Tag

kuching reel society

News

Diskusi Filem ‘The Zone of Interest’ Oleh Kuching Reel Society, Bertempat di Ruang Acara Lek.

Kuching Reel Society, sebuah komunitas yang pencinta filem akan menganjurkan perjumpaan di waktu malam untuk berdiskusi tentang pemenang Anugerah Akademi untuk kategori ‘Best International Feature‘ iaitu ‘The Zone of Interest‘ yang di arahkan oleh Jonathan Glazer. Seperti sebelumnya, perjumpaan ini akan berlaku di ruang acara ‘Lek.‘ yang terletak di sebelah Zinc Restaurant dan akan bermula jam 10pm – 12AM. Harga tiket kemasukan untuk perjumpaan ini pula adalah hanya RM20 untuk seorang.

The Zone of Interest menceritakan tentang kehidupan yang menganggu kehidupan keluarga biasa dan kengerian yang tidak dapat dibayangkan di dalam kem tahanan Auschwitz. Rudolf Hoss yang juga merupakan komander camp tersebut, masih tetap dapat menjalankan kehidupannya hari-hari seperti perkara biasa di dalam kemewahan dan kesenangan bersama keluarga beliau. Filem ini meneliti dan mendedahkan bagaimana perlakuan yang kejam terhadap kemanusiaan boleh dilakukan pada hari-hari, seolah-olah ia adalah perkara yang menjadi rutin dan kebiasaan.

Pengarah filem ini iaitu Jonathan Glazer berjaya menekankan kepada penonton tentang realiti yang menyeramkan tentang sifat-sifat manusia yang terlibat dalam kejahatan yang tidak dapat dibayangkan. Filem yang menerokai tentang perebutan kuasa, dehumanisasi, dan korupsi moral di dalam sistem yang tidak menekankan keadilan mengingatkan kita tentang kesan authoritarianisme jika ia berkekalan sehingga ke zaman kini.

Disebabkan subjek untuk filem ini adalah berat berbanding perbincangan filem yang di anjurkan oleh Kuching Reel Society sebelum ini, hanya para hadirin yang berumur atas 18 tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk hadir ke perbincangan ini. Menurut Syed Amierul, yang juga merupakan pengasas kepada Kuching Reel Society, “Perjumpaan bagi peminat filem ini adalah bertujuan untuk meraikan seni di dalam sinema dan untuk sama-sama menggalakkan perbincangan yang bermakna dengan peminat-peminat filem yang lain, dan secara tidak langsungnya akan turut berjaya memupuk industri filem tempatan terus ke hadapan.

News

Diskusi Bersama Peminat Seni Sinematografi Oleh Kuching Reel Society di Ruang Acara Lek.

Kuching Reel Society akan menganjurkan sebuah acara untuk peminat seni cinematography berdiskusi tentang seni filem, pada 25 Februari 2024 (Ahad), bertempat di ruang acara ‘Lek.‘ Acara ini akan memaparkan sebuah filem bertajuk ‘In The Mood For Love‘, daripada salah seorang pengarah filem yang berpengaruh pada masa kini iaitu Wong Kar-Wai. Acara ini akan bermula pada pukul 2pm – 5pm dan tiket kemasukan pula akan di jual dengan harga RM20 seorang, manakala untuk pelajar pula hanya RM10.

In The Mood for Love‘ merupakan sebuah cerita yang menggambarkan kesunyian, keinginan dan perhubungan dua individu yang terikat kerana terlibat dalam keadaan situasi yang hampir serupa, kerinduan yang tak terhingga. Dengan penyampaian visual yang unik, penggunaan muzik yang indah dan persembahan yang sangat beremosi dari Tony Leung dan Maggie Cheung, pasti akan membuat para penonton kagum dan terpesona.

Filem In The Mood For Love merupakan salah satu daripada filem arahan Wong Kar-Wai yang meletakkan nama beliau sebagai salah seorang pengarah yang sangat hebat dan berbakat. Filem ini juga mempamerkan keupayaan beliau di dalam menggabungkan seni cinema dengan emosi, realism, jalan penceritaan yang unik dan penerokaan tema yang matang dan juga berjaya membawa Asian Cinema ke depan dan berjaya mempengaruhi pembuat filem untuk generasi masa hadapan.

Kuching Reel Society diasaskan oleh Syed Amierul dengan kolaberasi bersama VIBIN by Lek dengan harapan dapat menghimpunkan peminat filem tempatan untuk meraikan seni pawagan, melibatkan diri dalam perbincangan yang bermakna, dan berjaya memacu industri filem tempatan ke hadapan.