Category

Discovery

Discovery, Featured, New Release

Band Yang Membawa Genre Oi! & Boss Reggae, Shavenkids Rilis Muzik Video ‘The Place That I Called Home’ di YouTube

Band Skinhead yang membawa genre Oi! / Boss Reggae iaitu Shavenkids telah meriliskan sebuah muzik video untuk lagu mereka ‘The Place That I Called Home‘. Lagu ini di riliskan dalam YouTube Shavenkids pada bulan October 2025 yang lepas dan juga boleh di dapati di platform Bandcamp.

Lagu ini di rekodkan di El Factory Records dan di mix & master oleh El Factory sendiri. Muzik video untuk lagu ini pula di buat oleh Lee Dee. Shavenkids telah meriliskan demo sejak 2011 dan mereka membawa muzik yang bergenrekan Oi! dan Boss Reggae dan selama 2 dekad semenjak penubuhan mereka dari 2006, inspirasi muzik Shavenkids adalah dari bunyi-bunyian muzik yang bergenrekan Oi!, Ska dan Boss Reggae. Tema-tema di dalam muzik Shavenkids pula penentangan dan sifat ikatan setiakawan. Ahli, ahli Shavenkids adalah terdiri daripada Farock(vokal), Syafiq(gitar), Mad(gitar), Zaim(bass), Zai(keyboard) dan Pijen(dram).

Steam lagu ‘The Place That I Called Home‘ dari Shavenkids di platform YouTube dan Bandcamp, dan jangan lupa untuk like, subscribe dan follow media sosial Shavenkids untuk mengetahui apa-apa perkembangan lanjut tentang mereka.

Discovery, New Release, News

Band Melodic Metalcore, Torture of Agony, Rilis Lirik Video ‘Between The Devil and The Ocean’ di YouTube

Band yang membawa irama muzik bergenrekan Melodic Metalcore iaitu Torture of Agony (TOA) telah melancarkan single debut mereka berjudul “Between The Devil and The Ocean” pada bulan Oktober lepas. Lagu ini merupakan luahan emosi tentang perjuangan dalaman dan keinginan untuk bangkit semula selepas melalui detik gelap dalam hidup.

TOA mula aktif sejak tahun 2022 dan secara rasmi ditubuhkan pada 3 Mac 2023. Barisan ahli mereka terdiri daripada Paul (vokal), Ian (gitar), Vince (gitar), Carl (bass) dan Ezekeal (dram). Mereka sebelum ini pernah membuat persembahan di beberapa gig sekitar Kuching seperti Sounds Good Feels Good, Borneo Propaganda, Neck Pain Gig dan Death to Decay II. Siapa yang pernah tengok mereka beraksi secara live pasti tahu tenaga yang dibawa memang luar biasa, kasar, jujur dan penuh semangat.

created by photogrid

TOA datang dengan gabungan riff berat, vokal penuh emosi dan bunyi yang bukan sahaja menggegarkan telinga, tapi juga menyentuh hati. Lagu ini di mix dan master oleh Gary Joseph yang juga merupakan pemain bass untuk band Deathcore, Exhale My Ozone. Artwork untuk lagu ini pula di cipta oleh Farid Syarmany, yang juga merupakan pemain gitar untuk band Groove Metalcore, Blindsided.

Single pertama mereka membawa tema tentang perasaan tersepit antara dua dunia yang bertentangan. “The Devil” menggambarkan sisi gelap seperti konflik dalaman, kesedihan dan trauma, manakala “The Ocean” melambangkan ketenangan dan proses penyembuhan diri. Dalam erti kata lain, lagu ini menggambarkan perjalanan seseorang daripada rasa kehilangan arah kepada titik penerimaan dan kedamaian.

Apabila didengar dengan teliti, pendengar akan dapat rasa gabungan antara emosi dan agresi yang kuat. Vokal Paul yang penuh jeritan emosi memberi kesan yang sangat raw dan jujur, seolah-olah menyalurkan perasaan yang ramai pernah rasa tapi tak mampu diluahkan. Lirik seperti“The heartbreak nobody knows, in the shadows where the darkness grows” memberi gambaran jelas tentang betapa beratnya beban yang dipikul secara senyap.

created by photogrid

Dari segi bunyi dan produksi, TOA mengekalkan DNA Melodic Metalcore klasik dengan sentuhan moden yang segar. Pengaruh daripada band seperti Parkway Drive, As I Lay Dying dan In Flames memang ketara, tetapi TOA berjaya mencipta identiti sendiri melalui cara penyampaian yang lebih emosional dan peribadi.

Bila didengar, lagu ini membawa pendengar masuk ke dalam dunia yang kelam tapi jujur. Ada sesuatu yang lebih dalam bila kita dengar dengan teliti, seolah-olah setiap nota dan vokal membawa beban emosi yang cuba dilepaskan. TOA seperti mahu buktikan bahawa metalcore tidak hanya tentang marah, tetapi juga tentang melepaskan dan menyembuhkan.

‘Between The Devil and The Ocean’ kini boleh didengar di YouTube. Kalau anda tengah cari lagu yang ada tenaga, emosi dan cerita tersendiri, lagu baru daripada Torture of Agony ni memang berbaloi untuk didengar. Jangan lupa untuk dengar lagu ini di YouTube subcribe page Torture of Agony. Jangan lupa juga untuk follow mereka di setiap platform media sosial mereka untuk mendapatkan apa-apa maklumat terbaru mengenai mereka.

 

Penulisan oleh – Rusydia

Discovery, Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Suara Seni, Inspirasi dan Muzik. Kenali Agusto, Seorang Artis Berbakat dari Sabah yang Mencipta Pelbagai Poster Gig Yang Menarik

Artis dari Kota Kinabalu, Sabah Agusto merupakan seorang artis yang banyak membuat poster untuk gig-gig underground di sekitar asia. Beliau mula melukis, menconteng sejak di bangku sekolah lagi. Minat beliau muncul dari membeli album-album dari band Hardcore Punk dalam bentuk kaset, CD, vinyl, dan seterusnya beliau mula melibatkan diri ke acara-acara D.I.Y(Do It Yourself) Hardcore Punk. Minat dan cinta beliau terhadap karya-karya dan sub-budaya Hardcore Punk mula melonjak naik. Antara kaset pertama yang di beli oleh Agusto adalah dari band Operation Ivy untuk album berjudul ‘Energy

Agusto

Pada masa itu juga, kawan-kawan Agusto juga adalah sebab minat dan cinta terhadap seni di dalam scene Punk semakin mendalam. Waktu itu juga, salah seorang daripada rakan sekolah menengah Agusto banyak berkongsi ilmu dengan nya dan ada membuat lukisan untuk kulit cover mix-tape .

Agusto mendapat inspirasi melalui seni-seni yang bersifat Dadaism, Avant-Garde, Constructivism Art, Anarcho-Punk, Japan Showa Era, serta Citypop. Antara artis-artis yang beliau jadikan sebagai rujukan adalah seperti Stenberg Brothers, Alexander Rodchenko, Winston Smith, Gee Vaucher, John Heartfield, Yamamura Toyonari, Shohei Otomo, Sean Fitzgerald, Stiv Bar-itch, dan Akihiko Sugimoto.

Bercakap mengenai bagaimanakah Agusto menggambarkan seni-seni yang di buat oleh beliau dan prosess pembuatannya, ini adalah apa yang di katakan oleh Agusto;

Media tools seperti photoshop dan illustrator adalah tools yang saya guna untuk meng-edit warna serta pemilihan typograhy (& susunan). Namun, satu perkara penting bagi saya sebelum mula menghasilkan sesuatu ilustrasi ialah mencapai keseimbangan dalam perkadaran pada lakaran visual — dengan mengambil kira dimensi komposisi serta hubungan antara ketinggian, kelebaran, dan kedalaman. Komunikasi juga adalah kuncinya. Saya mendapati bahawa menghasilkan ilustrasi yang hebat memerlukan peningkatan komunikasi dengan klien, sama ada individu atau band muzik. Saya sentiasa menyediakan beberapa pilihan lakaran kepada klien supaya mereka dapat membuat pilihan dan memberi maklum balas. Saya biasa nya meminta band muzik atau individu menilai lakaran saya terlebih dahulu sebagai proses kritikan dalam seni bagi tujuan membimbing proses kreatif saya. Walaupun menerima kritikan boleh menjadi sesuatu yang mencabar, ia adalah sebahagian penting dalam dunia seni. Jika saya tidak dapat menerima kritikan, saya percaya karya seni saya tidak akan seiring dengan semangat punk yang menghargai pemikiran kritikal. Oleh itu, proses kritikan yang membawa kepada pemikiran kritikal amat penting bagi saya. Saya sentiasa mengemas kini lakaran dan arah karya seni untuk memastikan kedua-dua pihak berpuas hati dan mencapai keputusan bersama dalam tugasan projek.

Menurut Agusto. Antara karya-karya yang paling beliau bangga sekali adalah membuat kolaj design termasuklah susun atur layout untuk buku Pangrok Sulap iaitu, ‘Sedekad Seni Merakyat‘. Agusto membuat kerja ini secara sepenuh masa dan beliau juga bekerja di kedai rekod kawan beliau iaitu Kambai Record Store bersama dengan kawan-kawan beliau yang lain iaitu Rizo, Ray dan Ian. Menurut Agusto juga, antara cabaran yang beliau hadapi di dalam dunia seni adalah mencari idea dan inspirasi untuk berkarya. Beliau banyak meluangkan masa menonton filem-filem yang dicipta dari tahun 70-an dan 80-an, dari era Zaman Edo di Jepun dan sehinggalah ke genre Sains Fiksyen Pasca-Apokaliptik. Agusto juga merupakan peminat filem-filem kultus karya Alejandro Jodorowsky kerana banyak mempunyai imej yang menggerikan, ganas, surealis serta gabungan unik antara mistik dan provokasi keagamaan.

Apabila di tanya berkenaan penggunaan Artificial Intelligence (A.I) di dalam dunia seni sekarang, Agusto tidak menafikan bahawa dengan perkembangan teknologi sekarang, memang mudah sekiranya siapa-siapa hendak membuat seni yang dijana oleh AI. Akan tetapi, mencipta seni dengan menggunakan hasil tangan sendiri adalah masih sangat memuaskan kerana; apabila pensel atau pen di lakar di atas kertas, perasaan itu adalah seolah-olah seperti Shikigami ataupun roh Yokai yang muncul dalam bentuk kertas tetapi boleh berubah rupa dan kadang-kadang tidak kelihatan. Agusto mengungkap kata-kata daripada Hayao Miyazaki yang juga merupakan founder untuk Studio Ghibli iaitu, “Do everything by hand, even when using the computer.” (Buat segalanya menggunakan tangan, walaupun menggunakan komputer).

Agusto pada ketika ini juga sedang meneruskan karya-karya peribadi beliau yang menumpukan pada lukisan tradisional tentang dunia Pagan Borneo yang lama iaitu Bobohizan dan sekiranya ada masa dan peluang, mungkin boleh menyertai apa-apa pameran seni yang ada. Untuk hasil karya Agusto yang terbaru ketika ini adalah rekaan poster untuk gig POGOWOLVES RIOT: KUCHING INFERNO yang akan berlangsung pada 25 October 2025(Sabtu), bermula dari jam 7.00pm sehingga habis! Bertempat di ruang acara VIBIN’ by Lek.. Tiket di jual pada RM30 di hadapan pintu dan gig ini juga akan menampilkan beberapa band-band lokal seperti, Dilarang Melarang, Serangga, dan Breath In Ocean. Gig ini dianjurkan oleh kerjasama bersama Noise Not Bomb, dan Skon Crew.

Discovery, New Release, News

Rapper/Producer, Emansushii Rilis Visualizer Lirik Video ‘Satu Tenaga’

Rapper Emansushii telah meriliskan single beliau dalam bentuk visualizer lirik video ‘Satu Tenaga‘ yang boleh di tonton di platform YouTube. Lagu tersebut pun boleh di dengari di setiap platform streaming muzik yang ada, seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan sebagainya. Lagu ini di mix & master oleh Emansushii sendiri dan visual untuk lirik video tersebut di buat oleh Yovng Imam.

Lagu ini adalah berkenaan tentang cinta dan telah berada di dalam archive Emansushii selama 2 tahun. Menurut Emansushii di dalam hebahan akhbar yang beliau hantar kepada kami, beliau mencari bunyi yang sesuai sebelum beliau yakin hendak meriliskan lagu ini. Jadi sepanjang 2 tahun ini, Emansushii telah bereksperimentasi dengan pelbagai bunyi sehingga beliau dapat mencari bunyi yang sempurna. Tetapi setelah beberapa kali bereksperimentasi, beliau akhirnya berpendapat bahawa, less is more.

Process pembikinan visualizer lirik video ini juga sama seperti pembikinan lagu ini. Semuanya dilakukan secara D.I.Y(Do It Yourself). Video di ambil di rumah sendiri dan editing di lakukan secara sendiri. Malahan pembuatan video ini juga merupakan suatu process pembelajaran buat Emansushii sendiri, kata beliau di dalam hebahan akhbar.

Sedikit info tentang Emansushii, beliau merupaka seorang Rapper, producer muzik dan penulis lagu yang bertempat di Kuching, Sarawak. Beliau mula membuat muzik pada sekitar umur 15 tahun dan mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan sub-budaya Hip-Hop. Menurut Emansushii, beliau jatuh cinta dengan muzik Hip-Hop ketika beliau dengan sepupu beliau menonton program MTV di kaca television sekitar tahun 2012.

Beliau mendapat pengaruh beliau dari artis seperti Armine, Pharrel Williams dan banyak lagi. Akan tetapi gaya yang cocok dengan Emansushii menurut beliau adalah gaya seperti Mac Miller dan Tyler the Creator serta pengaruh muzik Jazz juga. Pengaruh lokal pula adalah Sonaone, Alyph, Danve, Asyraf Hardy dan Sabbala.

Emansushii juga merupakan alumni UNIMAS(Universiti Malaysia Sarawak) di dalam Bachelor of Arts (Music) (Hons). Beliau juga merupakan pemain Chello di dalam orchestra. Menurut Emansushii, “Muzik bagi saya adalah lebih baik jika kita berada dalam situasi ataupun keadaan tertentu. Perasaan yang kita rasai pada masa itu adalah lebih tulen dan cara untuk kita mengeluarkan perasaan itu adalah dengan melakukan sesuatu yang kita dapat lakukan dengan senang dan selesa. Untuk saya pula, saya lakukan nya melalui muzik.”

Jangan lupa untuk dengar lagu Emansushii ‘Satu Tenaga‘ yang boleh didengari di setiap streaming platform dan tonton visualizer muzik video di channel YouTube Emansushii. Jangan lupa, like, subscribe dan share!

https://www.youtube.com/watch?v=PGZWmu5SDjE&list=RDPGZWmu5SDjE&start_radio=1

Discovery, New Release

Band Pop-Punk, The Emotionless Rilis MV untuk lagu ‘Jaga Manah’

Sebuah band yang memainkan irama Pop-Punk yang berasal dari Kuching, Sarawak, The Emotionless telah meriliskan sebuah muzik video terbaru untuk lagu mereka iaitu ‘Jaga Manah‘ yang boleh ditonton di channel YouTube Magna Entertainment Malaysia. Lagu ini adalah daripada album debut The Emotionless iaitu ‘Pengidup Ba Dunya Diatu‘.

Menurut band The Emotionless daripada hebahan akhbar yang di hantar, untuk lagu ini, mereka menuju ke arah lebih experimental dengan mengutamakan elemen Pop dan Ballad agar ia dapat lebih di terima untuk pendengar-pendengar muzik mainstream.

Lagu ‘Jaga Manah‘ ini menceritakan tentang keupayaan seseorang untuk menjaga dan mempertahankan hubungan cinta meskipun ditimpa konflik. Muzik video untuk lagu ini memudahkan para penonton untuk mendapat visualisi dan emosi yang henda band The Emotionless sampaikan, dimana watak lelaki tersebut mengalami keadaan hilang ingatan di sebabkan terlibat dalam kemalangan. Antara cara untuk berusaha mengembalikan ingatan beliau, simbolik cincin dan bunga digunakan sebagai gambaran kekuatan cinta pasangan tersebut.

Muzik video ini dihasilkan oleh Aldo dan dibantu oleh Biai dan muzik video ini juga diterbitkan di bawah Magna Entertainment. Lagu ini pula di Remastered oleh Kehem daripada Magna Entertainment. Jangan lupa untuk dengar lagu ini di setiap platform streaming muzik dan like dan subscribe lagu ini dan channel ini di YouTube.

Discovery, New Release, News

Rapper Arabyrd Rilis Lagu Irama R&B, Di Tujukan Khas Untuk Anak-nya.

Rapper Arabyrd telah meriliskan sebuah single dan muzik video terbaru beliau iaitu “Sky” yang boleh di dengari dan ditonton di setiap platform streaming muzik dan channel YouTube Arabyrd. Lagu ini ditulis oleh Arabyrd untuk anak lelakinya Syed Dris Al Edruce yang kini berusia 2 tahun dan juga sebagai masej daripada ibu untuk menemaninya dalam perjalanan hidupnya.

Walaupun Arabyrd adalah seorang Rapper, namun lagu Sky ini dibuat dalam rentak R&B. Muzik video untuk lagu ini juga di produce oleh Arabyrd sendiri dan diarahkan oleh Koh Khai. Setiap adegan dalam pengembaraan muzik video ini di ambil dengan penuh teliti di Sarawak dan digayakan dengan penuh niat. Video ini juga meraikan keindahan dunia di setiap hari dan bersesuaian dengan pesanan lirik lagu yang hendak di sampaikan. Lagu ini telah diriliskan secara rasminya di setiap platform streaming muzik pada 9th May 2025(Jumaat) dan muzik video untuk lagu ini telah di tayangkan dengan rasminya di YouTube pada 14 May 2025 (Rabu).

Menurut Arabyrd, lagu ini disiapkan dalam masa 2 hari selepas menerima beat dari penerbit Indonesia iaitu Emir Hermono. Sebahagian daripada proses rakaman ini pula dijalankan dari jauh. Lagu ini direkod di studio AOK Records, mix dan mastering lagu ini dibuat oleh Jeson Huang, rekoding engineer pula adalah dari Ethan John. Muzik video ini pula dirakam dalam hanya sehari sahaja di sebuah hotel di Santubong iaitu Cove55.

Jangan lupa untuk tonton muzik video daripada Arabyrd “Sky” di channel YouTube beliau dan jangan lupa untuk share, like dan subscribe!

Discovery, New Release

Rapper Radtheory Rilis EP terbaru ‘T. Redgrave’

Rapper yang dikenali sebagai Radtheory telah meriliskan EP beliau iaitu ‘T.Redgrave‘. EP ini boleh didapati di setiap streaming platform. Dalam EP ini terdapat 4 track dan tema utama yang ditekankan di dalam EP ini adalah isolasi, introspeksi dan komplexity emosi. EP ini memaparkan bakat yang ada pada Radtheory dalam menghasilkan karya yang menggambarkan dan mewakili dirinya dengan penceritaan yang jelas melalui lirik yang ditulis oleh nya.

Kesuluruhan EP ini adalah adalah di produce dan mix oleh Ziimusick yang juga merupakan antara alias Radtheory di dalam bidang produksi. Menurut Radtheory, ‘Dengan EP T.Redgrave, saya ingin mencipta sebuah pengalaman seolah-olah seperti berjalan di jalan yang gelap dan bandar noir.‘ Tambah Radtheory lagi, ‘Bunyi-bunyian yang dihasilkan juga adalah lebih moody, jalan penceritaan pula adalah lebih raw dan setiap note didalam lagu-lagu didalam EP ini membawa setiap cebisan atmosfera seperti apa yang saya bayangkan.

Artwork untuk EP ini dicipta oleh artis visual iaitu Ajo Kawir. Dengan seni yang cinematic dan visual urban yang memantapkan lagi aesthetic kepada cover EP ini.

Sedikit info mengenai Radtheory, beliau merupakan rapper yang menggabung pengaruh fusion muzik Jazz, Hip-Hop, dan R&B. Gaya lirikal Radtheory pula adalah dengan menggabungkan conscious rap, jalan cerita, sedikit nyanyian dan digabungkan dengan bunyi klasik Boom-Bap dan lirikal moden Jazz Rap. Sebelum ini, beliau juga pernah berkerjasama dengan beberapa undergroun Rapper lain seperti Mady Bee, Jaymhd7, Benzooloo dibawah nama Ziimusick dan banyak lagi.

Check out muzik Radtheory di setiap platform streaming dan jangan lupa, like, subscribe dan share!

Discovery, New Release

Band Duo 2Way Out Rilis Lirik Video “Lenyau feat Dimetio”. Mencari Penyanyi Yang Ingin Berkolaberasi

Sebuah band indipendent daripada Bintulu, Sarawak 2WayOut telah meriliskan sebuah lirik video untuk terbaru mereka iaitu “Lenyau feat Dimetio”. 2WayOut adalah sebuah band duo yang di anggotai oleh Richjess(gitar), dan Timothy(drums).

Sedikit info mengenai 2WayOut mereka terdiri daripada duo Richjess dan Timothy. Muzik yang di bawa oleh mereka banyak mendapat pengaruh daripada genre-genre Alternative Rock dan Muzik Rock secara general. Memandangkan band ini tidak mempunyai vokalis, untuk setiap rilisan yang di buat oleh 2WayOut, mereka akan berkolaberasi dengan mana-mana penyanyi yang berminat untuk berkolaberasi dengan mereka. Jadi, siapa-siapa yang menyanyi dan berminat untuk berkolaberasi dengan 2WayOut, boleh lah hubungi mereka dan seterusnya. Dengan ini, mereka berharap variasi-variasi penyanyi yang di featurekan di setiap lagu-lagu mereka, akan dapat membawa perisa baharu di dalam industri muzik Sarawak terutamanya industri muzik dalam bahasa Iban.

Check out lirik video “Lenyau feat Dimetio” dan jangan lupa, like , subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial!

Discovery, News

Kisah Cinta Menyayat Hati, “Teater Muzikal Laila Majnun” di Sekolah Seni Malaysia, Sarawak

Sebuah teater muzikal yang menggamit hati dan emosi berjudul Laila Majnun karya dari Zulfadly Kipli (Sang Rawi) bakal di persembahkan pada 23 dan 24 November 2024 (Sabtu & Ahad). Teater muzikal ini mengisahkan tentang cinta abadi yang tragis yang penuh dengan tekanan dan halangan diantara Laila dan Qaish. Sebuah kisah cinta yang menyayat hati sehingga salah seorang daripada mereka menjadi sakit asmara dan dituduh menjadi gila.

Teater muzikal Laila Majnun memaparkan barisan gabungan pelakon lama dan baru di Sarawak. Antara pelakon-pelakon tersebut adalah Heizlan Khan, Haneem Muhammad, Hasanah Hashim, Hazis Wahab dan Haslina Hasbi. Mereka menjanjikan para penonton dengan lakonan yang mendalam dan penuh emosi. Menurut kenyataan akhbar dari penganjur kepada teater muzikal ini, teater ini bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga bertujuan untuk menyampaikan kisah-kisah klasik ke pentas moden agar masyarakat dapat menghayati tentang arti dan keindahan nilai-nilai cinta, kesetiaan, dan pengorbanan yang dibawa oleh kisah Laila dan Qaish.

Teater Laila Majnun akan dipentaskan di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, dan persembahan akan bermula tepat pada jam 8.00pm pada 23 dan 24 November 2024(Sabtu & Ahad). Tiket pula akan dijual dengan harga RM15. Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian di laman web www.ticket2u.com.my ataupun melalui pautan laman media sosial rasmi Sang Rawi. Sekiranya orang ramai ada mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh juga hubungi Cik Jihan di atas talian +6014571488.

Dengan adanya teater muzikal ini, diharapkan ia dapat membuka ruang yang lebih luas bagi bakat-bakat tempatan untuk menyerlahkan semangat dan kebolehan mereka di dalam bidang seni dan kreatif serta memperkukuhkan lagi perkembangan industri teater dan seni di bahagian Sarawak.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan satu persembahan yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton. Teater Muzikal Laila Majnun menjanjikan malam yang penuh dengan keindahan seni, muzik yang menyentuh jiwa, serta lakonan yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam buat para penonton dan para penonton juga pasti akan terpesona dan tidak akan dapat melupakan malam mereka menonton “Teater Muzikal Laila Majnun“.

Discovery, Featured, News

Tempah Studio Jamming Melalui App High Castle

Sebuah app dicipta oleh High Castle telah dilancarkan bagi memudahkan proses untuk menempah jamming studio berdekatan dengan tempat tinggal anda. Dengan app ini, para pengguna terutamanya mereka yang bermain muzik dan ingin mencari tempat jamming atau untuk praktis suka-suka, boleh lah merujuk app ini untuk membuat tempahan studio jamming.

Menurut Elham Syah, yang juga merupakan founder kepada High Castle, ‘Aplikasi High Castle ini merupakan pintu kepada orang ramai yang bukan sahaja yang aktif bermain muzik, tapi juga kepada mereka yang berminat nak mencuba, atau yang sudah bermain muzik sebagai hobi. Ini adalah untuk lebih memudahkan mereka mendapat akses kepada studio jamming tanpa ada kerisauan tentang di pandang rendah sebab baru hendak bermula/meneroka dunia jamming dan dunia muzik lokal.’

Apabila di temubual tentang bagaimana terdetik ingin membuat aplikasi ini. Pada tahun 2016, ketika Elham pergi ke sebuah program MDEC(Malaysia Digital Economy Corporation), beliau banyak melihat platform aplikasi booking yang melibatkan freelance ataupun logistik yang di bangunkan oleh beberapa syarikat pemula(Startup). Namun,beliau perasan, tidak ada satupun aplikasi yang dibangunkan yang melibatkan dunia muzik. Seolah-olah ekosistem muzik di dalam dunia teknologi startup Malaysia tidak wujud langsung.

Menurut Elham lagi, beliau tidak ada background di dalan bidang IT, jadi beliau mengupah software developer untuk bersama beliau bagi menjayakan projek ini. Mereka mula mencari apa masalah yang perlu di selesaikan dan bila dah jumpa, mereka mula merangka rancangan. Elham bertindak sebagai lead untuk projek ini, dan disebabkan beliau tidak mempunyai latar belakang di dalam IT, beliau banyak berkomunikasi dengan para developer bersama dengan partner-partner yang lain untuk sama-sama membangunkan app ini.

Boleh di download di Appstore & Playstore sekarang!

Perjalanan untuk membuat app ini bukan lah mudah, kerana ia memakan banyak masa dan tenaga. Sepanjang projek ini dijalankan, Elham telah mengupah 3 developer berlainan. 2 developer terawal telah menarik diri daripada projek ini dan mengakibatkan beberapa perkara tersangkut setengah jalan. Akhir nya dengan developer ke-3, app ini berjaya disiapkan. Pelbagai mockup dibuat untuk app ini. Setiap testing dibuat akan ada kegagalan. Bila gagal, buat baru, test lagi, dan lagi. Perkara itu berlaku berulang-ulang kali sehingga akhirnya mereka puas dengan hasil yang ada. Projek ini mempunyai 4 orang development team. Seorang engineer, Elham sebagai customer relations, partner beliau Zul sebagai jaga studio development, dan seorang lagi adalah UI/UX(User Interface / User Experience) designer.

Menurut Elham lagi, dalam perjalan beliau untuk membangunkan prototaip app ini, modal yang di keluarkan kebanyakannya adalah dengan bootstrapping(menggunakan sumber dan aset sendiri). Beliau dan pasukan beliau pernah cuba untuk pitch dengan Angel Investor tetapi investor tersebut menarik diri pada saat akhir dan akhirnya Elham dan pasukan beliau bermula semula dari bawah dengan menggunakan sumber kewangan mereka sendiri.

Senarai studio-studio yang sudah berdaftar dengan app High Castle

Antara kelebihan app ini kepada pemilik studio jamming jika mereka menggunakan app ini adalah, segala urusan management dari segi booking akan di uruskan oleh app ini dan pemilik studio tidak perlu pening kepala dalam memikirkan urusan seperti pengurusan kewangan, pengurusan data dan marketing pun pihak High Castle akan uruskan.

Apabila di tanya tentang apakah rancangan High Castle app ini di masa hadapan, adakah akan ada penambahan features dia? Menurut Elham, ya. Dengan dunia teknologi, macam-macam boleh dilakukan, dan fungsi penempahan booking studio ini hanyalah satu permulaan sahaja. Dengan akhir kata, Elham berharap dengan adanya app sebegini di dalam scene muzik indie/underground, akan ada perubahan dan adaptasi kepada teknologi daripada penggiat-penggiat muzik lokal. Dengan itu, ia akan dapat membawa kepada perubahan kepada dunia muzik lokal dan sekitar rantau Asia Tenggara.

Sekiranya para pemilik studio ingin mendaftarkan studio mereka di app ini, kalian boleh lah menghubungi Mr. Castle di talian 011-31765976 dan mereka akan membantu anda di dalam prosess pendaftaran. Pihak High Castle hanya akan mengambil margin 10% dari pada setiap tempahan yang dilakukan. Apa tunggu lagi? Kepada pemilik studio, boleh lah daftar studio anda di app ini sekarang!