Sebuah gig Enter The Dungeon 2 bakal berlangsung di ruang acara Lek. akan berlangsung pada 11 October 2025 (Sabtu) bermula dari jam 8.00pm sampai habis! Tiket di hadapan pintu akan di jual dengan hanya RM35 sahaja. Enter The Dungeon 2 kali ini dengan anjuran Skon Crew, akan berkolaberasi dengan SHUTDOWN KCH di mana gig kali ini akan menggabungkan band-band yang bermain denga genre irama Hardcore dan juga Hip-Hop.


Antara mereka yang akan membuat persembahan adalah Schiv(Hardcore Punk), H&L(Hardcore), Velvet Youth(Duo Fuzz Garage Punk), manakala untuk kumpulan-kumpulan Hip-Hop pula mereka adalah Montana, Biak Ijal(Irfan Aniq, NoFik, Emansushii, & Ziji.Q), dan Tikar Terbang.


Kolaberasi antara Skon Crew dengan SHUTDOWN KCH merupakan antara yang menarik kerana ia akan memecahkan rintangan dan halangan perbezaan genre muzik dan sub-budaya yang berlainan. Gig ini meraikan perbezaan dan kepelbagaian. Dengan penganjuran yang di buat di ruang acara Lek., yang sememangnya sebuah ruang acara yang unik di Kuching kerana mereka sering menjadi tempat penganjuran untuk pelbagai jenis sub-budaya, acara-acara kreatif, muzik, filem, makanan dan sebagainya. Dengan kerjasama daripada Studiorizer, Koko dari Zeus band, Bandat Records, dan Naqie sebagai designer poster, segala perancangan dan persediaan di dalam menjayakan gig ini dapat dijalankan dengan jayanya.


Para organizer untuk gig ini berharap, semangat kolaberasi tanpa mengira latar belakang sub-budaya dan genre muzik akan dapat terus di jalankan tanpa diskriminasi dan gig ini hanya lah permulaan untuk apa-apa perkara baru yang akan datang di scene muzik dan sub-budaya Kuching.
