Category

News

Featured, Gig/Concert/Tour/, News

Dari Sesi Open Deck Hingga Ke Acara Rave, di Ruang Acara Lek.

Pada 29 Disember 2024 (Ahad), sebuah bbq open deck dan acara underground rave akan berlaku di ruang acara Lek.. Apa yang menarik nya tentang acara ini adalah; ia merupakan 2 acara berbeza yang berlaku pada hari yang sama dan acara kedua pula adalah acara utama iaitu underground rave. Pada pukul 4.00pm sehingga jam 9.00pm, akan ada sesi BBQ dan open deck night dan kemasukan adalah percuma. Pada pukul 9.00pm sampai habis pula acara utama underground rave akan berlaku dan tiket kemasukan pula akan di jual dengan harga RM30 depan pintu dan RM20 untuk pre-sale.

Pada jam 4.00pm sampai jam 9.00pm, acara akan bermula dengan sesi BBQ dan open deck. Pada waktu ini, sekiranya anda berminat untuk berada di hadapan deck dj dan bermain, berkongsi muzik anda, adalah sangat di alu-alukan. Ini adalah sebahagian daripada initiatif komuniti dj tempatan di dalam melahirkan dan mengeluarkan pelbagai dj-dj yang memainkan muzik yang berlainan. Ini adalah sebagai bukti bahasa scene muzik dj/elektronik di Kuching adalah tidak terhad kepada hanya beberapa jenis genre muzik sahaja.

Selepas selesainya sesi BBQ dan open deck, pada pukul 9.00pm, bermula acara utama. Ruang acara Lek. akan bertukar menjadi sesi SPAC3, sebuah ruang yang menggalakkan keterbukaan didalam menerokai muzik elektronik, contoh nya seperti Disco, Funk, House, Techno dan sebagainya. Visi ruang ini adalah untuk menyediakan ruang bagi mereka yang ingin melepaskan diri daripada routine kerja hakiki dan sebagainya.

Antara Dj-Dj yang akan membuat persembahan untuk para penari Spac3 adalah Hadiid b2b(back-to-back) bersama Heuremin, Kretek b2b Syntak, dan Brainer b2b Jason Kyle. Penganjur untuk acara-acara ini pula adalah VIBIN’ by Lek., NWHR, dan Foodlab by Lek. Untuk mendapatkan tiket pula, kalian boleh dm page instagram NWHR ataupun VIBIN’ by Lek..

Menurut John-Paul Davis, yang juga merupakan kurator untuk VIBIN’ by Lek., “Siri ketiga Spac3 ini akan membawa ruang dan reka bentuk baharu untuk pengalaman party yang lebih baik. Ini menjadikan acara ini akan menjadi acara terbaik dari kami sebagai penutup tahun 2024. Sama ada tahun 2024 ini adalah tahun yang baik untuk anda ataupun tidak, anda semua adalah dialu-alukan untuk datang ke acara ini dan raikan positiviti sambil melangkah ke arah 2025.

Untuk sesi open deck yang akan bermula jam 4.00pm, sekiranya anda berminat untuk bermain, anda adalah di galakkan untuk membawa USB anda sendiri. Pastikan USB anda sudah di sync-kan di software Rekordbox dan anda boleh bermula dan tunjukkan kepada orang muzik apakah yang menggambarkan diri anda apabila anda berada di hadapan deck Dj. Untuk sesi BBQ pula, makanan-makanan akan disediakan oleh Foodlab by Lek.

Featured, News

Salji Di Rumah Panjang, Sebuah Filem Pendek Sempena Hari Christmas Di TVS

Sebuah filem pendek terbitan TV Sarawak (TVS) sempena sambutan Hari Christmas telah ditayangkan di channel YouTube TVS pada 20 Disember 2024 dan di siaran television TVS pada 23 Disember 2024. Filem pendek yang bernama ‘Salji Di Rumah Panjang‘ ini dibintangi oeh Stonton James, Melissa Francis, Ramles Walter, Ryan Samsara, Siti Solero, Stephanie dan ramai lagi, pasti akan membuat para penonton di selubungi dengan penuh emosi.

Sedikit info mengenai filem pendek ini, filem ini menceritakan tentang kisah seorang bapa tunggal iaitu Roland yang dilakonkan oleh Stonton; yang telah berkorban segalanya demi kebahagiaan anak tunggalnya. Pengembaraan filem ini dilakukan di sebuah rumah panjang di Sarawak Cultural Village (SCV) dan ia turut menggambarkan keunikan budaya Sarawak, khususnya di rumah panjang, yang juga menjadi simbol perpaduan pelbagai kaum.

Melissa Francis yang memegang watak sebagai isteri kepada Roland berkata, “Di Sarawak Christmas bukan sekadar perayaan agama. Ia adalah tentang berkongsi kebahagiaan tanpa sempadan. Kita duduk bersama, makan bersama, tidak kira agama atau bangsa. Ia adalah refleksi sebenar perpaduan – sesuatu yang saya banggakan sebagai anak Sarawak.”

Stonton yang memegang watak Roland / Ayah, berkata, “Salji Di Rumah Panjang bukan sekadar filem; ia adalah suara kepada golongan bapa tunggal yang sering terpinggir. Selama ini, kita jarang melihat kisah lelaki yang mengharungi kehidupan sendirian, berjuang demi anak tercinta. Filem ini adalah peluang saya untuk berkongsi kepedihan, harapan dan cinta yang hanya seorang ayah dapat rasakan.” katanya.

Menurut Khairil Zharif Affindie, yang juga merupakan penerbit untuk produksi filem pendek ini, “Ini bukan sekadar filem, tetapi perjalanan emosi yang akan menyentuh hati anda. Ia merungkai erti sebenar kasih sayang, pengorbanan, dan perpadauan.” Tambah beliau lagi, “Dalam setiap adegan, anda akan melihat kekuatan cinta seorang bapa dan keindahan semangat komuniti Sarawak“.

Jangan lupa untuk saksikan filem pendek ‘Salji Di Rumah Panjang‘ yang di hasilkan oleh Syarikat Spektrum Cahaya Sdn Bhd untuk TVS. ‘Salji Di Rumah Panjang‘ di tayangkan di channel YouTube TVS dan di channel TVS 122 di Astro pada 23 Disember 2024 (Isnin) pada 9.45 malam.

Gig/Concert/Tour/, News

Festival Muzik 2 Hari, Menggabungkan Band Lama, Baru, Serta Artis & Kumpulan Hip-Hop Tempatan

Festival Local Soundfest 2024 bakal berlangsung pada 21-22 Disember 2024 (Sabtu & Ahad). Festival ini di anjurkan oleh Kuching Grunge Attack (KGA). Festival Local Soundfest ini juga merupakan sebuah fest di mana ia akan menggabungkan beberapa band-band lokal yang sudah lama tidak beraksi di atas pentas persembahan dengan membuat comeback. Tiket di jual dengan harga RM80 di hadapan pintu untuk satu hari. Lokasi venue adalah terletak di Bistro CIDB Convention Centre, Kuching, Sarawak.

Selain daripada band-band lama yang akan membuat kemunculan semula di dalam scene muzik lokal, festival ini juga akan memaparkan beberapa band yang masih aktif setelah sekian lama dan juga beberapa band-band baru yang sedang mendapat banyak perhatian di dalam scene muzik lokal. Ini adalah selari dengan visi dan misi KGA di dalam mencari bakat-bakat yang ada di sekitar Kuching yang mencari platform untuk mereka menunjukkan bakat dan kebolehan mereka di dalam bermain muzik. Acara Local Sound Fest juga mendapat sokongan tambahan daripada Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK), Glory Sky Event Management, Operasi Gemersik, El Factory Records, Midtown Indie Spiral, Yang Terlibat, dan juga RukunTV. Manakala rakan kongsi untuk KGA pula adalah Raja Dubai dan Terkurok Colletive.

Menurut Peeka yang juga merupakan salah seorang pelopor untuk KGA, “Kami harap gig goers have fund dan enjoy bagi menutup tahun 2024 dalam kehidupan yang penuh ups and down ini. Sekian 12 bulan bagi satu tahun, 2 hari ini kita bersuka ria gembira. Buang yang keruh, ambil yang jernih.

Jangan lupa, untuk hadir ke fest ini, kerana fest ini bukan hanya akan menggabungkan antara band-band lama dan baru, tetapi fest ini juga akan menggabungkan dan menonjolkan beberapa artis dan kumpulan Hip-Hop underground dari sekitar Sarawak. Sekiranya anda berminat untuk menempah tiket secara order, boleh lah hubungi:

Aweng: 012-8931302

Peeka: 011-25626596

Amy: 011-16063480

Naqie: 016-5765850

Faris: 014-6917676

News

Tayangan Filem Sambil Dihidangkan Dengan Makanan Bertemakan Filem

Sebuah screening filem “The Home Alone: This Is My House, I Have to Defend It” akan di adakan di ruang acara Lek.. Ini bukan hanya sekadar filem screening, tetapi akan ada sesi hidangan makanan daripada salah satu penganjur acara ini iaitu Foodlab by Lek.. Para pengunjung akan berpeluang untuk mengalami sendiri bukan sahaja filem, tetapi dihidang dengan makanan juga oleh pihak Foodlab by Lek.. Acara ini dianjurkan pada 21 Disember 2024 (Sabtu), bermula dari 8.00pm sehingga 11.00pm. Tiket pula di jual dengan hanya RM50 untuk orang dewasa dan RM40 untuk kanak-kanak.

Tayangan filem ini merupakan antara beberapa siri filem dan menjamu selera yang di anjurkan bersama oleh Kuching Reel Society dan Foodlab by Lek., dan dengan kerjasama Lek.. Siri ini di anjurkan dengan bertujuan untuk menggabungkan seni perfileman dan seni masakan. Setiap siri seperti ini yang diaadakan akan memaparkan pelbagai menu yang berbeza yang direka untuk mencerminkan jalan cerita filem yang ditayangkan dan juga makanan-makanan yang ada di dalam filem tersebut.

Selepas selesai tayangan filem ini, orang ramai dijemput untuk sesi diskusi mengenai filem yang telah di tayangkan, tema filem dan menerokai bersama naratif-naratif di dalam filem tersebut yang menghubungkan filem, tema dan pengalaman makanan yang telah dihidangkan.

Jangan lupa, untuk datang ke ruang acara Lek., pada 21 Disember 2024 (Sabtu), bermula jam 8.00pm sehingga 11.00pm, untuk tayangan filem “The Home Alone: This Is My House, I Have to Defend It“, dan nikmati hidangan makanan menurut tema filem, daripada Foodlab by Lek., dan berdiskusi ilmiah mengenai filem dan makanan, bersama rakan-rakan baru dan lama.

News

SENI KITA Edisi Skateboard di Pustaka Negeri Sarawak

Seni Kita dari HAUS KCH, kembali lagi dan tema untuk edisi kali ini pula akan tertumpu kepada sukan extreme skateboard. Seni Kita edisi skateboard untuk kali ini dinamakan Seni Kita Unity Skate Jam (SKUSJ). Acara ini akan bermula dari 13 – 15 Disember 2024 (Jumaat, Sabtu dan Ahad), dari jam 1pm sehinggalah 7pm. Lokasi acara ini pula adalah di Pustaka Negeri Sarawak.

SKUSJ merupakan sebuah pergerakan berdasarkan keinginan yang membara di kalangan peminat-peminat sukan extreme skateboard. Menurut hebahan akhbar yang di hantar ke pihak RukunTV mengenai acara ini; di dalam komuniti sukan skateboard, rata-rata peminat sukan ini dari tua sehinggalah kepada mereka yang muda, mereka mengharapkan komuniti sukan extreme akan terus berkembang dan menjadi semakin meriah.

Acara ini juga dianjurkan dengan harapan ia dapat menggalakkan lebih banyak penyertaan dari pelbagai jenis komuniti sukan extreme. Ini adalah kerana acara ini adalah tidak hanya berkisar tentang bermain skateboard. Akan tetapi ada juga pelbagai aktiviti-aktiviti yang menarik seperti knowledge transfer dalam segi bengkel Skateboard, Inline-Skate, Bmx, perniagaan, serta pameran-pameran seni dari sastera, filem screening, fotografi, penanaman pokok, persembahan, menganyam dan macam-macam lagi. Acara ini pasti akan memberi rangsangan inspirasi kepada para-para pengunjung. Para pengunjung akan dapat merasai sendiri expresi seni dari pelbagai bakat-bakat yang ada di sekeliling kita.

Gig/Concert/Tour/, New Release, News

Band Hardcore Hate & Live(H&L) Akan Membuat Release Parti Gig Sempena Debut Mereka

Sebuah band yang memainkan irama Hardcore/Powerviolence/Beatdown Hate & Live (H&L) akan menganjurkan sebuah gig sempena rilisan demo debut mereka iaitu “Demo 24” pada 13 Disember 2024 (Jumaat). Gig ini akan berlangsungkan di ruang acara Lek. bermula jam 9pm sampai habis! Tiket pula akan di jual dengan harga RM25(tanpa CD) dan RM35(dengan CD).

Sedikit info mengenai band Hate & Live, mereka merupakan sebuah band yang memainkan irama muzik Hardcore dan berasal dari Kuching Sarawak. Mereka mendapat pengaruh muzik mereka secara keseluruhan adalah daripada band-band seperti Outrage (Indonesia), Worse, Outta Pocket, dan Big Boy dari Amerika Syarikat. Manakala untuk pengaruh lokal pula, mereka banyak mendapat inspirasi daripada band Path To Survive.

Untuk tema-tema yang berada di dalam demo ini pula, ia banyak berkisarkan tentang apa yang berlaku di dalam scene muzik underground Kuching dan apa-apa ketidakstabilan yang berlaku di Kuching. Selain daripada itu, antara tema-tema lain yang diulas di dalam album ini juga adalah tentang penyalah gunaan dadah, revolusi dan menebus diri kita sendiri dan untuk orang lain.

Antara band-band lain yang turut bersama di dalam memeriahkan lagi gig ini adalah Bronco Buster, Path To Survive, Fuzz Muff, Korxic, dan LiceToKil. Organizer untuk gig ini pula adalah Skon Crew dan di bantu oleh Studiorizer.

Jangan lupa untuk hadiri ke release parti debut Hate & Live untuk Demo 24 mereka di Lek. pada 13 Disember 2024 (Jumaat) bermula dari jam 9pm sampai habis!

Discovery, News

Kisah Cinta Menyayat Hati, “Teater Muzikal Laila Majnun” di Sekolah Seni Malaysia, Sarawak

Sebuah teater muzikal yang menggamit hati dan emosi berjudul Laila Majnun karya dari Zulfadly Kipli (Sang Rawi) bakal di persembahkan pada 23 dan 24 November 2024 (Sabtu & Ahad). Teater muzikal ini mengisahkan tentang cinta abadi yang tragis yang penuh dengan tekanan dan halangan diantara Laila dan Qaish. Sebuah kisah cinta yang menyayat hati sehingga salah seorang daripada mereka menjadi sakit asmara dan dituduh menjadi gila.

Teater muzikal Laila Majnun memaparkan barisan gabungan pelakon lama dan baru di Sarawak. Antara pelakon-pelakon tersebut adalah Heizlan Khan, Haneem Muhammad, Hasanah Hashim, Hazis Wahab dan Haslina Hasbi. Mereka menjanjikan para penonton dengan lakonan yang mendalam dan penuh emosi. Menurut kenyataan akhbar dari penganjur kepada teater muzikal ini, teater ini bukan sahaja untuk menghiburkan, tetapi juga bertujuan untuk menyampaikan kisah-kisah klasik ke pentas moden agar masyarakat dapat menghayati tentang arti dan keindahan nilai-nilai cinta, kesetiaan, dan pengorbanan yang dibawa oleh kisah Laila dan Qaish.

Teater Laila Majnun akan dipentaskan di Auditorium Toh Puan Hajah Norkiah, Sekolah Seni Malaysia Sarawak, dan persembahan akan bermula tepat pada jam 8.00pm pada 23 dan 24 November 2024(Sabtu & Ahad). Tiket pula akan dijual dengan harga RM15. Pembelian tiket boleh dilakukan secara dalam talian di laman web www.ticket2u.com.my ataupun melalui pautan laman media sosial rasmi Sang Rawi. Sekiranya orang ramai ada mempunyai apa-apa pertanyaan, boleh juga hubungi Cik Jihan di atas talian +6014571488.

Dengan adanya teater muzikal ini, diharapkan ia dapat membuka ruang yang lebih luas bagi bakat-bakat tempatan untuk menyerlahkan semangat dan kebolehan mereka di dalam bidang seni dan kreatif serta memperkukuhkan lagi perkembangan industri teater dan seni di bahagian Sarawak.

Apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang untuk menyaksikan satu persembahan yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam di hati para penonton. Teater Muzikal Laila Majnun menjanjikan malam yang penuh dengan keindahan seni, muzik yang menyentuh jiwa, serta lakonan yang pasti akan meninggalkan kesan yang mendalam buat para penonton dan para penonton juga pasti akan terpesona dan tidak akan dapat melupakan malam mereka menonton “Teater Muzikal Laila Majnun“.

Gig/Concert/Tour/, News

Menyelami Pop-Culture di Kuching Comic-Con

Sebuah acara yang meraikan pelbagai jenis Pop-Culture akan berlangsung di Kuching pada 19 – 20 October 2024, bertempat di Cityone Megamall, Kuching Sarawak, bermula jam 10 pagi sehingga 9 malam. Acara ini adalah di gelar Kuching Comic-Con (KCC) dan di anjurkan oleh Pickers Zone Co. (PZC) bersempena dengan acara What About Kuching (WAK), yang akan berlangsung di sepanjang bulan October 2024 nanti.

Kuching Comic Con (KCC), merupakan sebuah acara yang di anjurkan di Kuching, Sarawak, Malaysia, untuk meraikan Pop-Culture bagi peminat-peminak komik, wayang, kartun tv retro, permainan video(video game), dan banyak lagi yang sewaktu dengan-nya. Sekiranya anda merupakan peminat atau pengumpul komik seperti DC, Marvel, Dark Horse dan sebagainya. Ataupun anda adalah peminat-peminat filem seperti Star Wars, Star Trek, The Godfather, Clockwork Orange, dan banyak lagi. Ataupun peminat video game seperti Mortal Kombat, Cyberpunk, Street Fighter, Pacman dan pelbagai lagi. Sudah tentunya acara seperti ini adalah satu acara yang tidak patut anda terlepas. Terutamanya jika anda tinggal di sekitar bandar raya Kuching, Sarawak.

Apa yang menariknya tentang acara ini adalah, ini merupakan acara Comic Con pertama yang akan di adakan di Kuching Sarawak. Walaupun sebelum ini pernah ada pelbagai acara seperti ini pernah dilakukan, seperti convention anime, cosplay dan sewaktu dengannya, tetapi kebanyakannya adalah banya fokus ke arah Pop-Culture Jepun. Untuk Comic Con ini pulah, tumpuannya adalah lebih kepada arah Pop-Culture dari bahagian barat pula.

Berbeza dari acara Cosplay di mana fokusnya adalah lebih kepada budaya animasi(anime) dan komik(manga) dari Jepun, Comic-Con pula fokusnya adalah lebih kepada budaya popular yang berasal dari negara-negara Barat teruatamanya dari Amerika Syarikat. Walaupun demikian, di sebabkan penggunaan internet yang semakin meluas dan masyarakat semakin banyak menyerap budaya dan sub-budaya dari internet yang datang dari pelbagai pelosok dunia, acara Comic-Con juga mula ada menggabungkan dan meraikan juga budaya popular dari negara-negara lain dan ini termasuk-lah budaya Cosplay dan Anime dari Jepun. Ini adalah kerana Comic-Con merupakan platform bagi meraikan budaya-budaya popular yang datang dari seluruh pelusuk dunia.

Adam John – BTS untuk sebuah filem arahan Aziz M Osman yang akan datang

Menurut Musrifin yang juga merupakan founder untuk Kuching Pickers, acara berskala sebegini untuk Comic-Con belum pernah di adakan di Kuching. Kalau ada pun ia di anjurkan di kalangan ahli-ahli sesebuah kelab seperti peminat Star Wars akan berkumpul dan bercakap tentang Star Wars sebagai contoh. Berlainan pula untuk acara-acara Anime, kerana acara anime sering berlaku secara besar-besaran seperti Otakyun dan AnimeXcess. Oleh itu Mus merasakan bahawa ini adalah masa yang sesuai untuk menganjurkan acara seperti ini dan walaupun fokus Comic-Con adalah untuk budaya popular dari Barat, tetapi ianya tidak lupa juga dengan budaya-budaya popular yang datang dari kawasan-kawasan lain. Ini adalah kerana Comic-Con adalah platform bagi menyambut segala bentuk jenis media dan budaya popular dari semua kawasan dan peringkat.

Antara pempamer yang akan menyertai acara ini nanti adalah Sarawak Tokusatsu Club, dan Kuching Gunpla Builders. Kedua-dua mereka merupakan kumpulan pempamer yang berkait rapat dengan media dari Jepun dan masing-masing tertumpu kepada siri adiwira Jepun dan model plastik robot dari siri Gundam. Menurut Musrifin juga, “Dari segi rancangan untuk masa depan, saya berniat menjadikan KCC sebuah acara tahunan, dan untuk menjadikannya konvensyen yang dikenali di rantau Asia Tenggara dalam masa 5 ke 10 tahun. Selain itu, saya turut berancang untuk membawa masuk artis-artis terkemuka Malaysia seperti Dato’ Lat, pelukis komik Kampung Boy, serta studio animasi seperti Les Copaque, yang menghasilkan siri animasi Upin Ipin pada masa akan datang. Di samping itu, saya juga berniat mahu membawa masuk para pelakon dari rantau Asia Tenggara yang telah terlibat dalam filem-filem antarabangsa juga pada masa akan datang.

Bagi pengetahuan orang ramai, KCC adalah dilakukan sepenuhnya dengan pembiayaan sendiri oleh Musrifin dan dengan bantuan serta kerjasama daripada pelbagai pihak seperti Keris Sakti, Kenbest, CityONE Megamall dan PancaIndera untuk memperoleh bahan bercetak, kawasan acara, sistem suara dan skrin pentas utama. Di samping itu, terdapat beberapa organisasi-organisasi lain juga yang turut memberi kerjasama untuk menjayakan acara ini. Antara nya adalah pihak What About Kuching (WAK), VM Creative Consultants, TVS dan RukunTV. Selain itu, Sarawak Society for the Deaf juga turut bekerjasama untuk menjayakan acara ini. “Ini merupakan peluang yang baik bagi mengetengahkan bakat-bakat yang terdapat dalam komuniti pekak di Sarawak pada acara ini.” – Tambah Musrifin lagi.

Menurut Musrifin juga, beliau berharap agak KCC, dapat dijadikan medan terbuka buat penggemar hobi, para pengumpul dan peminat budaya popular untuk berhubung dan berkongsi minat yang sama bersama semua orang, tanpa mengira latar belakang masing-masing. KCC juga akan menjadi platform bagi para artis dan perniagaan kecil-kecilan tempatan yang berkaitan serta mempromosikan bakat-bakat baru di dalam ruangan ini agar komuniti hobi ini akan terus berkembang di masa hadapan.

New Release, News, Uncategorized

Beatdown/Metalcore band, Wounded Flame, Mini EP, ‘Murka’ di Striming Platform

Wounded Flame, sebuah band Beatdown Metalcore dari Miri dengan secara rasminya telah mengumumkan rilisan EP mini mereka iaitu ‘Murka‘, yang sekarang boleh di dapati di platform streaming Spotify, YouTube Music, Deezer dan Pandora. EP ini menampilkan 2 trek yang sengit dan mendebarkan serta 1 intro yang mencengkam.

EP ini pada asalnya telah lama di keluarkan secara eksklufif di platform Bandcamp iaitu pada tahun 2020 dan setelah beberapa ketika, akhirnya sekarang ia boleh di dapati secara meluas di platform-platform streaming seperti di Spotify, YouTube Music dan sebagainya. Menurut Demus yang juga merupakan vokalist untuk Wounded Flame. “Kami teruja untuk membawa muzik kami kepada khalayak yang lebih luas dan akhirnya EP kami tersedia di Spotify.”

Tambahan beliau lagi, “Rilisan material sendiri ini takkan tercapai tanpa usaha dari komposer asal lagu Murka, iaitu Rico, juga merupakan selaku bekas pemain gitar Wounded Flame.

Bagi para peminat muzik Metalcore/Hardcore tidak kira lama atau baru, boleh lah strim EP mini ini di setiap platform striming. Untuk mengikuti perkembangan terkini band wounded flame, boleh lah klik link ini.

Gig/Concert/Tour/, News

Muzik & Minyak Wangi, dari Fragrance Album di Tirta Barong

Sebuah acara gig yang dianjurkan oleh syarikat minyak wangi Fragrance Album dengan Kuching Frag Group(KFG) bakal melancarkan gig yang menggabungkan muzik dari band-band, artis-artis dan rapper-rapper lokal bersama dengan keusahawanan minyak wangi lokal. Gig ini dinamakan ‘Tune Into The Scene‘. Acara ini akan dianjurkan pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm, di Tirta Barong Kuching.

Selain dari hanya mempunyai persembahan muzik, acara ini juga akan mempunyai sesi ‘Ceramah Kesedaran Wangi-Wangian’ yang di lakukan oleh Calvin dari FragranHeaven, di mana tajuk ceramah beliau adalah, ‘Kenal Pasti Perfume Palsu‘. Intipati ceramah ini akan bercakap tentang bagaimana kita boleh mengelakkan daripada membazir wang perbelanjaan kita apabila membeli wangi-wangian dan pada masa yang sama, menjaga kesihatan kita daripada terjerat dengan pembelian minyak wangi palsu. Ceramah ini akan memastikan para pendengar di hujung ceramah, akan lebih memahami garis panduan dalam membezakan wangi-wangian yang berkualiti dan tidak berkualiti.

Selepas itu, ada konsultasi minyak wangi pula dari KFG, di mana mereka akan membimbing anda melalui pilihan-pilihan minyak wangi yang ada berdasarkan pilihan anda, personality anda, dan gaya hidup anda. Antara vendor-vendor minyak wangi yang akan berada di acara ini adalah, Fragrance Album, FragranHeaven, Ibrahim Perfume, dan Magnifi.Scent.

Selepas selesai segalanya, acara ini di teruskan dengan sesi muzik dari artis, rapper dan band lokal seperti, Adruce Azman, Irfan Aniq, Ziji Q, dan Viceroyz.

Tiket boleh di dapati dengan harga RM50 seorang dan percuma sample minyak wangi daripada para penganjur. Harga kombo juga boleh didapati dengan harga RM100, dan disertakan sekali dengan baju t-shirt berlengan panjang.

Sekiranya anda berminat untuk menghadiri acara ini, boleh lah ke Tirta Barong pada 15 June 2024 (Sabtu), bermula jam 7.00pm – 11.00pm. Para penganjur juga berpesan, sekiranya anda mempunyai masalah allergi atau sensitivity, boleh lah memaklumkan kepada para penganjur, agar mereka boleh bersedia dalam membuat apa-apa yang perlu agar ia dapat membuat anda berasa selesa.