Sebuah gig penutupan di Kuching, Sarawak, anjuran Skon Crew dan Thermal Shadow iaitu One Last Dance Vol.1 bakal berlangsung di ruang acara Lek. Gig ini akan berlangsung pada 30 Disember 2025 (Selasa), bermula dari jam 7.00pm sampai habis!
Sebuah Rave bakal berlangsung di ruang acara LEK., dan acara ini akan menampilkan Dj-Dj wanita. Bagi meraikan wanita di dalam scene Dj di Kuching, acara Lady Luck 2 ini akan berlangsung pada 12 Disember 2025 (Jumaat), bermula dari jam 9.00pm sampai habis. Dengan menampilkan beberapa Dj wanita di dalam scene Dj underground di Kuching, acara ini berkomitment untuk mengangkat bakat-bakat wanita di dalam scene muzik elektronik di Sarawak.
Dora
Berikutan kejayaan edisi pertama Lady Luck, edisi ke-2 ini akan meneruskan misinya di dalam mempromosi dan mengangkat wanita di dalam bidang Dj. Antara Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian di LEK. nanti adalah Dora, Kara Elle, Intan, dan Miamor.
Kara Elle
Lady Luck 2 menjanjikan pilihan muzik dari pelbagai genre, dari House, Baile Funk, Trap, Techno dan macam-macam lagi. Para penganjur menggalakkan orang ramai untuk datang dan berekspresif di lantai tarian. Tiket kemasukan adalah hanya RM12 untuk para wanita dan RM30 untuk para lelaki.
IntanMiamor
Tujuan Lady Luck di anjurkan adalah untuk mewakili gerakan di dalam memperkasakan dan menguatkan golongan wanita di dalam ekosistem kreatif sambil membentuk komuniti dan landskap muzik elektronik bagi wanita di scene underground Dj di Kuching.
Sebuah band duo New-Wave/Post-Punk daripada Purbalingga, Indonesia iaitu Sukatani akan bertandang ke Kuching, Sarawak pada 30 November 2025(Ahad). Mereka akan membuat persembahan di ruang acara Lek. dan persembahan pertama akan bermula pada jam 8.00pm. Gig ini dianjurkan oleh Klab77 dan akan memaparkan 3 buah band tempatan sebagai persembahan pembukaan.
Antara band-band yang akan membuat persembahan pembukaan nanti adalah Kelibat, Schiv dan Mortara. Sukatani merupakan sebuah band duo New-Wave/Post-Punk di mana lagu-lagu mereka banyak menyuarakan tentang kritikan sosial yang sering di alami dan di lalui oleh masyarakat setempat yang tidak dapat menyuaraka suara mereka. Kelibat pula merupakan sebuah band Alternative Rock dimana bunyi yang mereka bawa akan membawa para pendengar kembali seperti ke era 90-an. Schiv pula membawa bunyi-bunyian gabungan Hardcore dan Punk yang keras dan Raw yang pasti membuat telinga, kepala dan badan anda bergerak melepaskan segala amarah yang telah lama terpendam di dalam diri. Mortara pula merupakan sebuah band baru dan acara ini merupakan debut untuk Mortara dan mereka pula membawa bunyi-bunyian Post-Punk dan Deathrock.
Jangan lupa untuk datang ke ruang acara Lek. dan dapatkan tiket anda di link ini. Tiket dijual dengan harga hanya RM50 sahaja dan tidak akan di jual di hadapan pintu.
Malam Techno, kembali lagi di ruang acara Lek. pada 18 October 2025(Sabtu), bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tiket dijual pada harga RM25 untuk pre-sale dan RM40 di hadapan pintu. Acara yang dinamakan VBN: KLUBNACHT ini yang di bawa oleh VIBIN’ by Lek. kembali dengan Dj-Dj yang akan memainkan muzik elektronik di dalam bunyi-bunyian Techno di alam Minimal, Hardgroove, dan Hypnotic. Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian nanti adalah XO 6alloons dan KAÏ. Malam ini juga akan memaparkan permainan visual daripada Bima Tanaka dan juga Rahaf.
Sedikit info mengenai Dj-Dj yang akan memutarkan irama di lantai tarian nanti, KAÏ merupakan seorang Dj yang berasal dari Johor Bahru dan beliau sangat aktif di dalam membentuk scene underground elektronik di sana. Beliau adalah founder untuk Kai Invites, sebuah platform yang menghubungkan Dj, artis dan komuniti-komuniti melalui minat yang di kongsi bersama. Melalui muzik dan kerja-kerja beliau, KAÏ terus membawa dunia muzik elektronik underground di Malaysia melalui eksperimentasi dan perpaduan bersama.
XO 6alloons pula adalah seorang Dj yang berasal dari Kuching, Sarawak dan kurasi muzik beliau adalah mendapat pengaruh daripada bunyi-bunyian yang datang dari German. Set beliau adalah lebih kepada bunyi-bunyian Techno seperti Industrial, Hypnotic, Minimal, dan apa-apa yang datang dari Berlin. Namun begitu, beliau juga merupakan seorang Dj yang versatile kerana beliau boleh memutarkan pelbagai jenis genre muzik tanpa ada perasan ketika set beliau kerana setiap transition yang beliau lakukan adalah sungguh lancar.
Selain daripada Dj, artis visual iaitu Bima Tanaka dari Indonesia dan juga Rahaf daripada Egypt(Mesir) akan berkolaberasi di dalam membuat ruang acara Lek. menjadi sebuah canvas visual sambil berinteraksi dengan bunyi. Bima Tanaka merupakan seorang artis visual yang mendapat inspirasi melalui dunia 3D dan digital kinetik. Dengan membawa seni visual beliau yang mendapat inspirasi daripada budaya-budaya yang terdapat di Asia Tenggara. Rahaf pula merupakan seorang artis visual daripada Mesir dan sekarang tengah membuat PhD di dalam Art Therapy. Pada acara ini, beliau akan membawa sebuah visual yang penuh dengan emosi sambil menerokai cahaya abstrak sebagai alat untuk tenang, huru-hara dan untuk santai.
Kolaberasi-kolaberasi ini menjanjikan bukan hanya pengalaman muzik, tetapi mereka yang datang ke acara ini akan dapat merasai pengalaman visual yang di kurasi oleh artis-artis yang berbakat. Sekiranya anda adalah peminat muzik elektronik, peminat underground Rave, atau sekadar ingin mengeksplorasi dunia ini, ayuh, datang dan bawa rakan-rakan anda!
Sebuah gig Enter The Dungeon 2 bakal berlangsung di ruang acara Lek. akan berlangsung pada 11 October 2025 (Sabtu) bermula dari jam 8.00pm sampai habis! Tiket di hadapan pintu akan di jual dengan hanya RM35 sahaja. Enter The Dungeon 2 kali ini dengan anjuran Skon Crew, akan berkolaberasi dengan SHUTDOWN KCH di mana gig kali ini akan menggabungkan band-band yang bermain denga genre irama Hardcore dan juga Hip-Hop.
Kolaberasi antara Skon Crew dengan SHUTDOWN KCH merupakan antara yang menarik kerana ia akan memecahkan rintangan dan halangan perbezaan genre muzik dan sub-budaya yang berlainan. Gig ini meraikan perbezaan dan kepelbagaian. Dengan penganjuran yang di buat di ruang acara Lek., yang sememangnya sebuah ruang acara yang unik di Kuching kerana mereka sering menjadi tempat penganjuran untuk pelbagai jenis sub-budaya, acara-acara kreatif, muzik, filem, makanan dan sebagainya. Dengan kerjasama daripada Studiorizer, Koko dari Zeus band, Bandat Records, dan Naqie sebagai designer poster, segala perancangan dan persediaan di dalam menjayakan gig ini dapat dijalankan dengan jayanya.
Velvet Youth
Montana
Para organizer untuk gig ini berharap, semangat kolaberasi tanpa mengira latar belakang sub-budaya dan genre muzik akan dapat terus di jalankan tanpa diskriminasi dan gig ini hanya lah permulaan untuk apa-apa perkara baru yang akan datang di scene muzik dan sub-budaya Kuching.
Sebuah acara underground Rave iaitu ‘TranceFuze‘ anjuran Fuze Up akan berlangsung pada 8 Ogos 2025(Jumaat) di ruang acara Lek., akan berlangsung bermula dari jam 10.00pm sehingga habis. Tiket di jual dengan harga RM20 sekiranya anda datang sebelum jam 10.00pm. Sekiranya anda datang selepas jam 10.00pm, tiket akan di jual dengan harga RM30. Acara ini akan memaparkan Dj-Dj yang akan memainkan muzik Trance dan fusion dengan genre lain juga.
Acara ini akan bertemakan Dj-dj yang akan memainkan muzik berirama Trance dan juga sebahagian genre lain, akan tetapi, genre utama yang akan menjadi tumpuan untuk acara ini adalah muzik Trance. Acara Rave ini juga merupakan acara Trance pertama yang akan berlangsung di Kuching untuk tahun 2025.
Antara Dj-dj yang akan memutarkan muzik untuk lantai tarian pada TranceFuze nanti adalah Jorl, Godfrey, Zane, Rush, Chonky, dan BigKhai. Jangan lupa untuk datang ke ruang acara Lek. pada 8 Ogos 2025
Parti Afro Rhythm kembali lagi dan kali ini dengan edisi ke-3 pula. Afro Rhythm merupakan sebuah parti dimana para-para Dj akan memutarkan muzik-muzik yang berirama Amapiano, Afrobeats dan sewaktu dengan nya. Acara ini akan di adakan pada 28 June 2025(Sabtu), bermula dari jam 10.00pm sampa habis di ruang acara Lek. dengan anjuran bersama VIBIN’ by Lek. dan SFDP(Same Face Different Places).
Antara Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian adalah Kiyoshi yang akan back-to-back(B2B) bersama dengan Dan Idanfeat dengan Armand yang akan bermain Saxophone, Oniiiboys x MC Nosho dari Indonesia dan Rezza. Tiket dijual dengan hanya RM30 dan hanya di jual untuk pre-sale sahaja. Akan tetapi di sebabkan setiap parti Afro Rhythm sebelum ini terus mendapat sambutan yang hangat, maka jumlah tiket terpaksa dihadkan dengan hanya 200px sahaja. Untuk menempah tiket, boleh lah klik di link ini.
Sedikit info mengenai Dj-Dj yang akan mengawal lantai tarian; Kiyoshi dan Dan Idan merupakan antara 2 Dj yang berasal dari Kuching dan sangat aktif di dalam underground parties lokal. Ini merupakan B2B pertama mereka berdua dalam memainkan muzik dalam genre Afrobeats dan Amapiano. Mereka berdua juga merupakan founder kepada kolektif Dj SFDP. Kedua-dua mereka akan diiringi oleh Armand yang akan bermain Saxophone di kala muzik yang dimainkan oleh Kiyoshi dan Dan Idan berkumandang.
Kiyoshi
Dan Idan
Armand merupakan seorang saxophonist professional dan sekarang tengah melanjutkan pengajian di dalam Mastar’s in Music Education di UiTM. Beliau juga merupakan geraduan dalam Jazz di Royal Birmingham Conservatoire dan beliau juga pernah membuat persembahan di hadapan Yang Di-Pertuan Agong dan juga Perdana Menteri Malaysia. Beliau juga pernah bermain Jazz di Albert Schloss pada Sukan Komenwell 2022 Birmingham. Sememangnya persembahan beliau bersama dengan Kiyoshi dan Dan Idan adalah sesuatu yang sangat dinanti-nantikan.
Armand
Seterusnya adalah Oniiiboys & MC Nosho. Mereka berdua adalah duo daripada Pontianak, Kalimantan, Indonesia dan juga merupakan daripada kolektif Wazi Vibes. Mereka di kenali kerana tenaga mereka yang liar dan keupayaan mereka di dalam mengadunkan bunyi-bunyian R&B, Hip-Hop, Afrobeat, Amapiano dan Baile Funk. Mereka berdua juga sangat aktif di dalam scene parti underground di Indonesia dan segala apa yang mereka lakukan adalah untuk terus memastikan interaksi antara mereka dan para hadirin tidak akan putus dan tenaga di lantai tarian tidak akan berhenti.
Oniiiboys
MC Nosho
Dan tidak dilupakan, antara hero di dalam genre Afrobeat, Amapiano, Afro House dan Future Club edits di Kuching; Rezza. Gaya dan bunyi yang dimainkan oleh set-set Rezza adalah sangat lancar dan unik sehingga dapat membuat lantai tarian berada dalam keasyikan dengan irama yang global. Dengan rasa yang tersendiri, Rezza memastikan palet muzik beliau akan terus dan sentiasa berkembang dan penyampaiannya di lantai tarian sudah pasti dapat di rasai oleh mereka yang berada di lantai tarian.
Rezza
Jangan lupa untuk hadiri Afro Rhythm III yang akan bertempat di ruang acara Lek. kerana kali ini, tiket adalah terhad dan bagi mereka yang meminati muzik bergenrekan Amapiano, Afrobeats dan sewaktu dengannya, dan juga bagi mereka yang ingin menerokai bunyi ini, jangan lepaskan peluang ini untuk menerokai alam tarian yang pasti membuat pinggang dan punggung anda bergerak kekiri dan kekanan tanpa henti.
Sebuah kolektif Dj dan muzik elektronik iaitu Return To Bass akan menganjurkan sebuah sebuah Rave di ruang acara Lek. pada 14 June 2025(Sabtu), bermula dari 9.00pm sampai habis! Return To Bass merupakan sebuah kolektif Dj dan muzik elektronik yang berasal dari Kuala Lumpur(KL) dan mereka telah menganjurkan pelbagai acara Rave dengan tema muzik dari Fast Breaks, Irama Hypnotik, Deep Rumbles dengan genre-genre dari Techno, House, DnB dan Hardstyle. Kali ini, mereka telah mengembangkan sayap mereka di Kuching Sarawak dengan kolaberasi bersama VIBIN’ by Lek.. Irama-irama yang akan dimainkan untuk acara kali ini pula adalah Berlin Minimal, Techno, Hardstyle dan Drum & Bass.
Sedikit info tentang Dj-Dj yang akan membuat persembahan. XO6ALLONS adalah antara Dj underground dari Kuching yang sedang melakar nama di dalam scene Rave underground di Kuching. Bunyi-bunyian yang menjadi inspirasi kepada XO6ALLONS adalah didapati dari bunyi dari salah satu daripada kelab malam lagenda Techno di Berlin, Jerman, iaitu Berghain. Set XO6ALLONS adalah lebih kepada Industrial, Hypnotic, Bass yang berat dan pada masa yang sama, beliau memasukkan juga bunyi dari genre lain dan mampu membancuh dengan lancar bagi merancakkan lagi para penari yang berada di lantai tarian.
XO6ALLONS
Heuremin pula bukan lah nama asing di dalam scene Dj dan elektronik underground di Kuching, terutamanya bagi peminat Techno, Bass dan Breakbeats. Beliau merupakan sebahagian daripada kolektif Dj dan elektronik iaitu NWHR. Set beliau mampu membawa para penari menari seperti berada di alam lain.
Heuremin
Gabungan 2 Dj iaitu Lohsyn dan Stef yang di kenali sebagai duo LOHST. Mereka berdua merupakan dua Dj yang bermain genre yang berbeza, akan tetapi mampu menggabungkan set mereka menjadi pengadunan yang lancar dan menarik. Ini adalah kerana set Lohsyn adalah lebih ke ara Drum & Bass dan Stef pula lebih kepada bunyi-bunyian Hardstyle. Dengan gabungan mereka bersama, pasti akan menjadi pengalaman yang tidak dapat dilupakan.
Lohsyn dan Stef
Dj seterusnya pula adalah seorang yang sudah lama berkecimpung dalam dunia Dj dan hiburan malam di Kuching. Beliau adalah Voize M.I.A dan selain daripada Dj, beliau juga merupakan seorang Emcee dan guru Dj. Beliau juga pernah menyertai pertandingan KL MC Battle pada tahun 2008 dan mendapat tempat ke-2. Selain daripada itu, Voize mempunyai pengalaman yang sangat luas di dalam bidang Dj dan pernah bermain di beberapa kelab malam di seluruh Malaysia. Beliau juga pernah membuat persembahan di Mysterious World Music Festival 2014 bersama dengan 52 Dj lain dari seluruh dunia. Voize juga merupakan antara founder kepada kolektif M.I.A.
Voize M.I.A
Seterusnya, seorang nama baru di dalam scene Dj underground Kuching dan juga peminat tegar kepada muzik Drum & Bass, Bassmienn. Berasal dari Kuching, beliau baru sahaja berkecimpung di dalam seni Dj dan muzik elektronik dalam setahun. Di sebabkan minat beliau yang mendalam terhadap seni Dj dan bunyi-bunyian Drum & Bass, beliau telah beberapa kali membuat persembahan Open Deck di ruang acara Lek. Sebuah acara di mana para Dj baru atau lama yang ingin membuat persembahan impromptu dan juga sebuah acara di mana mereka yang ingin belajar Dj boleh datang dan cuba belajar bersama Dj-Dj lain di Kuching. Bassmienn merupakan salah seorang daripada produk Open Deck di ruang acara Lek. yang di anjurkan oleh VIBIN’ by Lek..
Bassmienn
Jangan lupa untuk hadiri acara Return To Bass yang akan di anjurkan di ruang acara Lek., dengan kolaberasi bersama VIBIN’ by Lek.. Tiket kemasukan pula di jual dengan hanya berharga RM15 sebelum jam 10.00pm dan akan menjadi RM30 untuk kemasukan selepas 10.00pm.
Sebuah acara Rave bakal berlangsung di ruang acara Lek., pada 6 June 2025(Jumaat), bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tema untuk rave ini adalah ‘Lady Luck‘. Ini bermaksud acara ini adalah meraikan komunitas wanita di dalam scene Dj dan Rave di Kuching dan semua Dj yang akan mengawal lantai tarian adalah dari wanita-wanita yang berpengaruh di dalam scene Dj Underground Kuching-Brunei. Mereka adalah Intan dan Miamor dari Kuching dan Kara Elle dari Brunei. Tiket dijual dengan hanya RM10 untuk para wanita dan RM25 untuk para lelaki.
Sedikit info mengenai Dj-Dj ini; Miamor adalah seorang Dj dari Kuching yang menerokai bunyi-bunyian yang berlainan. Dari irama Baile Funk dan Trap, sehinggalah ke Pop-Edits yang bisa membuat lantai tarian bergerak. Menurut hebahan akhbar yang di hantar untuk acara ini, walaupun Miamor masih baru di dalam scene Rave Underground di Kuching, tetapi sikap beliau yang sentiasa ingin tahu tentang bagaimana hendak mendekati setiap set dengan fikiran yang terbuka dan sentiasa fokus dengan apa-apa perkara yang bagi beliau adalah baik untuk diri sendiri dan untuk orang ramai ketika memainkan set beliau.
Miamor
Perjalanan Miamor sebagai Dj bermula sebagai sebuah eksperimentasi kreatif didalam usaha beliau untuk lebih menggali lebih dalam untuk rasa cinta terhadap muzik dan mempelajari sesuatu yang baharu. Rasa ingin tahu itu berevolusi menjadi semangat untuk mencipta sebuah set yang boleh mencetuskan kegembiraan di lantai tarian.
Dj seterusnya pula adalah juga dari Kuching, iaitu Intan. Bukan lah nama asing di dalam scene Dj Underground Kuching, kemunculan Intan di dalam scene Dj dan muzik elektronik bermula pada tahun 2023. Sejak itu, Intan mula memahatkan nama beliau di dalam komunitas Dj wanita lokal dengan set yang ceria, bertenaga dan penuh semangat. Beliau mula bermain dengan irama-irama seperti House, Melodic House, dan Techno. Dengan peredaran masa dan pengembaraan beliau dalam menerokai dan terus menggali bunyi-bunyian yang wujud di dalam Dance Music, Intan terus berdedikasi dan berevolusi untuk mencipta pengalaman muzik yang tidak dapat dilupakan dan membuka jalan lebih luas untuk pemilihan muzik yang lebih inklusif serta kepelbagaian untuk orang ramai di lantai tarian.
Intan
Dj ketiga di dalam lineup untuk acara ini pula adalah Kara Elle. Berasal dari Brunei, beliau sangat aktif dalam bermain di beberapa gig di sekitar Asia Tenggara. Dengan pengalaman sebanyak 10-tahun, Kara Elle telah menghasilkan bunyi yang berbeza dengan melenturkan beberapa genre muzik elektronik yang dibina berdasarkan gerak hati dan hubungan yang dicipta menerusi lantai tarian bersama orang ramai. Perjalanan beliau di dalam scene Dj ini bermula di Kuala Lumpur, Malaysia. Pada ketika itu, beliau bermain di beberapa acara peribadi dan bermain menggunakan set peribadi beliau.
Kara Elle
Semenjak debut beliau, dan dengan pengalaman yang beliau perolehi, Kara Elle terus membuat beberapa persembahan di sekitar rantau Asia Tenggara selain dari Malaysia seperti Singapura, Thailand, Kemboja sudah tentunya di negara kelahiran beliau iaitu Brunei. Dengan pengalaman yang beliau ada, Kara Elle boleh menerangi lantai tarian dengan set beliau yang sangat Melodic dan penuh magnetic. Kara Elle juga bakal mengembangkan sayap beliau di negara barat kerana baru-baru ini, Kara Elle telah dijemput untuk menghasilkan set secara langsung di rancangan Downtown Tulum Radio Show, Mexico.
Jangan lupa, untuk hadiri acara exclusif Lady Luck di ruang acara Lek., di bawa oleh VIBIN’ by Lek, pada 6 June 2025, bermula dari jam 10.00pm sampai habis! Tiket dijual dengan hanya RM10 untuk para wanita dan RM25 untuk para lelaki.
Sebuah gig bernama “No Sun Show” akan berlangsung pada 26 April 2025(Sabtu) di ruang acara Lek., bermula dari jam 9pm sampai habis! Gig ini di anjurkan dengan kerjasama Yang Terlibat serta Go!Kebes dan di sokong sepenuhnya oleh VIBIN’ by Lek., dan Appleseeds Studio.
Gig ini seperti namanya, akan berlangsung sehingga ke lewat malam kerana, kadang-kadang kita sentiasa mendengar penduduk Kuching sendiri yang mengadu bahawa Kuching sangat sunyi. Jadi gig ini di jalankan sehingga lewat malam bagi menambah perisa kelainan pada mereka yang dahagakan lebih banyak aktiviti sosial dijalankan di Kuching pada waktu malam.
Antara mereka yang akan membuat persembahan pada gig ini nanti adalah The Hazze, Yobeh, She’s Nukclear, Serangga, Counterback dan Dj Lord Ajyp. Gig ini juga merupakan kemunculan kembali The Hazze dan She’s Nukclear di dalam scene indipendent/underground lokal setelah sekian lama mereka hiatus. Gig ini juga merupakan gig kedua Yobeh di dalam scene muzik Kuching dan mereka yang datang ke gig ini pasti akan dapat merasakan pelbagai sajian berbeza dan menarik dari band-band yang akan menghiburkan kalian semua.
Jangan lupa untuk datang ke gig ini pada 26 April 2025(Sabtu) bermula dari 9.00pm sampai habis! Tiket pula akan dijual dengan hanya RM25 sahaja.