Band yang memainkan irama Shoegaze iaitu Commemorate mengumumkan mereka akan mengeluarkan album sulung mereka pada 12 April 2025 (Sabtu) dengan rilisnya 2 single mereka iaitu Slow Down dan P.S (Please Stay). Dua lagu tersebut tersebut boleh didapati di setiap muzik streaming platform seperti Spotify, dan sebagainya.
Sedikit info mengenai Commemorate, mereka merupakan band yang memainkan muzik berirama Shoegaze dan berasal dari Kuala Lumpur. Mereka terdiri daripada 5 ahli iaitu Sasha Ningkan(gitar & vokal), Irman Hilmi(gitar), Tariq Hamzah(gitar), Wan Hafiz(bass) dan Muhammad Naqi(drum). Mereka mendapat inspirasi mereka di dalam membuat muzik dengan merujuk kepada band-band perintis kepada Shoegaze seperti DIIV, My Bloody Valentine dan Slowdive.
Apa yang membuat band Commemorate berbeza dengan band Shoegaze lain adalah mereka menggabungkan bunyi-bunyian klasik Shoegaze dengan bunyi Dream Pop dan juga Post-Rock. Muzik mereka pasti akan memainkan emosi pendengar seperti kita tengah duduk di pantai dan dengar air laut yang pasang dan surut. Bunyi gitar yang mengiringi muzik Commemorate pula pasti akan membuat pendengar seperti berada di dalam keadaan sayu akan tetapi tetap wujudnya keindahan di dalam kesayuan.
Setiap ahli band Commemorate bukan lah asing di dalam dunia muzik indipendent/underground kerana sebelum tertubuhnya band ini, mereka aktif bermain di show-show underground sekitar Kuala Lumpur dengan band-band seperti 41, Crack Guilty, Damage Digital, Epaulard, i/am/rain, KLPHQ, Orbitcinta Benjamin, Reset to Zilch, dan Spacebar Collective.