Ruang acara Purrfect Studio bakal di gegarkan dengan komuniti muzik Iban, dimana sebuah gig bernama ‘Sada Purrfect‘, yang akan menghimpunkan 6 buah band Independent Iban yang akan berkongsi pentas bersama. Gig ini akan berlangsung pada 21 March 2026 (Sabtu) bermula dari jam 7.00pm sampai habis. Ini bukan sekadar sebuah gig, tetapi meruapakan sebuah gig yang meraikan bunyi, semangat dan solidariti untuk scene muzik Iban yang semakin berkembang dan tumbuh bagaikan cendawan.

Acara ini dianjurkan dengan kolaberasi antara Purrfect Studio dengan Serakup Pemuzik Dayak. Gig ini juga akan menggabungkan beberapa buah band dari sekitar Sarawak seperti dari Sibu, Kanowit, dan Kuching. Band-band ini akan membawa beberapa genre yang berlainan dari Pop-Punk, Alternative Rock, Post-Hardcore dan Modern Rock.

Scarlet Letters

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah Scarlet Letters dari Sibu. Band ini membawa muzik berirama Pop-Punk dan sudah meriliskan beberapa single seperti ‘Aku Mupuk Dulu‘, ‘Berubah‘, dan ‘Anang Guai Ngetu‘ yang boleh di stream di YouTube. Pengaruh muzik untuk band Scarlet Letters adalah band-band seperti My Chemical Romance, Neck Deep, dan Silverstein. Scarlet Letter juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP pertama mereka.

De’LYMA

Band De’LYMA juga merupakan band yang berasal dari Sibu Sarawak dan mereka membawa muzik berirama Pop-Punk, Thrash, Nu-Metal dan Metalcore. Muzik yang mereka bawa adalah bunyi-bunyian yang agresif namum masih mengekalkan irama melodik. De’LYMA telah meriliskan beberapa single seperti “Semina Mimpi Aja“, “Maria” dan “Just You” feat Phoebe Chloe.

JDS

Band JDS pula adalah dari Kanowit dan mereka telah wujud sejak 2004. Muzik yang mereka bawa pula adalah beriramakan Post-Hardcore dengan tekstur-tekstur ambient. Pengaruh muzik JDS pula adalah dari band-band seperti Love Me Butch, Envy dan Periphery. Sebagai antara band yang telah lama, mereka terus membentuk landskap muzik Alternatif di Sarawak.

S.A.D

Band S.A.D juga berasal dari Kanowit dan mereka membawa muzik beriramakan Alternatif Rock. Mereka juga telah meriliskan beberapa single yang boleh di tonton di dalam YouTube dan lagu-lagu tersebut adalah “Nadai Nama“, “Aku Sayau Ke Iya“, dan “Aku Enda Pechaya”. Pengaruh muzik band S.A.D adalah dari band-band seperti Anberlin, Circa Survive, Explosions In The Sky, serta band tempatan Sarawak sendiri iaitu Ethnic Transmissions.

Radak Nyawa

Band seterusnya pula adalah Radak Nyawa daripada Kuching dan mereka juga membawa muzik bergenrekan Alternatif Rock yang agak kasar akan tetapi pada masa yang sama adalah sangat Melodik. Mereka sekarang tengah di dalam process untuk menghasilkan EP pertama mereka yang bertajuk Bup Lumor Satu. Muzik mereka di pengaruhi oleh band-band seperti Social Distortion, Ethnic Transmissions, dan Ramones.

Saint Venus

Band terakhir yang akan melengkapkan gig ini pula adalah Saint Venus yang juga berasal dari Kuching Sarawak. Muzik yang mereka mainkan adalah Modern Rock dengan sentuhan bunyi-bunyian Rock 90-an. Pengaruh muzik mereka pula adalah dari band-band seperti The Smashing Pumpkins, Tool, dan Ethnic Transmissions. Mereka juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP mereka yang di jangkakan akan diriliskan dalam sekitar tahun 2026.

Gig Sada Purrfect ini bukan sekadar gig, tetapi ia merupakan sebuah kenyataan budaya dan kreativiti. Gig ini melambangkan sebuah gelombang baharu daripada para pemuzik Iban masa kini yang sedang membentuk dan mentakrif semula landskap muzik Alternatif di Borneo dengan mencabar stereotype terhadap muzik Iban melalui penerokaan terhadap bunyi-bunyian moden.

Tiket boleh di tempah dengan hanyak RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu boleh di tempah dengan hanya RM50 sahaja. Untuk menempah tiket ke gig ini, follow dan like page-page media sosial Purrfect Studio.