Tag

melodic metalcore

Featured, New Release, News

Band Melodic Metalcore, As Our Throne, Rilis MV ‘SA’AT’ di YouTube

Sebuah band yang memainkan genre Melodic Metalcore dari Kuala Lumpur iaitu As Our Throne telah meriliskan sebuah muzik video untuk lagu mereka yang berjudul ‘SA’AT‘. Muzik video ini di arahkan dan dibuat oleh Andrew Tan. Mix & Mastering untuk lagu ini pula dibuat oleh As Our Throne sendiri dan laludvmvrw.

Lagu ini menggabungkan ciri-ciri teknikal bagi menambah perisa di dalam identiti muzik As Our Throne yang di kenali dengan irama Melodic Metalcore. Menurut hebahan akhbar As Our Throne, lagu ini di tulis dari inspirasi dari Surah Al-Asr iaitu sebagai peringatan kepada manusia bahawa waktu/masa adalah sangat berharga dan janganlah kita mensia-siakannya.

Sedikit maklumat mengenai band As Our Throne, mereka ditubuhkan pada tahun 2011 dengan membawa genre muzik yang bersifat Melodic Death Metal yang juga mempunyai pengaruh Metalcore pada awalnya. Semangat dan dedikasi As Our Throne di dalam memperjuangkan muzik yang mereka bawa dari awal penubuhan mereka telah membawa mereka sehingga dapat berkongsi pentas bersama beberapa band-band lokal dan antarabangsa yang sudah menempah nama di dalam arena muzik yang bergenrekan Metal. Antara band-band tersebut adalah seperti Blind Tribe, Massacre Conspiracy, S.O.G, The Padangs, Incarnation, Daarchlea, Artefacts, Restraints, Upon Arrival, Kids On The Move, Thy Regiment, Burgerkill, I Killed The Prom Queen, Revenge The Fate, SiksaKubur, Malevolent, Miss May I dan banyak lagi.

Ahli-ahli band As Our Throne adalah terdiri daripada Awi(vokal), Ezki(gitar), Raja(gitar), Luke(bass) dan Awe(dram). Sehingga ke tarikh posting artikal ini di buat, As Our Thone telah meriliskan beberapa material, Solve Everything(Demo, 2011), Your Fault(EP, 2012), Misleader(Single, 2014), Habits by Tove Lo, Cover(Single, 2015), Anonymous(Single, 2017), 30:30(EP, 2017), Thoriq(Single, 2019), Haq(Single, 2023), Taubah(Single, 2024), dan terbaru SA’AT. Jangan lupa untuk tonton muzik video As Our Throne SA’AT di channel YouTube mereka dan like, subscribe dan follow mereka di setiap media sosial mereka!

New Release

Band Melodic Metalcore In Rising Affliction Rilis MV ‘Oblivion’

Band melodic metalcore dari Sarawak In Rising Affliction baru sahaja meriliskan MV debut mereka iaitu Oblivion.

Sedikit info tentang mereka, band ini ditubuhkan pada tahun 2011 ketika mereka semua masih form 2. Pada tahun 2012 mereka mula menyertai beberapa buah gig lokal. Pada waktu itu, hampir setiap bulan mereka akan menyertai mana-mana gig lokal sehingga lah pada tahun 2015 di mana mereka mula bergerak perlahan kerana kebanyakan band member mereka sambung belajar dan berkerja. Mereka juga pernah berkongsi pentas dengan salah sebuah band metalcore lagenda Malaysia iaitu The Padangs.

Gig terakhir mereka sebelum 2020 dan sebelum pandemic Covid-19 adalah ketika gig Death Returns : Chapter 3 di Flying Rock Studio pada tahun 2019.

Check out MV dari band melodic metalcore ini di bawah :

Produced & Directed by : Smack Films

Komposer : Serbas & Cassius

Mix & Mastered by : Gary Joseph

Band members consists of ;

Vocals : Serbas

Lead gitaris : Cassius

Rhythm gitar : Max

Bass : Nino

Drum : Raffhael