Sebuah acara yang di anjurkan bagi meraikan Kucing bakal berlangsung di Tropics City, Kuching pada 13 & 14 September 2025(Sabtu dan Ahad). Acara ini di namakan The Paw Project dan akan memaparkan market, muzik dan semestinya Kucing. Acara ini di anjurkan oleh Pawsitive Vibes Foundation dengan kerjasama bersama 17SIREN.

The Paw Project akan menggabungkan persembahan muzik dan juga putaran muzik daripada para Dj bagi memeriahkan suasana. Acara ini dianjurkan bagi mengumpul dana untuk program Neuter dan Vaksin yang dilakukan oleh Pawsitive Vibes Foundation Kuching.

Untuk mengetahui dengan lebih mendalam tentang The Paw Project ini, sedikit info mengenai founder-founder kepada Pawsitive Vibes Foundation. Greg, pada asalnya datang dari United Kingdom dan juga merupakan co-founder kepada Pawsitive Vibes Foundation bersama dengan Anthony. Mereka berdua merupakan pencinta Kucing dan telah mendedikasikan hidup mereka dengan menyelamatkan Kucing-Kucing jalanan. Mereka berdua telah membuat kempen Trap-Vacinate-Neuter-Return, sebuah kempen di mana mereka akan menyelamatkan Kucing jalanan, neuter mereka dan kembalikan mereka semula. Sekarang mereka telah meletakkan 50 ekor Kucing di tempat perlindungan mereka dan ini adalah sebahagian daripada initiatif mereka sebagai pencinta Kucing sejati.

Sedikit info tentang mereka yang akan melakukan persembahan pada hari kejadian, mereka adalah Faithfiance & Manologue. Dengan suara yang merdu dan koleksi lirik yang seolah-oleh keluar dari diari peribadi sendiri, Faithfiance akan menggabung bunyi-bunyian R&B dengan sentuhan suara beliau yang akan membuat anda seolah-olah mendengar sebuah cerita dan puisi sambil di iringi melodi yang dimainkan oleh Manologue.

Seterusnya adalah Alex & Tiffy. Muzik yang mereka mainkan di hari kejadian nanti adalah gabungan elemen-elemen Jazz, Bossa Nova, Soul dan Pop. Mereka berdua merupakan kawan rapat dan juga mempunyai minat yang mendalam di dalam penulisan muzik dan bermain muzik. Gabungan mereka berdua, pasti akan membuat para pendengar dapat merasa peresaan muzik yang lembut, reflektif dan perasaan yang mendalam.

Dj yang membawa idea untuk acara ini dan yang akan mengawal lantai tarian di The Paw Project ini adalah Intan. Beliau merupakan pencinta Kucing yang sejati dan dengan trend acara pop-ups serta dengan Dj menjadi trend sekarang ini, beliaulah yang membuat kolaberasi untuk acara ini menjadi kenyataan. Intan juga merupakan founder untuk 17Siren, sebuah komuniti yang membuat beberapa acara Dj dan juga membawa serta memperkukuhkan Dj-Dj wanita di dalam dunia Dj dan muzik elektronik. Muzik yang di bawa oleh Intan adalah berirama House dan Dance. Beliau juga kerap membuat beberapa rendisi muzik untuk pelbagai genre bersesuaian dengan keadaan lantai tarian di masa kejadian. Muzik-muzik yang di putarkan oleh Intan sudah pasti akan membuat lantai tarian bergerak dengan penuh asyik, bertenaga dan semuanya adalah dari pada jiwa Intan sendiri.

Hafa, beliau merupakan kawan lama kepada Greg di UK dan juga merupakan kacukan Irish dan Sarawak. Muzik yang akan beliau putarkan adalah gabungan House, UKG, dan Drum&Bass. Beliau juga merupakan seorang pencinta Kucing dan juga pernah membantu Greg di dalam perjuangan menolong Kucing-Kucing jalanan melalui kolaberasi bersama The Paw Project.

Dan Idan pula merupakan seorang Dj yang di kenali di sekitar scene Dj underground Kuching dengan memutarkan muzik yang bermain dengan irama Baile Funk, Dancehall dan Afrobeats. Walaupun demikian, Dan Idan juga adalah seorang Dj yang sangat versatile kerena beliau juga boleh mengadunkan pelbagai bunyi-bunyian di dalam set beliau seperti Deep House, Jazz, Jersey Club, Amapiano dan pelbagai lagi. Beliau juga merupakan mentor kepada Dj-Dj baru di Kuching dan sekiranya mereka yang ingin belajar bagaimana hendak menjadi Dj, boleh lah hubungi beliau secara terus.

Dj seterusnya pula adalah X0 6Alloons. Selain daripada Dj, beliau juga merupakan seorang penulis lagu dan juga producer. Untuk acara ini, beliau akan memainkan peranan sebagai Dj pula. Beliau menggunakan perjalanan beliau sebagai Dj sebagai salah satu cara untuk beliau bertemu dengan kawan-kawan baru. Jenis muzik yang beliau putarkan pula adalah lebih kepada Industrial Techno dengan inspirasi daripada Tham, MD3Rn, I Hate Models dan Gesaffelstein. Set beliau pasti akan membuat lantari tarian menjadi lebih Deep dan berkoneksi.

Selepas itu pula adalah Rezza. Beliau merupakan antara Dj yang tengah melonjak di dalam scene Dj underground Kuching. Bagi mereka yang mengikuti scene Dj underground Kuching, Rezza di kenali dengan gaya muzik berirama Afro Beats, Amapiano, Afro House dan Baile Funk. Beliau telah mula bermain dengan seni Dj semenjak tahun 2016 dan semenjak itu, beliau mula membina brand beliau sendiri secara perlahan-lahan. Melalui komuniti seperti SFDP dan VIBIN’ KCH, Rezza akhirnya telah menemui komuniti yang boleh bersama menyebarkan bunyi-bunyian yang ingin di bawa oleh Rezza.