Sebuah band yang memain muzik bergenre Pop/Rock Neo-Psychedelic iaitu Ramayan telah membuat jelajah seluruh negara untuk album terbaru mereka iaitu UJIAN TRANSMISI dan pada 16 Januari 2026 (Jumaat), mereka akan bertandang di Purrfect Studio, Kuching, Sarawak sebagai salah satu lokasi jelajah mereka. Gig ini akan bermula dari jam 8.00pm sampai habis.
Sedikit info mengenai Ramayan, pada tahun 2020, mereka telah mengeluarkan LP penuh pertama mereka. LP tersebut menyaksikan kerjasama istimewa Ramayan bersama dengan artist/penerbit Indonesia iaitu Mondo Gascaro. Single utama dari LP ini iaitu Lamunan Anak Bulan telah di keluarkan pada pertengahan 2020 dan mendapat sambutan yang baik oleh para pengkritik dan pendengar di sebab membawa perisa Psikedelia yang segar untuk pendengar-pendengar tempatan. Lagu tersebut telah mendapat anugerah ‘Lagu Terbaik‘ pada tahun 2020 di Anugerah TAPAU. Ramayan juga pernah di calonkan di dalam kategori ‘Album Terbaik‘ di Anugerah Industri Muzik (AIM) 2022 . Sekaligus menjadikan ini sebagai pencapaian terbesar muzik untuk genre Psikedelik di Malaysia.

Jelajah UJIAN TRANSMISI di jadualkan berlangsung di seluruh negara dan pada hujung minggu sepanjang bulan Januari 2026. Pada tahun 2024 di bulan November, Ramayan telah pulang daripada jelajah mereka dariJepun. Pada Mei 2025, album Ujian Transmisi telah di lancarkan secara rasminya di SkyArc Kuala Lumpur. Ramayan telah mentakrifkan semula sempadan bunyi dengan menggabungkan unsur Indie di arus perdana dengan mencipta pengalaman yang imersif serta meraikan perpaduan serta kepelbagaian di identiti tempatan dalam muzik.
Apa yang menariknya dengan jelajah UJIAN TRANSMISI ini, setiap rakaman secara langsung akan di rakam secara eksklusif di setiap lokasi. Album ini di keluarkan oleh label Luncai Emas di bawah Sony Music Asia.
Antara band-band tempatan yang akan menjadi persembahan pembukaan untuk jelajah Ramayan di Purrfect Studio nanti adalah Electra House, Viceroyz dan Heroine
