Tag

enter the dungeon

Featured, Gig/Concert/Tour/

Enter The Dungeon 2, Gig Hardcore-Punk & Hip-Hop Block Party di Ruang Acara Lek.

Sebuah gig Enter The Dungeon 2 bakal berlangsung di ruang acara Lek. akan berlangsung pada 11 October 2025 (Sabtu) bermula dari jam 8.00pm sampai habis! Tiket di hadapan pintu akan di jual dengan hanya RM35 sahaja. Enter The Dungeon 2 kali ini dengan anjuran Skon Crew, akan berkolaberasi dengan SHUTDOWN KCH di mana gig kali ini akan menggabungkan band-band yang bermain denga genre irama Hardcore dan juga Hip-Hop.

H&L
Biak Ijal

Antara mereka yang akan membuat persembahan adalah Schiv(Hardcore Punk), H&L(Hardcore), Velvet Youth(Duo Fuzz Garage Punk), manakala untuk kumpulan-kumpulan Hip-Hop pula mereka adalah Montana, Biak Ijal(Irfan Aniq, NoFik, Emansushii, & Ziji.Q), dan Tikar Terbang.

Tikar Terbang
Schiv

Kolaberasi antara Skon Crew dengan SHUTDOWN KCH merupakan antara yang menarik kerana ia akan memecahkan rintangan dan halangan perbezaan genre muzik dan sub-budaya yang berlainan. Gig ini meraikan perbezaan dan kepelbagaian. Dengan penganjuran yang di buat di ruang acara Lek., yang sememangnya sebuah ruang acara yang unik di Kuching kerana mereka sering menjadi tempat penganjuran untuk pelbagai jenis sub-budaya, acara-acara kreatif, muzik, filem, makanan dan sebagainya. Dengan kerjasama daripada Studiorizer, Koko dari Zeus band, Bandat Records, dan Naqie sebagai designer poster, segala perancangan dan persediaan di dalam menjayakan gig ini dapat dijalankan dengan jayanya.

Velvet Youth
Montana

Para organizer untuk gig ini berharap, semangat kolaberasi tanpa mengira latar belakang sub-budaya dan genre muzik akan dapat terus di jalankan tanpa diskriminasi dan gig ini hanya lah permulaan untuk apa-apa perkara baru yang akan datang di scene muzik dan sub-budaya Kuching.

Gig/Concert/Tour/

To Fused and Fuzzed, Band Hardcore dari Banda Acheh, singgah di Kuching, Sarawak

Enter The Dungeon, sebuah gig anjuran Skon Crew dengan kolaberasi bersama LEk. akan di anjurkan di ruang acara Lek. pada 5 October 2024(Sabtu), bermula jam 9.30pm sampai habis! Tiket di jual dengan hanya berharga Rm20 sahaja dan boleh di dapati di hadapan pintu masuk venue.

Gig Enter The Dungeon ini merupakan sebuah acara D.I.Y(Do It Yourself) yang berasaskan kolektif berkomuniti dan di anjurkan bersempena dengan menyokong sebuah band Hardcore Fused and Fuzzed dari Banda Acheh Indonesia sempena dengan October Tour mereka. Bandar Kuching merupakan antara perhentian mereka untuk tour ini, dan seterusnya meneruskan jelajah mereka ke Kalimantan Barat di dalam jelajah mereka.

Gig ini di anjurkan oleh Skon Crew dengan kerjasama bersama dengan ‘LEK.’. Antara band-band lokal yang akan membuat persembahan adalah SeliparXJipun, Korxic, Dilarang Melarang dan LicetokiL. Selepas selesainya semua persembahan dari band-band lokal, para pengunjung yang masih ingin lepak, minum dan bersosial di ruang acara ‘Lek.’, kalian masih boleh berada di ruang acara tersebut. Kerana selepas selesainya semua persembahan dari band-band lokal, akan ada sesi after-party dari Dj Lord Ajyp sehingga lewat malam.

Jangan ketinggalan untuk mengalami dan menghayati gig Enter The Dungeon dengan tikat hanya berharga Rm20 sahaja! Jangan lupa juga bawa wang berlebihan, kerana ruang acara tersebut bukan sahaja ada menjual minuman, tetapi akan ada jualan merch-merch dari band-band yang membuat persembahan juga!

Artwork dari: BengBeng

Flyers dari: Naqie