Sebuah sesi elektronik ‘Headphone Session‘ akan berlangsung di ruang acara Lek pada 16 Disember 2023 (Sabtu), bermula dari jam 5pm – 9pm. Dj yang akan beraksi selama 4 jam masa itu adalah Keeyushee. Beliau akan menyajikan para pengunjung di lantai tarian dengan set beliau yang experimental. Ruangan acara Lek juga akan di hiasi dengan persekitaran yang berasaskan alam semula jadi dengan pelbagai warna yang menarik.

Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, acara ini akan di jalankan secara hybrid. Maksudnya, acara ini bukan sahaja akan berlangsung di ruang acara Lek, akan tetapi akan berlangsung secara LIVE di platform digital. Platform apakah yang akan di gunakan? Itu akan di umumkan pada page instagram VIBIN’ by Lek. Kemasukan untuk acara ini hanyalah RM15 sahaja dan makanan pula akan di sajikan oleh FoodLab.

Sedikit info mengenai Keeyushee, beliau merupakan co-founder kepada kolektif DJ Same Face Different Places (SFDP). Beliau merupakan seorang DJ yang banyak memainkan muzik yang bergenrekan Hip-Hop, Afrobeat, Dance dan Soul. Beliau juga pernah menjadi DJ untuk sebuah radio tempatan iaitu Hitz.FM. Keeyushee mengambarkan set beliau sebagai satu pengembaraan musical yang pasti akan membawa para hadirin menari dengan rentak yang di bawa. Keeyushee pernah bermain di pentas Sunbear Festival, Borneo Sonic Music Festival, Hitz On The Decks, beberapa acara yang di anjurkan oleh SFDP dan banyak lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *