Tag

lek

Gig/Concert/Tour/, News

Perlancaran Album ‘Dystopian’ dari Band Grindcore Bronco Buster di Ruang Acara ‘Lek.’

Band Grindcore Bronco Buster akan melancarkan sebuah gig sempena perlancaran debut album mereka ‘Dystopian‘ pada 2 March 2024(Sabtu), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ yang bertempat bersebelahan dengan Zinc Restaurant. Gig tersebut akan bermula tepat jam 8pm dan tiket akan di jual pada harga RM20(tanpa CD) dan RM35(berserta dengan CD).

Gig ini dianjurkan oleh Bronco Buster dan Bandat Records, sebuah band yang memainkan irama Grindcore dan antara band-band lain yang akan membuat persembahan pembukaan adalah Occult Dawn, Korxic, Ujala Menon, dan set Dj dari Brainer. Juga sedikit info mengenai album ini, keseluruhan track dan lirik adalah dari Bronco Buster sendiri dan di rekodkan di Kandang Munsang. Mix dan mastering album ini pula dilakukan oleh Bojet serta distribusi album ini dilakukan oleh Bandat Records dan Helvette Distro. Segalanya dilakukan secara Do It Yourself(DIY).

Sedikit info mengenai Bronco Buster, mereka ditubuhkan di sekitar tahun 2004 ketika kebanyakan daripada ahli band ini masih di bangku sekolah lagi. Pada awal penubuhan Bronco Buster, pengaruh mereka pada ketika itu kebanyakannya adalah datang dari band-band seperti Napalm Death, Carcass, Terrorizer dan Morbid Angel. Pada awal penubuhan Bronco Buster juga, mereka mula bermain di gig-gig yang dianjurkan oleh Disharmonic Movement, sebuah kolektif underground lagenda di awal 2000an dan sejak ketika itu lah mereka terus berjuang di dalam arus arena muzik Underground Kuching sehingga sekarang.

Menurut Bronco Buster melalui kenyataan akhbar mereka, mengenai pengaruh gaya muzik mereka, bunyi-bunyian Grindcore yang mereka bawa adalah gabungan bunyi Grindcore dengan sentuhan Metal dan juga Punk. Tentang cara representasi mereka dari segi muzik, ideologi dan juga fashion pula adalah mendapat pengaruh dari subculture Punk. Kalau dari segi band-band dimana mereka mendapat pengaruh dengan cara permainan mereka pula adalah, Insect Warfare, S.O.B, Napalm Death, Nashgul dan Discharge untuk pengaruh antarabangsa. Manakala untuk pengaruh dari band-band lokal pula adalah dari band-band seperti Kurasakuasa, Tools of the Trade, Mass Separation, Damokis, dan Destroying Ears.

Berkenaan tentang message yang disampaikan melalui muzik mereka, menurut Bronco Buster, apa yang hendak mereka sampaikan adalah lebih kepada isu-isu kemanusiaan, isu-sosial, isu-penindasan, anti penubuhan dan kebebasan bersuara. Message-message ini disampaikan dan diiringi dengan permainan muzik Grindcore oleh Bronco Buster yang laju dan keras.

Sekiranya anda peminat muzik keras, jangan ketinggalan untuk hadiri gig ini yang akan berlangsung di ruang acara ‘Lek.’ iaitu bersebelahan dengan Zinc Restaurant tepat jam 8pm. Sekiranya anda ingin menerokai dunia muzik keras, gig ini sememangnya permulaan yang baik untuk anda kerana ada pelbagai campuran genre dari para persembahan yang berlainan. Dari mereka yang membawa muzik Keras, muzik Psychedelic dan juga Dj yang memainkan muzik elektronik. Dan sekiranya anda meminati muzik keras dan anda tidak tahu mana nak cari gig yang ada band memainkan muzik keras di Kuching, sudah tentu, gig perlancaran album ‘Dystopian’ adalah tempat yang terbaik untuk anda mula mengenali scene-scene Underground yang wujud di Kuching.

Jangan ketinggalan untuk menjadi sebahagian daripada komunitas yang unik dan menarik di dunia muzik Underground Kuching, kerana gig ini akan memaparkan mereka yang berjuang di dalam dunia muzik Underground dari pelbagai genre yang ada. Kuching tidak lah senyap seperti yang anda sangkakan, dan gig perlancaran album ini adalah bukti nya.

News

Diskusi Bersama Peminat Seni Sinematografi Oleh Kuching Reel Society di Ruang Acara Lek.

Kuching Reel Society akan menganjurkan sebuah acara untuk peminat seni cinematography berdiskusi tentang seni filem, pada 25 Februari 2024 (Ahad), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ Acara ini akan memaparkan sebuah filem bertajuk ‘In The Mood For Love‘, daripada salah seorang pengarah filem yang berpengaruh pada masa kini iaitu Wong Kar-Wai. Acara ini akan bermula pada pukul 2pm – 5pm dan tiket kemasukan pula akan di jual dengan harga RM20 seorang, manakala untuk pelajar pula hanya RM10.

In The Mood for Love‘ merupakan sebuah cerita yang menggambarkan kesunyian, keinginan dan perhubungan dua individu yang terikat kerana terlibat dalam keadaan situasi yang hampir serupa, kerinduan yang tak terhingga. Dengan penyampaian visual yang unik, penggunaan muzik yang indah dan persembahan yang sangat beremosi dari Tony Leung dan Maggie Cheung, pasti akan membuat para penonton kagum dan terpesona.

Filem In The Mood For Love merupakan salah satu daripada filem arahan Wong Kar-Wai yang meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pengarah yang sangat hebat dan berbakat. Filem ini juga mempamerkan keupayaan beliau di dalam menggabungkan seni cinema dengan emosi, realism, jalan penceritaan yang unik dan penerokaan tema yang matang dan juga berjaya membawa Asian Cinema ke depan dan berjaya mempengaruhi pembuat filem untuk generasi masa hadapan.

Kuching Reel Society diasaskan oleh Syed Amierul dengan kolaberasi bersama VIBIN by Lek dengan harapan dapat menghimpunkan peminat filem tempatan untuk meraikan seni pawagan, melibatkan diri dalam perbincangan yang bermakna, dan berjaya memacu industri filem tempatan ke hadapan.

Gig/Concert/Tour/, News

Sesi Hybrid ‘HeadPhone Session by Keeyushee’ di LEK

Sebuah sesi elektronik ‘Headphone Session‘ akan berlangsung di ruang acara Lek pada 16 Disember 2023 (Sabtu), bermula dari jam 5pm – 9pm. Dj yang akan beraksi selama 4 jam masa itu adalah Keeyushee. Beliau akan menyajikan para pengunjung di lantai tarian dengan set beliau yang experimental. Ruangan acara Lek juga akan di hiasi dengan persekitaran yang berasaskan alam semula jadi dengan pelbagai warna yang menarik.

Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, acara ini akan di jalankan secara hybrid. Maksudnya, acara ini bukan sahaja akan berlangsung di ruang acara Lek, akan tetapi akan berlangsung secara LIVE di platform digital. Platform apakah yang akan di gunakan? Itu akan di umumkan pada page instagram VIBIN’ by Lek. Kemasukan untuk acara ini hanyalah RM15 sahaja dan makanan pula akan di sajikan oleh FoodLab.

Sedikit info mengenai Keeyushee, beliau merupakan co-founder kepada kolektif DJ Same Face Different Places (SFDP). Beliau merupakan seorang DJ yang banyak memainkan muzik yang bergenrekan Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Beliau juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio tempatan iaitu Hitz.FM. Keeyushee mengambarkan set beliau sebagai satu pengembaraan musical yang pasti akan membawa para hadirin menari dengan rentak yang di bawa. Keeyushee pernah bermain di pentas Sunbear Festival, Borneo Sonic Music Festival, Hitz On The Decks, beberapa acara yang di anjurkan oleh SFDP dan banyak lagi.

Gig/Concert/Tour/, News

Barbeque dan Menari Bersama Turntable DJs

Sebuah acara muzik serta BBQ bernama Grill and Groove akan berlangsung di LEK. Acara ini di anjurkan oleh Rami Nari dan Vibin by Lek. Sebuah ruang creatif baru yang terletak di bandar Kuching. Acara ini akan memaparkan 2 orang Dj yang menggunakan turntable iaitu DJ Rocatz dan Shane 2Sweet. Mereka berdua adalah dari kolektif Dj yang bernama Leftmind International.

Sedikit info mengenai Dj-Dj ini. DJ Rocatz, berasal dari Kuching, Sarawak, merupakan Dj turntable yang di mana kebanyakan muzik-muzik yang di putarkan oleh beliau kebiasaannya adalah lagu-lagu seperti ala Funk, Soul dan Hip-Hop. Style dj beliau juga adalah kebanyakannya melibatkan scratching. Beliau telah menyertai beberapa acara pertandingan DJ dan juga B-Boy seperti REPYOURSTYLE , ETS Jam 2022, dan juga Jom Battle antaranya. Rocatz juga pernah berkolaberasi dengan beberapa nama besar di dalam scene lokal Hip-Hop, seperti Joe Flizzow dan Lethal Skillz antara nya.

Seterusnya adalah DJ Shane 2Sweet. Berasal dari Kuala Lumpur, beliau mendapat inspirasi dengan mengembara di beberapa tempat di luar Malaysia dan mendapat inspirasi dengan bergaul dengan pelbagai budaya. Melalui pengembaraan beliau lah, beliau mendapati bahawa setiap tempat yang di pergi nya mempunyai ciri-ciri unik dalam mengintepretasikan muzik-muzik moden dengan budaya mereka sendiri. Antara muzik-muzik yang diputarkan oleh Shane adalah berlandaskan Funk, Soul, Breaks dan Jazz.

Shane juga merupakan salah seorang daripada founder-founder di dalam kolektif DJ iaitu LEFTMIND International. Shane pernah membuat persembahan di beberapa event seperti Repz Your Style, Majulah Fest, Elevate The Streets Jam dan banyak lagi.

Bagi mereka yang meminati Hip-Hop, juga bagi anda yang ingin explore dunia dj turntable, ataupun anda dari scene muzik lain akan tetapi ingin meneroka lebih jauh dalam scene lain daripada scene kebiasaan anda, lets go and Vibes di Grill and Groove di ruang event baru di Lek.

Pemegang 100 tiket pertama akan berpeluang untuk mendapat mocktail dan BBQ istimewa daripada Suci & Juicy!

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Gabungan Seni Tatu Traditional & Kontemporari di Acara Karya Badan

Karya Badan, sebuah acara seni yang meraikan hasil dan karya-karya para artis-artis tatu dengan merapatkan jurang antara seni, tatu, dan budaya, akan di adakan pada 1 hingga 10 September ini di bangunan Think n Tink, Kuching Sarawak. Acara ini turut mendapat sokongan daripada PUSAKA, UTECH dan Tay Motors.

Di anjurkan oleh Rakta Dhatu dan Lek, acara Kara Badan ini akan memaparkan hasil kerja dari 11 para artisan, dan para pengunjung boleh menjangkakan untuk melihat dan merasai sendiri pameran seni, demonstrasi tatu, stesen interaktif, projek kolaberasi dan juga berpeluang untuk berhubung dengan lebih rapat bersama para-para artis itu sendiri.

Menurut Reef, co-founder kepada Rakta Dhatu, “Di Karya Badan, kami memecahkan halangan dan meraikan kreativiti unik yang berkembang pesat di dalam komuniti artistik kita.” Tambah beliau lagi, “Acara ini bukan sahaja mengenai tatu, tetapi ia juga tentang memupuk keterangkuman, mencabar tanggapan dan menyediakan platform untuk para artis bersinar.”

Para pengunjung, sama ada anda dari dalam Kuching atau dari luar Kuching, akan berpeluang untuk merasai sendiri betapa pelbagainya ekspresi permaidani budaya dari segi traditional dan kontemperari yang boleh di jalinkan bersama. Karya Badan menjanjikan pelbagai pengalaman yang menarik kepada para pengunjung yang sudah pasti akan memberi inspirasi kepada anda.

Kami sangat teruja untuk mengalu-alukan kedatangan semua orang ke acara ini dan meraikan pelbagai seni, budaya dan kreativiti. Karya Badan adalah peringatan bahawa seni tidak mengenal sempadan dan perbezaan yang ada adalah punca kenapa komuniti kreatif kami adalah sangat menarik dan pelbagai. ” Tambah Aaron, yang juga merupakan co-founder kepada Lek.

Kemasukan ke acara Karya badan adalah RM15 untuk dewasa dan RM5 untuk kanak-kanak. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai acara ini, boleh layari media sosial @karyabadan

Gig/Concert/Tour/, News

Rentak Irama Malam: After Party

Sebuah ‘After Party Gig’ iaitu ‘Dark To Dawn’ akan berlangsung 5km dari Damai Central selepas event Rainforest World Music Festival 2023 pada 24 June 2023 (Sabtu). Event tersebut bakal menampilkan beberapa DJ underground lokal dan antarabangsa. Event ini dianjurkan oleh Lek. Sebuah kolektif kreatif yang mengaplikasikan seni sebagai medium expressi melalui muzik, reka bentuk visual, makanan dan gaya hidup. After party gig ini akan berlangsung bermula jam 11pm sehingga 7am. 😉

Event Dark To Dawn ini menampilkan 4 Dj-dj underground dari Malaysia dan Singapura. Antara Dj-dj tersebut adalah Hadiid dari Kuching Sarawak. Sepanjang karier beliau sebagai Dj dan producer, beliau sudah melakukan beberapa persembahan di peringkat lokal dan antarabangsa. Antaranya adalah di Koh Pha-ngan di Thailand, Manila di Philippines, Jakarta dan Bali di Indonesia dan juga di ibu kota Malaysia, Kuala Lumpur.

Tiket boleh di dapati di link ini. Harga pula adalah Rm60(hingga 23 Jun) dan Rm100 untuk depan pintu.

Untuk mendapatkan harga tiket istimewa, baca sampai habis. 😀

Hadiid juga merupakan sebahagian daripada kolektif NWHR. Mereka adalah antara kolektif Dj di Kuching yang banyak melakukan beberapa pop up parties dan juga electronic gig di sekitar bandar raya kuching. Selain daripada itu, Hadiid juga ada meriliskan beberapa muzik beliau dengan beberapa rekod label di peringkat antarabangsa seperti di Berlin, Russia, Ukraine, South America dan juga sekitar Asia. Antara rekod label tersebut adalah seperti Polytypch, Black Beard, Vertigo Audio, Uxoa Dutxa Elite, Eclipse Recordings, Kaleydo Records, Asia Music, Pizza Tunait, Dear Deer Records, Leftright Sounds, Deepsomnia, Bullfinch Records, Lossless, Tau, dan yang terbaru adalah Electrocaine.

Barisan Dj yang seterusnya adalah Nazreth. Beliau merupakan sebahagian daripada kolektif VoidRealm, dan banyak melakukan beberapa gig-gig Techno, Psy-Trance, House dan apa-apa electronic di sekitar ibu kota Kuala Lumpur. Antara pencapaian besar beliau sebagai Dj underground adalah, beliau pernah berkongsi deck bersama SOEL, BlueHour, Barker, dan Caravel.

Seterusnya pula adalah seorang lagi Dj daripada kolektif NWHR, iaitu, Heuremin. Beliau merupakan Dj dan juga audiovisual artis. Sekiranya anda pernah menghadiri mana-mana event yang telah dilakukan oleh NWHR, Heuremin adalah yang memainkan peranan dalam kurasi permainan lampu dan pentas. Kebanyakan muzik yang beliau putarkan memainkan elemen-elemen deep, dark dan percussive club. Dari Techno ke Electro ke Breakbeats.

Dj terakhir yang akan memukaukan para pengunjung di hari kejadian adalah Notion. A. Beliau merupakan Dj dan artis yang versatile. Notion A juga pernah berkongsi pentas bersama Dj Bone, Truncate, Surgeon dan ramai lagi. Beliau juga ada meriliskan track-track beliau di label seperti R3 (Roland Rocha Records) dan Plus Records.

Sekiranya anda sudah baca sampai sini dan berminat, nak pegi tapi tak pasti bagaimana. Boleh refer ke page instagram Vibin bahagian FAQ. Dan sekiranya anda ingin dapatkan harga istimewa. Boleh DM page RukunTV di instagram. 😉 *Jumlah adalah limited. Siapa cepat dia dapat.:D