Category

Gig/Concert/Tour/

Gig/Concert/Tour/, News

MUARA. Sebuah Pertembungan Budaya, Kreatif dan Seni di Star On Stage (S.O.S)

Sebuah initiatif MUARA, yang menggabungkan muzik, budaya dan komunity kreatif merentasi sempadan antara Kuching, Pontianak dan Sibu akan berlangsung di Star on Stage (S.O.S) pada 29 April 2026(Rabu). Acara ini di anjurkan oleh ZASS Puravida dengan kempen ‘Breaking The Border‘. Acara ini menggabungkan para pengamal kreatif dari artis, pemuzik dan penggiat seni sekitar Malaysia dan Asia Tenggara dan merupakan salah satu usaha di dalam mengembangkan gerakan seni, budaya dan kreatif.

Projek MUARA di anjurkan bagi menjadi platform untuk titik pertemuan antara para penggiat komuniti kreatif di seluruh Borneo. Untuk edisi Kuching, projek ini akan membawa Syndrama daripada Pontianak, Kalimantan, Indonesia. Barisan artis dan band tempatan lain dari Sarawak yang turut bersama untuk projek MUARA ini nanti adalah Razali Sa’at, Steff Fleur, Viceroyz, dan Wp.Shh.

Kempen kreatif ‘Breaking The Border‘ oleh ZASS Puravida ini bakal menghubungkan para artis, pemuzik, chef, dan beberapa komuniti sub-budaya yang ada di sekitar Borneo melalui kolaberasi, pertukaran ilmu, serta pelbagai lagi aktiviti-aktiviti yang menarik. MUARA merupakan sebuah platform dan initiatif yang bertujuan untuk menjadi titik pertemuan budaya dan menggalakkan kolaberasi di sekitar rantau Borneo.

Antara aktiviti-aktiviti yang akan berlaku di MUARA ‘Breaking The Border‘ adalah sesi podcast, dimana perbincangan dan perkongsian mengenai pengalaman, pendapat dan idea daripada penggiat-penggiat seni dari Pontianak dan Kuching. Para-para penggiat seni, kreatif dan muzik juga akan berpeluang untuk berdiskusi, berbincang dan berkongsi idea untuk sebuah sesi perkongsian. Para-para peminat makanan juga boleh merasai pelbagai jenis hidangan makanan yang istimewa yang di buat oleh enthusiast makanan. Seterusnya, sebuah acara tidak akan sempurna tanpa adanya persembahan muzik.

Jangan lupa untuk hadiri MUARA di Star on Stage (S.O.S) pada 29 April 2026(Rabu) dan khabarkan kepada rakan-rakan dan ahli keluarga anda! Tiked di juak dengan hanya RM50 untuk pre-sale dan RM60 di hadapan pintu.

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Raikan Kreativiti dan Komuniti di Rajang River Music Festival di Sibu, Sarawak

Rajang River Music Festival 2026 (RRMF) kembali dengan edisi kedua pada 1-2 Mei 2026. Acara kali ini akan berlangsung di Robert’s Wooden House yang terletak di Sibu, Sarawak. RRMF merupakan sebuah acara yang menampilkan program multisidiplin yang pelbagai dari muzik, art installation, pasar artisan, budaya tatu, serta pengalaman F&B dan budaya kopi yang akan di kurasikan. Acara ini di anjurkan oleh MICROWAVE (Sibu Film Art Association).

RRMF merupakan sebuah acara yang memberi gambaran bahawa Sibu sebagai salah sebuah destinasi pergerakan seni, kreatif dan budaya di Malaysia dan juga di sekitar Asia Tenggara. Untuk tahun 2026, RRMF akan menggabungkan beberapa barisan artis-artis tempatan dan serantau. Antara mereka adalah Nadhif Basalamah (Indonesia), Ivy Lee (Taiwan, Malaysia), Alena Murang (Sarawak), dan At Adau (Sarawak). Barisan-barisan artis ini adalah dari pelbagai jenis aliran muzik dan persembahan dari mereka sudah pasti akan membentuk pengalaman yang intim, bertenaga, yang di sertakan sekali dengan gabungan tradisi dan ekspresi kontemporari.

Menurut pengarah festival iaitu Chris Ling, Kami ingin mewujudkan sebuah ruang di mana muzik dan cerita adalah berkaitan, dan acara ini adalah bukan sekadar sebuah festival, tetapi sebagai platform untuk membina hubungan. Dengan setiap edisi, kami membina sesuatu yang menjadi milik komuniti, sambil membukanya kepada khalayak yang lebih luas.”

Selain daripada program-program artistik, RRMF juga turut memperkenalkan Student Access Programme, yang bertujuan untuk membawa golongan muda ke persekitaran festival tersebut. Ini adalah untuk mendedahkan mereka dengan muzik secara langsung, industri kreatif dan sekaligus mengukuhkan komitment RRMF di dalam pendidikan dan aksesbiliti di dalam dunia dan industri kreatif.

Semenjak acara RRMF di jalankan, mereka telah terus berkembang dan mendapat sambutan dari komuniti tempatan kerana menjadi platform budaya yang menyumbang kepada pelancongan, penglibatan belia, serta ekonomi kreatif di Sarawak. Dengan berlatar belakangkan sungai Rajang, orang ramai di jemput untuk hadir, meneroka dan sama-sama berkongsi pengalaman di dalam menghargai seni, alam dan sifat komuniti yang boleh mengeratkan lagi silaturahim sesama manusia.

Untuk mendapatkan tiket ke acara ini, pergi ke lamak instagram Rajang River Music Fest dan DM atau klik link yang tertera di page tersebut.

Gig/Concert/Tour/, News

Acara Sukan Extreme, CANROLL – Pro Urban Sports Edisi ke-2 Kembali di Waterfront Kuching, Sarawak

CANROLL – Pro Urban Sports Festival kembali untuk edisi kedua dengan kerjasama bersama Urban World Series. Untuk edisi kali ke-2 ini, buat pertama kali, CANROLL membawa 2 atlet daripada Eropah iaitu Saul Vilar daripada Sepanyol untuk BMX Freestyle, dan Alex DeCunha daripada United Kingdom untuk Skateboard. Acara ini akan berlangsung pada 8 – 12 April 2026(Rabu – Ahad), bertempat di Waterfront Kuching, Sarawak. Acara ini akan menghimpunkan peminat-peminat sukan extreme dari sekitar Malaysia, seluruh Asia Tenggara dan juga antarabangsa.

Penyertaan daripada Saul Vilar dan Alex DeCunha merupakan satu langkah besar untuk CANROLL bagi membina sebuah platform sukan extreme, sukan urban bertaraf antarabangsa dapat di anjurkan di Sarawak. Saul Vilar dan AlexDeCunha merupakan 2 orang atlet yang pernah memenangi beberapa acara sukan extreme di eropah dan masing-masing mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam sukan extreme kategori masing-masing.

Dengan adanya acara CANROLL ini, para penganjur berharap acara ini akan dapat menghubungkan dan membina jambatan antara atlet-atlet sukan extreme tempatan dan antarabangsa. Acara ini juga akan dapat memperkenalkan budaya sukan extreme tempatan dan juga Asia Tenggara kepada peringkat global. Antara kategori sukan extreme yang akan ditampil dan di pertandingkan pada CANROLL 2026 adalah Skateboard, BMX Freestyle, BMX Flatland, Aggressive Inline Rollerblading, Breakdance, Jetski, Pickleball, Jetski Racing, Flyboard Demo, dan Basketball. Selain dari acara dan pertunjukan sukan extreme, CANROLL juga akan memaparkan persembahan muzik, podcast dan macam-macam lagi.

Menurut Nik Suhaily yang juga merupakan penganjur untuk CANROLL, “CANROLL adalah tentang menyatukan komuniti melalui sukan urban, dan dengan penyertaan atlet antarabangsa tahun ini, kami akan membawa festival ini ke tahap yang lebih tinggi.

Dengan penganjuran CANROLL, perkara ini menandakan bahawa Kuching, Sarawak merupakan antara lokasi yang berpotensi untuk menganjurkan acara sukan extreme dan festival yang bertaraf antarabangsa. Terutamanya dengan lokasi Kuching yang unik, gabungan suasana bandar, hutan hujan dan kepelbagaian budaya yang ada.

Gig/Concert/Tour/

Seronok, Kreatif dan Bergembira di TinyFest, Sebuah Aktiviti Kekeluargaan Untuk Ibu Bapa Bersama si Kecil

Sebuah acara kekeluargaan iaitu ‘Tiny Fest‘ yang berkonsep dan bertemakan mini-rave untuk kanak-kanak akan berlangsung di Tropics City pada 28-29 March 2026 (Sabtu & Ahad). Bertemakan ‘Rumble In The Jungle‘, untuk edisi pertama ini, acara ini direka sebagai sebuah festival bersama keluarga dan kanak-kanak adalah menjadi fokus utama. Terdapat pelbagai aktiviti-aktiviti menarik yang akan terdapat di acara ini seperti permainan kreatif, bengkel interektif, dan sudah semestinya muzik.

Apa yang menariknya mengenai acara ini, kita biasanya akan mengaitkan Rave sebagai sebuah acara muzik dan menari untuk orang dewasa. Tetapi berlainan sikit untuk ‘Tiny Fest‘, kerana acara ini fokus nya adalah bukan sahaja untuk tujuan hiburan, tetapi ia merupakan sebuah aktiviti kekeluargaan untuk ibu-bapa bersama anak-anak kecil mereka untuk apa-apa perkara berkaitan kreatif. Sangat berbeza jika di bandingkan dengan acara muzik, kreatif dan hiburan yang lain, acara ini akan memberikan ruang kepada anak-anak kecil untuk menerokai dan mengekspresi diri mereka. Para ibu-bapa juga akan bersama membuat pelbagai aktiviti dengan anak-anak mereka untuk berkongsi dan merasai pengalaman yang tidak akan dapat dilupakan bagi merapatkan lagi silaturrahim antara ibu-bapa dan anak-anak.

Antara aktivi-aktiviti menarik yang akan di adakan pada acara ini adalah Baby Rave; sebuah mini-rave yang mesra kanak-kanak, Pure Day Play Gone; sebuah aktiviti kreatif bersama ibu-bapa dengan anak-anak, Tiny Talk; sesi khas buat ibu-bapa yang akan menampilkan pakar kesihatan mental bagi membincangkan apa-apa perkara berkaitan kesihatan mental untuk ibu-bapa, Live Orchestra, sebuah persembahan orkestra, Skateboard Workshop;(penyertaan adalah terhad), sebuah bengkel skateboard yang mesra kanak-kanak, Tayangan Khas Filem Animasi Pendek; memaparkan beberapa filem animasi pendek daripada studio-studio animasi dari Sarawak. Bouncy Castle, bengkel daripada WOW Studio(Pay-To-Play), dan semestinya beberapa vendor makananan yang sesuai dan sedap untuk untuk kanak-kanak dan juga dewasa.

Tiket untuk ke Tiny Fest ini dijual dengan harga RM35 untuk Early Explorers(early bird) dan RM50 untuk Gate Pass(pembelian di hadpan pintu). Ibu-bapa yang membawa anak-anak hanya perlu membayar tiket untuk anak-anak, manakala kemasukan untuk ibu bapa adalah percuma. Penempahan tiket boleh didapatkan di link ini:

Featured, Gig/Concert/Tour/

Sada Purrfect, Sebuah Gig Yang Mengumpulkan 6 Buah band Independent Iban Bakal Berlangsung di Purffect Studio

Ruang acara Purrfect Studio bakal di gegarkan dengan komuniti muzik Iban, dimana sebuah gig bernama ‘Sada Purrfect‘, yang akan menghimpunkan 6 buah band Independent Iban yang akan berkongsi pentas bersama. Gig ini akan berlangsung pada 21 March 2026 (Sabtu) bermula dari jam 7.00pm sampai habis. Ini bukan sekadar sebuah gig, tetapi meruapakan sebuah gig yang meraikan bunyi, semangat dan solidariti untuk scene muzik Iban yang semakin berkembang dan tumbuh bagaikan cendawan.

Acara ini dianjurkan dengan kolaberasi antara Purrfect Studio dengan Serakup Pemuzik Dayak. Gig ini juga akan menggabungkan beberapa buah band dari sekitar Sarawak seperti dari Sibu, Kanowit, dan Kuching. Band-band ini akan membawa beberapa genre yang berlainan dari Pop-Punk, Alternative Rock, Post-Hardcore dan Modern Rock.

Scarlet Letters

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah Scarlet Letters dari Sibu. Band ini membawa muzik berirama Pop-Punk dan sudah meriliskan beberapa single seperti ‘Aku Mupuk Dulu‘, ‘Berubah‘, dan ‘Anang Guai Ngetu‘ yang boleh di stream di YouTube. Pengaruh muzik untuk band Scarlet Letters adalah band-band seperti My Chemical Romance, Neck Deep, dan Silverstein. Scarlet Letter juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP pertama mereka.

De’LYMA

Band De’LYMA juga merupakan band yang berasal dari Sibu Sarawak dan mereka membawa muzik berirama Pop-Punk, Thrash, Nu-Metal dan Metalcore. Muzik yang mereka bawa adalah bunyi-bunyian yang agresif namum masih mengekalkan irama melodik. De’LYMA telah meriliskan beberapa single seperti “Semina Mimpi Aja“, “Maria” dan “Just You” feat Phoebe Chloe.

JDS

Band JDS pula adalah dari Kanowit dan mereka telah wujud sejak 2004. Muzik yang mereka bawa pula adalah beriramakan Post-Hardcore dengan tekstur-tekstur ambient. Pengaruh muzik JDS pula adalah dari band-band seperti Love Me Butch, Envy dan Periphery. Sebagai antara band yang telah lama, mereka terus membentuk landskap muzik Alternatif di Sarawak.

S.A.D

Band S.A.D juga berasal dari Kanowit dan mereka membawa muzik beriramakan Alternatif Rock. Mereka juga telah meriliskan beberapa single yang boleh di tonton di dalam YouTube dan lagu-lagu tersebut adalah “Nadai Nama“, “Aku Sayau Ke Iya“, dan “Aku Enda Pechaya”. Pengaruh muzik band S.A.D adalah dari band-band seperti Anberlin, Circa Survive, Explosions In The Sky, serta band tempatan Sarawak sendiri iaitu Ethnic Transmissions.

Radak Nyawa

Band seterusnya pula adalah Radak Nyawa daripada Kuching dan mereka juga membawa muzik bergenrekan Alternatif Rock yang agak kasar akan tetapi pada masa yang sama adalah sangat Melodik. Mereka sekarang tengah di dalam process untuk menghasilkan EP pertama mereka yang bertajuk Bup Lumor Satu. Muzik mereka di pengaruhi oleh band-band seperti Social Distortion, Ethnic Transmissions, dan Ramones.

Saint Venus

Band terakhir yang akan melengkapkan gig ini pula adalah Saint Venus yang juga berasal dari Kuching Sarawak. Muzik yang mereka mainkan adalah Modern Rock dengan sentuhan bunyi-bunyian Rock 90-an. Pengaruh muzik mereka pula adalah dari band-band seperti The Smashing Pumpkins, Tool, dan Ethnic Transmissions. Mereka juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP mereka yang di jangkakan akan diriliskan dalam sekitar tahun 2026.

Gig Sada Purrfect ini bukan sekadar gig, tetapi ia merupakan sebuah kenyataan budaya dan kreativiti. Gig ini melambangkan sebuah gelombang baharu daripada para pemuzik Iban masa kini yang sedang membentuk dan mentakrif semula landskap muzik Alternatif di Borneo dengan mencabar stereotype terhadap muzik Iban melalui penerokaan terhadap bunyi-bunyian moden.

Tiket boleh di tempah dengan hanyak RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu boleh di tempah dengan hanya RM50 sahaja. Untuk menempah tiket ke gig ini, follow dan like page-page media sosial Purrfect Studio.

Gig/Concert/Tour/, New Release, News

Jelajah Album ‘UJIAN TRANSMISI’ dari Band Neo-Psychedelic, Ramayan Di Purrfect Studio, Kuching Sarawak

Sebuah band yang memain muzik bergenre Pop/Rock Neo-Psychedelic iaitu Ramayan telah membuat jelajah seluruh negara untuk album terbaru mereka iaitu UJIAN TRANSMISI dan pada 16 Januari 2026 (Jumaat), mereka akan bertandang di Purrfect Studio, Kuching, Sarawak sebagai salah satu lokasi jelajah mereka. Gig ini akan bermula dari jam 8.00pm sampai habis.

Sedikit info mengenai Ramayan, pada tahun 2020, mereka telah mengeluarkan LP penuh pertama mereka. LP tersebut menyaksikan kerjasama istimewa Ramayan bersama dengan artist/penerbit Indonesia iaitu Mondo Gascaro. Single utama dari LP ini iaitu Lamunan Anak Bulan telah di keluarkan pada pertengahan 2020 dan mendapat sambutan yang baik oleh para pengkritik dan pendengar di sebab membawa perisa Psikedelia yang segar untuk pendengar-pendengar tempatan. Lagu tersebut telah mendapat anugerah ‘Lagu Terbaik‘ pada tahun 2020 di Anugerah TAPAU. Ramayan juga pernah di calonkan di dalam kategori ‘Album Terbaik‘ di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 . Sekaligus menjadikan ini sebagai pencapaian terbesar muzik untuk genre Psikedelik di Malaysia.

Jelajah UJIAN TRANSMISI di jadualkan berlangsung di seluruh negara dan pada hujung minggu sepanjang bulan Januari 2026. Pada tahun 2024 di bulan November, Ramayan telah pulang daripada jelajah mereka dariJepun. Pada Mei 2025, album Ujian Transmisi telah di lancarkan secara rasminya di SkyArc Kuala Lumpur. Ramayan telah mentakrifkan semula sempadan bunyi dengan menggabungkan unsur Indie di arus perdana dengan mencipta pengalaman yang imersif serta meraikan perpaduan serta kepelbagaian di identiti tempatan dalam muzik.

Apa yang menariknya dengan jelajah UJIAN TRANSMISI ini, setiap rakaman secara langsung akan di rakam secara eksklusif di setiap lokasi. Album ini di keluarkan oleh label Luncai Emas di bawah Sony Music Asia.

Antara band-band tempatan yang akan menjadi persembahan pembukaan untuk jelajah Ramayan di Purrfect Studio nanti adalah Electra House, Viceroyz dan Heroine

Gig/Concert/Tour/

Gig Penghujung 2025 ‘One Last Dance Vol.1’, anjuran Skon Crew & Thermal Shadow di Ruang Acara Lek.

Sebuah gig penutupan di Kuching, Sarawak, anjuran Skon Crew dan Thermal Shadow iaitu One Last Dance Vol.1 bakal berlangsung di ruang acara Lek. Gig ini akan berlangsung pada 30 Disember 2025 (Selasa), bermula dari jam 7.00pm sampai habis!

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada hari kejadian adalah, Clockwise, Serangga, Barge Pylon(Declining Rate, Clangour), Occult Dawn, Lice To Kil, Bronco Buster, Destroying Ears dan pada penghujung gig itu nanti akan ada sesi after parti dari Lord Ajyp. Tiket di jual dengan hanya RM35 di hadapan pintu.

Gig/Concert/Tour/

Lady Luck Kembali Untuk Malam Muzik & Tarian Bagi Meraikan Dj-Dj Wanita

Sebuah Rave bakal berlangsung di ruang acara LEK., dan acara ini akan menampilkan Dj-Dj wanita. Bagi meraikan wanita di dalam scene Dj di Kuching, acara Lady Luck 2 ini akan berlangsung pada 12 Disember 2025 (Jumaat), bermula dari jam 9.00pm sampai habis. Dengan menampilkan beberapa Dj wanita di dalam scene Dj underground di Kuching, acara ini berkomitment untuk mengangkat bakat-bakat wanita di dalam scene muzik elektronik di Sarawak.

Dora

Berikutan kejayaan edisi pertama Lady Luck, edisi ke-2 ini akan meneruskan misinya di dalam mempromosi dan mengangkat wanita di dalam bidang Dj. Antara Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian di LEK. nanti adalah Dora, Kara Elle, Intan, dan Miamor.

Kara Elle

Lady Luck 2 menjanjikan pilihan muzik dari pelbagai genre, dari House, Baile Funk, Trap, Techno dan macam-macam lagi. Para penganjur menggalakkan orang ramai untuk datang dan berekspresif di lantai tarian. Tiket kemasukan adalah hanya RM12 untuk para wanita dan RM30 untuk para lelaki.

Tujuan Lady Luck di anjurkan adalah untuk mewakili gerakan di dalam memperkasakan dan menguatkan golongan wanita di dalam ekosistem kreatif sambil membentuk komuniti dan landskap muzik elektronik bagi wanita di scene underground Dj di Kuching.

Gig/Concert/Tour/, News

Brookes Kembali Untuk Rilisan Single Terbaru ‘Menanti’ Di Appleseed Studio

Band Indie Brookes telah mengeluarkan single terbaru mereka iaitu ‘Menanti‘, setelah lama tidak mengeluarkan apa-apa material. Untuk menyambut rilisan baru ini, Brookes akan mengadakan rilis parti di AppleSeeds Jamming Studio pada 6 Disember 2025(Sabtu) bermula dari jam 7.30pm sampai habis!

Setelah berada dalam hiatus buat beberapa ketika, Brookes akan kembali untuk sebuah gig anjuran mereka sendiri iaitu ‘Brookes: The Coronation – A Night of Crowns, Chaos, Live Music and Revelry‘ bertempat di AppleSeeds Studio yang terletak di Jalan Satok. Selain daripada Brookes, mereka juga menjemput beberapa band dan artis lokal untuk menjadi persembahan pembukaan untuk gig ini. Antara band dan artis yang akan membuat persembahan adalah, Steff Fleur, Pablo! dan Hey! Leave A Message.

Single Brookes ‘Menanti‘ menceritakan tentang pergelutan dan perjuangan di dalam mengejar cita-cita dan menerima hakikat realiti kehidupan. Ia juga merupakan refleksi berkenaan keraguan, kepenatan dan keberanian di dalam diam dalam menghadapai konflik dalaman serta mencari kekuatan untuk berundur kerana hati sudah tidak dapat memikul beban yang di bawa.

Sedikit maklumat mengenai band Brookes, mereka di tubuhkan pada lewat 2020an dan setiap daripada mereka adalah daripada latar belakang muzik yang berbeza, dari Funk, Alternative-Rock dan Pop. Dengan setiap daripada ahli band ini mempunyai latar belakang muzik yang berbeza, maka lahir lah Brookes berserta karya-karya yang mereka sampaikan.

Ahli-ahli Brookes adalah terdiri daripada Ezmir Sadriq(Gitar dan vokal), Denzel Martin(Lead gitar), Rips Daniel(Rhythm gitar), Shaun(Bass) dan Jibby(Drum)

Jangan lupa untuk hadir ke Appleseed Jamming Studio dan bersama-sama Brookes dan band-band tempatan yang lain di dalam meraikan rilisan single terbaru mereka.

Gig/Concert/Tour/, News

Band Metalcore Dial M For Murder Akan Ke Purrfect Studio untuk Promosi Album ‘Rukun / Hakikie’

Band Metalcore, Dial M For Murder akan bertandang ke Kuching, Sarawak untuk mempromosi album terbaru mereka iaitu ‘Rukun / Hakikie‘, bertempat di Purrfect Studio pada 6 Disember 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sampai habis!

Menurut hebahan akhbar ke media untuk promosi album ini, kunjungan Diam M For Murder ke Sarawak bagi mempromosi album ‘Rukun / Hakikie‘ ini dilakukan bagi merapatkan silaturahim dengan komuniti-komuniti peminat muzik indipendent/underground tempatan di Sarawak khususnya. Dial M For Murder telah melakukan siri jelajah di beberapa tempat di semenanjung Malaysia dan Kuching, Sarawak merupakan destinasi mereka yang seterusnya.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini nanti adalah Fear The Awakening, Yobeh, Haram Jadah, dan Narrathief. Tiket dijual dengan harga RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu di jual dengan harga RM50. Untuk dapatkan tiket early bird, boleh lah DM page Purrfect Studio untuk pertanyaan selanjutnya.