Sebuah band yang memainkan genre Melodic Metalcore dari Kuala Lumpur iaitu As Our Throne telah meriliskan sebuah muzik video untuk lagu mereka yang berjudul ‘SA’AT‘. Muzik video ini di arahkan dan dibuat oleh Andrew Tan. Mix & Mastering untuk lagu ini pula dibuat oleh As Our Throne sendiri dan laludvmvrw.

Lagu ini menggabungkan ciri-ciri teknikal bagi menambah perisa di dalam identiti muzik As Our Throne yang di kenali dengan irama Melodic Metalcore. Menurut hebahan akhbar As Our Throne, lagu ini di tulis dari inspirasi dari Surah Al-Asr iaitu sebagai peringatan kepada manusia bahawa waktu/masa adalah sangat berharga dan janganlah kita mensia-siakannya.

Sedikit maklumat mengenai band As Our Throne, mereka ditubuhkan pada tahun 2011 dengan membawa genre muzik yang bersifat Melodic Death Metal yang juga mempunyai pengaruh Metalcore pada awalnya. Semangat dan dedikasi As Our Throne di dalam memperjuangkan muzik yang mereka bawa dari awal penubuhan mereka telah membawa mereka sehingga dapat berkongsi pentas bersama beberapa band-band lokal dan antarabangsa yang sudah menempah nama di dalam arena muzik yang bergenrekan Metal. Antara band-band tersebut adalah seperti Blind Tribe, Massacre Conspiracy, S.O.G, The Padangs, Incarnation, Daarchlea, Artefacts, Restraints, Upon Arrival, Kids On The Move, Thy Regiment, Burgerkill, I Killed The Prom Queen, Revenge The Fate, SiksaKubur, Malevolent, Miss May I dan banyak lagi.

Ahli-ahli band As Our Throne adalah terdiri daripada Awi(vokal), Ezki(gitar), Raja(gitar), Luke(bass) dan Awe(dram). Sehingga ke tarikh posting artikal ini di buat, As Our Thone telah meriliskan beberapa material, Solve Everything(Demo, 2011), Your Fault(EP, 2012), Misleader(Single, 2014), Habits by Tove Lo, Cover(Single, 2015), Anonymous(Single, 2017), 30:30(EP, 2017), Thoriq(Single, 2019), Haq(Single, 2023), Taubah(Single, 2024), dan terbaru SA’AT. Jangan lupa untuk tonton muzik video As Our Throne SA’AT di channel YouTube mereka dan like, subscribe dan follow mereka di setiap media sosial mereka!