CROSS OVER Vol 64. Himpunkan 15 Seniman Jepun dalam Pameran Seni Alternatif di Kuching
Bermula dari 1 October lepas sehingga 7 October 2027, telah berlangsungnya sebuah pameran seni alternative iaitu CROSS OVER Vol.64 yang dianjurkan oleh Peddy Pot atau nama sebenar Yashiro Hiroyuki bertempat di HAUS KCH. Pameran ini menampilkan 15 seniman seni alternative yang berasal daripada Jepun. Pameran ini memberi peluang kepada masyarakat Sarawak melihat pelbagai bentuk ekspresi seni kontemporari dari Jepun.

CROSS OVER ini telah aktif sejak tahun 2017 dan telah menjadi satu platform untuk seniman berhubung adan menceritakan tentang seni-seni mereka kepada komuniti kreatif. Untuk edisi kali ini, pengunjung dapat melihat hasil seni daripada Airi Kaneda, Ayano, Kei Tachibana, Maki Kuawata, Mitsuki Mio, Ogura Mao, Ohashi Koga, RIE, Shiho Yamazaki, Yano Sayaka dan Yukari Shirota.

Menurut Yashiro Hiroyuki, idea penganjuran projek ini tercetus daripada pengalamannya menyertai pesta seni dan pameran antarabangasa di luar Jepun. Beliau berkata bahawa penglibatannya dalam acara seni seperti di Taiwan, Korea Selatan dan juga Myanmar merupakan pencetus utama kepada usaha untuk menganjurkan pameran dengan idea sendiri. Beliau juga berkata, “Sememangnya, kami mahu masyarakat luar negara melihat hasil karya seniman tempatan Jepun. Namun, kami juga mahu seniman Jepun sendiri menyedari bahawa ruang berkarya mereka tidak terhad kepada persekitaran terdekat sahaja, sebaliknya terdapat lebih banyak peluang yang boleh diterokai.”

Dengan menghimpunkan 15 seniman yang mempunyai gaya dan pendekatan seni yang berbeza, pameran ini dapat memberi peluang kepada masyarakat tempatan untuk mengenali pelbagai bentuk ekspresi seni alternatif Jepun. Pada masa yang sama, pameran ini turut membuka ruang kepada pertukaran budaya serta menggalakkan hubungan antara komuniti seni Jepun dan Sarawak.

HAUS KCH merupakan pilihan anjuran pameran ini yang dikenali sebagai sebuah ruang kreatif bebas yang terletak di tengah-tengah bandar raya Kuching. Pameran ini dapat menyumbang kepada perkembangan landskap seni dan kebudayaan di bandar tersebut. Pengunjung berpeluang menyaksikan pelbagai pendekatan artistik dalam satu pameran, sekali gus memperlihatkan kepelbagaian dan keunikan dalam perkembangan seni alternatif Jepun.
angan lupa untuk berkunjung ke pameran ini beramai-ramai dan kemasukan Adalah PERCUMA! Maklumat pameran ini Adalah seperti berikut:
Tarikh: 1-7 Oktober 2026
Masa: 11 pagi-6 petang
Lokasi: Galeri Tingkat Satu, HAUS KCH
Alamat: Lot 263, Yun Phin Building, Jalan Padungan, 93100 Kuching, Sarawak
Sosial Media: @hauskch (Facebook, Instagram, Twitter, TikTok)
@cross_over_peddy_pot (Instagram)

Writer: Hendriana
Editor: Raziv
























