Gig Halloween bakal berlangsung di Purrfect Studio Kuching, Sarawak pada 25 Oktober 2025 (Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sampai habis! Gig ini dianjurkan oleh 3Dinda dan bersempena dengan bulan Horror iaitu bulan sambutan Halloween, gig ini dinamakan The Purrfect Horror Show. Dengan tagline ‘Dance With The Dead‘, gig ini merupakan prelude untuk Pre-Halloween Party dan menjanjikan suasana yang di penuhi dengan music, persembahan, keunikan Kuching yang penuh dengan kepelbagaian di dalam scene kreatif.
Antara band-band yang akan membuat persembahan adalah; Brookes, Automatic The Remote, Carrie Geres, Hey! Leave A Message, Pearl, Gena Sim, Steff Fleur, persembahan tarian daripada Danceversity, dan sesi penglipur lara(bercerita) kisah seram bersama dengan Gena Sim. Bukan itu sahaja, para pengunjung yang bertuah berpeluang untuk menyertai acara Memburu Labu(Pumpkin Hunt), di mana para perserta berpeluang untuk memenangi hadiah istimewa.
Tiket dijual dengan hanya RM35 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu dan boleh di beli secara online di http://bit.ly/purrfecthorror. Para pengunjung juga di galakkan untuk menggunakan kostum. Apa-apa jenis kostum adalah di galakkan kerana tiada orang digalakkan untuk menghakimi cara seseorang itu berpakaian di gig-gig underground. Sekiranya anda adalah orang yang suka menghakimi orang lain, gig underground adalah bukan tempat untuk anda.
Jangan lupa untuk menghadiri gig ‘The Purrfect Horror Show‘ ini yang di anjurkan oleh 3Dinda dengan kerjasama bersama Purrfect Studio. Ayuh hadiri dan sama-sama memeriahkan acara yang di anjurkan oleh pejuang-pejuang scene kreatif di Kuching untuk satu malam yang tidak akan anda lupai.
Malam Techno, kembali lagi di ruang acara Lek. pada 18 October 2025(Sabtu), bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tiket dijual pada harga RM25 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu. Acara yang dinamakan VBN: KLUBNACHT ini yang di bawa oleh VIBIN’ by Lek. kembali dengan Dj-Dj yang akan memainkan muzik elektronik di dalam bunyi-bunyian Techno di alam Minimal, Hardgroove, dan Hypnotic. Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian nanti adalah XO 6alloons dan KAÏ. Malam ini juga akan memaparkan permainan visual daripada Bima Tanaka dan juga Rahaf.
Sedikit info mengenai Dj-Dj yang akan memutarkan irama di lantai tarian nanti, KAÏ merupakan seorang Dj yang berasal dari Johor Bahru dan beliau sangat aktif di dalam membentuk scene underground elektronik di sana. Beliau adalah founder untuk Kai Invites, sebuah platform yang menghubungkan Dj, artis dan komuniti-komuniti melalui minat yang di kongsi bersama. Melalui muzik dan kerja-kerja beliau, KAÏ terus membawa dunia muzik elektronik underground di Malaysia melalui eksperimentasi dan perpaduan bersama.
XO 6alloons pula adalah seorang Dj yang berasal dari Kuching, Sarawak dan kurasi muzik beliau adalah mendapat pengaruh daripada bunyi-bunyian yang datang dari German. Set beliau adalah lebih kepada bunyi-bunyian Techno seperti Industrial, Hypnotic, Minimal, dan apa-apa yang datang dari Berlin. Namun begitu, beliau juga merupakan seorang Dj yang versatile kerana beliau boleh memutarkan pelbagai jenis genre muzik tanpa ada perasan ketika set beliau kerana setiap transition yang beliau lakukan adalah sungguh lancar.
Selain daripada Dj, artis visual iaitu Bima Tanaka dari Indonesia dan juga Rahaf daripada Egypt(Mesir) akan berkolaberasi di dalam membuat ruang acara Lek. menjadi sebuah canvas visual sambil berinteraksi dengan bunyi. Bima Tanaka merupakan seorang artis visual yang mendapat inspirasi melalui dunia 3D dan digital kinetik. Dengan membawa seni visual beliau yang mendapat inspirasi daripada budaya-budaya yang terdapat di Asia Tenggara. Rahaf pula merupakan seorang artis visual daripada Mesir dan sekarang tengah membuat PhD di dalam Art Therapy. Pada acara ini, beliau akan membawa sebuah visual yang penuh dengan emosi sambil menerokai cahaya abstrak sebagai alat untuk tenang, huru-hara dan untuk santai.
Kolaberasi-kolaberasi ini menjanjikan bukan hanya pengalaman muzik, tetapi mereka yang datang ke acara ini akan dapat merasai pengalaman visual yang di kurasi oleh artis-artis yang berbakat. Sekiranya anda adalah peminat muzik elektronik, peminat underground Rave, atau sekadar ingin mengeksplorasi dunia ini, ayuh, datang dan bawa rakan-rakan anda!
Sebuah gig Enter The Dungeon 2 bakal berlangsung di ruang acara Lek. akan berlangsung pada 11 October 2025 (Sabtu) bermula dari jam 8.00pm sampai habis! Tiket di hadapan pintu akan di jual dengan hanya RM35 sahaja. Enter The Dungeon 2 kali ini dengan anjuran Skon Crew, akan berkolaberasi dengan SHUTDOWN KCH di mana gig kali ini akan menggabungkan band-band yang bermain denga genre irama Hardcore dan juga Hip-Hop.
Kolaberasi antara Skon Crew dengan SHUTDOWN KCH merupakan antara yang menarik kerana ia akan memecahkan rintangan dan halangan perbezaan genre muzik dan sub-budaya yang berlainan. Gig ini meraikan perbezaan dan kepelbagaian. Dengan penganjuran yang di buat di ruang acara Lek., yang sememangnya sebuah ruang acara yang unik di Kuching kerana mereka sering menjadi tempat penganjuran untuk pelbagai jenis sub-budaya, acara-acara kreatif, muzik, filem, makanan dan sebagainya. Dengan kerjasama daripada Studiorizer, Koko dari Zeus band, Bandat Records, dan Naqie sebagai designer poster, segala perancangan dan persediaan di dalam menjayakan gig ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Velvet Youth
Montana
Para organizer untuk gig ini berharap, semangat kolaberasi tanpa mengira latar belakang sub-budaya dan genre muzik akan dapat terus di jalankan tanpa diskriminasi dan gig ini hanya lah permulaan untuk apa-apa perkara baru yang akan datang di scene muzik dan sub-budaya Kuching.
Sebuah acara muzik Metal iaitu Death To Decay bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 27 September 2025 (Sabtu), bermula dari pukul 6.00pm sampai habis! Acara ini di anjurkan oleh Inferno Stage Entertainment dengan kerjasama antara Purrfect Studio, Punkcaroba, Extreme Music Independent dan Chillietech Lab. Tiket di jual di hadapan pintu dengan hanya RM55.
Highlight utama untuk acara ini nanti adalah sebuah band Thrash Metal daripada Singapura iaitu Antologi, dan band-band lain yang akan membuka persembahan itu nanti adalah Morbid Steel, Blindsided, Torture of Agony, Militant Attack, dan Neraizz.
Kepada peminat-peminat muzik Metal aliran trve, pada 27 September 2025 nanti, jangan tunggu lama-lama. Ayuh bersama menjadi sebahagian daripada sejarah Metal di Kuching di gig.
Sebuah acara muzik dan santai akan berlangsung di ruang acara Lek. pada 13 September 2025(Sabtu) bermula dari jam 9.00pm sampai habis. Acara ini dibawa oleh VIBIN’ by Lek., dan NWHR. Acara ini dinamakan SPAC3 Series kerana setiap series akan memaparkan Dj-Dj yang berlainan dengan gaya muzik yang berbeza di lantai tarian. Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian untuk SPAC3 kali ini adalah Rocatz dan Peot, yang juga merupakan seorang penari yang berprolific. Tiket untuk acara ini akan dijual di hadapan pintu dengan harga RM30.
Sebuah acara yang menjual dan mempamerkan barang-barang vintage akan berlangsung di The Hills Kuching pada 29 – 31 Ogos 2025(Jumaat, Sabtu dan Ahad). Acara ini dianjurkan dengan kerjasama antara Kuching Car Boot Sale Community dengan Heavy Soul Vintage.
Kali terakhir acara ini dijalankan adalah pada tahun 2022 dan selepas beberapa tahun menyepi, Kuching Vintage Festival kembali buat kali kedua bertempat di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada waktu acara ini nanti adalah, jualan barang-barang vintage, antik dan klasik, juga akan ada persembahan live muzik serta pameran koleksi barangan-barangan vintage untuk tatapan umum. Terdapat 30 booth yang akan disediakan daripada para vendor dan para kolektor. Dari barangan-barangan antik sehinggalah ke pakain-pakaian vintage.
Untuk persembahan muzik pula, antara band-band yang akan beraksi pada Kuching Vintage Festival nanti adalah The Rollers, Radioaktif, Heroine, Wp.Shhh, She’s Nuklear, Rockaholic dan banyak lagi.
Sebuah gig yang bertemakan tribute untuk band My Chemical Romance bakal berlangsung di Purrfect Studio pada 16 Ogos 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.30pm sampai habis. Tiket untuk gig tribute untuk My Chemical Romance berjudul ‘The Helena Show‘ akan di jual dengan harga RM40 untuk early bird dan RM50 untuk di hadapan pintu. Gig ini di anjurkan kan sebagai meraikan kedatangan My Chemical Romance yang bakal berkunjung di Malaysia pada tahun 2026. Gig ini juga adalah di co-sponsored oleh Purrfect Studio.
The Helena Show ini akan memaparkan persembahan daripada empat vokalist wanita dari Kuching dan mereka adalah adalah Kim Randu yang merupakan vokalis untuk band We The Leader, Alexandria daripada band 11th Minute, Charmine Michelle daripada band Hey! Leave A Message dan Chrislynn daripada band Epoch Vultures. Mereka akan di temani oleh sekumpulan musician berpengalaman yang pernah membuat persembahan di beberapa festival music di sekitar Kuching.
Gig ini dianjurkan untuk membawa dan mengumpul peminat-peminat My Chemical Romance di sekitar Kuching. My Chemical Romance merupakan sebuah band yang sangat berpengaruh pada tahun 2000an kerana pengaruh mereka telah melangkaui beberapa generasi dari Milennials sehinggalah ke Gen-Z.
Untuk menempah tiket ke gig ini, boleh lah klik ke link ini.
Sebuah acara underground Rave iaitu ‘TranceFuze‘ anjuran Fuze Up akan berlangsung pada 8 Ogos 2025(Jumaat) di ruang acara Lek., akan berlangsung bermula dari jam 10.00pm sehingga habis. Tiket di jual dengan harga RM20 sekiranya anda datang sebelum jam 10.00pm. Sekiranya anda datang selepas jam 10.00pm, tiket akan di jual dengan harga RM30. Acara ini akan memaparkan Dj-Dj yang akan memainkan muzik Trance dan fusion dengan genre lain juga.
Acara ini akan bertemakan Dj-dj yang akan memainkan muzik berirama Trance dan juga sebahagian genre lain, akan tetapi, genre utama yang akan menjadi tumpuan untuk acara ini adalah muzik Trance. Acara Rave ini juga merupakan acara Trance pertama yang akan berlangsung di Kuching untuk tahun 2025.
Antara Dj-dj yang akan memutarkan muzik untuk lantai tarian pada TranceFuze nanti adalah Jorl, Godfrey, Zane, Rush, Chonky, dan BigKhai. Jangan lupa untuk datang ke ruang acara Lek. pada 8 Ogos 2025
Festival Noise Not Bombs(NNB) kembali lagi di tahun 2025 dan akan berlangsung di Koloyan River Cottage, bertempat di Bau, Sarawak pada 2 Ogos 2025(Sabtu). Acara ini menghimpunkan pelbagai band di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara untuk berhimpun di satu tempat dan bersama-sama meraikan kepelbagaian di dalam muzik, sub-budaya dan sudah tentunya memupuk pertukaran budaya antara satu sama lain yang datang dari setiap pelosok Malaysia dan Asia Tenggara. Festival di anjurkan dengan kerjasama Skon Crew, Bandat Record Store dan Raja Dubai.
Sedikit sebanyak info tentang festival NNB; acara ini adalah dilakukan 100% dengan dana sendiri oleh komuniti-komuniti yang terlibat di dalam penganjuran NNB. Festival ini juga di lakukan sepenuhnya dengan semangat D.I.Y(Do It Yourself) dan tidak berlandaskan dengan apa-apa keuntungan. Festival NNB mengutamakan inklusivity, kreativity, dan kemesraan untuk setiap orang yang terlibat dari crew sehinggalah ke para pengunjung. NNB menjanjikan pengalaman yang unik dengan menggabungkan muzik, alam sekitar dan semangat komuniti bersama.
Sejarah penganjuran Noise Not Bombs pula telah berlaku semanjak tahun 2017 lagi dan pada ketika itu, ia dikenali sebagai NOT(A)FEST dan berlangsung di Kampung Tringgus Bong yang terletak di Bau, Sarawak. Selepas itu festival ini tidak dijalankan semula dan mendapat penjenamaan semula sebagai Noise Not Bombs pada tahun 2023 dan dianjurkan di Koloyan River Cottage. Selepas itu sehingga 2025, dengan semangat komuniti bersama, NNB terus menganjurkan festival ini dan sejak hari pertama penubuhannya, ia tetap terus dilakukan 100% menggunakan dana sendiri dengan kerjasama komuniti-komuniti yang terlibat.
Dari segi pemilihan band pula, NNB mengalu-alukan para band dan pelbagai jenis musisi dari genre yang berlainan untuk turut bersama menyertai festival ini. Walaupun teras jawatankuasa penganjur adalah daripada scene DIY Hardcore Punk, namun mereka memastikan bahawa setiap pemilihan band adalah dilakukan dengan penuh adil dan tidak berpandukan pada favoritism dan yang penting, band/musician tersebut tidak berpewatakan Rockstar.
Proses seleksi band dilakukan pada beberapa bulan sebelumnya, iaitu ketika NNB mengumumkan untuk para musisi menghantar pemohonan bagi menyertai festival ini. Setiap persembahan pula, masa adalah diletakkan sepanjang 30 minit untuk setiap band. NNB juga ada menawarkan servis pengangkutan percuma untuk band-band yang datang dari luar Sarawak, makanan halal dan token appresiasi untuk band-band yang turut serta di dalam festival ini dan ia adalah tertakluk kepada revenue yang di perolehi di acara ini. Para bands juga boleh mengetepikan token ini untuk kemudiannya dan sebagai tanda sokongan untuk acara NNB yang akan di adakan di masa hadapan. Pemilihan ahli jawatankuasa penganjur pula di lakukan secara kolaberasi dan berkordinasi bagi memastikan tidak akan berlaku pemilihan yang berat sebelah, hierarki dan bagi memastikan segalanya dilakukan dengan adil dan inklusif.
Tujuan NNB di anjurkan adalah bukan sekadar hanya ingin membuat festival muzik sahaja, tetapi adalah untuk meraikan budaya, persahabatan, dan menghargai alam sekitar. Visi NNB adalah untuk memaparkan bahawa Sarawak sebagai tempat yang berpotensi untuk menjadi hub budaya untuk apa jua jenis acara dan juga bagi melengkapi festival yang besar seperti Rainforest World Music Festival, akan tetapi di peringkat akar umbi. NNB juga memupuk semangat perpaduan dan pentingnya kebersamaan didalam menghadapi dunia yang penuh cabaran melalui pengalaman muzik yang di kongsi bersama.
Para pengunjung di galakkan untuk menghadiri acara ini kerana NNB menjanjikan keselesaan dan keselamatan untuk festival mini ini yang juga menawarkan air minuman percuma, makanan halal untuk para band, bilik untuk wanita sahaja, ruang sembahyang untuk para Muslim dan sudah tentunya food market.
Apa tunggu lagi? Ayuh ke festival Noise Not Bombs 2025 untuk hari yang di selubungi muzik, komuniti dan perkongsian budaya di Koloyan River Cottage bertempat di Bau, Sarawak. Jumpa kalian di sana pada 2 Ogos 2025(Sabtu)! Untuk mendapatkan tiket, boleh lah ke page Facebook atau Instagram Noise Not Bombs untuk tindakan selanjutnya.
Sebuah pop-up parti bernama ‘Drip & Drop‘ yang bertemakan muzik, makanan, dan kofi bakal berlangsung di Tables & Tales Food Hall pada 27 Julai 2025(Ahad), bermula dari jam 2.00pm sampai habis. Pop-up parti ini dianjurkan dengan kerjasama bersama antara AOK Records dan Sonic Syndicate. Antara Dj-Dj yang akan memutarkan muzik pada hari kejadian adalah Dan Idan, Rocatz dan Rezza.
Drip & Drop ini merupakan acara pertama anjuran AOK Records dan kolektif Dj Sonic Syndicate yang bertemakan suasana santai di sekeliling cafe dan di temani dj-dj yang akan memutarkan muzik elektronik dalam aliran Futurebeats, Deep House, Disco & Funk dan Afrobeats.
Dan Idan (Kanan)
“Sebagai sebahagian daripada orang yang berada di komuniti ini, kami ingin mencipta suatu siri yang boleh dibuat di waktu siang di mana orang ramai boleh berkumpul dan berkenalan dengan rakan-rakan baru dan juga menerokai muzik baharu sambil memperluaskan spektrum genre yang lebih luas dengan menawarkan alternatif baharu dalam berparti selain daripada perkara biasa di dalam suasana gelap.” – kata Hazim Shahidan yang juga merupakan co-organizer untuk acara ini dan dikenali sebagai Dan Idan dan juga merupakan co-founder untuk Sonic Syndicate juga.
Rocatz
Menurut Farouk Kamil dari AOK Records, yang juga co-organizer untuk acara ini bersama Hazim Shahidan, “Matlamat kami adalah untuk mewujudkan persekitaran yang inklusif, meluaskan demografi serta menyebarkan kesedaran tentang budaya muzik tarian sambil menghapuskan stigma yang menyelubungi tentang budaya muzik tarian.“
Rezza
Acara Drip & Drop ini adalah di buka untuk kehadiran orang ramai, kemasukan adalah percuma, anda hanya perlu beli air dan makanan di venue tersebut. Setiap Dj set akan di rekod dan di letak online di platform youtube. Kepada mereka yang ingin lepak, sambil mengopi, makan dan layan muzik bersama rakan-rakan dan keluarga, ayuh datang ke Tables & Tales Food Hall dan isi hujung minggu anda dengan makanan yang sedap dan muzik yang berkualiti.