Sebuah acara yang menjual dan mempamerkan barang-barang vintage akan berlangsung di The Hills Kuching pada 29 – 31 Ogos 2025(Jumaat, Sabtu dan Ahad). Acara ini dianjurkan dengan kerjasama antara Kuching Car Boot Sale Community dengan Heavy Soul Vintage.

Kali terakhir acara ini dijalankan adalah pada tahun 2022 dan selepas beberapa tahun menyepi, Kuching Vintage Festival kembali buat kali kedua bertempat di The Hills Shopping Mall, Kuching, Sarawak. Antara aktiviti-aktiviti yang akan dijalankan pada waktu acara ini nanti adalah, jualan barang-barang vintage, antik dan klasik, juga akan ada persembahan live muzik serta pameran koleksi barangan-barangan vintage untuk tatapan umum. Terdapat 30 booth yang akan disediakan daripada para vendor dan para kolektor. Dari barangan-barangan antik sehinggalah ke pakain-pakaian vintage.

Untuk persembahan muzik pula, antara band-band yang akan beraksi pada Kuching Vintage Festival nanti adalah The Rollers, Radioaktif, Heroine, Wp.Shhh, She’s Nuklear, Rockaholic dan banyak lagi.