Kuching Reel Society akan menganjurkan sebuah acara untuk peminat seni cinematography berdiskusi tentang seni filem, pada 25 Februari 2024 (Ahad), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ Acara ini akan memaparkan sebuah filem bertajuk ‘In The Mood For Love‘, daripada salah seorang pengarah filem yang berpengaruh pada masa kini iaitu Wong Kar-Wai. Acara ini akan bermula pada pukul 2pm – 5pm dan tiket kemasukan pula akan di jual dengan harga RM20 seorang, manakala untuk pelajar pula hanya RM10.
‘In The Mood for Love‘ merupakan sebuah cerita yang menggambarkan kesunyian, keinginan dan perhubungan dua individu yang terikat kerana terlibat dalam keadaan situasi yang hampir serupa, kerinduan yang tak terhingga. Dengan penyampaian visual yang unik, penggunaan muzik yang indah dan persembahan yang sangat beremosi dari Tony Leung dan Maggie Cheung, pasti akan membuat para penonton kagum dan terpesona.
Filem In The Mood For Love merupakan salah satu daripada filem arahan Wong Kar-Wai yang meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pengarah yang sangat hebat dan berbakat. Filem ini juga mempamerkan keupayaan beliau di dalam menggabungkan seni cinema dengan emosi, realism, jalan penceritaan yang unik dan penerokaan tema yang matang dan juga berjaya membawa Asian Cinema ke depan dan berjaya mempengaruhi pembuat filem untuk generasi masa hadapan.
Kuching Reel Society diasaskan oleh Syed Amierul dengan kolaberasi bersama VIBIN by Lek dengan harapan dapat menghimpunkan peminat filem tempatan untuk meraikan seni pawagan, melibatkan diri dalam perbincangan yang bermakna, dan berjaya memacu industri filem tempatan ke hadapan.