan perpaduan bersama.

XO 6alloons pula adalah seorang Dj yang berasal dari Kuching, Sarawak dan kurasi muzik beliau adalah mendapat pengaruh daripada bunyi-bunyian yang datang dari German. Set beliau adalah lebih kepada bunyi-bunyian Techno seperti Industrial, Hypnotic, Minimal, dan apa-apa yang datang dari Berlin. Namun begitu, beliau juga merupakan seorang Dj yang versatile kerana beliau boleh memutarkan pelbagai jenis genre muzik tanpa ada perasan ketika set beliau kerana setiap transition yang beliau lakukan adalah sungguh lancar.

Selain daripada Dj, artis visual iaitu Bima Tanaka dari Indonesia dan juga Rahaf daripada Egypt(Mesir) akan berkolaberasi di dalam membuat ruang acara Lek. menjadi sebuah canvas visual sambil berinteraksi dengan bunyi. Bima Tanaka merupakan seorang artis visual yang mendapat inspirasi melalui dunia 3D dan digital kinetik. Dengan membawa seni visual beliau yang mendapat inspirasi daripada budaya-budaya yang terdapat di Asia Tenggara. Rahaf pula merupakan seorang artis visual daripada Mesir dan sekarang tengah membuat PhD di dalam Art Therapy. Pada acara ini, beliau akan membawa sebuah visual yang penuh dengan emosi sambil menerokai cahaya abstrak sebagai alat untuk tenang, huru-hara dan untuk santai.

Kolaberasi-kolaberasi ini menjanjikan bukan hanya pengalaman muzik, tetapi mereka yang datang ke acara ini akan dapat merasai pengalaman visual yang di kurasi oleh artis-artis yang berbakat. Sekiranya anda adalah peminat muzik elektronik, peminat underground Rave, atau sekadar ingin mengeksplorasi dunia ini, ayuh, datang dan bawa rakan-rakan anda!

Discovery, New Release, News

Rapper/Producer, Emansushii Rilis Visualizer Lirik Video ‘Satu Tenaga’

Rapper Emansushii telah meriliskan single beliau dalam bentuk visualizer lirik video ‘Satu Tenaga‘ yang boleh di tonton di platform YouTube. Lagu tersebut pun boleh di dengari di setiap platform streaming muzik yang ada, seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan sebagainya. Lagu ini di mix & master oleh Emansushii sendiri dan visual untuk lirik video tersebut di buat oleh Yovng Imam.

Lagu ini adalah berkenaan tentang cinta dan telah berada di dalam archive Emansushii selama 2 tahun. Menurut Emansushii di dalam hebahan akhbar yang beliau hantar kepada kami, beliau mencari bunyi yang sesuai sebelum beliau yakin hendak meriliskan lagu ini. Jadi sepanjang 2 tahun ini, Emansushii telah bereksperimentasi dengan pelbagai bunyi sehingga beliau dapat mencari bunyi yang sempurna. Tetapi setelah beberapa kali bereksperimentasi, beliau akhirnya berpendapat bahawa, less is more.

Process pembikinan visualizer lirik video ini juga sama seperti pembikinan lagu ini. Semuanya dilakukan secara D.I.Y(Do It Yourself). Video di ambil di rumah sendiri dan editing di lakukan secara sendiri. Malahan pembuatan video ini juga merupakan suatu process pembelajaran buat Emansushii sendiri, kata beliau di dalam hebahan akhbar.

Sedikit info tentang Emansushii, beliau merupaka seorang Rapper, producer muzik dan penulis lagu yang bertempat di Kuching, Sarawak. Beliau mula membuat muzik pada sekitar umur 15 tahun dan mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan sub-budaya Hip-Hop. Menurut Emansushii, beliau jatuh cinta dengan muzik Hip-Hop ketika beliau dengan sepupu beliau menonton program MTV di kaca television sekitar tahun 2012.

Beliau mendapat pengaruh beliau dari artis seperti Armine, Pharrel Williams dan banyak lagi. Akan tetapi gaya yang cocok dengan Emansushii menurut beliau adalah gaya seperti Mac Miller dan Tyler the Creator serta pengaruh muzik Jazz juga. Pengaruh lokal pula adalah Sonaone, Alyph, Danve, Asyraf Hardy dan Sabbala.

Emansushii juga merupakan alumni UNIMAS(Universiti Malaysia Sarawak) di dalam Bachelor of Arts (Music) (Hons). Beliau juga merupakan pemain Chello di dalam orchestra. Menurut Emansushii, “Muzik bagi saya adalah lebih baik jika kita berada dalam situasi ataupun keadaan tertentu. Perasaan yang kita rasai pada masa itu adalah lebih tulen dan cara untuk kita mengeluarkan perasaan itu adalah dengan melakukan sesuatu yang kita dapat lakukan dengan senang dan selesa. Untuk saya pula, saya lakukan nya melalui muzik.”

Jangan lupa untuk dengar lagu Emansushii ‘Satu Tenaga‘ yang boleh didengari di setiap streaming platform dan tonton visualizer muzik video di channel YouTube Emansushii. Jangan lupa, like, subscribe dan share!

https://www.youtube.com/watch?v=PGZWmu5SDjE&list=RDPGZWmu5SDjE&start_radio=1

New Release, News

Kolektif Alt-Hip-Hop LXF telah Meriliskan Album Baru iaitu X10

Pada 31 August 2025 (Ahad), beberapa bulan lepas, sebuah kolektif Alt-HipHop, LXF (Lawalah X-Files) telah meriliskan album mereka iaitu X10. Album ini menggabungkan 9 Emcee dan seorang Dj dengan menggabungkan bunyi-bunyian yang raw, melodic, serta menggabungkan elemen-element underground. Ini bukan sekadar hanya sebuah album.

Segala karya di dalam album ini menggabungkan pelbagai statement artistik, kesatuan, kreativiti dan juga kolaberasi. Terdapat 16 karya yang terdapat di dalam kolaberasi ini. LFX juga berkolaberasi denan Individu-individu lain yang terlibat adalah Faris Fariza, jsprgry, Emeer Bakri, DJ NTZ, Yung Amzar, Raff En Cinnamon, Rudeen, Conspira, Fobiah dan Syntax.

Single pertama untuk lagu ini iaitu ‘Representatif’ bertindak sebagai menifesto untuk projek ini merupakan menifesto untuk album ini. Dengan rilisnya album ini, maka dengan ini, lebih banyak prjek-projek yang akan di jalan oleh LXF. Jangan lupa untuk stream album LXF iaitu X10 di setiap steaming platform seperti Spotify, Apple MUsic

Gig/Concert/Tour/, News, Uncategorized

Gig Metal, Death To Decay di Purrfect Studio

Sebuah acara muzik Metal iaitu Death To Decay bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 27 September 2025 (Sabtu), bermula dari pukul 6.00pm sampai habis! Acara ini di anjurkan oleh Inferno Stage Entertainment dengan kerjasama antara Purrfect Studio, Punkcaroba, Extreme Music Independent dan Chillietech Lab. Tiket di jual di hadapan pintu dengan hanya RM55.

Highlight utama untuk acara ini nanti adalah sebuah band Thrash Metal daripada Singapura iaitu Antologi, dan band-band lain yang akan membuka persembahan itu nanti adalah Morbid Steel, Blindsided, Torture of Agony, Militant Attack, dan Neraizz.

Kepada peminat-peminat muzik Metal aliran trve, pada 27 September 2025 nanti, jangan tunggu lama-lama. Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada sejarah Metal di Kuching di gig.