Category

Perspective

Featured, News, Perspective

Temu Bual Bersama Ahli Tikar Terbang Berkenaan Isu Rap ‘Diss Mengediss’ Yang Tengah Berlaku Di Antara Mereka

Sebelum anda teruskan membaca, di sini kami di RukunTV ingin menegaskan, kami tidak berpihak kepada siapa-siapa. Artikel ini pula di tulis kerana kami telah dihantar secara peribadi ‘statement‘ pada selepas perenggan pertama ini mengenai isu-isu yang tengah berlaku di dalam scene muzik Hip-Hop Indipendent Sarawak sebelum post ini di post dekat instagram Tikar Terbang.

Dari krew pasukan Tikar Terbang

Bagi para pembaca yang tidak follow perkembangan scene Hip-Hop Sarawak atau mungkin anda terlibat dalam apa-apa perkara scene Hip-Hop Sarawak tetapi tidak mengetahui tentang drama yang tengah berlaku, mungkin tertanya-tanya apakah yang terjadi sampai kolektif Hip-Hop Tikar Terbang mengeluarkan statement di atas.

Untuk memudahkan para pembaca mengetahui apa yang berlaku, admin kepada RukunTV telah menemu bual dua ahli Tikar Terbang mengenai perkara ini. Mereka adalah Skulleight dan Oufaa. Berikut adalah hasil temu bual kami yang telah di terjemahkan dan di edit gaya bahasanya agar ia lebih mudah di fahami oleh netizen-netizen sekalian.

Pertama sekali, terima kasih kerana menghantar notis statement umum. Untuk pengetahuan kalian, kami boleh post statement tersebut, akan tetapi, pasti ramai para pembaca yang tidak tahu akan perkara ini hairan kenapa kami post perkara ini. Jadi, untuk pengetahuan umum para pembaca agar mereka yang tidak tahu menahu mengenai kes ini untuk lebih faham apa yang berlaku, saya nak menemu bual kalian tentang kes ini, dari mana sumbernya datang dan bagaimana perkara ini boleh berlaku.

Soalan pertama, boleh perkenalkan diri kalian dan apa role kalian di dalam Tikar Terbang?

Oufaa: Nama saya Oufaa, penulis lagu dan Rappers untuk Tikar Terbang. Tikar Terbang mempunyai 13 orang anggota dan setiap anggota Tikar Terbang adalah dari pelbagai cabang Rap dan vibe yang berlainan. Di dalam Tikar Terbang bukan hanya ada Rapper, tapi kami ada B-Boy juga.

Skulleight: Nama saya Skulleight. Saya merupakan salah seorang daripada co-founder untuk Tikar Terbang. Saya adalah producer, Beat Maker dan saya juga produce untuk kebanyakan beat dan lagu Tikar Terbang.

Soalan: Baiklah. Tanpa melengahkan masa, saya go straight to the point lah ya. Tadi Oufaa ada hantar saya statement yang kalian post di laman Instagram Tikar Terbang berkenaan beef(pertengkaran) yang berlaku di antara Tikar Terbang dan sebuah lagi kolektif Hip-Hop dari Sarawak. Seperti saya cakap tadi, saya boleh post. Tetapi, nanti para pembaca, para audience pasti tertanya-tanya, “Apa benda ni?”. Jadi, saya nak tanya, apa sebenarnya punca yang berlaku? Dari mana dan siapa kes ini boleh berlaku sampai ia melarat ke tahap ini?

Skulleight: Kronologi kes ini bermula dengan lagu ‘Gametime‘ daripada Irfan Aniq(Biak Ijal) dan ‘Game Over’ daripada Jordan(Metrocity Boyz). Perkara ini hanya melibatkan antara mereka berdua sahaja dan tidak melibatkan orang lain langsung! Tetapi entah bagaimana, selepas dua lagu ini keluar, entah dari ceruk mana, ada kumpulan yang lagi satu tu, yang tidak ada kena mengena langsung dengan isu ini, tiba-tiba cuba masuk campur dalam kes ini demi hendak menempa nama di dalam kes antara dua rapper ini yang tengah panas. Sehingga ke orang luar yang tidak ada kena mengena dengan kes ini pun turut terkena tempias. Yang terkana tempias ini pun bukannya dari Rapper dan Emcee saja. Sehingga lah Oufa yang tak ada kena mengena pun tiba-tiba kena attack secara personal.

Soalan: Okay. Secara jujurnya, saya ada follow isu dari lagu ‘Gametime’ dan ‘Gameover’ ini dari awal perkara ini berlaku di dalam media sosial(Facebook dan Instagram). Menurut pemahaman saya, isu ini adalah antara Irfan Aniq dari Biak Ijal dan Jordan dari Metrocity Boyz sahaja. Tidak ada kena mengena langsung dengan Tikar Terbang dan orang lain. Seperti yang awak cakap tadi, perkara ini berlarutan sampai ke orang yang tidak ada kena mengena pun. Mengapa dan bagaimana ya? Apa punca nya sehingga Oufaa dan Tikar Terbang yang lain pun turut terlibat juga dalam isu ini?

Oufaa: Selepas Biak Ijal dan ahli-ahlinya mengeluarkan beberapa lagu serangan balas kepada lagu ‘Gameover’, saya ada juga mengeluarkan sebuah ‘Free Verse’ dekat laman Instagram saya. Nama lagu itu adalah ‘Diner Time‘. Selepas lagu itu keluar, bermulalah pihak dari kumpulan satu lagi itu mengeluarkan sindiran melalui IG storynya yang berbau sindiran. Seperti mengatakan bahawa ‘jangan masuk campur, keadaan diri tu dah kritikal dan kau tu ada kad mental.’ Padahal pada ketika itu, saya dan mana-mana ahli Tikar Terbang tidak pernah mengeluarkan statement apa-apa tentang isu ini.

Dan juga untuk menjawab persoalan awak bagaimana orang lain yang tak terlibat dalam kes ini tiba-tiba boleh terlibat juga, antara puncanya adalah daripada comment-comment facebook. Ada banyak pendengar lagu-lagu berbalas diss membagi komen, sama ada kritikan mahupun pujian. Tetapi masalahnya, mereka dari kumpulan yang satu lagi ini, menghentam pendengar yang memberi kritikan. Padahal isu ini tidak melibatkan mereka, mahupun para pendengar yang memberi komen dan kritikan. Sebab itu lah isu ini berlarutan, tak berhenti sampai sekarang.

Selepas lagu ‘Diner Time’ keluar, yang tak ada kena mengenapun isi kandungan lagu ini dengan lagu ‘Gametime’ dan ‘Game Over’, ada salah seorang daripada kumpulan yang satu lagi tu membagi amaran dekat saya yang berbunyi, ‘Kau nak main diss ke? Tahan ke tak?’ Selepas saya diserang, out of nowhere, kena warning macam tu, benda macam tu buat saya trigger lah. Sebab tiba-tiba.

Skulleight: Dan ada juga mereka serang Napio Hatta, yang juga merupakan bekas DJ ERA Sarawak, hanya disebabkan Napi hanya komen dan membagi pendapat sebagai pendengar seperti juga orang lain yang komen tentang lagu-lagu tersebut. Tetapi, diorang sampai serang Napi sehingga ke DM dan seterusnya. Sebab itu lah kami semua mempertahankan Napi. Tetapi salah seorang dari kumpulan yang satu lagi itu tiba-tiba menyebut nama Oufaa dan menyerang keadaan kondisi Oufaa pula.

Jadi saya rasa, dari sanalah Oufaa mula trigger dan terasa. Sebab padahal dia tak ada kena mengenapun dalam isu ‘Gametime’ dan ‘Game Over’ ni.

Sebelum Oufa rilis lagu ‘Street Code’, salah seorang dari ahli Tikar Terbang iaitu Fadekeem ada rilis lagu ‘Deng Deng Ko Deng’ di laman Instagram Tikar Terbang, dan Fadekeem juga tiba-tiba jadi salah seorang daripada mangsa yang digunakan gambar beliau dalam lagu dari kumpulan satu lagi tu. Tapi sudah di archive.

Screenshot di bawah adalah antara contoh seperti yang dikatakan oleh Skulleight tentang bagaimana isu ini boleh berlarutan sampai ke orang tidak terlibat pun kena juga. Yang tidak di censored adalah antara yang dilibatkan secara tidak langsung, yang berwarna “merah” adalah mereka dari kumpulan yang dikatakan tiba-tiba masuk campur dan menunggang dalam isu ini manakala yang berwarna “hijau” adalah sama seperti mereka yang berwarna tidak di censored, tapi entah bagaimana yang berwarna hijau tidak dikenakan kecaman. Semua ini adalah dari post yang sama dan ini adalah sebahagian daripada screenshot tersebut.

1
2
3
4

Berikut adalah translation untuk memudahkan mereka yang tidak faham bahasa Melayu Sarawak;

Slide 1

Napio Hatta: Saya suka tengok scene tengah rancak, tepi sedih sebab seolah-olah nampak berat sebelah. Pihak yang kalah punya reply yang terbaru macam untuk layan sesama sendiri mereka sahaja bah. Dia nak reply diss orang, tapi tidak tahu apa yang dia cakap.

Husni Zzzhrn: Hmm. Okay juga tu pi. Tapi kalau dia target budak main taman permainan boleh la. Tak ada semangat terus nak dengar dan balas. Nak masuk dalam list tapi umpama percubaan menyepak bola tapi tidak masuk goal. Aah.

Individu 1: Maaf kacau anak buah kau bro, rupanya kau budak-budak blue. Apa benda yang berat sebelah? Apa yang tak tau cakap? Bukan awak ni rap bunyi budak tuley? Bukan awak ni suparing geng? Satu je pesan aku, FREESTYLE KITA JANGAN JADI BUDAK IJAL, TAKDA BEBAL, SUPERING GENG HEHE

Slide 2

Napio Hatta: Tapi part ni paling lucu bro. Bukan main suruh kirim salam dengan budak Ijal, Ziji.Q. Kenapa tiba-tiba tentrum, marah tak kena layan ataupun clout chaser brother?

Individu 1(Merah): Memang patut kau puji diorang. Sebab kau dengan dia tak ingat kewujudannya. Hahaha. Ya la, “famous” lah. Ya, supering geng ni lagu yang di buat betul-betul lagu tak macam sampah. (Orang Malaysia suka bodo-bodo sekarang baru naik, termasuk kau) Eh Sorry HAHAHAHA

Slide 3

Individu 2(Merah): Apalah orang laut ni. Hahahaha. Poyo la. Dengar cerita sebelah pihak. Dah la tak tahu cerita. Tiba-tiba berkomen macam tu. Dulu kau orang macam mana. Sekarang kau orang macam mana. So sekarang. Dulu kami orang simpati dengan kau orang. Sekarang kami orang meludah lepas tu kau orang simpati minta ludah dengan kami orang hahahaha.

Individu 1(Merah): Bak kata aku dekat story aku dulu. Dulu respect sebab karya mereka. Tetapi di sebabkan perangai mereka macam dalam filem blue porno. Shit. Hilang respect. Termasuk dengan kau sekali. Yang Famous satu Malaysia!

Individu 1(Merah): Memang patut pun kau kena buang dari Era.

Individu 1(Merah): Bukan-bukan. Mereka berkroni main send-send screenshot. Kroni filem blue ENT. Kenapa Napi? Sikit sangat ke bahan kau nak troll orang? Hahaha. Bagus kau pergi je dekat laut balik sana. Aku rasa orang tak ingat lagi dah kewujudan kau. Ops silap, kau famous 1 Malaysia.

Slide 4 (Dari netizen lain yang komen tentang lagu ‘Gametime’ dan ‘Game Over’ tetapi tidak kena tempias)

Individu 3(Hijau): Aku cuba faham. Tapi aku tak faham. Hahahaha. Celaka juga la. Macam mana ni? Define tiber.

Individu 4(Hijau): Social climber. Hahahaha

Individu 5(Hijau): Bah, bahaskan.

Individu 6(Hijau): Macam manapun, blue team masih menang dan the best

Individu 7(Hijau): Kalau banyak sangat bif, mintak sikit nak buat patty. Baga

Ada banyak lagi orang lain yang komen dan membagi pandangan, kritikan dan pujian tentang lagu-lagu ‘Gametime’ dari Irfan Aniq dan ‘Gameover’ dari Jordan. Ini hanyalah sebahagian daripada screenshot pertengkaran mereka di media sosial sebelum ia berlarutan sehingga kena ke orang lain yang tidak ada kena mengena dengan kes ini hingga ke hari ini.

Soalan: Awak berdua dan seluruh ahli Tikar Terbang, adakah kau orang semua kenal secara peribadi individu-individu yang diss kau orang semua dari lagu-lagu mereka? Ataupun dulu kau orang semua memang kenal atau berkawan dengan mereka?

Oufaa: Yang saya kenal hanya lah salah seorang daripada mereka sebab kami pernah perform di gig yang sama. Yang lain maaf, memang tak kenal langsung siapa.

Skulleight: Sebenarnya, salah seorang dari kumpulan mereka, pernah DM Tikar Terbang, jadi saya acknowledge mereka sebagai orang yang menghargai hasil kerja kami lah kot. Tapi secara peribadinya, memang tak kenal langsung siapa mereka tu. Kami pun tak pernah tahu akan kewujudan kumpulan mereka sebelum ini. Sebab circle Hip-Hop di Sarawak ni, tak lah besar mana. Pusing-pusing pun gerenti kenal siapa rapper or Hip-Hoppers lain. Walaupun bukan kawan. Tapi masalahnya, kami memang tak pernah tahu pun akan kewujudan diorang selama ini. Sebab tu lah kami tak tahu mereka siapa?

Soalan: Okay, memandang perkara ini sekarang sudah melarat sehingga sampai ke beberapa orang yang tidak ada kena mengenapun dengan disstrack yang dimulakan oleh ‘Gametime’ dari Irfan Aniq dan ‘Game Over’ dari Jordan. Sekarang mereka berdua pun sudah diam dan masing-masing tak peduli pun dengan isu ini lagi dan mereka pun hanya focus dengan meriliskan material mereka sendiri. Irfan Aniq baru sahaja mengeluarkan EP terbaru beliau iaitu ‘Chevron’ dan Jordan bersama dengan Metrocity Boyz juga mungkin tengah bersiap menyediakan material baharu. Pendek kata, meraka sudah lupakan diss ini semua. Tetapi datang pula beberapa orang yang seolah-olah cuba nak menyambung diss ini dan menunggang clout dalam isu ini untuk menaikkan nama mereka di dalam arena Hip-Hop Sarawak agar nama mereka menjadi topik perbualan orang.

Akibatnya Tikar Terbang sendiri pun terkena tempias oleh isu ini sehingga Tikar Terbang terpaksa mengeluarkan statement bahawa Tikar Terbang tidak akan melayan perkara seperti ini lagi. Tetapi, bagaimana jika ada pihak yang masih tidak puas hati dengan Tikar Terbang dan berkata, “Alaa, Tikar Terbang ni dah takut, dah kalah, sebab tu diorang semua tak berani nak rilis diss lagu dekat kita. Jadi kita sudah menang, Tikar Terbang kalah.” Andai katalah mereka mengeluarkan statement macam ni dan sewaktu dengannya, adakah Tikar Terbang sudah berkeras dan tidak akan layan mana-mana lagu yang mereke rilis terutamanya kalau lagu-lagu itu diss kau orang semua? Apa komen Tikar Terbang tentang ini?

Skulleight: Kami tahu kemampuan kami bagaimana. Kalau mereka rasa mereka sudah menang? Biarkan. Kami tahu kualiti Hip-Hop kami, produksi muzik kami macam mana. Tapi pesanan saya untuk mereka, belajarlah lagi dalam menambah baikkan kualiti seni muzik Hip-Hop mereka. Dari segi penulisan, produksi dan banyak lagi. Hip-Hop adalah tentang ilmu pengetahuan juga dan saya tahu, mereka mungkin boleh buat lagi bagus.

Saya juga ingin menambah, jadi kan Rapper dan Artis lokal dalam Hip-Hop Sarawak seperti Irfan Aniq, Ziji.Q, dan Guccimith sebagai contoh. Mereka merupakan rapper dan artis muda yang telah membuktikan bahawa mereka boleh menuju lebih jauh dan lebih tinggi tanpa memerlukan drama murahan untuk menaikkan nama sendiri dan boleh menempah nama di dalam scene Hip-Hop bukan sahaja di Sarawak, malah seluruh Malaysia.

Oufaa: Pass

Soalan: Baiklah, sampai sini sahaja soalan saya buat masa sekarang. Kalau ada apa-apa soalan lagi saya tanya ya. Ada apa-apa pesanan terakhir buat siapa-siapa yang rajin nak baca panjang-panjang ni? Dan oh ya, adakah Tikar Terbang ada perancangan baru selepas ini?

Skulleight: Ada, tapi benda tu masih dalam perancangan. Kemungkinan besar bulan hadapan? Kami akan ada Pop-Up Show di Remin Bar bersama-sama dengan kolektif lain di dalam Hip-Hop yang tengah meningkat di kalangan pendengar Hip-Hop lokal di Sarawak iaitu Montana. Tarikh nanti akan di update di media sosial Tikar Terbang.

Pesanan pula adalah, rajin-rajinlah membaca. Mari kita sama-sama jadikan lokal scene kita menjadi lebih meriah.

Tikar Terbang

Baik lah. Sekian dari situ lah laporan mengenai isu diss mengediss yang tengah berlaku di dalam scene lokal Hip-Hop yang tengah berlaku di beberapa daerah di Sarawak ini. Kami dari RukunTV kalau di ikutkan, kami taknak ambik peduli pun tentang isu ini. Tetapi disebabkan apabila terlalu banyak material yang keluar, sehinggakan pihak kami di RukunTV pun tak tahu nak membezakan adakah lagu, muzik video atau lirik video yang di riliskan adalah kena mengena dengan diss antara beberapa individu di Kuching, jadi ketika kami menerima statement ini dari Tikar Terbang, kami pun rasa baiklah, kita interview ahli Tikar Terbang dan tanya dengan mereka.

Adalah di tekankan, tujuan RukunTV ditubuhkan adalah untuk menyebarkan kepada para pembaca dan para followers lokal scene kita dari segi kreatif sama ada muzik, filem, show dan sebagainya. Kami tidak mahu jika kami telah rilis rilisan baru daripada para artis, tapi rupa-rupanya rilisan itu adalah bersifat diss untuk artis yang lain lagi.

Kepada para artis, teruskan berkarya. Sekiranya anda ada rilisan baharu, terutamanya muzik video, lirik video, rilisan EP atau Album, boleh lah hantar press kit anda ke pihak kami, dan pihak kami akan feature karya anda di platform kami. Boleh DM kami di Instagram atau Facebook. Teruskan berkarya secara sihat, dan jangan menunggang isu orang lain demi untuk menaikkan nama diri sendiri di dalam scene lokal. Nanti pandailah para pendengar muzik anda sendiri yang menentukan sama ada karya anda best atau tidak.

Perspective

Covid-19, Industri Hiburan, Artis Malaysia & Bantuan

Berapa hari/minggu lepas media sosial heboh dengan berita bahawa artist-artist Malaysia pun memerlukan bantuan khas untuk mereka.

Di seluruh dunia sekarang, pelbagai sektor ekonomi merasai kesan akibat penularan Pandemic Covid-19 ini dan antara yang terjejas teruk adalah industri seni (Muzik, film, theater, live event, festival etc etc).

Adalah di anggarkan setakat hujung bulan february, stock antarabangsa telah jatuh sebanyak US$6 trillion dalam hanya satu minggu(24-28 february). Trend tersebut terus mengalami kejatuhan dan akibatnya ramai yang kehilangan punca pendapatan, pekerjaan dan paling teruk ada yang kehilangan tempat tinggal. Apatah lagi di dalam industri seni, live show, adalah sangat penting dalam tujuan promosi dan orang ramai membeli tiket, merch dan sebagainya.

Apabila bercakap tentang artis demand perlu bantuan istimewa untuk mereka, macam-macam respond dari netizen dan artist yang kita baca dalam media sosial. Malah ada juga pihak artis mengatakan, kalau tak mahu bagi bantuan dan kecam mereka yang meminta bantuan tak apa, jangan harap ada hiburan muzik dan sebagainya di malaysia lagi selepas ini. Netizen juga membalas tak apa, tak kisah, bukan kenal pun artis Malaysia yang kononnya popular ini, banyak lagi alternatif yang ada nak layan seni-seni lain yang wujud.

Admin no komen dalam hal-hal ini. Memang tak dapat di nafikan sistem negara kita dalam industri hiburan ini memang perlu banyak penambah baikan. Sebab level industri kita bukan macam America, bukan macam Eropah, bukan macam Korea Selatan, bukan macam Jepun di mana industri hiburan mereka juga menyumbang kepada pendapatan negara masing-masing. Product mereka boleh di jual di luar negara dan orang di luar negara mereka banyak yang consume product mereka. Product kita pula paling banyak di consume oleh orang negara kita. Paling international pun pergi negara jiran rantau asia tenggara kita je. Kalau nak bandingkan dengan Yuna ataupun Zee Avi, berapa orang je artis kita yang seperti mereka yang boleh jual product luar negara dan banyak orang consume dan in return menyumbang banyak kepada pendapatan negara. Lagu Cinta Tiga Segi ada kah orang luar nak consume? Atau buat remix untuk di putarkan ke kelab? Mungkin ada? Kalau promosi kita tepat. Who knows.

Industri hiburan kita Masih banyak yang perlu di baiki. Harap selepas selesai isu covid-19 ini, pihak-pihak yang mempunyai kuasa dan pengaruh boleh lah berbincang dan buat sesuatu untuk macam mana nak membaiki sistem hiburan kita di Malaysia agar tidak lagi berlaku perkara seperti ini. America ada sistem nya sendiri berkenaan artis-artis mereka, begitu juga Eropah, begitu juga Korea dan Jepun. Ini bukan kali pertama isu seniman-seniwati negara tidak di bela. Isu ini berlaku dari zaman P. Ramlee lagi. Tengok apa jadi dengan P.Ramlee. Di angkat sebagai hero seniman negara, tapi realitinya meninggal dalam keadaan kedana.

Lagi-lagi dengan isu covid-19 ini, ke mana kah hala tuju industri hiburan kita? Tak payah cakap level besar macam level artis besar seperti Nabil lah, kita bercakap level kecil je, macam industri underground/indie kita. Adakah live show seperti gig masih ada orang nak datang? Sebab di anggarkan selagi tidak ada vaccine untuk covid-19, risiko untuk dapat wabak ini masih sangat besar walaupun tempoh kawalan pergerakan di seluruh dunia sudah di tarik balik di masa hadapan nanti. Masih ramaikah orang berani untuk pergi menghadiri festival besar ataupun gig kecil-kecilan? Kesan ini di rasai bukan hanya artis sahaja, tapi event organiser, crew-crew produksi yang bergerak secara freelance. Apa kah nasib the people behind the scene yang kehilangan peluang pekerjaan sebab wabak ini?

Kita sebagai consumer muzik, consumer film, pendek kata consumer seni lah, masih dapatkah kita consume seni baru daripada band dan artis favorite kita? Masih ada masakah nak pergi tengok wayang, di saat semua orang tengah sibuk membaiki socio-ekonomi masing-masing?

Kita tengok lah lepas ni macam mana. Sekarang ni kita semua rajin membuat spekulasi berdasarkan realiti masa kini. Adakah industri hiburan akan mengalami perubahan selapas ini atau ia masih kekal sama sebelum covid-19? Admin pun tak pasti. Kita tunggu dan lihat saja lah.

Apa yang pasti, sepanjang tempoh kawalan pergerakan ini macam mana kita boleh sama-sama memastikan industri hiburan kita masih bergerak? Admin tiada jawapan tepat tapi apa yang admin dapat cadangkan kepada semua, memandangkan kita dah tak dapat pegi gig, concert, festival dan apa semua aktiviti yang berkumpul ramai-ramai, kita masih boleh support industri kita melalui digital.

Maksud admin, kalau ada subskripsi Spotify, Apple Music, Deezer dan sebagainya, kita masih boleh support dengan dengar music-music mereka dari aplikasi ini. Kalau tak ada subskripsi tak apa, asal ada line internet, ada YouTube dan Soundcloud di mana kita semua masih boleh support para musician kita. Setiap play satu lagu menyumbang kepada ($0.00000entah berapa sen, tak sampai pun 10sen) kepada artis/band tersebut.

Teruskan menyokong industri lokal kita dengan dengar muzik lokal kita melalui aplikasi-aplikasi yang di nyatakan tadi. Terutamanya artis-artis dan band-band underground/indie yang telah hustle dari sebelum penularan covid-19 lagi. Mereka lah yang paling memerlukan bantuan anda untuk terus membuat muzik untuk kita. Level besar macam Nabil tu takpa, lepas settle pandemic ini, dia masih boleh dapat job dari korporat-korporat besar yang mampu bayar payment yang menyokong artis mainstream macam mereka. Artis dan band underground/indie siapa yang nak tolong kalau bukan kita.

Kita hanya mampu support dengan teruskan mendengar muzik mereka dari Spotify, YouTube, AppleMusic, dan beli merch mereka online. That’s all we can do. In return, mereka provide kita dengan muzik mereka untuk bagi semangat kepada kita dalam kita sama-sama berusaha membaiki socio-ekonomi kita selepas covid-19 ini berakhir. Win-win situation untuk artis/band dan pendengar macam kita. Adilkan? Walaupun tak dapat membantu dari segi kewangan, kita boleh bantu artis underground/indie dengan dengar muzik mereka dari aplikasi-aplikasi muzik dan beli merch mereka online. Kalau mereka ada buat live session dalam media sosial mereka, kita tengok dan share. Settle. Win untuk artis/band underground/indie, win untuk kita sebagai consumer juga.