Rapper Emansushii telah meriliskan single beliau dalam bentuk visualizer lirik video ‘Satu Tenaga‘ yang boleh di tonton di platform YouTube. Lagu tersebut pun boleh di dengari di setiap platform streaming muzik yang ada, seperti Spotify, Apple Music, YouTube Music, dan sebagainya. Lagu ini di mix & master oleh Emansushii sendiri dan visual untuk lirik video tersebut di buat oleh Yovng Imam.
Lagu ini adalah berkenaan tentang cinta dan telah berada di dalam archive Emansushii selama 2 tahun. Menurut Emansushii di dalam hebahan akhbar yang beliau hantar kepada kami, beliau mencari bunyi yang sesuai sebelum beliau yakin hendak meriliskan lagu ini. Jadi sepanjang 2 tahun ini, Emansushii telah bereksperimentasi dengan pelbagai bunyi sehingga beliau dapat mencari bunyi yang sempurna. Tetapi setelah beberapa kali bereksperimentasi, beliau akhirnya berpendapat bahawa, less is more.

Process pembikinan visualizer lirik video ini juga sama seperti pembikinan lagu ini. Semuanya dilakukan secara D.I.Y(Do It Yourself). Video di ambil di rumah sendiri dan editing di lakukan secara sendiri. Malahan pembuatan video ini juga merupakan suatu process pembelajaran buat Emansushii sendiri, kata beliau di dalam hebahan akhbar.
Sedikit info tentang Emansushii, beliau merupaka seorang Rapper, producer muzik dan penulis lagu yang bertempat di Kuching, Sarawak. Beliau mula membuat muzik pada sekitar umur 15 tahun dan mempunyai minat yang mendalam terhadap muzik dan sub-budaya Hip-Hop. Menurut Emansushii, beliau jatuh cinta dengan muzik Hip-Hop ketika beliau dengan sepupu beliau menonton program MTV di kaca television sekitar tahun 2012.

Beliau mendapat pengaruh beliau dari artis seperti Armine, Pharrel Williams dan banyak lagi. Akan tetapi gaya yang cocok dengan Emansushii menurut beliau adalah gaya seperti Mac Miller dan Tyler the Creator serta pengaruh muzik Jazz juga. Pengaruh lokal pula adalah Sonaone, Alyph, Danve, Asyraf Hardy dan Sabbala.
Emansushii juga merupakan alumni UNIMAS(Universiti Malaysia Sarawak) di dalam Bachelor of Arts (Music) (Hons). Beliau juga merupakan pemain Chello di dalam orchestra. Menurut Emansushii, “Muzik bagi saya adalah lebih baik jika kita berada dalam situasi ataupun keadaan tertentu. Perasaan yang kita rasai pada masa itu adalah lebih tulen dan cara untuk kita mengeluarkan perasaan itu adalah dengan melakukan sesuatu yang kita dapat lakukan dengan senang dan selesa. Untuk saya pula, saya lakukan nya melalui muzik.”
Jangan lupa untuk dengar lagu Emansushii ‘Satu Tenaga‘ yang boleh didengari di setiap streaming platform dan tonton visualizer muzik video di channel YouTube Emansushii. Jangan lupa, like, subscribe dan share!
https://www.youtube.com/watch?v=PGZWmu5SDjE&list=RDPGZWmu5SDjE&start_radio=1