Tag

purrfect studio

Featured, Gig/Concert/Tour/

Sada Purrfect, Sebuah Gig Yang Mengumpulkan 6 Buah band Independent Iban Bakal Berlangsung di Purffect Studio

Ruang acara Purrfect Studio bakal di gegarkan dengan komuniti muzik Iban, dimana sebuah gig bernama ‘Sada Purrfect‘, yang akan menghimpunkan 6 buah band Independent Iban yang akan berkongsi pentas bersama. Gig ini akan berlangsung pada 21 March 2026 (Sabtu) bermula dari jam 7.00pm sampai habis. Ini bukan sekadar sebuah gig, tetapi meruapakan sebuah gig yang meraikan bunyi, semangat dan solidariti untuk scene muzik Iban yang semakin berkembang dan tumbuh bagaikan cendawan.

Acara ini dianjurkan dengan kolaberasi antara Purrfect Studio dengan Serakup Pemuzik Dayak. Gig ini juga akan menggabungkan beberapa buah band dari sekitar Sarawak seperti dari Sibu, Kanowit, dan Kuching. Band-band ini akan membawa beberapa genre yang berlainan dari Pop-Punk, Alternative Rock, Post-Hardcore dan Modern Rock.

Scarlet Letters

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah Scarlet Letters dari Sibu. Band ini membawa muzik berirama Pop-Punk dan sudah meriliskan beberapa single seperti ‘Aku Mupuk Dulu‘, ‘Berubah‘, dan ‘Anang Guai Ngetu‘ yang boleh di stream di YouTube. Pengaruh muzik untuk band Scarlet Letters adalah band-band seperti My Chemical Romance, Neck Deep, dan Silverstein. Scarlet Letter juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP pertama mereka.

De’LYMA

Band De’LYMA juga merupakan band yang berasal dari Sibu Sarawak dan mereka membawa muzik berirama Pop-Punk, Thrash, Nu-Metal dan Metalcore. Muzik yang mereka bawa adalah bunyi-bunyian yang agresif namum masih mengekalkan irama melodik. De’LYMA telah meriliskan beberapa single seperti “Semina Mimpi Aja“, “Maria” dan “Just You” feat Phoebe Chloe.

JDS

Band JDS pula adalah dari Kanowit dan mereka telah wujud sejak 2004. Muzik yang mereka bawa pula adalah beriramakan Post-Hardcore dengan tekstur-tekstur ambient. Pengaruh muzik JDS pula adalah dari band-band seperti Love Me Butch, Envy dan Periphery. Sebagai antara band yang telah lama, mereka terus membentuk landskap muzik Alternatif di Sarawak.

S.A.D

Band S.A.D juga berasal dari Kanowit dan mereka membawa muzik beriramakan Alternatif Rock. Mereka juga telah meriliskan beberapa single yang boleh di tonton di dalam YouTube dan lagu-lagu tersebut adalah “Nadai Nama“, “Aku Sayau Ke Iya“, dan “Aku Enda Pechaya”. Pengaruh muzik band S.A.D adalah dari band-band seperti Anberlin, Circa Survive, Explosions In The Sky, serta band tempatan Sarawak sendiri iaitu Ethnic Transmissions.

Radak Nyawa

Band seterusnya pula adalah Radak Nyawa daripada Kuching dan mereka juga membawa muzik bergenrekan Alternatif Rock yang agak kasar akan tetapi pada masa yang sama adalah sangat Melodik. Mereka sekarang tengah di dalam process untuk menghasilkan EP pertama mereka yang bertajuk Bup Lumor Satu. Muzik mereka di pengaruhi oleh band-band seperti Social Distortion, Ethnic Transmissions, dan Ramones.

Saint Venus

Band terakhir yang akan melengkapkan gig ini pula adalah Saint Venus yang juga berasal dari Kuching Sarawak. Muzik yang mereka mainkan adalah Modern Rock dengan sentuhan bunyi-bunyian Rock 90-an. Pengaruh muzik mereka pula adalah dari band-band seperti The Smashing Pumpkins, Tool, dan Ethnic Transmissions. Mereka juga sekarang tengah di dalam process untuk menyiapkan EP mereka yang di jangkakan akan diriliskan dalam sekitar tahun 2026.

Gig Sada Purrfect ini bukan sekadar gig, tetapi ia merupakan sebuah kenyataan budaya dan kreativiti. Gig ini melambangkan sebuah gelombang baharu daripada para pemuzik Iban masa kini yang sedang membentuk dan mentakrif semula landskap muzik Alternatif di Borneo dengan mencabar stereotype terhadap muzik Iban melalui penerokaan terhadap bunyi-bunyian moden.

Tiket boleh di tempah dengan hanyak RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu boleh di tempah dengan hanya RM50 sahaja. Untuk menempah tiket ke gig ini, follow dan like page-page media sosial Purrfect Studio.

Gig/Concert/Tour/, News

Band Metalcore Dial M For Murder Akan Ke Purrfect Studio untuk Promosi Album ‘Rukun / Hakikie’

Band Metalcore, Dial M For Murder akan bertandang ke Kuching, Sarawak untuk mempromosi album terbaru mereka iaitu ‘Rukun / Hakikie‘, bertempat di Purrfect Studio pada 6 Disember 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sampai habis!

Menurut hebahan akhbar ke media untuk promosi album ini, kunjungan Diam M For Murder ke Sarawak bagi mempromosi album ‘Rukun / Hakikie‘ ini dilakukan bagi merapatkan silaturahim dengan komuniti-komuniti peminat muzik indipendent/underground tempatan di Sarawak khususnya. Dial M For Murder telah melakukan siri jelajah di beberapa tempat di semenanjung Malaysia dan Kuching, Sarawak merupakan destinasi mereka yang seterusnya.

Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini nanti adalah Fear The Awakening, Yobeh, Haram Jadah, dan Narrathief. Tiket dijual dengan harga RM40 untuk early bird dan tiket di hadapan pintu di jual dengan harga RM50. Untuk dapatkan tiket early bird, boleh lah DM page Purrfect Studio untuk pertanyaan selanjutnya.

Featured, Gig/Concert/Tour/, New Release, News

Showcase Album Baru An Honest Mistake iaitu ‘The Lonely Hearts Club’ Akan Berlangsung Di Purrfect Studio

Band Pop-Punk dan Alternative Rock An Honest Mistake (AHM) akan kembali ke Kuching untuk sebuah acara bagi mempromosi album baru mereka iaitu ‘The Lonely Hearts Club‘ yang akan bertempat di Purrfect Studio. Acara ini akan bermula dari jam 7pm sampai habis! Tiket di hadapan pintu akan di jual pada harga RM49 dan early bird pula akan di jual dengan hanya RM39(sehingga 21 November).

Setelah hampir sedekad berjuang di dalam dunia muzik Independent Malaysia iaitu sejak tahun 2008, AHM telah berkembang dari sebuah band yang diminati oleh para pelajar suatu ketika dahulu sehinggalah kini sudah menjadi antara nama yang cukupd di kenali di arena industri muzik Independent Malaysia. Dalam masa hampir sedekad kewujudan AHM, mereka telah membua persembahan di pelbagai pentas dari domestik sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Evolusi muzik AHM adalah sangat menarik dan unik kerana mereka memainkan dan menggabungkan pelbagai jenis bunyi-bunyian untuk untuk muzik mereka. Dari genre Pop-Punk, kolaberasi bersama producer EDM(Electronic Dance Music), dan macam-macam lagi.

Untuk acara di Purrfect Studio nanti, AHM akan memaparkan reunion bersama bekas vokalis AHM sendiri iaitu Sheryl yang akan turut bersama di dalam membuat persembahan. Sheryl merupakan vokalis asal AHM dan pada malam tersebut dan ini pastinya akan menjadi sebuah malam yang istimewa.

Antara band-band dan artis lokal yang akan beraksi pada acara ini nanti adalah Space BIrd, sebuah band yang memainkan genre Post-Rock. Hey! Leave A Message, sebuah band yang memainkan genre Pop-Punk dan Faith Fiance, seorang artis berbakat yang memainkan genre R&B.

Ayuh datang ke acara ini yang akan bertempat di Purrfect Studio. Untuk mendapatkan tiket boleh lah klik di link ini https://ahmpurrfect.peatix.com 

Gig/Concert/Tour/, News, Uncategorized

Gig Metal, Death To Decay di Purrfect Studio

Sebuah acara muzik Metal iaitu Death To Decay bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 27 September 2025 (Sabtu), bermula dari pukul 6.00pm sampai habis! Acara ini di anjurkan oleh Inferno Stage Entertainment dengan kerjasama antara Purrfect Studio, Punkcaroba, Extreme Music Independent dan Chillietech Lab. Tiket di jual di hadapan pintu dengan hanya RM55.

Highlight utama untuk acara ini nanti adalah sebuah band Thrash Metal daripada Singapura iaitu Antologi, dan band-band lain yang akan membuka persembahan itu nanti adalah Morbid Steel, Blindsided, Torture of Agony, Militant Attack, dan Neraizz.

Kepada peminat-peminat muzik Metal aliran trve, pada 27 September 2025 nanti, jangan tunggu lama-lama. Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada sejarah Metal di Kuching di gig.

Gig/Concert/Tour/

‘The Helena Show’ Sebuah Gig Tribute to My Chemical Romance Bakal Berlangsung di Purrfect Studio

Sebuah gig yang bertemakan tribute untuk band My Chemical Romance bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 16 Ogos 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.30pm sampai habis. Tiket untuk gig tribute untuk My Chemical Romance berjudul ‘The Helena Show‘ akan di jual dengan harga RM40 untuk early bird dan RM50 untuk di hadapan pintu. Gig ini di anjurkan kan sebagai meraikan kedatangan My Chemical Romance yang bakal berkunjung di Malaysia pada tahun 2026. Gig ini juga adalah di co-sponsored oleh Purrfect Studio.

The Helena Show ini akan memaparkan persembahan daripada empat vokalist wanita dari Kuching dan mereka adalah adalah Kim Randu yang merupakan vokalis untuk band We The Leader, Alexandria daripada band 11th Minute, Charmine Michelle daripada band Hey! Leave A Message dan Chrislynn daripada band Epoch Vultures. Mereka akan di temani oleh sekumpulan musician berpengalaman yang pernah membuat persembahan di beberapa festival music di sekitar Kuching.

Gig ini dianjurkan untuk membawa dan mengumpul peminat-peminat My Chemical Romance di sekitar Kuching. My Chemical Romance merupakan sebuah band yang sangat berpengaruh pada tahun 2000an kerana pengaruh mereka telah melangkaui beberapa generasi dari Milennials sehinggalah ke Gen-Z.

Untuk menempah tiket ke gig ini, boleh lah klik ke link ini.

Gig/Concert/Tour/

Sebuah Gig Bakal Berlangsung di Purrfect Studio

Sebuag gig bakal berlangsung di Purrfect Studio(Jalan Stephen Yong, Kuching) pada 29 March 2025(Sabtu) bermula dari jam 7pm sampai habis. Tiket early bird di jual dengan harga RM40 serta percuma satu air minuman. Tiket early bird dijual sehingga 28 March 2025(Jumaat) sahaja. Tiket walk-in di hadapan pintu pula di jual dengan harga RM50 dan percuma satu air minuman.

Antara yang akan membuat persembahan di gig tersebut adalah, Crashin’ Butterfliez(Alt Rock), Viceroyz(Indie Pop), Jon Kennedy(Indie Pop), Kotarasira(Funk/Rock), Masta G(Hip-Hop), dan Nigel Laja(Indie Folk)

Untuk mendapatkan tiket early bird, boleh lah hubungi band-band dan artis-artis yang akan membuat persembahan secara terus. Jangan lupa untuk datang dan bawa rakan-rakan, kenalan dan keluarga anda.

Gig/Concert/Tour/, News

Gig Yang Meraikan Golongan Wanita Untuk Hari Wanita Antarabangsa di Purrfect Studio

Sebuah gig bagi meraikan Hari Wanita Antarabangsa akan di anjurkan di Purrfect Studio(Jalan Stephen Yong) pada 22 March 2025(Sabtu), bermula dari 6.30pm sampai habis! Gig ini akan memberi tumpuan kepada band-band yang mempunyai wanita sebagai ahli band sama ada dari segi vokalis ataupun tarian. Kemasukan untuk gig ini adalah percuma! Tetapi tetamu di galakkan untuk memberi sumbangan seikhlas hati bagi membantu mengurangkan beban di dalam menjalankan operasi studio tersebut.

Antara band-band dan kumpulan-kumpulan serta individu tarian yang akan membuat persembahan adalah, Swaiv, Gena Sim, Danceversity, Lydbie, Carrie Geres, Spade Team, Hey! Leave A Message, Epoch Vultures dan Steff Fleur. Setiap dari pada mereka membawa cara-cara unik mereka tersendiri di setiap persembahan mereka dan para tetamu akan dijanjikan persembahan yang menarik dan pasti tidak dapat dilupakan.

Untuk lebih memeriahkan lagi acara, akan ada jualan makanan juga dari vendor-vendor agar para tetamu boleh menjamu selera sambil layan dan menghayati persembahan-persembahan dari muzik sehinggalah ke tarian.

Menurut daripada 3Dinda yang juga merupakan penganjur utama untuk acara ini, “Walaupun Purrfect Pink nampak berkilauan, lembut dan feminin dari segi nama dan visualnya, tetapi dibawah lapisan merah jambu terdapat pergerakan yang kuat. Tujuan acara ini adalah untuk mewujudkan ruang dimana wanita yang terlibat di dalam bidang muzik, tarian dan hiburan juga boleh diraikan bersama, berkembang maju, dan memberi inspirasi kepada generasi artis yang akan datang.

Jangan lupa datang dan bawa rakan-rakan, ahli keluarga dan kenalan anda untuk datang dan meraikan gig ini bersama-sama! Kerana kemasukan adalah percuma!