Band lagenda street Punk dari California, Amerika Syarikat, Total Chaos bakal menggegarkan Kuching dengan kehadiran mereka pada 12 January 2025 (Ahad). Bermula dari pukul 1.00pm sehinggalah 4.00pm bertempat di Smoke of Borneo. Band-band lain yang turut sama beraksi pada hari kejadian adalah Turtles Jr dari Bandung Indonesia, Dance On Your Grave(DOYG) dan Korxic dari Kuching Sarawak.
Gig ini dianjurkan oleh Punkcaroba Entertainment dengan kerjasama bersama Inferno Stage Entertainment. Menurut penganjur kepada gig ini, “Gig yang diadakan hanya 3 jam dan menampilkan 4 buah band ini akan menjadi sebahagian dari sejarah scene Punk di Kuching.”
Untuk mendapatkan tiket kemasukan ke gig ini dengan harga pre-sale pada RM85, anda boleh hubungi terus nombor telefon +60128594250. Ataupun boleh tempah terus di website Rudesounds Records. Tiket yang di beli di hadapan pintu pula akan dijual dengan harga RM95
Sebuah gig iaitu RELek., bakal berlangsung di ruang acara Lek. pada 14 Disember 2024 (Sabtu) bermula dari jam 9pm sampai habis! Tiket di jual dengan harga hanya RM20. Apa yang menariknya tentang gig ini adalah, akan ada diskaun sebanyak RM5 sekiranya anda datang dengan fully dress-up! Bukan casual, tapi fully dress-up seperti apa-apa sub-culture yang anda suka!
Gig ini merupakan edisi pertama Lek. yang dikenali sebagai “RELek” dan untuk edisi pertama ini, gig ini akan bertemakan muzik dan sub-culture Metal! Muzik metal yang sememangnya dikenali dengan bunyi yang agresif dan bertenaga akan memaparkan 6 buah band yang akan beraksi. Iaitu, We The Leader, Exhale My Ozone, Militant Attack, In Rising Affliction, Morbid Steel, dan Sinus Tachycardia.
Jangan lupa untuk menghadiri gig ini dan sekiranya anda ingin mendapat diskaun RM5, pastikan anda menjadi extra di dalam pemakaian.
Sebuah lirik video untuk lagu berjudul ‘Rindu‘ oleh Oufaa, Kamaii feat Tajsastra telah di riliskan di channel youtube Oh!fa? TV. Lagu ini adalah adunan campuran pelbagai genre dari R&B, Hip-Hop dan Pop. Selain dari youtube, lagu ini juga boleh didapati di platform streaming seperti soundcloud.
OufaaKamaii
Sedikit info mengenai artis-artis yang terlibat di dalam pembikinan lagu ini. Oufaa dan Kamaii merupakan antara ahli-ahli untuk kumpulan kolektif Hip-Hop Kuching iaitu Tikar Terbang. Bagi peminat-peminat dan follower-follower scene Hip-Hop Kuching atau Sarawak, kumpulan Tikar Terbang adalah antara kumpulan Hip-Hop yang dikenali sebagai sebuah kumpulan yang versatile. Kerana setiap ahli-ahli Tikar Terbang mempunyai cara individu mereka tersendiri didalam karya mereka. Manakala untuk Tajsastra pula, beliau merupakan seorang penulis dan penyajak. Beliau juga pernah meriliskan sajak-sajak beliau dalam bentuk zine. Dengan pengalaman dan bakat peliau sebagai penulis dan penyajak, beliau menambah perisa didalam lagu ‘Rindu‘.
Tajsastra
Check out, lagu ‘Rindu‘ dari Oufaa, Kamaii dan Tajsastra dan jangan lupa like, subscribe dan follow mereka di setiap platform media sosial.
Lagu ini di rekodkan di Kamalstudio, di mix dan master sendiri oleh Kamaii dan lirik video pula di buat sendiri oleh Oufaa.
Sebuah acara muzik akan berlangsung di Dewan Sri Bunga Rampai Kuching iaitu Dreamscape Music 2024 pada 1 Disember 2024 (Ahad), bermula jam 2.00pm sampai habis! Dreamscape Music 2024 merupakan sebuah acara muzik yang menampilkan band-band Indie lokal dari Sarawak. Kebanyakan band-band yang beraksi pada acara ini adalah mereka yang pernah dan sudah mengeluarkan material masing-masing sama ada dalam bentuk EP ataupun Album.
Antara band-band yang akan membuat persembahan pada acara ini adalah Meruked, Pinanak Sentah, Dream Machine, Viceroyz, Dance On Your Grave, Kolbenfaust, Rey//Rey, Narrathief, Ethnic Transmission, Kelibat, dan lagenda Post-Grunge Malaysia, iaitu Dead Mushroom. Apa yang menariknya tentang band ini, selain daripada band-band yang bermain genre-genre yang berlainan, bahasa-bahasa yang di gunakan oleh band-band yang akan bermain juga adalah bervariasi. Ada band yang memainkan lagu dalam bahasa Bidayuh, Iban, Melayu, Hokkien, Mandarin, dan sudah tentu dalam bahasa English juga.
Tiket pula dijual dengna harga RM70 untu pre-sale dan RM80 untuk kemasukan dihadapan pintu. Untuk tempahan tiket pula boleh dilakukan secara di atas talian dengan layari laman web www.ilassoticket.com/dreamscapemusic, atau anda juga boleh mendapatkan tiket secara fizikal di tempat-tempat rasmi yang menjual tiket Dreamscape Music di Music Outlet di Emporium Branch, Bandat Record Store di Jalan Carpenter, Appleseed Jamming Studio di Satok atau di HeavySoul Vintage Shop di Riverside Mall. Anda juga boleh menghubungi nombor 012-8503250 untuk pertanyaan terus atau untuk sebarang maklumat lanjut mengenai acara ini.
Sebuah party sempena hari Halloween akan di anjurkan di Think & Tink oleh Eden Revel dan di sponsor oleh Max & Match pada 1 November 2024 (Jumaat). Acara ini dinamakan Dance of The Dead dan para pengunjung digalak kan untuk mempamerkan kostum-kostume terbaik mereka untuk parti ini. Dj yang akan menghiburkan para pengunjung untuk acara ini adalah Dj Chonky. Parti ini akan bermula tepat jam 6pm sehingga habis!
Akan ada pelbagai aktiviti yang dianjurkan oleh acara ini dan antaranya adalah pakaian terbaik, rumah hantu, dan berpeluang untuk memenangi cabutan bertuah. Tiket dijual dengan hanya serendah RM30 untuk pre-sale, dan RM40 di hadapan pintu. Antara vendor-vendor makanan yang akan berada di hari kejadian pula adalah PuffLab, Mugsworth Tavern dan Tongg Restaurant.
Untuk mendapatkan maklumat bagaimana hendak mendapatkan tiket pre-sale, boleh lah hubungi page Instagram Eden Revel.
Sick Fast Loud, sebuah gig yang bertemakan muzik-muzik keras dari band-band underground di sekitar Malaysia kembali lagi di edisi yang ke-8. Di anjurkan oleh Punkcaroba Records, acara ini akan di adakan di Backdoor Studio yang terletak di Jalan Stutong pada 26 & 27 September 2024(Sabtu dan Ahad) bermula dari jam 4pm sampai habis!. Apa yang menariknya tentang acara ini, akan ada satu acara tambahan yang juga merupakan pre-show untuk Sick Fast Loud. Sebuah acara yang bernama Electroviolence pada 25 Oktober 2024 (Jumaat). Sebuah kolaberasi antara Punkcaroba dengan Thermal Shadow. Acara ini merupakan acara yang memaparkan band-band dan artis-artis yang memainkan muzik-muzik yang bergenrekan Noise, Industrial dan sewaktu dengannya. Acara ini pula akan di adakan di ruang acara VIBIN’ by Lek. bermula dari jam 8pm sampai habis!
Tiket kemasukan untuk Sick Fast Loud adalah hanya RM40 untuk kemasukan sehari dan RM70 untuk 2 hari. Manakala untuk pre-show Electroviolence Vol.1 pula tiket di jual dengan hanyalah RM25.
Menurut Dr. Khairul Hafiz Sharkawi, yang juga merupakan Lead Secretariat untuk IDECS 2024, “Kami sangat teruja untuk berkerjasama dengan HAUS KCH untuk mementaskan kumpulan-kumpulan artists dan pencipta untuk IDECS 2024. Tujuan acara ini adalah untuk menyerlahkan kepentingan inovasi kreatif didalam membentuk masa depan ekonomi digital. Dengan menggabungkan unsur budaya tradisional dengan teknologi moden menggambarkan komitment kami didalam memupuk kelestarian penggunaan AI dan selaras dengan matlamat Sarawak di dalam ekonomi digital.“
Curl Form oleh Azarikh dari Kuala Lumpur
Acara ini bakal mempamerkan pameran seni yang memberangsangkan minda, “Does AI Dream of Electric Mouse Deer? (DAIDEM)“. Pameran ini mendapat inspirasi daripada tema novel oleh Philip K. Dicks iaitu Do Androids Dream of Electric Sheep? di mana ia menerokai garisan-garisan kabur antara yang benar dan tiruan. Para pengunjung akan dapat menyelami dan mengalami koleksi pelbagai media baru dan membayangkan imaginasi senario di masa hadapan di dalam pengadunan budaya, persekitaran dan seni digital.
Acara ini akan memaparkan lebih daripada 30 artist dari timur dan semenanjung Malaysia, Perancis dan China. Artist-artist ini adalah Alimy, Art:Tech, Azarikh, Cerikapak, Claudia Song Mei Ling, Crystal Amira, Futuresigner, Grasshopper, Hu Jueling, Jérémy Griffaud, Kicau-Bilau, Letterhythm, Low Pey Sien, Moonlit Hour Studio, Muizz Dicky, Nessy Voon, Nini, Noemosyen, Perempuan Melawan Art, Raito Low, Rahaf Elmahdy, Rakan Animations, Raymond Lee, Rias Sofiyah, Spaciestarz, Titik Buta, Tristan Lo, Vasflow, Zhonk Vision, dan Zoooomorphism. Acara ini juga akan dimeriahkan dengan ambien dan muzik eksperimentasi oleh Kretek, seorang DJ dari Kuching.
Tristan Lo’s ‘Tending To The Garden Of Infinity’. — EUGENE KONG
Syed Rusydie, yang juga merupakan projek manager dan juga kurator untuk DAIDEM menyatakan, “Seperti ramai rakan-rakan kita di Sarawak yang juga merupakan pemain industry kreatif, saya berharap kita dapat merapatkan jurang antara komuniti kreatif dengan pelbagai disiplin seni kreatif yang lain. DAIDEM dapat memastikan ini adalah dapat dilakukan dengan menggabungkan pelbagai jenis seni dari penggiat-penggiat seni dan juga komuniti-komuniti kreatif dari seluruh Malaysia. Tambahan pula, dengan penglibatan dari rakan-rakan seni kami dari negara-negara lain seperti dari Perancis dan China, perkara ini dapat dilakukan di IDECS 2024 dengan tema Sustainable AI Practices. Kami mengucapkan terima kasih kepada Huawei Malaysia dan IDECS kerana memberi kami peluang untuk memainkan peranan kami ke arah menangani kemungkinan akan masa hadapan di dunia digital dengan perkara-perkara kreatif.” Syed Rusydie dan Abdul Shakir dari Filamen merupakan kurator untuk DAIDEM.
Akses untuk pameran ini adalah PERCUMA! Orang awam dari setiap barisan umur dan latar belakang di jemput untuk hadir ke acara yang akan berlangsung selama 2 hari ini bersama-sama dengan keluarga dan rakan-rakan.
Brainer, seorang Dj underground dari bandar raya Kuching baru sahaja meriliskan EP terbaru beliau, iaitu ‘Tangerine Dreams‘. Gaya muzik yang terdapat di dalam Ep ini adalah bergenrekan muzik House secara amnya dan boleh di dapati di setiap platform striming.
Sedikit info mengenai Brainer. Nama sebenar beliau adalah Ryan dan beliau mula aktif melibatkan diri dalam scene underground Dj di Kuching Sarawak semenjak tahun 2018. Minat beliau di dalam muzik bermula dengan muzik-muzik seperti Rock dan Metal. Selepas itu, skop muzik beliau mula membuat transisi ke Indie dan muzik elektronik. Dari situ, beliau mula di perkenalkan dengan seni Dj dari kawan beliau dan mulai dari situ lah, beliau mula melibatkan diri di dalam dunia Dj. Brainer juga merupakan salah seorang daripada founder untuk NWHR. Sebuah kolektif muzik elektronik yang ditubuhkan pada tahun 2019 bersama-sama dengan beberapa Dj-dj underground lain seperti Kretek, Hadiid dan Heuremin.
Beliau juga telah mula melibatkan diri di dalam produksi muzik dan banyak bereksperimentasi dengan pelbagai genre. Ep Tangerine Dreams ini merupakan langkah pertama Brainer dalam menceburi bidang produksi muzik dan dijangkakan akan meriliskan lebih banyak muzik di masa hadapan klak. Selain banyak bermain di beberapa gig pop-up di sekitar Kuching, Brainer juga pernah bermain di beberapa festival seperti di Sunbear 2022, Songwak 2024, beberapa gig di sekitar semenanjung Malaysia dan beliau juga merupakan resident Dj di Zinc Restaurant.
Check out, Ep pertama dari Brainer Tangerine Dreams yang boleh di dapati di platform Spotify, YouTube Music dan sebagainya!
Wounded Flame, sebuah band Beatdown Metalcore dari Miri dengan secara rasminya telah mengumumkan rilisan EP mini mereka iaitu ‘Murka‘, yang sekarang boleh di dapati di platform streaming Spotify, YouTube Music, Deezer dan Pandora. EP ini menampilkan 2 trek yang sengit dan mendebarkan serta 1 intro yang mencengkam.
EP ini pada asalnya telah lama di keluarkan secara eksklufif di platform Bandcamp iaitu pada tahun 2020 dan setelah beberapa ketika, akhirnya sekarang ia boleh di dapati secara meluas di platform-platform streaming seperti di Spotify, YouTube Music dan sebagainya. Menurut Demus yang juga merupakan vokalist untuk Wounded Flame. “Kami teruja untuk membawa muzik kami kepada khalayak yang lebih luas dan akhirnya EP kami tersedia di Spotify.”
Tambahan beliau lagi, “Rilisan material sendiri ini takkan tercapai tanpa usaha dari komposer asal lagu Murka, iaitu Rico, juga merupakan selaku bekas pemain gitar Wounded Flame.“
Bagi para peminat muzik Metalcore/Hardcore tidak kira lama atau baru, boleh lah strim EP mini ini di setiap platform striming. Untuk mengikuti perkembangan terkini band wounded flame, boleh lah klik link ini.
Punkcaroba kembali lagi dan kali ini mereka berkolaberasi dengan Blcksovl Records untuk gig yang berjudul ‘Small Show Great Friends‘. Gig ini akan berlangsung di Backdoor Studio pada 11 May 2024 (Sabtu), bermula jam 6pm dan tiket dijual dengan harga Rm35, berserta dengan percuma minuman dan stiker gig.
Gig ini akan mempersembahkan 4 buah band dan 2 artist yang memainkan muzik bergenre noise. 4 band yang akan membuat persembahan adalah Kolbenfaust, Blindsided, Rey/Rey, Korxic, dan 2 artist noise pula adalah Declining Rate dan Clangour.
Untuk gig ini, band Kolbenfaust akan membuat shooting muzik video untuk lagu mereka yang berjudul C.O.P.S. Orang ramai yang hadir di gig ini juga akan berpeluang untuk muncul di dalam muzik video ini. Gig ini juga akan menjadi permulaan untuk jelajah band Blinsided di sekitar Asia Tenggara. Buat pertama kali juga, dua buah artis genre Noise, Declining Rate dan Clangour akan membuat Noise battle. Suatu perkara yang baru dan menarik untuk warga underground lokal untuk saksikan.
Jangan lupa, untuk bersama-sama meraikan gig yang akan berlaku sabtu ini di Backdoor Studio anjuran Punkcaroba. Gig bermula jam 6pm sampai habis! Tiket pula akan dijual dengan harga Rm35.