Category

Featured

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Festival Yang Dianjurkan Secara D.I.Y Sepenuhnya, ‘Noise Not Bombs’ Bakal Berlangsung di Koloyan River Cottage

Festival Noise Not Bombs(NNB) kembali lagi di tahun 2025 dan akan berlangsung di Koloyan River Cottage, bertempat di Bau, Sarawak pada 2 Ogos 2025(Sabtu). Acara ini menghimpunkan pelbagai band di sekitar Malaysia dan Asia Tenggara untuk berhimpun di satu tempat dan bersama-sama meraikan kepelbagaian di dalam muzik, sub-budaya dan sudah tentunya memupuk pertukaran budaya antara satu sama lain yang datang dari setiap pelosok Malaysia dan Asia Tenggara. Festival di anjurkan dengan kerjasama Skon Crew, Bandat Record Store dan Raja Dubai.

Sedikit sebanyak info tentang festival NNB; acara ini adalah dilakukan 100% dengan dana sendiri oleh komuniti-komuniti yang terlibat di dalam penganjuran NNB. Festival ini juga di lakukan sepenuhnya dengan semangat D.I.Y(Do It Yourself) dan tidak berlandaskan dengan apa-apa keuntungan. Festival NNB mengutamakan inklusivity, kreativity, dan kemesraan untuk setiap orang yang terlibat dari crew sehinggalah ke para pengunjung. NNB menjanjikan pengalaman yang unik dengan menggabungkan muzik, alam sekitar dan semangat komuniti bersama.

Sejarah penganjuran Noise Not Bombs pula telah berlaku semanjak tahun 2017 lagi dan pada ketika itu, ia dikenali sebagai NOT(A)FEST dan berlangsung di Kampung Tringgus Bong yang terletak di Bau, Sarawak. Selepas itu festival ini tidak dijalankan semula dan mendapat penjenamaan semula sebagai Noise Not Bombs pada tahun 2023 dan dianjurkan di Koloyan River Cottage. Selepas itu sehingga 2025, dengan semangat komuniti bersama, NNB terus menganjurkan festival ini dan sejak hari pertama penubuhannya, ia tetap terus dilakukan 100% menggunakan dana sendiri dengan kerjasama komuniti-komuniti yang terlibat.

Dari segi pemilihan band pula, NNB mengalu-alukan para band dan pelbagai jenis musisi dari genre yang berlainan untuk turut bersama menyertai festival ini. Walaupun teras jawatankuasa penganjur adalah daripada scene DIY Hardcore Punk, namun mereka memastikan bahawa setiap pemilihan band adalah dilakukan dengan penuh adil dan tidak berpandukan pada favoritism dan yang penting, band/musician tersebut tidak berpewatakan Rockstar.

Band-band yang akan beraksi pada festival muzik Noise Not Bombs nanti adalah, Caracal, Minority, Mair, Korxic, Mirthless, Ogoshi Rebels, No Kontrol, Lice To Kil, Dog Fight, Heroine, Crownoise, Tripping Haze Ceremony, Roses Are Black dan The Rollers

Proses seleksi band dilakukan pada beberapa bulan sebelumnya, iaitu ketika NNB mengumumkan untuk para musisi menghantar pemohonan bagi menyertai festival ini. Setiap persembahan pula, masa adalah diletakkan sepanjang 30 minit untuk setiap band. NNB juga ada menawarkan servis pengangkutan percuma untuk band-band yang datang dari luar Sarawak, makanan halal dan token appresiasi untuk band-band yang turut serta di dalam festival ini dan ia adalah tertakluk kepada revenue yang di perolehi di acara ini. Para bands juga boleh mengetepikan token ini untuk kemudiannya dan sebagai tanda sokongan untuk acara NNB yang akan di adakan di masa hadapan. Pemilihan ahli jawatankuasa penganjur pula di lakukan secara kolaberasi dan berkordinasi bagi memastikan tidak akan berlaku pemilihan yang berat sebelah, hierarki dan bagi memastikan segalanya dilakukan dengan adil dan inklusif.

Tujuan NNB di anjurkan adalah bukan sekadar hanya ingin membuat festival muzik sahaja, tetapi adalah untuk meraikan budaya, persahabatan, dan menghargai alam sekitar. Visi NNB adalah untuk memaparkan bahawa Sarawak sebagai tempat yang berpotensi untuk menjadi hub budaya untuk apa jua jenis acara dan juga bagi melengkapi festival yang besar seperti Rainforest World Music Festival, akan tetapi di peringkat akar umbi. NNB juga memupuk semangat perpaduan dan pentingnya kebersamaan didalam menghadapi dunia yang penuh cabaran melalui pengalaman muzik yang di kongsi bersama.

Para pengunjung di galakkan untuk menghadiri acara ini kerana NNB menjanjikan keselesaan dan keselamatan untuk festival mini ini yang juga menawarkan air minuman percuma, makanan halal untuk para band, bilik untuk wanita sahaja, ruang sembahyang untuk para Muslim dan sudah tentunya food market.

Apa tunggu lagi? Ayuh ke festival Noise Not Bombs 2025 untuk hari yang di selubungi muzik, komuniti dan perkongsian budaya di Koloyan River Cottage bertempat di Bau, Sarawak. Jumpa kalian di sana pada 2 Ogos 2025(Sabtu)! Untuk mendapatkan tiket, boleh lah ke page Facebook atau Instagram Noise Not Bombs untuk tindakan selanjutnya.

Featured

Lepak Petang di Sesi Mendengar Vinyl bersama Dj/Selektor Edycted di Rakta Dhatu Tattoo Studio

VIBIN’ by Lek. dan Rakta Dhatu akan menganjurkan sesi mendengar muzik vinyl secara exclusif iaitu ‘Lowtide Session‘ bertempat di Rakta Dhatu Tattoo Studio pada 22 Jun 2025 (Ahad) dari jam 5.00pm hingga 7.00pm. Sesi ini menampilkan seorang Dj dan selektor dari Kuala Lumpur; Edycted.

Edycted

Edycted dikenali dengan set Techno nya, tetapi kali ini Edycted akan tampil dengan sisi yang berbeza seperti House dan Disco menerusi set vinyl nya yang sendiri. Sesi yang akan dianjurkan di Rakta Dhatu Tattoo Studio ini juga merupakan sebuah ruang yang dibalut dengan visual dan koleksi seni yang unik, dan berdekorasi dengan elemen yang antik.

Rakta Dhatu Studio

Kemasuka ke Lowtide Session ini adalah percuma dan para pengunjung juga boleh menikmati kopi, mocktail serta pilihan kuih-muih tempatan yang dikurasi bagi melengkapkan sesi santai pada petang tersebut. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk acara ini, ‘Matlamat acara ini adalah untuk mewujudkan ruang yang memberi fokus kepada pendengaran secara sedar, pertukaran idea kreatif, dan membina komuniti—sebuah pengalaman audio yang dibalut dengan seni dan suasana yang mendalam.

Terletak di jantung bandar Kuching, Rakta Dhatu Studio buka sekadar studio tatu. Ia merupakan sebuah ruang misteri yang penuh dengan jiwa dan tradisi Borneo bertembung dengan seni moden di dalam suatu suasana yang mesra, terbuka dan selesa. Setelah ditubuhkan sejak empat tahun dahulu, studio ini juga berfungsi sebagai sebuah ruang seni kreatif yang terbuka. Mereka menyambut para pelukis, pemuzik, pereka dan pencipta dari pelbagai cabang seni untuk sama-sama berbincang dan berkolaberasi dari seni lukisan, muzik, reka bentuk moden dan sebagainya. Studio ini juga memberi peluang kepada pelbagai bentuk ekspresi seni.

Featured, Gig/Concert/Tour/

Malam Techno, Hardstyle dan Drum & Bass di Acara “Return To Bass”

Sebuah kolektif Dj dan muzik elektronik iaitu Return To Bass akan menganjurkan sebuah sebuah Rave di ruang acara Lek. pada 14 June 2025(Sabtu), bermula dari 9.00pm sampai habis! Return To Bass merupakan sebuah kolektif Dj dan muzik elektronik yang berasal dari Kuala Lumpur(KL) dan mereka telah menganjurkan pelbagai acara Rave dengan tema muzik dari Fast Breaks, Irama Hypnotik, Deep Rumbles dengan genre-genre dari Techno, House, DnB dan Hardstyle. Kali ini, mereka telah mengembangkan sayap mereka di Kuching Sarawak dengan kolaberasi bersama VIBIN’ by Lek.. Irama-irama yang akan dimainkan untuk acara kali ini pula adalah Berlin Minimal, Techno, Hardstyle dan Drum & Bass.

Antara Dj-Dj dari KL dan Kuching yang akan membuat persembahan adalah XO6ALLONS, Heuremin, Lohsyn, Stef, Voize dan Bassmienn.

Sedikit info tentang Dj-Dj yang akan membuat persembahan. XO6ALLONS adalah antara Dj underground dari Kuching yang sedang melakar nama di dalam scene Rave underground di Kuching. Bunyi-bunyian yang menjadi inspirasi kepada XO6ALLONS adalah didapati dari bunyi dari salah satu daripada kelab malam lagenda Techno di Berlin, Jerman, iaitu Berghain. Set  XO6ALLONS adalah lebih kepada Industrial, Hypnotic, Bass yang berat dan pada masa yang sama, beliau memasukkan juga bunyi dari genre lain dan mampu membancuh dengan lancar bagi merancakkan lagi para penari yang berada di lantai tarian. 

XO6ALLONS

Heuremin pula bukan lah nama asing di dalam scene Dj dan elektronik underground di Kuching, terutamanya bagi peminat Techno, Bass dan Breakbeats. Beliau merupakan sebahagian daripada kolektif Dj dan elektronik iaitu NWHR. Set beliau mampu membawa para penari menari seperti berada di alam lain. 

Heuremin

Gabungan 2 Dj iaitu Lohsyn dan Stef yang di kenali sebagai duo LOHST. Mereka berdua merupakan dua Dj yang bermain genre yang berbeza, akan tetapi mampu menggabungkan set mereka menjadi pengadunan yang lancar dan menarik. Ini adalah kerana set Lohsyn adalah lebih ke ara Drum & Bass dan Stef pula lebih kepada bunyi-bunyian Hardstyle. Dengan gabungan mereka bersama, pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan. 

Lohsyn dan Stef

Dj seterusnya pula adalah seorang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Dj dan hiburan malam di Kuching. Beliau adalah Voize M.I.A dan selain daripada Dj, beliau juga merupakan seorang Emcee dan guru Dj. Beliau juga pernah menyertai pertandingan KL MC Battle pada tahun 2008 dan mendapat tempat ke-2. Selain daripada itu, Voize mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam bidang Dj dan pernah bermain di beberapa kelab malam di seluruh Malaysia. Beliau juga pernah membuat persembahan di Mysterious World Music Festival 2014 bersama dengan 52 Dj lain dari seluruh dunia. Voize juga merupakan antara founder kepada kolektif M.I.A. 

Voize M.I.A

Seterusnya, seorang nama baru di dalam scene Dj underground Kuching dan juga peminat tegar kepada muzik Drum & Bass, Bassmienn. Berasal dari Kuching, beliau baru sahaja berkecimpung di dalam seni Dj dan muzik elektronik dalam setahun. Di sebabkan minat beliau yang mendalam terhadap seni Dj dan bunyi-bunyian Drum & Bass, beliau telah beberapa kali membuat persembahan Open Deck di ruang acara Lek. Sebuah acara di mana para Dj baru atau lama yang ingin membuat persembahan impromptu dan juga sebuah acara di mana mereka yang ingin belajar Dj boleh datang dan cuba belajar bersama Dj-Dj lain di Kuching. Bassmienn merupakan salah seorang daripada produk Open Deck di ruang acara Lek. yang di anjurkan oleh VIBIN’ by Lek..

Bassmienn

Jangan lupa untuk hadiri acara Return To Bass yang akan di anjurkan di ruang acara Lek., dengan kolaberasi bersama VIBIN’ by Lek.. Tiket kemasukan pula di jual dengan hanya berharga RM15 sebelum jam 10.00pm dan akan menjadi RM30 untuk kemasukan selepas 10.00pm. 

Featured, New Release, News

Band Pop-Jazz Swaiv rilis Muzik Video “Gawai Vibes” feat Max St Venus

Sebuah band yang memainkan irama gabungan Pop dan Jazz iaitu Swaiv telah meriliskan sebuah muzik video sempena Hari Gawai iaitu “Gawai Vibes feat Max St Venus” yang boleh di tonton di platform YouTube dan lagu tersebut boleh di dengari di setiap platform streaming muzik yang ada. Ahli band Swaiv adalah terdiri daripada Meryll Pearl @ Pearl(vokal), Rendall Ngumbang @ Rendall(drum), Adrian Meringai @ Adrian(bass) dan Wilson Anyie Daud @ Cecen(keyboard.

Muzik video di buat oleh Swaiv sempena sambutan Hari Gawai tahun 2025 dan juga sebagai membawa semangat kepestaan. Lagu ini juga adalah bergenrekan Elektropop dan menggabungkan penggunaan bahasa Iban dan juga Inggeris. Lagu ini dicipta dengan kolaborasi bersama Max St Venus(Marcellinus January) untuk bahagian gitar dan lagu ini juga di mix dan master oleh Gary Joseph dari Seventh Tribe Studio. Tidak seperti lagu-lagu Swaiv sebelum ini, lagu ini melodi nya dan aliran arahannya adalah diciptakan khas untuk memberi vibe parti sempena musik Gawai.

Dilancarkan pada 17 Mei 2025 (Sabtu), lepas, muzik video ini dirakamkan di Purrfect Studio. Sebuah venue yang ada menyediakan servis jamming, penganjuran acara dan kolaberasi seni. Muzik video ini diarahkan oleh Marcellinus January dan dibantu oleh Felix De Rezario sebagai penolong pengarah. Manakala Jamez Rezton dan Charles bertindak sebagai jurukamera dan key grip.

Menurut Swaiv melalui hebahan akhbar yang dihantar oleh mereka, “Idea utama Gawai Vibes adalah sangat mudah. Kami hanya mahu merakamkan suasana pada masa itu iaitu party Gawai Vibes. Apa yang anda lihat dalam video, itulah vibes pada masa itu. Terus terang, semasa rakaman dijalankan pun sudah terasa seperti Hari Gawai.”

Muzik video ini juga turut menampilkan rakan-rakan pemuzik dan artis-artis lokal seperti Steff Fleur, Danceversity, Hey! Leave A Message, Marvin Gayle, Zack, Dennis ET dan ramai lagi. Bakat kanak-kanak (Jven) juga turut serta bagi lebih mewarnakan dan memeriahkan suasana dengan beliau menari ngajat secara spontan apabila dipakaikan baju burung dan situasi tersebut adalah digambarkan oleh krew produksi sebagai momen yang “Pure Gold“.

Penyanyi Swaiv iaitu Pearl juga turut membawa bersama anak beliau Viggo sebagai penampilan istimewa di dalam video tersebut. Selain daripada itu, ketika pengembaraan muzik video ini sedang berlaku, band Punk-Rock Liberal Liberalis juga turut sama di dalam membuat pengambaraan muzik video ini kerana pada ketika muzik video ini hendak berlaku, mereka sedang melakukan sesi jamming. Dengan Maclicious sebagai team produksi, MV ini merupakan hasil kolaberasi dari awal sehingga akhir. Sesuai dengan posisi Purrfect Studio sebagai sebuah platform venue yang menyatukan semua elemen ini.

Swaiv merupakan sebuah band Pop-Jazz yang pernah bermain di beberapa festival muzik seperti Kuching Jazz Festival, What About Kuching, 4th ASEAN International Film Festival Awards(AIFFA), Yuna Homecomeing Concert(2012) dan banyak lagi.

Jangan lupa untuk tonton, like, subscribe dan share muzik video daripada Swaiv “Gawai Vibes feat Max St Venus” di YouTube!

Featured, Gig/Concert/Tour/

Gig ‘Neck Pain’ Memaparkan Band-band Metal/Hardcore dari Malaysia & Indonesia, Bertempat di Smoke of Borneo

Sebuah gig anjuran Blackwish Art Streetwear dan Horizon Entertainment berjudul ‘Straight Outta Pain – Chapter: Neck Pain 2025‘ akan berlangsung pada 17 Mei 2025 Sabtu, bertempat di Smoke Of Borneo, pada pukul 2.00pm sampai habis. Gig ini juga mendapat sokongan kerjasama antara Eden Records, Zimm Events dan RukunTV.

Gig ini akan memaparkan beberapa buah band dari Malaysia dan Indonesia dan menurut penganjur melalui hebahan akhbar yang di hantar oleh mereka, gig ini di anjurkan dengan harapan dapat mengeratkan lagi jaringan silaturahim antara peminat-peminat muzik di Malaysia dan Indonesia. Disebabkan pada gig lepas anjuran mereka yang bernama ‘Back Pain‘ mendapat sambutan yang hangat, mereka menjangkakan pada tahun ini akan ada sambutan yang lebih hangat lagi.

Ballad For Layla

Antara band-band yang akan membuat persembahan nanti adalah, Ballad for Layla(KL), Eden Adversary(Indonesia), Needless To be Forgiven, Path To Survive, Serangga, Torture of Agony, Fear The Awakening, Militant Attack, Exhale My Ozone, dan Selipar Jipun.

Penganjur menggalakkan gig goers, peminat muzik keras, dialu-alukan untuk datang dan bawa bersama anda rakan-rakan anda untuk memeriahkan lagi gig ini. Tiket pre-sale dijual dengan hanya RM40 dan tiket di hadapan pintu di jual dengan harga RM50. Akan ada merch-merch juga yang di jual oleh band-band yang membuat persembahan. Jangan lupa untuk bawa duit lebih juga. Sambil layan gig, sambil shopping gig.

Untuk mendapatkan tiket, boleh lah hubungi:

  • 014-3182905 = Derly
  • 011-69744684 = Aldo
Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Fast Culture 25: Festival Automotif dan Muzik Pertama di Sarawak

Sebuah Festival Auto & Muzik di Sarawak bakal berlangsung pada 3 & 4 May 2025(Sabtu & Ahad) bertempat di Stadium Sarawak. Acara ini bakal mencipta sejarah kerana acara ini merupakan acara pertama yang menggabungkan pameran automotif dan muzik di peringkat festival.

Apa yang menariknya tentang festival ini, ia bukan hanya memaparkan automotif-automotif dari Sarawak sahaja. Tetapi festival ini akan memaparkan pelbagai jenis automotif dari peserta-peserta sekitar Malaysia dan juga dari sekitar Asia dan juga Eropah. Antara negara-negara antarabangsa yang turut serta di dalam festival ini adalah datang dari Jepun, Thailand, Singapura, Brunei, Itali dan Australia.

Untuk bahagian muzik festival pula akan memaparkan persembahan-persembahan dari sekitar Malaysia dan Indonesia. Antara mereka yang akan membuat persembahan adalah Hujan, OAG, No Good, SOG, Joe Flizzow, SonaOne, Efek Rumah Kaca, White Chorus, Danilla, Feel Koplo, Biak Ijal(Irfan Aniq, Emansushii, Nofik, & Ziji.Q), Adruce Azman dan Drasska.

Menurut Adibazli Affendi yang juga merupakan penganjur utama untuk Fast Culture 2025; “Kami menjemput rakan-rakan dari Kuala Lumpur, Thailand, Jepun banyak lagi kerana kami mahu meletakkan Sarawak di dalam peta budaya automotif. Itulah sebabnya kami menganjurkan acara sebegini.” Dengan adanya festival sebegini dianjurkan di Sarawak, acara ini pasti dapat turut bersama didalam mempromosikan landskap dan budaya yang ada di Sarawak dan Sarawak boleh menganjurkan acara automotif dan muzik bertaraf antarabangsa.

Menurut penganjur mereka menyasarkan 700 hingga 1000 penyertaan automotif untuk acara ini dan mereka juga menyasarkan kehadiran pengunjung dapat mencecah sehingga 5000px dan ke atas. Harga tiket pula dijual pada:

1-Day All Access Pass

  • NP Standing: RM99
  • NP Rockzone: RM160

2-Days All Access Pass

  • NP Standing: RM180
  • NP Rockzone: RM300

Festival ini mendapat sokongan daripada Ministry of Tourism, Creative Industry & Performing Arts Sarawak(MTCP) Manakala penaja utama acara ini pula adalah OVAL GROUP, dan penaja bersama pula adalah OHS Holdings dengan kerjasama bersama Dewan Bandaraya Kuching Utara(DBKU).

Jangan lupa untuk hadiri ke festival ini, bawa rakan-rakan anda, bawa teman-teman anda dan bawa semua orang yang anda tahu dan meriahkan hujung minggu anda dengan melihat dan mengalami sendiri bakat-bakat yang ada di Sarawak! Dan juga, anda mungkin berpeluang untuk memenangi sebuah Toyota Alphard 3.0 dan percutian ke Jepun pada bulan Januari 2026! 

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Band Punk dari Korea Selatan Rumkicks Jelajah Kuching, Sarawak

Band Punk Rock dari berasal dari Seoul, Korea Selatan, Rumkicks akan bertandang ke Kuching Sarawak, bersempena dengan jelajah Asia Tenggara mereka. Gig jelajah Rumkicks di Kuching ini di bawa oleh Punkcaroba Entertainment di support oleh Rude Sounds Records, dan bakal di jalankan di Backdoor Studio pada 18 April 2025 (Jumaat) bermula pada jam 6.30pm sampai habis!

Rumkicks yang dikenali di kalangan peminat muzik Punk dengan lagu-lagu seperti Rude Girl Oi!, Don’t Touch My Head, Drinking Everyday, dan sebagainya. Gig jelajah Rumkicks di Asia Tenggara di sebelah Kuching, Sarawak ini bakal di sertai oleh beberapa band-band lokal seperti Dance On Your Grave, Kelibat, Blindsided dan Serangga.

Tiket Pre-Sale dijual dengan harga Rm55 dan dihadapan pintu pula di jual dengan harga Rm65. Untuk mendapatkan tiket boleh lah hubungi nombor 012-8503250.

Featured, New Release, Uncategorized

Band Deathcore Exhale My Ozone, Rilis MV terbaru ‘Euthanasia’ feat Joel dari Nimang Ensera

Band yang di kenali sebagai raja/sultan Deathcore Sarawak Exhale My Ozone telah meriliskan muzik video terbaru mereka iaitu ‘Euthanasia‘ dan boleh di tonton di channel youtube Eden Records. Lagu ini ada featuring bersama Joel daripada band Tribal Metal iaitu Nimang Ensera.

Lagu ini direkodkan di Seventh Tribe Studio dan muzik video ini dirakamkan di Backdoor Studio. Muzik video ini diarahkan oleh Theta Imaginary dan bertemakan kemusnahan diri dan perasaan ingin putus asa. Band Exhale My Ozone terdiri daripada Mag(vokal), Wahtson(gitar), Brendan(gitar), Gary(Bass) dan Immanuel(drum). Muzik video ini memaparkan model Alezxandria Kapple sebagai pelakon utama.

Menurut Mag, ‘Lagu Euthanasia ini menerokai tentang kemusnahan diri, perasaan ingin putus asa, dan seorang yang sentiasa terperangkap dalam persekitaran yang hidup yang negatif. Tanpa penebusan, sinar mereka mula perlahan-lahan menjadi gelap.‘ Tambah Gary pula, ‘Istilah Euthanasia adalah penderitaan dan kesengsaraan yang berterusan dan tidak dapat diubati. Dalam kes ini, ia bermakna perjuangan dengan suara hitam yang berada di dalam diri sendiri.

Check out music video terbaru daripada Exhale My Ozone ‘Euthanasia‘ featuring Joel daripada Nimang Ensera. Jangan lupa, like dan subscribe!

Featured, New Release

Band Shoegaze , Commemorate Bakal Meriliskan Self-Title Debut Album

Band yang memainkan irama Shoegaze iaitu Commemorate mengumumkan mereka akan mengeluarkan album sulung mereka pada 12 April 2025 (Sabtu) dengan rilisnya 2 single mereka iaitu Slow Down dan P.S (Please Stay). Dua lagu tersebut tersebut boleh didapati di setiap muzik streaming platform seperti Spotify, dan sebagainya.

Sedikit info mengenai Commemorate, mereka merupakan band yang memainkan muzik berirama Shoegaze dan berasal dari Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 5 ahli iaitu Sasha Ningkan(gitar & vokal), Irman Hilmi(gitar), Tariq Hamzah(gitar), Wan Hafiz(bass) dan Muhammad Naqi(drum). Mereka mendapat inspirasi mereka di dalam membuat muzik dengan merujuk kepada band-band perintis kepada Shoegaze seperti DIIV, My Bloody Valentine dan Slowdive.

Apa yang membuat band Commemorate berbeza dengan band Shoegaze lain adalah mereka menggabungkan bunyi-bunyian klasik Shoegaze dengan bunyi Dream Pop dan juga Post-Rock. Muzik mereka pasti akan memainkan emosi pendengar seperti kita tengah duduk di pantai dan dengar air laut yang pasang dan surut. Bunyi gitar yang mengiringi muzik Commemorate pula pasti akan membuat pendengar seperti berada di dalam keadaan sayu akan tetapi tetap wujudnya keindahan di dalam kesayuan.

Setiap ahli band Commemorate bukan lah asing di dalam dunia muzik indipendent/underground kerana sebelum tertubuhnya band ini, mereka aktif bermain di show-show underground sekitar Kuala Lumpur dengan band-band seperti 41, Crack Guilty, Damage Digital, Epaulard, i/am/rain, KLPHQ, Orbitcinta Benjamin, Reset to Zilch, dan Spacebar Collective.

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Battle of the Band di Eastern Mall Batu 17 Siburan

Sebuah Battle of the Band bakal berlangsung di Eastern Mall Batu 17 di Siburan pada 9 February 2025 (Ahad), bermula jam 6.00pm – 10.00pm. Pihak Eastern Mall menjemput orang ramai terutamanya peminat muzik rock untuk turut datang dan hadiri acara ini.

Battle of the Band ini akan berlaku pada 9 February 2025 (Ahad). Sekiranya anda mempunyai band dan berminat hendak menyertai Battle of the Band oleh Eastern Mall, boleh lah hubungi 011-10560551 di whatsapp untuk sebarang penyertaan. Yuran penyertaan pula adalah hanya RM200 sahaja. Setiap band yang menyertai pertandingan ini akan mempersembahkan 2 buah lagu dan pemenang akan mendapat hadiah sebanyak RM2000, tempat ke-2 RM1500 dan tempat ke-3 RM1000.

Jangan ketinggalan untuk menyaksikan Battle of the Band ini yang bakal memaparkan band-band berbakat yang menanti untuk ditemui oleh orang ramai. Bawa kawan-kawan, keluarga dan pasangan untuk mengisi masa lapang di hujung minggu bersama dengan mereka yang tersayang.